Rabu, 8 September 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA - LAGI DUA HARI KITA BERAYA !
DUA HARI LAGI
esok aku akan balik kampong
dua tahun dulu abah masih hidup
tahun lalu hanya kami yang tinggal
inilah perjalanan hidup
yang lahir
yang gugur
yang tinggal
yang pergi telah pergi
kami yang di tinggalkan
untuk meneruskan bait bait ini
ke kampong setahun sekali untuk menemui diri
berjalan kembali diatas batas batas padi yang kering
melihat sungai mengalir kuning
bersalaman dengan ingat ingatan
aku harapkan hujan tidak akan turun
aku harapkan malam akan gelap
aku harapkan angin akan betiup
agar di pagi raya semuanya indah dan mengalun
malam raya lampu yang terpasang
malam raya takbir yang berkumandnag
malam raya mengulangi perjalanan hidup
mengembalikan ingat ingatan kepada
sawah dan belukar
kepada kekaseh yang hilang
kepada janji janji yang tidak ditepati
lalu bertanya kenapa aku disini
esok aku pulang ke kampong
yang aku bawa hanya sepasang sepatu lama
yang telah berligar bersama aku menngelilingi dunia
sepasang sepatu yang setia
tanda perjalanan hidup
yang wajib di teruskan lagi
JELEBU - KAMPONG CHENOR
nota:
di kampong tidak ada internet
talipon juga susah
kerana kawasan bukit bukau
kawasan pendalaman yang tidak jauh
dari kuala lumpur
abg ..takkan sampai ati tinggalkan kitaorg beraya tanpa citer2 dr TT? berapa ari offline neh?huhu...
BalasPadamhisamudeng tukor tiub,
BalasPadamBerbuke - makang Nekbat dan Ketupat Palah,
Jangang dilupe akok Teganu,
Akhir Ramadang juadoh berbalas,
Salang Aidilfitri Maaf Zahir Bateng dari aku...
oghang teganu di luor teganu, balek la weiii. Balek raye. Balek la ke kapong. Raye kkapong dok same dengang raye bando
Balik la ke kapong. Balik la beraye dengan mok ayoh kite, adek beradek kite, dengang keluarga kite.
Pesanang dari aku : Jangang beli tiket keretapi, tiket komuter, Teganu tak dok lagi krete-api lagi dari Kolupo, bile la ade, dok tahu agi...kalu mung dok ccaye, tanye la Mat Said Kemamang yang bijok tu
di bawoh rang ikang...
Selamat hari raya Isham......
BalasPadamMerindui Bukit Tangga, Jelebu yang pernah dilintas 31 tahun lampau...
lu silap bro.....jelebu dah ada free wifi bro....tu laaa...kena balik selalu....dari kuala klawang, dari triang, dari chenor, dari gagu pun (ahaksss)pun bro boleh terus rakamkan perjalanan hidup bro
BalasPadamsemoga selamat sampai ke kampong halaman, tt :)
BalasPadamTanpa Nama Sudin berkata...
BalasPadamMerindui Bukit Tangga, Jelebu yang pernah dilintas 31 tahun lampau...
Sudin.....
sayangnya keindahan bukit tangga sudah tiada....kalau dulu sume pemandu drive pelan2 sebab jalan bengkang bengkok, tapi kini dah lebar dan lurus. masing2 berlumba2 nak sampai ke klawang...(tak sabar2 nak tengok 2 traffic light di klawang...mcm la banyak sangat kereta)....tu sebab selalu dengar accident di bukit tangga....
Sunyi lah kita orang
BalasPadamKisah lama di kampung permai tak mungkin akan muncul lagi, jadi tak perlu sangat nak bernostalgia. Raya terasa amak seronok dan shahdu apabila keluarga kita masih sempurna maknanya semua masih hidup, ibu bapa, adik beradik masih hidup, jika salah seorang meninggal raya dah KURENG moodnya betapa ada persiapan yang bagai nak rak sekalipun.Dan zamanlah ni unsur-unsur rohaniah dan keramahtamahan atau muhibah/kemesraan antar satu dengan lain hamir nol dan raya jadi suatu episod yang boleh memboringkan walaupun dah sembahyang raya, dak melaeat kubur arwah atau dah makang lemang, moodnya dah KURENG.
BalasPadamTahun depan serupa juga mungkin bertambah kureng lagi kesyokedalitinya dan seterusnya. Itulah penangan konsumerisme dan kebendaan. Maka kita berlakonlah bagai seronok berhari raya kerana kita puasa pun cuma untuk lapar dan dahaga!
Kat N9 aku selalu teringat satu kedai adik beradik rajagopal yang buat moto custom tu..area2 selekoh tajam jugak rumah dia.... aku rasa tempat ni macam kola pilah jo... N9 ni kecik... kengkawan aku tak ramai.. ada la x sampai 10 orang.. kalo tak kerana dia orang, tobatt aku takkan singgah N9 seumur hidupku..
BalasPadamada tapinya, aku pernah jugak bawak anak bini gi istana peninggalan rajagopal.. istana pun nama saja gah.. tapi macam tak terjaga sangat pown... adik kerabat pown tak larat nak jaga gamaknya.. balik KL kot jalan berliku2 ulu bendul... jalan ala litar f1 la jugak..
janganla TT offline lama sangat.. TV sumer rancangan boring2... hari raya jer, nak kena menyanyi saja.. macam keling la pulak.. asal gembira jer, semua orang pakai menyanyi.. buat bende lain, tak boleh ka?
SElamat Hari Tak Raya kepada Tong abdullah badawi , Tong Dr. mahathir ,Tong Ling liong sick , tajudin ramli , datin Bik Mama , Datuk Isteri Rosmah dan Tan Shit musa hassan Daripada para pembacha MalaysiaToday.
BalasPadamSemoga mereka terima balasan demi balasan .
Salam IdilFitri.
BalasPadamIndah Nya Sebuauh Perjalanan Hidup ini,,Kalau di sepanjang jalan nya ada teman teman yang sedia memberi teguran bila kita menyimpang dari yang Benar.
Indah Dan Sungguh Menkjubkan..Sebuah Perjalan ini kita isikan dengan kerja kerja Yang memanfaatkan Sesaudara kita.
Terus..Bang Isyam...
tolong kim salam kat dino bin rais ye bro. haha.
BalasPadamselamat hari raya kepada tim tukar tiub...maaf zahir batin
BalasPadamapasal idul fitri dipanggil lebaran?
BalasPadampelik pelik lah
tt cuti.....padamlah api seketika..
BalasPadammaaf zahir batin slmt hari raya
Unkle hisyam
BalasPadamAidilfitri lebaran muncul kembali. Nostalgia berkongsi bulan Ramadhan bersama nenek tercinta tidak dilupa.. Bertapa nikmatnya aroma santan di kukus berkumandangan sebelum berbuka puasa, berapa nikmatnya menunggu panggilan takbir berbuka puasa sambil hidangan penuh di meja, betapa nikmatnya menunggu malam tujuh lekoh sambil rumah diterangi pelita buluh anyaman tangan nenek tercinta. Bertapa lembutnya & hangatnya tangan nenek mengusap kepala berkali Kali disubuh hening menyadarkan aku dari mimpi untuk bersahur bersama..
Bertapa nikmatnya dipagi raya memakai pakaian baru ehsan Dari duit pencen Nenek yang tidak seberapa..
Bertapa nikmatnya teh kosong panas nenek yang bergegas bangun dimalam hari memanaskan air di cerek usang sewaktu mengetahui aku pulang kekampung berbulan sekali bila dewasa..Bertapa nikmatnya dakapan
& rangkulan Erat nenek serta kehangatan air mata tumpah ke bahuku bila meminta izin mengundur diri pulang ke Kota 25 tahun yang lepas aku meratap hiba, 25 tahun yang lepas aku merana, kehilangan kedua orang tua ku yang tersayang.. Hingga aku alpa & lupa masih mempunyai seorang insan mulia dan teman setia yang amat menyayangi diriku.. Membesarkan aku seawal tujuh tahun.. Tidak, sehingga nenek menghadap ilahi baru baru ini.. nostalgia kembali berputar.. Setiap Minit & Saat nostalgia kembali berputar..
p/s: kita kurang menghargai bait bait hubungan sehingga kita bertemankan dengan kehilangan..
woittt..dukun melayu..
BalasPadamitu lebaran..
bermaksud.. lebar kan jalan....
kah kah kah kah kah kah...
selamat hari raya kepada semua geng tukartiub....dan bukan geng tukartiub jugak.....
selamat hari raya bro...selamat jalan..
BalasPadamselamat hariraya
BalasPadammaaf pada semua tt & pembaca
-average joe-
www.klakka-la.blogspot.com
woitt Hicam ...
BalasPadamSelamat la berhari raya kat kampong ko tu.
maaf kalau bahser aku terkasar
dah puas makan tapai tu cepat2 balik KL.
sunyi sepi TT tanpa ko.... kah kah kah