Sabtu, 4 September 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
MAAF DARI AKU UNTUK MU
anak muda ini hanya 17 tahun
dia tak bersekolah
ayah dan ibu bergaduh dan bercerai
membesar di tepi jalan
sebagai gelandangan
jalan raya guru yang setia
kesibukan kota menunjuk ajar
lalu ditemui taiko dadah
lalu diatur untuk bekerja
lalu dijanjikan hidup bahagia
lalu bermimpi bermobil dan bercanda
lalu bermimpi berpantalon dan bertweed
lalu bermimpi berbanglo dan berkeluarga
lalu bermimpi ingin membantu ibu dan adik
di singapura mengadu nasib
satu malam di buah hotel
dia di tangkap
bukan sekilo
bukan sepaun
hanya 47.27 gram
tidak cukup satu sedutan untuk paris hilton
malam inidi pasar seni
aku hanya sanggup menyatakan maaf
kerana ini saja yang dapat aku lakukan
malam ini di pasar seni aku menyatakan maaf
kerana kau akan ke tali gantung
malam ini aku menyatakan maaf
kerana kau masih muda
bila kau di bawa ke tali gantung
maka selesailah semua hutang mu
bila kamu mati tergantung
maka kau tidak lagi perlu risau tentang bill dan duit kopi
kami yang di sini malam ini
kami yang masih tinggal lagi
hanya sanggup berkata maaf
bila kau ke firdausi nanti
jangan kau minta cocaine atau heroine
mintalah secangkir air mata
tangisan kami yang membaca berita kau di gantung
Kalaulah anak muda ini dapat menghirup sedikit pemberian akhir ini, mungkin sedu-sedan hatinya reda seketika, mindanya tidak begitu berat dan bercelaru.
BalasPadamBagi kita yang mengemudi antara serpihan kata duka ini dengan secawan teh dan seulas kuih, renungkanlah sebentar keinsanan di sebalik pengalaman hidup dunia ini.
Kerana sepatah dua ayat undang-undang rangkaan baju kot dan tai entah mana di dewan entah mana sebuah roh muda disengsarakan begini rupa.
Maka berkasih-kasihlah dan bermaaf-maafanlah sentiasa.
Sedangkan hidup ini ringkas bagai hujan petang kala. Mungkin besok kita sudah tiada.
Dan dalam semua ini apakah sebenarnya erti sebuah hukuman buat sesudu 47 gram?
Say no to death penalty!
BalasPadamMengesankan.
BalasPadamaku fikirkan
BalasPadam"malam sabtu" itu pada hari jumaat malam sabtu.
aku pergi dan kosong.
bila aku semak kembali, rupanya 4/09/10.
terlalu excited.
Sekarang baru aku sedar selama ini kita di tipu oleh golongan free thinker dan pemuja syaitan atas nama keadilan...mereka membuat kita berfikir terlalu jauh..
BalasPadamsehingga gila dan terpesong.matlamat tercapai atas dasar menyebar fahaman tidak bertuhan..free thinker iluminati group//diketuai oleh golongan gay siam
nasib badan..
BalasPadampadan muka lu..... walau sikit walau banyak yang penting lu mesti mati ma. mulanya memang sikit lepastu lu buat melayu ketagih dan terus melebarkan pasaran... yang kaya lu dan bangsa lu.. yang longlai dan jahanam melayu. adala sorang dua melayu yang ikut kaya dengan bisnes ni, tapi tokannya tetap china. jadi memang patutla digantung sampai mati, kalau boleh biar terus berulat, jangan ditanam... biar jadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba bermimpi nak jadi kaya dengan berniaga dadah.nak senang bukan dengan cara tu.... masuk gerombolan belajarla kona baring, bila dah ada sijil ahli bizla apa pon gerenti x salah... dah banyak chontoh!1 jadi, selamat jalanla romeo!!!!!
BalasPadamPak Isham,
BalasPadamTo me, you are also Godsend to save Malaysia. Besides YM RPK and Datuk Zaid Ibrahim are also GodSend.
I believe with the three of you + Bala. Malaysia got hope.
Not only Vui Khong, i am also struggling for survival in Malaysia. I hope one day i can meet u in person.
May the Cosmic Mother Bless you guys. I now believe Malaysia Got hope.