Selasa, 7 September 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




LAGI EMPAT HARI


kota kuala lumpur makin lengang
semua mudek balik kampong
semua ingin berpesta di kampong

yang memandu perlu waspada
yang memboceng perlu berjaga jaga
yang berjalan kaki melintas berhati hati


dalam merayakan pesta
jadi diri agar kegembiraan
beterusan tak henti henti
setahun hanya sekali

makan lah tapai
bakar lah mercun
dan berayalah smabil bercanda canda dengan sanak sudara !



PASAR RAMADAN DI IJOK - TEMPAT AKU MEMBELI PECAL


BERBUKA DI SUNGAI BESAR



HARI HARI ITU DATANG LAGI


nostalgia itu datang. zaman enak dimana aku tidak tahu tentang global warming. aku tidak tahu tentang politk. aku tidak tahu tentang semua. yang aku tahu semuanya indah. paling indah dan paling aku nanti natntikan ialah malam malam hari raya.

ketika kanak kanak – aku amat jarang berpuasa – bila masuk belasan tahun maka aku mula bepuasa, bukan kerana ingin mendapat bidadari bermata jeli atau dududk diatas divan yang empok. aku berpuasa kerana ini sebahagian dari budaya kami di kampong.

tidak terlintas tentang syurga atau neraka. malah tidak ada sesiapa yang menakut nakut kan kami tentang api neraka.

aku bebas bercempera. membesar bercanda canda.

tidak ada sibuk sibuk tazkirah. tidak ada politikus datang sibuk sibuk menghulurkan derma. kami di kampong landai dan permai – nyaman dan selesa. mungkin kami miskin. mungkin kami tidak memiliki kereta. mungkin kami tidak menyembelih lembu korban – tapi kami ada harga dirii. kami tidak meminta meminta. kami anggkuh dengan kewujudan kami.

hari raya adalah tanda budaya kami. tiadk ada tarikh untuk rumah terbuak. siapa datang duduk bersila.

kami tidak bertandang jauh. sanak saudara dikampong yang sama. silaturahim kami bukan dipaksa atau di rancang I atau di buat untuk di rakam - ianya luhur dari budaya kami.

betapa indahnya malam malam sebelum raya. lampu lampu minyak di pasang. tidak ada yang mengatakan kami murtad atau kami hindu – malah aku tidka tahu pun bahawa aku ini islam. yang aku tahu kami berpesta dan berhari raya.

aku teringat lagi saat menunggu nunggu iman dan kadi pulang dari telok kemang. aku tdak tahu apa itu cap mohor - aku ingin dengar dari lauangan kereta penerangan esok kami berhari raya. dunia itu bagitu indah.

entah berapa kali aku membuka kotak kasut. entah berapa kali aku mencuba baju melayu. entah berapa kali songkok dipakai. tak sabar sabar menunggu pagi. tak sabar sabar menunggu murai berbunyi.

agama kami adalah budaya kami.

tidak ada retrorik. kami juga tidak pernah mengaku bahawa hanya kami yang betul – hanya jalan kami yang lurus. di hari raya bukan politik yang kami kesah kan tapi rendang dan tapai.

yang tinggal hanya ingatan. hari raya kini menjadi ritual yang kadang kala membosankan. kegembiran itu di cari cari. ianya tidak datang sendiri seperti dizaman boleh maian mercun dan meriam sendiri.

hari ini:
apa yang paling membosankan aku ialah apabila aku bertandang
tv sedang terpasang.
jika ada rumah sedemikian lalu aku berkata:
‘ takpa tonton lah tv dulu’
esok kalau ada masa saya datang kembali’.


NOTA :
petang ini aku berbuka dirumah
aku masak sambal udang
aku ada ulam pegaga
semua aku beli di ijok

siapa suka makan
perlu pandai masak
kalau tidak kena tipu
makan ayam mati direndan aji no moto kah kah kah

19 ulasan:

  1. Menitis air mata mengenangkan zaman kanak-kanak yang primitif tetapi amat bahagia dan penuh kegembiraan. Ayah dan ibu telah pergi selamnya, kini aku membesarkan anak-anakku di suasana yang amat berlainan dan penuh kemodenan, hingga aku terlupa yang zaman itu tidak akan kembali, malah akan jauh pergi bersama usiaku yang semakin dekat menghampiri Ilahi. TT, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
  2. salam sahabat,

    nostalgia u bikin i sayu la pulak.
    selamat hari maap zahir batin. moga u dikurniakan kesihatan yg baik, rezeki yg murah di bulan yg penuh barakah ini.

    p/s- raya nie bukan bermakna i tak tengok blog u, tapi maklum la kampung durian tipus, jelebu coverage takde.
    doakan pesawat i selamat tiba di LATROB.

    BalasPadam
  3. TT Selamt berpuasa. Hanya tiga hari lagi sungkai sudah. Pastikan dalam tiga hari ini puasa tidak putus.

    Seabagi pendahuluan "DiUcapkan Selamat berHari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin".

    Lepas Hari Raya jangan lupa tugas untuk meminta rakyat berfikir dalam dalam untuk masa depan mereka.

    BalasPadam
  4. selamat hari raya TT.

    BalasPadam
  5. Tok aku pernah cerita...dulu nak mengaji agama, punyala jauh terpaksa jalan rentas bendang..dan beberapa buah kampung..Belajar pun tak menyeluruh. nak belajar celah mana, nak kerja lagi...nak jaga anak lagi. Anak2 habis darjah tiga dah kena kerja kebun, kekadang tk berbayar..kuli free bagi mak bapak..yg besar jaga adik yg ramai.Ini semua ditempat aku la..Tempat org lain senag lenang macam di syurga barangkali..

    Berbeza sekarang, pendidikan,ilmu dah mudah dapat. Budak2 tak perlu kerja..duit mak bapak sediakan suruh belajar saja. Sepatutnya pemahaman tentang ilmu lebih luas. Bila berilmu jika tidak beramal, apa guna kita diberi akal.

    Lebih baik kembali ke zaman jahil. Tak tahu beza dosa dan pahala..redah saja tanpa rasa apa2 perasaan.

    Apahal pun selamat hari raya. maaf jika ada salah.
    Pasal pelita, mlm 25 ari tu dah pasang kat rumah aku. semalam tak pasang sebab hujan. Mlm ni pasang balik.Bukan kata lampu pelita saja...lampu liplap pun ada. Mercun kirim kat kawan saja. Tapi belum hantar lagi..mungkin besok, jadi malam raya main mercun dan bunga api lalalalaaaa..mintak2 la malam raya tak hujan..nak main bunga api.
    3 tahun lepas, tak payah beli jauh2 mercun, sebab jiran belakng kerja polis. Dapat yg clear2 punya. Dpt free ja. Kadang2 dpt yg dah masuk angin..tapi free punya pasal tak kisah. Sekarang jiran tu dah baliknegeri dia. maknakata sekarang ni kalau nak main mercun kena beli sendiri.
    Sekali lagi...selamat hari raya semua!!!!!

    BalasPadam
  6. selamat hari raya tt :)

    BalasPadam
  7. TT, apasal lu bikin gua cirit malam ni... itu zaman kanak2, memang gua tak ditakut2kan dengan api neraka..

    tapi gua ingat member gua, asyik mengusik buat2 macam antu waktu gua balik rumah jam 9.00 malam dari mengaji quran... memang cilaka betul, mamat ni berani sungguh kerabat pokok mengkudu besar betul2 atas kubur... kadang2 pokok limau grapefruit atas kubur bersebelahan jugak.. tak gua sangka yang ada makhluk seberani malaikat begini.. apa yang gua buat, gua cuma bukak quran luas2 sambil azan ketakutan, semoga ada pancaran kuasa ajaib dari quran macam dalam filem2 indon seolah2 ada kuasa gaban yang akan datang menolong gua menghancurkan hantu2 yang berkeliaran..

    ahhh, zaman ultramen dulu2... memang mengasyikkan.. gua pun belum tahu melancap lagi waktu ni... alangkah indahnya kalau gua mampos waktu ni.. terus dapat bidadari dan gua asyik berjimak dengan dia sehari suntuk... uh, bestnya... tak ada sesiapa datang bagitau, neraka itu amat dasat siksaannya.. hingga gua nak melancap pun, rasa tidak selesa... memang cilakak sungguh kalau gua terus mengurut cuntoi gua ni..

    selamat hari raya tt..

    BalasPadam
  8. Aku, masa umur 11,12 tahun, duk telan air paip dlm bilik air bulan posa..bila keluar dari bilik air buat2 muka seolah2 berkeimanan yg kukuh ...
    Ayah aku perasan, tapi dia buat dek. Tapi jelingannya aku paham...

    Budak2 la katkan.nak marah pun pada2 la..aku rasa hampir 100% budak yg baru nak lekat posa membuat onar dlm bilik air macam aku..

    BalasPadam
  9. TT dan semua rakan setia blog TT
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
    Yang kena hantam dan yang menghentam,mohon maaf.
    Tapi tiada maaf pada khaw 569

    BalasPadam
  10. sdih nye kenang ms silam..memng bes,ape yg tt rs sy pun rs,budk2 skng kt umh tgk tv je,xgroup nk pusing kg,dlu abis rumh 1 kg sume d singgh,xpk pun psl duit..bes giler kenng kn zaman bdk2..
    SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI UNTK TT & UMAT ISLAM SELURUHNYA

    BalasPadam
  11. Bro TT...Selamat Hari Ghaya..Maaf Zahir Dan Batin...tak balik jolobu ko....ghayo singgah la kek pilah...buleh kono sup tulang...

    BalasPadam
  12. Uncle isham,

    aku kagum dengan tulisan indah mu ini.


    lagi beberapahari sahaja tulisan sebegini akan berakhir. aku sayu.


    Uncle isham jika punya kesempatan dan cuti ku panjang ingin sekali aku mengunjungi mu di Kg kelak (Jelebu).

    padahal aku bisa sahaja menemui mu di Kuala Lumpur, akan tetapi di Kg sentimennya lain.

    Lebih ikhlas ku rasa...

    BalasPadam
  13. tt, gua suka makan, tapi gua tak pandai masak, betul lu cakap dalam badan gua ni penuh ajinamoto saja. lepas ni gua nak belajar masak dengan lu boleh, gua tunggu lu nak bagi resepi kulit rambai masak lemak yang lu cakap sedap tu. selamat hari raya tt

    chuaw

    BalasPadam
  14. selamat hari raya bro. sham. Maaf zahir batin..

    BalasPadam
  15. Sham, semoga bertambah iman dan murah rezeki.Selamat Hariraya.Kenapa ada pengomen suka benar cakap kotor? Has he no shame?

    BalasPadam
  16. salam bro tt,
    Bila la nak ado orang tolong masakkan asyik masak sendiri..sian pulak dongar.
    Bro kalau balik Jolobu boleh ikut highway baru LEKAS dari ceras kuar kek jln pantai..jalan ni boleh terus ke Pilah tak payah masuk Seromban lagi..boring Seromban ni.
    Pilah jem tiap kali raya..loteh den,bro bila dah berumur feeling dah lain kot tapi mmg patut kongsi dgn org muda..kan!
    Apapun waris nak ucap Selamat Hari Raya dan Maaf Raya, waris banggo ada org N9 mcm BRO!

    BalasPadam
  17. betul. me too was never attached to the religious connotations of Raya. Raya was lots of nice food, kuih raya!, bunga api, bubur lambuk, baju raya plus EHEM, kasut raya... (of course la, asyik sethn kena paksa pakai selipar jepun, time raya aja dpt kasut baru, dibeli di campbell street, and then singgah di Hameediyah for its sinful ayam ros)

    Raya was very natural, and it was not so much about berlumba2 nak dpt sebyk2 pahala.

    Satu kejadian, tak boleh dilupakan, org2 masjid berebut2 makanan pada malam 27! I witnessed that myself when I was maybe 9 or 10, adults fighting over food, kah kah kah!!

    happy raya, Isham, take care, maaf zahir batin!

    BalasPadam
  18. ...
    apa pasal pokcik tak cakap nak ke ijok. mertua aku disana, bukit rotan. boleh aku teman pokcik pilih pecal TERRBAIIEEKK kah kah kah

    syukur pada Allah, org ijok perlahan-lahan mendalami agama untuk diterapkan dalam hidup sehari-hari

    tidaklah rewang menolong masak lauk pauk kenduri hingga tidak solat
    tidaklah untung beribu-ribu RM jual sawit hingga lupa zakat
    tidaklah melalak berkaraoke tika kenduri hingga lupa zohor & asar sudah dihujung waktu

    orang jawa baik dan rajin, cuma penghayatan agama yang perlu ditambahbaik

    BalasPadam
  19. SIMAMAT TANPA NAMA 2010 September 7 23:17 NI CUBA NAK TIRU TT DENGAN CUBA BERLAGAK KOOL. (TULISAN MENCARUT LAGI MERAPU) KONON-KONON KOOL LAH...

    TAPI YANG DIA SENDIRI TAK SEDAR, ORANG LAIN TENGOK DIA BEBAL. (BODO MACAM GEROMBOLAN)


    RENTIKANLAH CUBA NAK TIRU MACAM TT.

    HISHAMUDDIN RAIS HANYA SEORANG...

    BalasPadam