Isnin, 30 Ogos 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
IKAN PACU - KAUM KELUARGA PIRANA
INI IKAN PATIN - TERBAIK DENGAN TEMPOYAK
BERBUKA DI PEKAN MERU
kelmarin aku berbuka di meru
nak tengok macam mana warga di luar kota
merayakan hidup mereka.
meru kota jawa – tapi sayang sekali
aku tak jumpa pecal - aku merayau
dalam pasar ramadan yang agak panjang
mungkin mata aku terlalai
pekan meru ini kelihatan mewah – tidak nampak kemiskinan
meru pastilah salah satu kawasan industri selangor
aku beli ikan terubuk bakar
sayur kang kong dan gulai labu
kueh popiah basah
dan air tebu untuk berbuka
selalunya mata aku lebih lapar
dari perut aku
dengan bekalan ini aku pergi warong mek jah dari petani
nak panggil restauran pun boleh
mek jah ini nama yang aku beri
untuk semua warong dan restauran warga selatan siam
senang aje – sama ada mereka mek jah atau mek ngoh
jamin tak silap – ini macam jon dan mary untuk mat saleh
aku memesan nasi dan sup cendawan - restauran ini
kosong hanya tiga meja di ambil – semua nya diduduki oleh
jantan tanpa betina – kaum buruh imgiran yang aku tak tahu
dari mana. buruh kerana aku lihat mereka agak gelap dan sasa.
jalan di sebelah restauran amat sibuk - orang berbasikal ke hulu
ke hilir – basikal yang amat banyak kelihatan - ini mengingatkan pekan kuala
klawang dan pekan pekan kecil pada tahun enam puluhan dahulu – orang berbasikal untuk berjalan – nostalgia datang kembali - indah dan menarik untuk sesiapa ingin
pulang kembali ke zaman dulu - meru adalah tempatnya.
lepas makan aku pun berjalan mengikut lorong basikal ini – ada
pasar malam – tak besar sangat – rupa rupanya yang berbasikal tadi
adalah pelanggan pasar malam – lelaki dan perempuan – mereka
buruh kilang - warga imigran yang tinggal di pinggir pekan meru
aku merayu dalam pasar malam hingga terjumpa lori jual ikan hidup
– hidup dan mengeletek – aku perhatikan rupanya macam pirana dari sungai amazon
bila aku tanya namanya ialah ikan pacu – ikan tempatan – ini kali pertama aku
melihat ikan pacu – aku membeli saekor ikan pacu dan dua ekor ikan patin.
melocat mereka ketika ingin di korbankan.
aku lupa tanya apakah pemotong ikan ini membaca bismilllah terlebih dahulu – ( jika tidak baca bismillah dan pemuda gerombolan tahu hal ini tentu akan dilaporkan pada sulatan selangor kah kah kah )
nota :
malam tadi aku bersahur dengan patin dengan tempoyak
tempoyak ini hadiah dari program anak muda negeri sembilan
patin adalah ikan terbaik untuk omega 3. patin untuk kesehatan
kamu buruh imigran ini amat penting untuk ekonomi kita –
bukan kerana mereka membanting tulang –tetapi merekalah yang
menjadi pelanggan pasar malam. tanpa mereka pasar malam akan
layu. tanpa mereka kang kong dan labu tidak ada pembeli. tapi aku
masih belum berkenalan dengan mereka walau oun seorang.
bagaimana mereka berpuasa tahun ini kalau mereka muslim.
kemana mereka berhari raya agaknya ?
apakah akan keluar lagi berita tentang mereka mengambil alih
kota kita ketika kita di kampong berhari raya? berita yang menakut nakut
orang melayu agar terus jadi takut dan bodoh.
bila aku singgah di pekan kecil ini aku selalu
bertanya – kalau aku di lahirkan di sini – bagaiman agaknya?
apa yang anak muda disini lakukan - apakah mereka cool
atau skema - apakah mereka sering melakukan sex tanpa kondom.
semuanya sampai dalam ingatan aku.
dalam perjalanan pulang aku singagh di tesco.
wow ! inilah kali pertama aku masuki gedung tesco
yang amat amat luas –
aku ingin mencari makanan kucing
dan anjing - luas sekali gedung ini
malah kita boleh bercuti sebualan
dalam gedung ini – itu pun pasti melawat tak habis habis.
ada bermacam macam kedai rupanya dlam gedung tesco ini
aku biasa juga ke tesco di bromley by bow
dan brixton tapi bukan sebesar ini
kemudian aku ingin membeli minyak zaiton – aku tercari cari – lalu minta bantuan - seorang minah cun datang. dia ingin membantu – ini seprti
aku tersesat dam kota paris dan minta bantuan polis.
aku terangkan yang aku ingin membeli minyak zaiton – bahasa melayunya zaiton macam zaiton nama bekas kekaseh aku di jelebu – dia kurang faham
bila aku kata olive oil dia mengangguk lalu membawa dan mengarahkan aku.
kemana?
ke kawasan pakaian kanak-kanak – dia ingat aku perlukan baby oil
baby oil? – ( aku rasa minah yang agak cun ini bersaudara dengan mat taison
bekas menteri besar selangor kah kah kah )
berapa hari lagi kita akan berhari raya ?
aku belum lagi ke batu road untuk melihat
kedai bundle.
NOTA:
ada pembaca yang kata pacu
ini ikan yang hina kaalu terkena joran
pemancing tegar ... cissss
bedebah kamu kah kah kah
cerita zaiton lebih kurang sama macam aku semalam.
BalasPadamaku mahu membeli marmite, sedap dicampur dalam bubur nasi.aku pun pegi la ke giant Kota Dama***ra.rasa2nya dah 3 kali tawaf,aku pun mula bertanya staf2 kat situ...
"nak buat kek?"
"lampin?"
"sini tak ada ubat tu"
"kicap cina abang tak boleh beli,tak halal,jalen boleh juga, rasa sama"
"baju lelaki kat situ"
"stok habis"
pastu, ada sorang leng chai tengah susun kicap ni bagitau
"ada kat kaunter rokok sebelah kedai roti,boleh bayar terus kat sana"
cubalah cari marmite di giant kota dama***ra
eh..bila mau ke batu road?? haha...
BalasPadamhari tu dekat bangsar seafood lupa mau tanya tarikh
kalo dh bodoh jgn bgtau org...
BalasPadamikan xpyh nk semelih la,ikan dan belalang tak termasuk dlm kategori bangkai...kalo kena sembelih,sape plak yg nk sembelih sekor kat laut tu?blajo la sham,blajo!!bykkan membaca
ikan pacu berasal dari Amerika Selatan. adik beradik piranna tu. ada si bangang yang melepaskan benih2 ikan tu ke dalam sungai dan kolam di Malaya ni. banyak lagi ikan2 migran lain yg merosakkan habitat sungai di Malaya ni mcm ikan flowerhorn yg mengancam spesis ikan2 lain.
BalasPadamsalam..salam ramadan...hampir juga kpd salam syawal..jutaan tq kpd penulis kerna sudi menyinggah dn melawati pekan meru.sy anak kelahiran meru,41 tahun lepas..skrg jugak sy masih dok dn mencari nafkah d pekan ini..
BalasPadamMERU..penulis menulis mengikut pemandangan mata..benar ape yg d tulis bekenaan keadaan dn peristiwa yg d pandang dek mata..meru telah melalui byk perubahan..pembangunan d sana sini..penduduk meru dh maju dn rmai yg berjaya,maksudnya..dah hidup senang..umah besar,kenderaan jgk besar..masalah sosial jugak besar... mesin judi,jual cd haram,kongsi gelap,pelacuran,rompakkn,bunuh,rusuhan antara kaum pendatang dn lain2 jugak telah mewarnai Meru.Institusi spt skolah tidak kurang hebatnya dgn masalah sosial spt ponteng,dadah,rempit,bohsia dn pkra2 maksiat lain.....kalu tk silap sy,benda2 ni dah ada kt meru 10 ke 15 tahun dulu..Meru ni kira advance la!
Sape,kenapa,mengapa Meru dan kebanyakan daerah d msia d landa masalah2 sosial yg sebegini..
Sy antara pendukung Krjaan PR sejak 8Mac 2008,bersama memikir dn mengerakkan ke arah perubahan yg lebih baik d Meru ini,stakat ini mengakui memang sukar tuk melakukan nya..kesimpulannya,gerombolan telah meninggalkan byk pkara2 yg tk baik dan krjaan skrg ini la yg menggungnya.sy tk pkir kegawatan sosial ketika ini dapat d pulihkan lg..yg pasti smakin hari smakin parah selgi gerombolan masih memerintah Msia..Sekian,wasalam.
Manpizza Meru..
tanpa nama 17:14.
BalasPadamapa punya baghal da.baru mai sini kot.
lu sulah tatak paham bahasa melayu ka?.itu belit belit punya bahasa lagi lu tak paham.
lebih baik lu talak campok la
isham..hang kene pegi campbell.. baru besh.. sini kedai2 mat punk pun ada.. lama dah aku tak pegi sana.. 7-8 tahun ada la kot...
BalasPadam- salam dari west virginia.
tanpa nama 17:14
BalasPadam"aku lupa tanya apakah pemotong ikan ini membaca bismilllah terlebih dahulu"
mulakan smua pkara dgn Bismillah...takde masalh...TT xckap pasal sembelih pun...
kan pemda umngok ni peka2 belaka...smua mesti direport kt topeng agama tu...
baca dgn cermat lain, bnyk baca pn xguna kalau gopoh..
pacu...spisis ikan palang hina kalau ditangkap oleh pemancing tegar...hahahah.
BalasPadamPemilihan 2010
BalasPadam1. Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan mengadakan pemilihan paling demokrasi yang pertama di negara ini.
2. Pemilihan akan dibuat oleh semua anggota parti. Tidak ada yang terkecuali untuk mengundi melainkan 12 orang yang digantung di Sabah baru-baru ini atau mereka yang telah melompat keluar dari parti.
3. Seperti yang diketahui banyak calon baru yang mula tawar diri untuk bertanding dalam semua peringkat sama ada di peringkat ranting, cabang dan MPP.
4. Ada juga calon yang tiada cabang dan tidak diketahui mana datang mereka ini semua turut menawarkan diri untuk memimpin parti ini.
5. Tidak diketahui apa agenda mereka yang menyertai parti ini selepas 2008 dengan alasan 'reformasi' dan selepas itu cuba tunjuk pandai untuk memimpin parti ini semula..
baca lagi di: http://selamatkankeadilan.blogspot.com
geli hati aku ada orang suruh isam banyak membaca entah entah orang yg suruh tu kena banyak membaca
BalasPadamtanpa nama 17.14...
BalasPadamKalau sendiri tue baghal... otak letak tapak kaki baru keluar jamban... toksah jerit bagitau org lain diri tu baghal... malu mak bapak tok nenek lu... hahahaa...
bahasa sarkastik lu tak paham... kesian...
Bismillah... dengan nama Allah SWT... salahkah sebut Bismillah masa potong ikan?...
Itu lah... balajar agam Islam malas... pengetahuan dangkal... otak asyik baca mangga je... baca urtv... tu psal laa benak...
wa saspek lu nie pesti ahli pekida... takpun perkosa... tak pun mat rempit UMNgOk... sendiri bodoh+baghal... tapi cuba jugak nak tunjukkan kebodohan pada org lain...
spesis retarded nie banyak dalam UMNgOk... kesian wak lu... hahahahaa...
Sengal... :D
Anon 17:14.. hang ni melayu mcm mohd taib (i no spek inglish) ka atau jawa mcm khir toyol? ataupun keling macam zambry? atau baru belajar bahasa melayu... wakakakaka
BalasPadamtt... ramai ke bela anjing... jgn dok bagi jilat2 pinggan hang dah la... wakakaka...
tt... ikan pacu dan patin tu klau yg bela punya x sedap.. rasa tanah... dia makan tanah mcm menteri perdana malaysia kot.. huhuhu.. klau dapat tasik, lombong atau sungai punya mmg best. patin buat gulai tempoyak, pacu buat bakar berempah .. perghhh... cerita pun x guna.. bik mama lalu belakang confirm x nampak punya... wakakakaka
hambik ko anan 17:14...... len kali ingat, kalau nak masok jamban baca Bismillah dulu, kalau nak tikam 1714 arini ada spesial draw, pon jangan lupa baca gak!!!!!!!!
BalasPadam