Jumaat, 17 September 2010

HARI SABAH DAN SERAWAK MULA DI SEKSA !




KENYATAAN MEDIA
16 SEPTEMBER 2010



PERUTUSAN HARI MALAYSIA 2010 DARI ANWAR IBRAHIM


16hb September 1963, Perseketuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Serawak secara rasminya membentuk Malaysia. Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati. Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis. Pemusatan kuasa kepada kerajaan persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata. Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya.

Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini. Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut. Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan. Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.

Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan. Hari Malaysia ini, bersamaan 16hb September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini “…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.”


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia


5 ulasan:

  1. sebab itu singapura lari dari masia...dan brunei tak hingin merdeka melalui malaysia....

    mereka berdua ni telah ada was was akan masia....

    maka timbullah idea waswas kan 2020

    kah kah kahn kah kah kah ....

    BalasPadam
  2. 16 september juga adalah ulangtahun pembohongan anwar

    BalasPadam
  3. Kalau Singapura kekal dalam Malaysia, majukah Singapura?
    Brunei tak jadi masuk Malaysia, rakyatya kaya.
    Sarawak dan Sabah masuk Malaysia, rakyatnya miskin.
    Yang kaya Taib Mahmud dan Musa Aman.
    Kah kah kah kah.

    BalasPadam
  4. yeah..Hari ulang tahun semua penyokong pakatan rakyat di kencing oleh bung nuar termasuklah TT...haha

    BalasPadam
  5. akhir tercapai jg 16 sept di iktiraf sbagai hari Malaysia,skurng2 nye usaha DSAI mmbuka mata umngok2 ni,ada gk public holiday,yg mangkok 2 ekor ni pehal (12:26 & 18:32)dasar umngok mmng dengki xsudah..siot

    BalasPadam