Jumaat, 24 September 2010
PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAN AKHBAR
Alhamdulillah, pemilihan KeADILan 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KeADILan menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KeADILan dan bukan sekadar slogan kosong.
Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.
Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.
Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
Diharap juga pemilihan PM dan TPM rakyat yang pilih - satu rakyat satu undi.
BalasPadamBukankah perlembagaan boleh dipinda.
Mana aci sejak merdeka, PM dan TPM asyik-asyik orang UMNO aje.
Setidak-tidaknya TPM tu bagilah kat MCA atau MIC.
Tapi takpa, PR akan merobah segala-galanya.
parti kelentong rakyat....dulu ckp org lain nepotisma...skrg laki, bini, anak, anak saudara semua nak dibagi kuasa..Utk rakyat yg bodoh2 ni ngikut je mcm lembu. Demokrasi tengkorak apa kalu kaum kerabat je merintah..dasar parti kelentong rakyat..keluarga diutamakan, rakyat dilembukan.
BalasPadamtau ko marah yer jis?...
BalasPadamparti yg ko anut tu buat benda yg sama selama 53 tahun ko sonyap yok?..
ko dah dapat berapa banyak projek?.....
bagi la peluang pkr lak kaya..takkan ko nak blasah sorang...
jangan tamak jis...
eh tapi agama ko tak larang kan?...
apakah agama ajis jembalang??...kalau nak tau sila tanya dolah bodowi...
kah kah kah kah kah kah ...
Jangan begituuu..RKR baik UMNO/BN pun baikk. kita rakyat yang dok dalam negara ni dah sama sama rasa kemakmuran. soal projek, sapa baik dengan pemimpin dapatlah..bukan semua, kena banyak pengorbanan jadi berbaloilah kalau dapat projek pun. org lain sedap tidur kat rumah, golongan ni penat kehulu kehilir jaga pak2 menteri..cuma nasihat saya dah dok dalam persediaan nak ambik alih putra jaya tu jangan lah dok tunjuk perangai loklaq, ini dok gaduh dlm mesyuarat cabang apa hal..mengalahkan zaman jepun! Tunjuk lah yang hang pun profesional! Ini dok mengata UMNO tapi diri sendiri pun wat perangai budak2..belum memerintah pun dah tunjuk tamak, dah memerintah besok agaknya bangunan parlimen pun di JUAL nya..
BalasPadam