Jumaat, 20 Ogos 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
PETANG INI AKU TERINGAT LAGI
seperti aku berjanji dengan alam
setiap kali ramadan sampai
kau tebarkan awan hingga ke gunung
kau sepoikan angin
kau dayukan rentaknya
biar aku yang berkelana dengan kenyamanan
petang ini aku teringat kota karachi
petang ini aku teringat kota lahore
petang ini aku teringat islamabad
petang ini aku teringat peshawar
lalu tergambar kembali
anak anak miskin menghulur jari
anak anak miskin menarik kaki seluar
anak anak kecil meminta satu rupiah
petang kelmarin aku terbaca
pakistan telah tenggelam
empat puluh juta warga keperitan
apakah mereka anak anak yang pernah aku temui
dua puluh tahun dahulu
apakah mereka sempat membesar dan memburuh untuk hidup
atau mereka telah di bawa arus ke lautan hindi
atau mereka telah hilang entah ke mana
ketika aku memerhatikan kueh dan kueh dan kueh
maka aku bertanya jika aku miskin
aku berpuasa ini untuk apa
jika aku miskin puasa itu ialah hidup ku
jika aku miskin yang aku tunggu ialah pesta hari raya
jika aku miskin yang aku tunggu bukan alis seorang bidadari
jika aku miskin yang aku tunngu ialah sesuap nasi
lalu aku teringat warga pakistan yang kampong mereka ditenggelami hujan
apakah yang mereka makan malam tadi
adakah kain selimut itu sampai
adakah bantuan itu turun ke tangan mereka
tidak akan ada mimpi mimpi dengan bidadari
tidak ada janji janji dengan yang bermata jeli
yang ada hanya aliran air tak henti henti
yang datang membawa berita buruk hanyalah curahan hujan
kalau nak derma jangan melalui umnongok
BalasPadamHanya kepadamu ya Allah kami pasrah, engkau lebih mengetahui, tentang apa yang kami tidak ketahui.
BalasPadamSesungguhnya ada hikmah disebalik apa yang kau bencanakan kepada hamba-hambamu. Sesungguhnya engkaulah Tuhan sebaik-baik pentadbir Alam ini.
:(
BalasPadamaku akan berbuka puasa
BalasPadampetang ini aku akan berbuka
tapi ala-ala marhaen sahaja
kerana aku bukan urang besar
petah berbicara dan punyai peguam tunda pintar menunda bicara
aku tidak mungkin seperti bung itu
yang bisa berbuka 'sup buntut darmawan' dari Bandung,
atau karrrrrrripap daging wagyu dari jepun
kah kah kah
aku hanya bisa berbuka secawan kopi
Salam Bro..
BalasPadamBulan Puasa bagi rakyat mesia ialah Bulan Pesta Makan..
Hotel penuh ... bazar sesak..meja penuh kueh mueh..
Tapi bagi miskin..fakir..daif...$ zakat yg diberi ciput...itu pun kalau ada yang kesian....
sayu....ko pandai bermain ngan kata-kata ar bro....
BalasPadamMari kita menderma membantu rakyat Pakistan. Mudah-mudahan Allah meneguhkan hati-hati mereka.
BalasPadamRosmah dan gerombolan nampaknya begitu beriya-iya membantu warga Ghaza. Beriya-iya cuba meneutralkan tindakan kerajaan bersekongkol dengan agensi Israel APCO itu.
Kita tengok sama ada mereka dapat berbuat yang sama untuk warga Pakistan. Mereka juga Muslim, jadi kenapa tidak dibantu seperti rakyat Ghaza.
Jika kerajaan buat dek, makanya jelas kepada kita bahawa misi 1Malaysia ke Ghaza tidak lebih dari sekadar misi politik bangsat UMNO dan gerombolan.
Cakap pasal banjir... 3 hari yg lalu (tido siang posa), aku mimpi....
BalasPadamtgh baca suratkabar, tiba2 terbaca berita beserta gambar sebuah bangunan bertingkat yg tenggelam, berita tu mengatakan banjir buruk melanda KUALA LUMPUR, airnya tenggelam sampai tingkat 3.
harap maaf
selamat kah nanti akhernyer...
BalasPadambegitu ler nasib malang rakyat pakistan.. dah la ditimpa malapetaka banjir.. dapat plak Presiden dan PM sengal walhampehi... mngkin ini lah dugaan ramadan..
BalasPadamcayalah bang isham.
BalasPadamlayan pusis petang posa nih
sedihnye ati ini..
BalasPadamKita dalam fasa kedua Ramadhan.
BalasPadamSepuluh tengahnya dan warga Pakistan senak sesak sebak dengan air pahit mengancam nyawa.....
kita sedap selesa senang dengan air manis menghilang dahaga...
Maghfirah kita pohon, derma, doa sejahtera buat saudara-saudara kita di sana.