Isnin, 6 September 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




SAWAH PADI DI KUALA SELANGOR




KELMARIN TERSILAP

aku tersila bukan ke sungai dua tetapi sungai besar
kenapa silap – kerana aku bukan orang selangor
jadi tak boleh gantikan tan sri khalid untuk jadi
mb selangor kah kah kah.


TENTANG TENGGILING


aku amat menyedari bahawa spesi ini semakin kurang
kesahnya bagini:

beberapa bulan dahulu :
cuaca agk panas aku dalam pejalanan ke pulau pinang
kawan memandu kereta – kami mengikut jalan lama –
aku suka sekali mengikut jalan lama ini – lebuh raya
amat amat membosankan lagi pun aku akan
dapat peluang berhenti membeli mentarang dan barang
kampongan.

lalu berhenti di sebuah warung banjar – di gigi pekan –
warung ini penuh dengan jantan sasa yang baru balik dari sawah
atau kebun . dari apa yang aku perhatikan warung tempat aku
singgah ini ini pembuat roti canai yang baik
hampir kesemua orang nampaknya memesan roti
canai – seperti lemming aku pun memesan roti canai

aduh ! garing terbaik.

sebelum membayar aku bersembang dengan tukang masak
bertanyakan apakah ada makan ‘spesial’ disini. lalu cerita tenggiling
muncul. aku sendiri tercegat terperanjat ! tapi tukang masak ini
mengeluarkan hadis saheh maka aku pun menerima hadisnya.

sebelum ini aku pernah masuk ke dlam sawah di hadapan kg sungai haji
durani ada sebuah restoran – masakan bajar – ini memang spsial –
apa spesialnya carilaaa sendiri – malah restuaran ini telah ditulis
dalam majalaah off the edge yang telah arwah.


SUNGAI BESAR

sebelum ke sungai besar telah singgah di ijok –
tapi kali ini ada pasar tani – sibuk dan ramai orang
dalam pekan kecil ini.

membeli pecal – ini baru pecal profesional – harga hanya
1.70 sen. dibungkus dlam daun pisang – ada nasi impit bukan
macam pecal yang pernah di beli dari pasar ramadan dua minggu
dulu di ijok. juga membeli popiah basah dan air tebu.

aku juga membeli satu kilo buah rambai
manis ! sekarang aku sedang mengumpulkan kulit
rambai ini untuk di keringkan
aku hendak experiment – satu santapan melayu
yang akan memgalah kan chex maxim di paris !

ketika di pasr ini – aku ditegur sapa oleh seorang anak muda munkin
dari AMK – dia bertanya apakah aku ada program di wilayah ini.
aku hanya terseyum – ada : program cari makan. dia terseyum.

kemudian beli ikan dan udang
membeli ulam pegaga untuk membuat minuman
dan seikat kangkong air untuk marang dan sepang

dari ijok kami terus ke sungai besar
ini wilayah khir toyo – jangan terperanjat daerah ini
kelihatan jelas lumayan dan berada.
banyak taman perumahan yang kelihatan mewah
mungkin kerana satu ketika dulu mb dari dari daerah ini.
bayangkan kalau rumah mb 24 juta di shah alam
pastikan ada berjuta juta ringgit lagi projek
masuk ke wilayah ini.

kami tercari cari pasar ramadan. dari maklumat kami
telah di beritahu pasar ramadan dekat dengan stadium
dua kali tersalah arah akhirnya bertemu – sayang kami
terlewat – yang terbaik telah di jual – lalu membeli ikan
terubuk bakar -

lalu memcari tempat terbaik untuk berbuka
entah lorong mana
entah taman mana
kami masuk dan bertemu dengan resturan tepi jalan
memesan nasi minuman dan pajeri terong
anak muda sang pelayan agak hairan kerana
muka kami muka orang luar .

aku membuka ikan terubuk bakar dan pecal.air tebu
dan popiah telah aku makan dalam kereta.

enak makan malam kami. lalu aku bertaya apakah
kami ini di selangor atau di perak – anak muda
sang pelayang menunjukkan di hadapan yang tak jauh ada perak
banyangkan aku hampir melintasi sebuah negeri untuk
berbuka puasa

perjalan pulang aku dengan penuh harapan berharap
akan melihat lampu lampu malam tujuh liku

gagal !

modeniti telah mengambil alih.
ada beberapa buah ruamah dan kawan kampong
yang ada lampu minyak tapi seolah olah orang jawa di selangor
tidak menyambut malam tujuh liku.

aku selalu terkenang lampu lampu dan lampu
atau bunyi meriam buluh
atau bunyi mercun

kerana itu kita lihat imajiansi si pembuat iklan
hari raya telah bertemu dengan lebai santa
ini kerana rujukan mereka semakin di kecilkan
mercun tidak boleh lagi
ketupat jadi nasi impot dalm plastik
lemang di beli di tesco
lagu saloma – dan dam dum bunyi memcun – di gam

maka hasilnya ialah hari raya kita naik kebulan
ini macam di babak akhir filem dari jemapoh kah kah kah


HARI INI

hari ini aku tak puasa
jam tiga petang aku di serang migraine
sesiapa yang tahu penyakit ini pasti akan faham
inilah penyakit yang menggangu tetapi tidak membunuh
kerana itu tidak ada banyak percubaan untuk
menamatkan penyakit ini

tidak banyak research macam barah
tidak heboh macam hiv
tidak gempak macam denggi
tapi terus wujud

syarikat panadol dan paracetemol dan pain killer
amat suka dengan penyakit ini – kerana pil
menahan sakit terus di jual.

aku hanya makan dua panadol agar
panadol ini bukan mngubati migraine
panadol ini menekan saraf yang membawa sakit
migraine aku masih ada hanya aku tidak merasakan

nampaknya tahun ini puasa aku kurang
tidak seprti tahun lepas
tidak seperti aku d kamunting
tapi lebih baik dari aku di london atau melbourne


DEWAN PERHIMPUANAN CHINA

sebentar lagi akan ke sana
ada forum
besama kenalan – amir dan zunar
ada kenalan baru – seorang dj stesen radio mandarin
jamaluddin ini baru sahaj di buang dari stesen ini
katanya kerana dia berani bercakap tentang kebenaran
bagus juga

aku pernah bersua dengan si jamal ini
tapi tidak pernah bercakap
ini ketika ibuanda nya wafat
aku ke serau dan ke makam
ibunya orang besar – pejuang kemerdekaan tanah melayu
hebat orangnya - aku bangga kerana malam ini
akan bersama anakanda shamsiah fakeh !

29 ulasan:

  1. Salam Bro TT. Seronok juga hidup survivor begitu. Mengenai penyakit migrain tu, teman nak beri cadangan supaya Bro pergi Bekam Darah kat kepala. Lebih baik lagi cari tukang bekam yang guna pisau razor, darah kotor yg keluar akan lebih lawas. Insyallah, penyakit tu akan segera pulih, kerana saya pun telah mengalaminya dahulu. Ingat, berbekam tu sunnah Rasulullah!

    BalasPadam
  2. moga kau terus tabah menghadapai penghujung ramadhan.

    BalasPadam
  3. Migrain kalu..jangan minum kopi bang.. insyaAllah boleh lega..ini petua tanpa alasan saintifik (yg mungkin ada!) ttp mujarab setelah dicuba sendiri..

    BalasPadam
  4. ramai orang kata, jika migrain jangan minum kopi o, tapi ramai yang kata jika migrain minumlah kopi o kow takda gula, sebab ni antara yang diminum oleh tentera tentera apabila diserang migrain,,wa minum kopi o bila kepala wa migrain, tapi lagi elok mencegah dari minum migrain, jaga kesihatan, jaga tidur, jangan terdedah kepada awal hujan.

    BalasPadam
  5. aku rs ape tanpa nama 2010 September 6 18:50 mungkin betul..sbb bapak aku pun ade masalah migrain & bile dia kurangkan kopi,dah jarang kena migrain skrg..

    BalasPadam
  6. migrain - boleh bekam, memang cun.

    aku amalkan basuh kepala bila pening sangat.. boleh tahan..

    kalo ada ubat HPA, aku suka jugak la.. tapi tak jalan lagi...

    kalo datang alor setar, singgah la kat mergong, taman wira. kat belakang padang bola KUIN, ada rumah dukun.. dia cikgu sekolah mergong, cikgu sarbina.. ko bawak jer telor ayam biasa 8 bijik.. duit rm45... bitau dia pasal migrain.. cuba je la.. aku gi jumpa dia 5-6 kali... allah nak bantu aku, sekarang dah 2 tahun dah aku tak migrain lagi... macam lawak jugak aku rasanya.. tapi aku layannnn...

    BalasPadam
  7. kalau ke sg. besar lagi, cari2lah orang menjual nasi lemak ikan semilang, memang terbaik.. tapi hanya dijual seawal jam 2.30 pagi, untuk nelayan ke laut... melayu cina beratur panjang menungu giliran....sepanjang tahun... bukan hanya Ramadhan.... di mukim tebuk pulai kalau tak salah... 80 sen sebungkus... mana nak dapat sebungkus 80 sen lagi sekarang ni...

    BalasPadam
  8. Bro.sila datang ke Kota Lama Kuala Kangsar kalau nak melihat lampu malam tujuh liku.
    Di sini ianya macam pesta turun temurun kemudian boleh makan di tepi tebing sungai Perak.
    Kemudian kalau ada masa gi Kolet Melayu...MCKK

    BalasPadam
  9. ubat migrane?? boh pai-pon saja ubat dia...

    BalasPadam
  10. Sungai Besar.
    Sekolah pertama aku (tahun 1950) di situ.
    Ketika mandi di parit besar (masih ada lagi sekarang) aku nyaris maut.
    Tapi Allah nak panjang umur, aku dapat berpaut ke sebatang kayu.
    Sampai sekarang ibubapa aku (keduanya dah meninggal) tak tahu.
    Di Sungai Besar tu juga, dua kali kepala aku berdarah.
    Sekali dilanggar basikal, kedua kena galah ketika nak ambil buah ceri.
    Tak sangka pula, berpuluh tahun kemudian di wilayah ni ada orang bernama Khir Toyo.
    Yang marahkan MB Khalid Ibrahim tak ambil bonus RM135,000.00.

    BalasPadam
  11. Gambar bro TT mengangkat jenazah Serikandi Shamsiah Fakeh memang terbaik.

    BalasPadam
  12. salam Brother Isham,

    kali ini air mata aku berlinang membaca catatan mu buat sekian kalinya... dan aku bukan main-maian atau bergurau kata. kamu kenal aku.

    yang paling menyayat jiwaku...lagi beberapa hari aku kehilangan catatan ramadhanmu...

    tulislah sedikit memori sewaktu ko dan arwah pakcik ku berkelana di kota London dan merantau seluruh eropah.

    Brother isham, engkau mungkin tidak kenal pada ku...tapi aku bersumpah sudah tentu engkau tidak pernah melupakan bait-bait ini...

    "tidur dibawah jambatan...kerna tidak punya wang..."


    Salam sayang Aidilfitri dari ku...

    BalasPadam
  13. TT

    Tengok berita ni

    Best betul

    Kalau iklan TV masa Raya ada gambar trishaw, bunga lotus atau lampu, akan diharamkan sebab kononnya 'tidak sensitif' kepada perasaan org Islam.

    Ini lawak taik kucing apa ni?

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rais-proposes-mcmc-screening-for-tv-radio-ads/

    BalasPadam
  14. wilayah wak tempe tu kampong aku.lain kali beli pecal yg ada penyapu.kah kah kah

    BalasPadam
  15. kemarin, menyusuri jalan kampung Talang ke Purun di Kuala Pilah... bersama kekasih lama... terjumpalah rumah yang berhiaskan lampu pelita... cantik sangat...

    D'ayo

    BalasPadam
  16. tt migrain psl air dah banyak bertakung kat kepala...kasi wuluk la beb!

    BalasPadam
  17. ooh rugi sehari puasa.

    1. rokok ko dah berhenti bagus la.
    2. berhenti minum kopi dan teh, bykkan minum air kosong.
    3. elakkan makanan byk lemak dan berminyak krn ia menyempitkan salur darah. bykkan makan makanan serat tinggi utk serap lemak dan protein (protein dr kacang soya pun bagus) utk baiki sel2.
    4. elakkan stress, rajin2 lah pegi urut terutama belikat, tengkuk dan kepala krn urut boleh menghilangkan stress jugak. migraine ada kaitannya dgn stress.
    betol, nak berlawan dgn BN ni mmg biasa la stress2 ni hahah

    BalasPadam
  18. UBAT UTK MIGRINE IALAH AIR PAIP JER... CARANYA IALAH... AMBIK AIR PAIP LETAK DALAM TAPAK TANGAN KEMUDIAN SEDUT DENGAN LUBANG HIDUNG DALAM-DALAM ( INI DILAKUKAN MASA TENGAH SAKIT, BARU BERKESAN) SEDUT SAMPAI NAIK KE KEPALA JANGAN BUANG AIR TU... CUBA DULU BARU TAU, SEBAB SAYA DULU PUN MENDERITA PENYAKIT TU, LEPAS CUBA KAEDAH NI ALHAMDULILLAH BERKESAN SAMPAI SEKARANG.

    BalasPadam
  19. nak hilangkan terus penyakit Migrain tak payah minum kopi o atau masukkan kepala dalam kolah atau jumpa bomoh pengeras RM45.
    Ubat mujarab untuk penyakit ini, adalah cabut kepala biar tiada kepala, nescaya kepala tak sakit lagi.

    BalasPadam
  20. tt lu memang tak hipokrit....tu sebab gua jadi pengikut mazhab lu dulu kini dan selamanya

    chuaw

    BalasPadam
  21. pernah kena migraine yang kronik,pernah masuk hospital sebulan dua kerana penyakit ini.semasa dihospital seorang nenek[bukan nenekku] yang menjaga cucunya memberitahu ibuku ubat untok migraine bukan ada kat hospital,katanya ada dibelakang rumahnya.ibuku ikut nenek balik kerumahnya,sambil tersenyum nenek tunjokkan pokok inai.beliau tumbok inai sehingga lumat bancoh sedikit air dan ibuku lumurkan dikepalaku sebagaimana arahan nenek.sehingga kini aku tidak ada lagi penyakit migraine dan hospital free.abang tt cubalah petua nenek ni.

    BalasPadam
  22. telan panadol dgn ubat angin..

    BalasPadam
  23. Bro TT,
    For migrane.. ada ayurvedic treatment practiced by Indians...there are certain position of yoga...but haram

    alternatively..take ginger powder mixed with water(halia O, not teh halia) every 4 to 5 hours.
    try to reduce intake of sugar, animal product meat or milk, alcohol, soda and salt. drink more water and eat more fiber,vegetable, vegetable protien
    do not expose to direct sun / heat

    and most important cepat kahwin, baru bini boleh jaga TT...makan minum on time,good food, good sleep, berselaras etc.

    take care bro we want you keep on writing..

    sethu2105@gmail.com

    BalasPadam
  24. Migrain??

    mintak bini tulon picit kepala la!!

    Kui! Kui! Kui!

    BalasPadam
  25. Kata doktor aku...

    migrain tu berlaku kerana wayar dalam otak kita sudah banyak yang rosak.
    ada yang dah karat, ada yang dah kena litar pintas, ada yang fius dah putus.
    litar pintas itulah yang menyebabkan migrain kat kepala kau.

    kata doktor aku, nak bagi hilang migrain amat senang.....

    tuang air garam dan air bateri dalam otak kau.
    tuang melalui telinga kanan
    seminggu lepas tu eloklah migrain kau tu

    BalasPadam
  26. Tambahan kpd anon 09:18..

    Rambut boleh jadi blonde hehehehe...

    BalasPadam
  27. TT punya kepala, besar punya batu dalam ada duduk..

    BalasPadam
  28. oit..tak gi cari resepi rajagopal ka petang ni? tiap2 petang dia buat siaran resepi kat tv9 "tetap trus masuk syurga"...

    BalasPadam
  29. atau lu migraine sbb lu pny 'barang' kurang dpt servis kahkahkah..org2 yg sexually frustrated pun selalu sakit2.. nurse2 yg duk kat Le Chateau mgkin dpt bantu kau kahkahkah..

    BalasPadam