Jumaat, 13 Ogos 2010

TANGIS SEORANG IBU



WAHAI KAU PEREMPUAN IBU KEPADA ARWAH KUGAN






AIR MATA SEORANG IBU

aku terlihat gambar kau petang ini
aku ternampak butir butir air mata kau
gugur satu demi satu dari kelopak mata mu

aku tahu betapa sedihnaya hati kau
aku tahu betapa remoknya jantung kau

anak kau mati dalam tahanan
anak kau di seksa dalam tahanan
anak kau di cederakan dalam tahanan

kini anak kau hanyalah statistik
untuk dipapar di parlimen
jika ada yb yang ingin bertanya
jika sang menteri sudi menjawab
untuk berlagak bijak di hadapan kamera

berapa ramai ibu yang kehilangan anak
berapa ratus isteri yang kehilangan suami
berapa ribu anak anak yang kehilangan ayah

namanya balai polis brickfield
namanya balai polis sentul
namanya balai polis damansara
nama nya abu gharib
nama evin

wahai kau
ibu kepada kugan
kita tidak pernah bertemu

wahai kau
ibu kepada kugan
aku hanya menyimpan doa
dalam bulan bulan ramadan ini

aku berharap hati zeus akan terbuka
aku berharap hati isa akan terbuka
aku berharap hati yahwe akan tebuka
aku berharap hari krishna akan terbuka
aku berharap hati yang maha esa akan terbuka

untuk mereda kesugulan kau
untuk mereda hati kau yang patah
untuk mereda jiwa mu yang resah

aku berharap tangisan kau di tengah malam
aku berharap deraian air mata kau
akan menajdi ombak dan taufan
akan menjadi punting beliong
akan menjadi tiupan sangka kala

yang akan meruntuhkan
segala yang batil
segala yang zalim
segala yang jahat
segala yang ganas

hendaknya derai ayer mata kau itu
akan menjadi hujan yang lebat
yang akan menenggelamkan
segala kejahatan

hendaknya ayer mata kau itu
akan menjadi siraman ke atas bumi ini
agar akan tumbuh
pokok pokok keadilan

hendaknya ayer mata kau itu
akan membuka tirai baru

tangisan dam mimpi seram akan berakhir
maka akan ketawa senyum zeus dan dewa dewa di kayangan

12 ulasan:

  1. arwah kugan kau panggil keling mampus tu.mmg bodoh la ko nie.panas la perut mak ko lahir kn ko.tk tau la aku kalu ko nie kuar dari perut babi..kalu ade kepala butuh kuar kn la cmmnt aku ni orang tua sial...

    BalasPadam
  2. bro TT., agak agak nanti akan keluar tak nota misteri bunuh diri kugan punya ...macam nota misteri budak cina yang mati lepas di soal siasat ngan SPRM tu ... malaysia boleh ...

    BalasPadam
  3. kau ni nk sembah zeus sgt ker?kah kah kah

    BalasPadam
  4. salah ke guna pkataan "arwah" tuw.. stau aku "arwah" diguna pki utk rujuk pd org yg dah mati/meninggal.. x tau la dlm kitab umngok ckp lain.. @ datuk mupti ada kuar fatwa psl ayat "arwah".. ngoook la ko ni..

    BalasPadam
  5. agama adalah candu percuma pemberian gerombolan. hahahaha

    baca dulu, kemudian hemtamla kalau sudah mabuk agama!

    ==================================

    Karl Marx pernah berkata bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Bagaimana kita boleh memahami apa yang dimaksudkan oleh Marx dengan agama sebagai candu?

    Kenyataan beliau sememangnya mengejutkan pada masa itu dan ditolak sebahagian masyarakat di Jerman. Karl Marx adalah pengasas Komunisme dan dianggap sebagai salah seorang ahli sosiologi hebat dalam sejarah melakar pemikiran masyarakat dunia.

    Kenyataan Karl Marx dalam masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama dianggap sebagai suatu cabaran kepada matlamat sebuah masyarakat diwujudkan. Karl Marx menolak kewujudan konsep `negara’ kerana menganggap negara sebagai salah satu makenisme kapitalis dalam menindas kelas bawahan. Pertentangan antara kelas dalam masyarakat merupakan suatu tesis utama yang dibawa oleh Karl Marx.

    Di Eropah ketika itu, golongan kelas menengah dan atasan yang terdiri daripada kalangan raja-raja, paderi dan tuan-tuan tanah menguasai pemikiran rakyat. Mereka menjadikan Kristian sebagai satu alat untuk melegitimasikan ataupun pengesahan secara berundang-undang bagi setiap tindak tanduk mereka. Kristian ditafsir dengan pemikiran paderi yang mempunyai kepentingan dengan raja dan tuan-tuan tanah. Mereka menjadikan gereja sebagai institusi yang mengindoktrinasikan pemikiran rakyat yang terus dibelenggu kemiskinan. Konsep dosa pahala diukur pada pemikiran para paderi yang memiliki kedudukan istemewa dalam Kristian.

    Karl Marx menyebutkan bahawa agama dicipta oleh manusia. Agama digunakan untuk terus mengekalkan suatu kuasa dan kedudukan tanpa dicabar oleh sesiapa. Dalam konteks Karl Marx agama dirujuk kepada Kristian yang bersifat elit. Agama digunakan bagi menyokong segala kezaliman yang dilakukan oleh penguasa terhadap rakyat. Rakyat yang taat pada penguasa zalim akan dianggap sebagai rakyat yang `beriman’. Pemaksaan idea sesat ini lama kelamaan menghimpun rasa tidak puas hati di kalangan golongan yang mula mencabar kewibawaan gereja. Bagi mereka ini merupakan satu konspirasi keji antara golongan paderi dengan penguasa bagi mempertahankan kedaulatan palsu mereka.

    bentuk agama yang diamalkan sekarang tak banyak beze dengan apa yang gerombolan lakukan kepada kita

    http://wilayahstmb.blogspot.com/2010/08/c-k-arl-heinrich-marx-5-may-1818-14.html

    BalasPadam
  6. apa kebenda kau ni tt,
    kadang2 kau ni merapu sampai naik meroyan.

    BalasPadam
  7. tt kau tak yah cakap banyak soal agama, sebab tak sesuai langsung.

    banyak orang mengaku islam, banyak orang islam tak sembahyang, banyak orang islam minum arak, banyak orang islam dapat sedekah apam china.
    Banyak orang islam cakap tetang agama, tapi tak tau apa yang mereka cakap.

    BalasPadam
  8. hanya yang UNIVERSAL saja yang tidak terikat dengan mana-mana ikatan tali, dan tidak jugak terbungkus ddalam kotak-kotak, tidak jugak melekat pada dinding-dinding, jalannya LURUS melihat makna....

    bebas terbang melihat dunia dari mata burung, tidak dari dalam tempurung *** M.Nasir

    arwah = mendiang = mulah = , sama saja, ianya bukan berlainan hanya kerana ianya
    dipakai oleh puak-puak yang berlainan ...

    di Malaysia (jugak sejenis kotak ), arwah untuk muslim, mendiang untuk bukan muslim... ada perbezaan pada nama supaya kita boleh mengenal.... tapi disisi yang UNIVERSAL semua itu tetap lah arwah....

    sama halnya wahid = one = = satu = messa = seddi,
    semua sama saja , semuanya bermaksud satu....

    apa la korang ni.... tak UNIVERSAL langsung lah ... kah kah kah
    kah kah kah

    BalasPadam
  9. Amat setuju dengan sdr rorre.
    Yg tak dibolehkan ialah almarhum atau Allah yarham.

    Untuk org bunuh orang kemudian bunuh diri...lagu mana pulak...mendiang?

    Arwah = plural bagi ruh (arab)= nyawa.

    Sebut 'keling mampus', 'keluar dari perut babi' adalah lebih tidak beradab bagi sesama manusia. Sabar bang.


    stop-look-go

    BalasPadam
  10. tuan blog ni agama ape dowh? duk mendewakan2 zeus, siap dengan dewa2 ag.. kalau tersalah leh jatuh akidah..

    BalasPadam
  11. Beautifully written, I admire your talent.

    BalasPadam