Ahad, 22 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




SATU KEPING KARIPAP SEULAS CINTA





SEKEPING KARIPAP

ahad petang sunyi dan nyaman
ahad petang cuaca bagitu nyaman
ahad petang membawa kegembiraan pada pewarong

kueh dan mueh
lauk dan pauk
minum dan minam
manis dan minah
semua terhampar di meja

cuma berita kurang baik
harga kueh telah naik
dari 3 seringgit menjadi 5 dua ringgit
duit seringgit nilainya lemah
tidak lagi berupaya membeli 3 keping karipap

cuma berita kurang baik
kueh bertambah kerdil

cuma berita kurang baik
seringgit tidak lagi berupaya membeli sayur

bagaimana agaknya hidangan
satu keluarga yang pendapatan ibu dan ayah
tidak melintas dua ribu ringgit

bagaimana agaknya hidangan
satu keluarga yang pendapatan dibawah seribu ringgit

bagaimana agaknya hindangan
satu keluarga yang pendapatan di bawah lapan ratus ringgit

apabila kau memesan chivas regal nanti
apabila kau memesan moet chandon nanti
apabila kau memesan mouton cadet nanti
sila hitung berapa keping karipap dapat kau beli
dengan harga sebotol shiraz

kemudian kau hitung berapa keping
karipap dapat dibeli dengan
harga sebuah kapal selam


18 ulasan:

  1. memang mencabar hidup sekarang ni...lebih2 lagi yang duduk kl,,

    BalasPadam
  2. kalau dulu, seringgit boleh beli macam-macam. ais krim pop, keropok dan gula2. masih lagi berbaki 20 sen. Sekarang, seringgit mcam sekupang... seolah2 dh x berharga...

    BalasPadam
  3. Kami, ya kami...
    anak-anak yg tidak kenal erti hidup
    tercari-cari ke mana ibu dan ayah menghilang dikala awal pagi

    kami, ya kami...
    anak-anak yang tidak kenal erti hidup
    tertanya-tanya mengapa mereka keluar di awal pagi

    kami, ya kami...
    anak-anak yang tidak kenal erti hidup
    terpaksa berdikari berjalan kaki ke sekolah demi mengubah nasib diri

    kami, ya kami..
    anak-anak yg tidak kenal erti hidup
    sentiasa bertanya pada diri sendiri
    mengapa kami sentiasa ditinggalkan sendiri

    kami, ya kami..
    anak-anak yg tidak kenal erti hidup
    lebih ceria tatkala ibu dan bapa pulang
    walaupun siang sudah berlalu pergi..

    kami, ya kami..
    anak-anak ini sudah kenal erti hidup
    sudah tau susah dan senang yg perlu dilalui
    demi mencari sesuap nasi

    walaupun susah dan payah
    perlu kami harungi demi keluar dari kemiskinan yg membaluti kami sejak kecil

    namun kepada siapa kami harus mengadu
    jika tidak kepada-Mu yg satu
    manusia-manusia yang berkuasa dibumiMu
    sungguh angkuh memperkosa hak-hak kami yg lemah ini
    dengan mudah mereka menidakkan hak-hak kami demi memenuhi nafsu jahanam mereka sendiri

    kami, ya kami..
    anak-anak yg telah kenal erti hidup
    hanya mampu berdoa kepadamu Ya Allah
    semoga suatu hari nanti mereka mampu mengerti maksud
    air mata kami yg mengalir tatkala mereka ketawa berdekah-dekah
    perut kami yg kelaparan tatkala mereka enak menjamu selera
    penat dan lelah kami yg telah disalah erti
    hasil keringat kami yg diperah telah disalah guna

    semoga suatu hari nanti
    wahai pemimpin
    kau akan mengerti
    anak-anak yg telah kenal erti hidup ini
    akan bangun menegakkan keadilan
    keadilan yg engkau telah tidakkan
    sejak kami di alam kebudak-budakkan

    di saat itu, wahai pemimpin
    usahlah kau bohongi kami lagi

    BalasPadam
  4. dulu tahun 1978....dengan sijil SPM gaji aku rm400 ....
    harga sebuah toyota corolla rm10000 ...
    aku tak mampu beli...

    sekarang 2010 .. dengan sijil SPM jugak gaji anak aku rm800 ..cuma 2 kali ganda gaji aku dulu..... harga sebuah toyota corolla pulak rm120000...12 kali ganda dari harga dulu...
    anak aku pun tak mampu beli..

    sepatutnya gaji anak aku mestilah 12 kali ganda gaji aku dulu.......baru setanding dengan kenaikkan harga toyota 12 kali ganda itu......

    sapa punya keje ni????....tak lain tak bukan ...gerombolan lah...cekek darah...

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  5. chivas regal, moet chandon, mouton cadet? macam biasa pesan je ni, hisham, kah kah. kalau minum tu tak payahlah bagitahu orang kau minum!

    BalasPadam
  6. salam sahabat,

    aku sekarang nie pung tinggal duit rokok je, nasib baik bulan posa, berbuka pung harap ehsan dermawan yg bikin moreh kat masjid.

    p/s- raya nie agaknya dapat tak aku belikan kain pelekat buat bapak aku?

    BalasPadam
  7. pukimak punya najib!!!
    berjuta-juta karipap dpt dibeli tu kalo tak beli kapal selam!!!
    aku sumpah bik mama punya kopek jadi kueh koci!!!

    BalasPadam
  8. TT "minum" tak ajak. Sorang-sorang je bedal.

    BalasPadam
  9. karipap yang satu lagi juga sudah naik satu kali lipat!

    BalasPadam
  10. to: 2010 Ogos 22 22:33

    tak semestinya tahu nama-nama arak maknanya pernah minum. inilah advantage dunia hari ni, dgn adanya lebai google bolehlah tahu apa jenis arak-arak power yg pemimpin UMNGOK selalu minum especially kalo naik MAS flying first class. Bukanke Dom Perignon tu favorite Munir Majid MAS? Tak tahu? sila le tanya lebai google. One more thing, no surprise kalu isham tahu all the names sbb isham lama duduk oversea, mende ni bersepah kat supermarket. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan. Sudah-sudah lah duduk under coconut shell, baca melayau hairan lagi 3 suku.

    cheers bro! ramadhan mubarak!

    anti-UMNGOK
    London

    p/s sambil tunggu iftar. tak tahu apa itu iftar? sila sila abg lebai tahu.

    BalasPadam
  11. sudahla beringgit2 habis membeli, kadangkala dpt makanan basi pulak tu....

    woi..aku kalau harga ayaq botol aku tak tau...kalau nak buat bandingan harga sekilo getah sekrap...aku reti la...

    BalasPadam
  12. patut patutla sham oiii... adaka harga karipap nak kompe dgn harga kapal selam? kalau kompe dgn karipap bikmama barula ada klas!!!!

    BalasPadam
  13. kalau tengah teguk chivas duduk dalam kapal selam meraikan kejayaan massyyuukk, duk kat sebelah plak awek cunn...mana ingat harga karipap, yang dia ingat duk tenung karipap awek tu lah...

    BalasPadam
  14. pm hamba rakyat? apa ada, dia bedal dulu... rakyat makan kuah2 dan saki baki sisa dia sudah la....

    pangkah bn, jangan tak pangkah! tunjukkan yang anda adalah melayu bodoh! not a big deal, right?

    BalasPadam
  15. @mosabit:

    jgn lupe manusia juga maken lama makin cerdik. kalau dulu dengan SPM ko boleh buat mcm2, blh kerja mcm2, sekarang ni yg ada degree pon bersepah2.. ada SPM je? jgn harap nak hidup. persaingan byk. ini bukan zaman kau. Suruh anak kau upgrade smpai degree.. ikut arus zaman. Baru gaji pon leh ikut arus zaman. 12 kali ganda = RM4800 sebulan? Ada engineer dengan degree gaji mcm ni kan? Insyaallah.

    BalasPadam
  16. bro...

    wa rasa la ekk... kat mesia nih banyak na pesta la, cuba lu kira....dari january hingga ke disember.. dari peringkat negara , negeri hingga la ke daerah. semua nak sambut. duit wa tuh bro... wa bayar nih cukai.. nih 31 ogos nih tak caya lu kira berapa banyak pesta la nanti... pas tuh raya sok...tuh lum kira hari polisi la, hari soldadu la dan tah apa apa lagi,

    BalasPadam
  17. @shahmetal

    Pernah dengar isu "middle-income trap"?

    BalasPadam
  18. PUISI SELAMBA TT mengesankan!

    Sambil mahu berbuka, sempat kau susun kata-kata kelat sukar untuk ditelan kerana mikirkan benda benar menimpa hidup dan kocek kita.

    Cilakak sengoti penyangak2 mata bernafsu sondol dari gerombolan!

    2. Wey kalau TT maklum nana airsetan tu, tak semesti dia minum. mudah kita tuduh ya. saya tahu jugan san miguel, carlberg, white label dsb saya xpernah lantak pun. pakcik google boleh habak nama2 arak tu..
    3. Mau menulis serupa mahu bercakap; Allah tahu ikhlas tidak kita.

    jalan JPJ, panji

    BalasPadam