Selasa, 14 September 2010

ALTANTUYA MENJADI RUJUKAN CONTOH




KENYATAAN MEDIA
13 SEPTEMBER 2010



KES SOSILAWATI MIRIP KEKEJAMAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.

Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin.

Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .

Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia


6 ulasan:

  1. Kes "bapak borek, anak rintek"
    kah kah kah

    BalasPadam
  2. Kepada YB,

    Jangan sempitkan fikiran tentang pembunuhan ini hanya kepada wanita sahaja. Bagaimana dgn tiga mangsa yg lain, mereka ada anak, mereka juga ada isteri. DAN mereka tidak puya harta dunia yg banyak.

    Jangan salahkan PDRM & kerajaan sahaja semata2. KEJADIAN INI BERLAKU DI NEGERI SELANGOR ................ SENDIRI MAU INGAT YB ... Pelakuan jenayah tidak kenal kerajaan memerintah mahupun undang2.

    Pergi haji & umrah berapa kali ye YB. Lain kali x payah letak hajah2 ni .... nanti takut riak.

    BalasPadam
  3. Yang nyata, Malaysia semakin tidak selamat dan polis tak buat apa-apa proaktif! Itu mesej sebenarnya bukan orang nak pakai title Dato' ke Hajjah ke.

    Saya tak fikir kerajaan sekarang boleh lindungi kita semua dari apa-apa pun.Yang ada menteri-menteri perempuan yang sibuk melawa ke sana-sini.

    BalasPadam
  4. Kalau la PDRM benar-benar tumpukan usaha membanteras jenayah (sebagaimana tujuan asal PDRM ditubuhkan) dan bukannya jadi anjing2 Umngok/BN.Aku dapat rasakan betapa Malaysia tidak akan mengalami masaalah peningkatan kadar jenayah yg serius.Ni yg dipentingkan,adalah menggempur perhimpunan dan majlis2 ceramah oleh PR.Bukankah seharusnya PDRM menumpukan usaha dan tenaga mereka ke arah mewujudkan Malaysia yg rendah kadar jenayahnya?Ingat PDRM, gaji anda semua,kami (rakyat) yg bayar!

    BalasPadam
  5. saya setuju dengan tanpa nama 09.37 tu... KEJADIAN BERLAKU DI NEGERI SELANGOR ... S E L A N G O R ... negeri yang nak di rampas sangat sangat oleh BN ... kah kah kah ...... ape kate bro tt .... kalau yang dibunuh dan di bakar tu bukan seorang dato' agak-agaknya ada orang nak ambil pot tak ? ... dulu teman tak berapa percayakan 'DOKTOR' ngan 'POLIS' sekarang teman tambah lagi senarai tak percayakan lawyer lak ..

    BalasPadam
  6. ini tidak ada kena mengena dengan apa2 negeri...aku rasa keempat2 mangsa ini mencekik diri sendiri atau sesama saja ataupun mengamalkan ajaran sesat. sebab itulah cara mereka mati. sama dengan kes teoh beng hock.

    ceritanya begini, mula2 sosilawati mencekik kamaruddin, kemudian kamaruddin mencekik pulak noorhisham, noorhisham merasa amat gembira lalu mecekik pula ahmad kamil... sosilawati kemudiannya mencekik diri sendiri sebelum menyimbah petrol dan tahi lembu kebadan semua mereka dengan rasa penuh riang gembira.

    cerita kedua, ajaran sesat.. mereka berempat meratib2 sehingga tidak sedar diri mereka terbakar.

    kenapa pula hendak dipersalahkan datuk2 peguam tu pulak yer?? ini sudah jadi kes kambing hitam dah ni...

    BalasPadam