Jumaat, 1 Oktober 2010

ADA TERBAU APA APA TAK?





PEMANDU KAT WAAA TAK TAU




nota:
munasabah ke pemandu
ini tak tahu dari mana
syabu ini datang ?

kerana dekat sempadan terengganu
mungkin datang dari negara ayah pin
kah kah kah








ISMAIL JAMIN SIASAT POLIS CURI SYABU-berita hairan

Ketua Polis Negara, Ismail Omar memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh kes 10 anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri kira-kira 40 kilogram syabu daripada lebih 700 kilogram yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu.

Katanya, beliau telah mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.

Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi, katanya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membebaskan tertuduh yang juga pemandu lori yang ditangkap membawa dadah itu, Lee Yong Toe, 48, kelmarin.

Rampasan syabu seberat 753,539 gram bernilai lebih RM270 juta itu dipercayai terbesar dalam sejarah negara mendapat perhatian apabila Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir dalam penghakimannya membebaskan Lee, kelmarin, mempersoalkan tindakan polis dan pendakwa raya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
sila baca berita ini
baca berulang kali
jika boleh sampai hafal
jika cekap baca dengan sebelah mata
lagi afdal baca dengan mononggeng

apa bau apa apa tak?

kunci bau berita ini
terletak pada dua perenggan akhir

pelik tetapi benar
hairan tetapi pelik



nota:
tujuh anak mahasiswa berdemo
menentang ISA pada tahun 2002
telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah
tinggi tetapi pendakwa minta ulang bicara

nota:
hampir satu tan syabu dalam lori
pemandu kata : wa tak tau … wak tak tau
pemandu dibebas mahkamah

tapi pendakwa senyap ajew
tidak ada pulak pendakwa minta ulang bicara

ada bau apa apa tak?
kah kah kah


nota:
bau seluar dalam pun
ada aroma erotik kah kah kah


23 ulasan:

  1. Kalau dah pendakwa dan hakim sama lentok macamana nak mintak ulang bicara!!!

    BalasPadam
  2. siapa yang cuba dilindungi?????? 700kg bukan sikit anak tau. ni mesti ada somebody di belakang. TT ayuh bongkar.

    BalasPadam
  3. wa tolong lu, lu tolong wa kah kah kah

    BalasPadam
  4. Perkasa tak nak berdemo ke? Majority yang telan shabu ni orang melayu! Syabu ni menjahanamkan budak budak Melayu! Atau pun makan syabu ni dah jadi hak istimewa orang Melayu? Kah kah kah.

    BalasPadam
  5. bro..

    kereta waja saifool bontot kena curik..agaknya yang mencuri tu kalau tau kereta tu saifool punya apa reaksi dia..

    p/s:

    apa saifool buat kat medan tuanku? bukan ke tempat tu area pondan lepak...hmmm....

    BalasPadam
  6. dah kena dengan syabu la tu..

    woittttt....270 juta hinggit tu....bukan 270 juta rupiah....
    mau tak kelabu mata...
    sampai kiamat makan untuk anak cucu tak habis....

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  7. Kalu makan daging kambing pun bau kambing . Mana boleh makan kambing bau lembu . Ini tentu daging lain ......... kambing atau lembu itu create bagi ada cerita saja .. Bau seluar dalam lagi best .

    Wa tak tau ....... wa mana tau .
    Senang saja jawap ....... tau......... tau......... bebas

    BalasPadam
  8. -syabu o.5 gram kat pasaran skang dah cecah RM 350, kalo baik ngan tokan dpt la kwa tim dlm harga RM270..

    -yg ilang dr peti besi balai polis sbyk hmpir 40 kg syabu, korang pkir la brape untung geng2 jahat yg beruniform dpt untung atas angin?..

    -tu kat pahang, kat jb dulu, hmpir 40000 biji ekstasi ilang dlm peti besi balai..kes tue pun senyap smpai skang..sume dah kenyang kot..

    -pokok pngkal, kalo nk jadi tokan whatever jenis dadah pun, sila wat bisnes dlm kuantiti yg besar, lg besar lg bagus, sebab kebarangkalian nk terlepas jika trtangkap lebih besar..kahkahkah

    -zargus-

    BalasPadam
  9. Nilai syabu RM270 juta pehak polis & pendakwaraya tak ambil berat???? ni macam ada kepentingan je? tak mungkin pemandu lori tak tahu?? mesti ada arahan oleh polis untuk pandu lori..ini lah Malaysia Bolehland.

    BalasPadam
  10. habih lar...mampuih kalo 1Malaysia cam ni..

    dapat polis..polis curi dadah..
    dapat fru..pegi sembuq water canon...
    dapat sprm...siasat libang lebu..
    dapat mat posto...surat campak dalam longkang

    dapat menteri... bangang cam burung unta...

    BalasPadam
  11. dah kowtim... bukan 15(1) ni..ni..39B..memang boleh kowtim..tapi tak tau la boleh lepas..selalu tukar jadi 39 (a) je..paling bangang sg buloh 2tahun..lepas sebab dah rembat 40kg ice kot..org dalam dah buang kes..ni gua tak puas hati ni..

    BalasPadam
  12. Ha ha ha..

    Hang boleh cakap..kalau Iman tak kuat..Towkey offer china doll mahu meleleh air liur..ha ha ha...plus pulak dengan RM ratus-ratu ribu-ribu..ha ha ha ..mahu rambang bijik mato..makan tak abis..

    Cuma yang tak syoknya dalam Polis selalu cover Polis, jadi yang bersalah diambil tindakan tetapi Orang Awam tak diperjelaskan....KPN baru harus ambil pendekatan yang berbeza kerana ia melambangkan Intergrity Pasukan Polis bukan pada Lencana Polis...ha ha ha.

    BalasPadam
  13. PDRM punye lah syabu tu.....musang pencen punya, duit pencen...hau hau hau hau....klau orang awam curi 40kg dadah sudah tentu kena gantung 40 kali....ha ha ha

    BalasPadam
  14. kalau gua jadi diorang, gua pun kebas! (ini ilmu belajar ngan pak menteri)

    BalasPadam
  15. ini penyebab remaja malayu byk rosak....ya UMNGOK memang suka remaja melayu rosak sbb senang nak dicucuk hidung....

    BalasPadam
  16. TT...

    jangan la risau sangat
    dia nak buat siasatan MENYELOROH tu

    nak tau makna MENYELOROH?
    tanya lebai google

    BalasPadam
  17. syabu banyak tu kalu jual balik bole buat 15 bijik sekolah

    kalu buat bangunan mahkamah dapat lima bijik

    BalasPadam
  18. Kena gempor sikit udah merepek PDRM ni......!

    Kah,kah,kah...

    Kes dadah di Johor udah setel ke ?

    Kes Kugan,TBH.....

    malas benor nak nyambung......banyak bebenor...

    Kes Aminurashid ape cite...?
    Mati katak ?

    Setan....!!!
    Meghocun dah habis main ghaye ni...?
    Tak payah main mercun....yang selit kat pinggang tu letupkan kat kepala sape pun kalau gatai nak petik picu pistol tu....haram jadah.......!!!!!!!!!

    BalasPadam
  19. buat la apa kowang suka, selagi BN memerintah, buat sajalah.. tak kuasa PR nak layan lagi...

    saman aku pun, tak terbayo lagi nih... aku tunggu PR naik la, mana tau, kot2 boleh hapuskan semua saman aku..

    BalasPadam
  20. mungkin disebabkan terlalu lama dok dalam lori, ayaq batu bolih bertukar menjadi sabu, kalau sabu dok lama2 dalam lori ayaq batu, sabu pun akan bertukar jadi ayaq batu.

    yang tak akan bertukar2 adalah Mat Sabu, kah..kah..kah.....

    kalau diri tu semekin jangan banyak dok buat salah, tapi kalau hampa banyak duit, buat salah pun tak apa, boleh bayaq denda.

    BalasPadam
  21. aaah! ini kecil funya hal lah tarak bahaya funya...itu Mat Sabu lagi bahaya woooi!

    BalasPadam
  22. wa cakap sama lu.... itu balang wa ta tau munye... wa punye tawkeh suruh wa bawak ini loli... kasi antar itu banglo punye lumah... wa memang tatak bau... itu balang belakang talok... wa duduk kipala loli...

    tapi ini lagi wa tatak paham lo... itu balang halam lo... suda halam kasi culik... dua kali halam... nanti kasi juai... wang kasi angkat... itu wang lagi halam... suda tige kali halam....

    wa ingat mau pangge itu mamak bikin satu kotak tabung.... kasi kutip itu wang sama itu sepuluh olang... itu wang haram lo... kasi pulang ma...

    BalasPadam
  23. ... yo bro TT ... bau ..bau .. nak buat modal cover pilihan raya kecil galas... 40 kg syabu tu kalau jual berapa banyak undi boleh dibeli untuk menangkan gerombolan ... kalau lah orang awam ada memiliki 40 kg dadah syabu tu ... betul kata bro tanpa nama 13.20 ... gantung 40 kali ... tapi pasal polis yang memilikinya (curi pulak tu) tak de kes langsung ... boleh tak de kes pulak? 753 kg tolak 40 kg ada lagi 713 kg lagi dadah tu ... boleh lepas pulak tukang bawak dadah tu ..undang undang 1 malaysia ... tak de tempat lain didunia seperti malaysia ... natang bewok ... menteri, peguam, polis, doktor.... semua pemusnah bangsa ... mana pejuang bangsa ? tak de suara pun ... kena kasi ke ? duit hasil dadah yang polis curi tu tak haram ke ? kalau duit tu masuk perbendaharaan negara buat belanja rumah terbuka hari raya 1 Malaysia haram ke halal ... ? tolong mufta mufti dan ular dalam semak (ulamak) Umngook beri fatwa ..

    BalasPadam