Khamis, 30 September 2010
KENYATAAN RESMI
KENYATAAN BRANSON MENJADI TANDA JELAS BUAT UMNO-BN UNTUK LAKSANAKAN REFORMASI SISTEM
Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Richard Branson,usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Anwar Ibrahim.
Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.
Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini,j ika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia. Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.
KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
mana umngok ni peduli apa pandangan pun..
BalasPadamutusan meloya pun dah putar pandangan...
hati umngok dah berwarna sami belu..nak buat macamana?...
kalau hati umngok berwarna altantuya...ada lah maknanya komen oang putih tu...
kah kah kah kah kah kah ...
Setuju sangat dengan komen Mosabit. Selepas PRU 12 kelompok elit UMNO kata nak berubah, walau pun hati ni susah nak terima pengakuan kelompok elit UMNO tu, tapi sangat berharap apa yang dikata akan di kotakan oleh kelompok elit UMNO ni....... Tapi apakan daya.....memang sangat susah kelompok elit UMNO ni untuk menjauhkan diri dari kemewahan harta dan Ringgit Malaysia ......
BalasPadamBy: AskarePence
Jika benar ada konspirasi, dedahkan maklumat sebenar & buktikan kepada rakyat serta dunia.
BalasPadamJangan hanya bercakap, kemukakan bukti yg semua ini adalah konspirasi. Dr. puya ruang untuk membuktikannya menggunakan medium luar negara, jika Dr. tidak yakin dengan medium negara ini.
aku@JB
aku setuju dgn mosabit
BalasPadamlagi umngok tak ditukar
sistem tak akan bertukar
umngok dgn sistem tu dah sebati
aku@JB,anda sudah jauh ketinggalan keretapi atau ketinggalan zaman.Sebab itu minda kena buka,hati kena lapang.Banyakkan membaca dari pelbagai aliran dan cabang.Supaya wujud berlapang dada,tanpa mencabar seorang isteri dan perempuan kerana isteri kita perempuan dan ibu kita perempuan.Bagaimana isteri kita menderita dan dicerca.Kerana nabi menegur seseorang yang menggangu seorang perempuan,baginda menasihatinya agar tidak mengganggu perempuan kita ibumu juga perempuan.
BalasPadamtak tau nak cakap ape lagi ngan korang yg bebal memanjang..
BalasPadamweii...sudah2 la..sekali sekala guna otak la pulak..
jangan asik guna bontot aje utk bfikir....
jangan la..asik kena main ngan anwar aja..
bodo semulajadi ape korang nih..
Orang kelawar ... Apa yg anda merepek ni.
BalasPadamAku@JB