Rabu, 25 Ogos 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
PETANG INI
petang yang nyaman ini
aku di ganggu lagi
aku terbaca berita bajir
limpahan ayer yang maha sangat
aku terbaca berita tandus
bumi merekah tanaman kering
aku terbaca berita runtuh
pelombong arang batu terkambus
aku juga terbaca
tentang anak disembelih ayah
tentang letupan mercun
tentang isteri kehilangan suami
tentang anak muda yang akan digantung mati
paling jelek
aku terbaca
tentang politkus bercakap bersadur ayat ayat kudus
tentang politikus berubah menjadi wali
tentang politikus berkorban mengorban kan diri
tentang politikus mengapi api melayu dan china
tentang politkus menentukan ini halal dan itu haram
petang yang nyaman ini
aku di ganggu lagi
kalau lah aku buta huruf
betapa indah petang ini
kalau aku buta huruf
betapa selesa hari berlalu
jika aku buta huruf
tidak ku kenal uda dan dara
jika aku buta huruf
tidak aku nikmati bait rumi
jika aku buta huruf
tidak ku nikmati falsafah yunani
petang yang nyaman ini
ganggu lah aku
resah dan gelisahkan jiwa aku
bila aku diganggu
otak aku tidak membeku
tidak lagi gersang hidup aku
..gua nangis baca bait puitis lu...
BalasPadamLu puasa ka?
BalasPadamMember aku nampak lu minom todi kat Bangsar..5 taun dulu..
Tanpa Nama 17:42
BalasPadamLu apa kisah orang makan minum apa di mana?
Lu ada masalah otak ke?
membaca = menambah pengetahuan = makanan minda
BalasPadam