Sabtu, 30 Oktober 2010
AKHIRNYA AKAL MENDAHULUI HANTU
SEMUA AKAN SELESAI MALAM INI
nota:
alangkah baiknya
jika malam ini sang hantu
dan sang jin menunjukkan diri
buat show jimnastik atau berubah
ubah muka atau terjun tambam di stadium
bukit jalil malam ini
persoalan sama ada jin dan hantu wujud sekali gus
akan selesai malam ini dan malaysia akan menjadi
negara terulung memiliki jin dan hantu
sebagai warga negara kah kah kah
SITI BALQIS MULA BENGIS – berita hairan
JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.
“Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah).
“Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri.
Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya.
Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan ‘ghaib’ di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok ‘jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin.
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu.
“Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi,” katanya.
NOTA:
disini akhirnya
fikrah yang rasional
keilmuan yang diduga
keilmuan yang ilmiah
bukan ilmu mimpi
bukan ilmu jin dan jembalang
yang dapat mencari sebab dan musabab
masyarakat melayu adalah masyarakat pertanian
yang sedang berubah untuk memasuki ke alam rasional
banyak karut wal marut masih ada lagi dalam pembudayaan pertanian
hantu jembang orang bunyian semua ini adalah sebahagian dari pembudayaan itu
dunia pertanian ini indah penuh dengan dewa dan dewi
kampong batu dan pokok semuanya ada penunggu
ini diperlukan untuk menerangkan erti kehidupan
dewa dan dewi ini diperlukan untuk menerangkan kenapa ada guruh dan petir
penunggu batu dan penunggu pokok ini adalah tanda hormat kita kepada alam
cuba kita tanya kenapa hantu ini:
tidak muncul malam ini di stadium bukit jalil sebelum permaian bola di mulakan
kenapa hantu ini tidak muncul jam 12 tengah hari di bangsar shopping komplek
kenapa hantu ini tidak muncul menari nari di di hadapan klcc hari ahad petang
kenapa muncul hari malam sahaja?
kenapa muncul ketika mamat ini kesaorangan?
ada satu yang amat pelik :
di hadapan kedai toto ada bomoh jual number untuk menang
cuba fikirkan dengan rasional kenapa sang bomoh
iyang dapat meramal angka yang akan menang tidak membeli
semua number ini?
pelik?
bomoh ini sudah tahu number apa yang akan naik
kenapa dia sendiri tidak beli
ini lah namanya karut wal marut
sila tanya para bomoh yang menangkap hantu ini:
kenapa cepat sangat dibuang ke laut?
kenapa tidak tunggu kajian ilmiah?
apakah perlu satu akta di luluskan di parlimen
dimana hantu yang ditangkap
tidak boleh dibuanghkan ke laut kah kah kah
nota:
baru sekarang kita diberi tahu bahawa
anak gadis ini rupa-rupanya sakit.
NOTA:
paling lawak dalam semua laporan beri ini ialah:
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
peminat tukar tiub ko.nak raso roti canai kedai No.8 tak.
BalasPadammana daro ni tak bengis bro...
BalasPadamtak dapek nak nengok bola malam ni
daro tu penyokong kuat nogori tu
kalau aku pon bengis bro!!
aku teringat la si bebal zulnordin yang tengah sengal skrg nih...
BalasPadamtak sangaka aku, belajar kemain luar negeri.. akal balik belajar ialah terus membodohkan rakyat yang memilih dia jadi wakil rakyat...
jenis muka tak tahu malu...
Ket Kuala Klawang tu banyak hantu....ket sekolah teknik ada kipas berpusing tanpa letrik...tak caya poi tengok sendiri! Tompet tu banyak angin lalu banyak jin...jin minang..he he he
BalasPadamTT,
BalasPadamZaman kanak-kanak dulu. Dalam darjah lima. Saya ada beberapa kali ponteng sekolah. Saya kata kat emak, saya demam.
Lalu mak saya bawa berjumpa bomoh. Bomoh tu kata, saya kena keteguran di bawah pokok di hujung kampung. lalu ditawarkannya dan dijampi.
Hakikatnya saya sihat walafiat. selepas tu setiap kali demam, bomoh akan kata kena keteguran atau kelintasan dan macam2 lagi.
Itulah sebabnya, saya tidak pernah percaya bomoh mana sekalipun sbb bomoh yg saya sebutkan tadi adalah nenek saudara saya sendiri.
adnan M
Ayaq zam2 di mekah sebenarnya air laut masin yg telah diproses (reverse osmosis) oleh tok2 arab supaya bangsa lain termasok MELAYU percaya ayaq tu adalah ajaib lg suci.
BalasPadamKalau pegi pulau redang, ayaq paip di chalet atau bilik2 hotel pon rasa sebijik mcm ayaq zam2 sbb proses yg sama mcm ayaq zam2 di mekah.
tp xde MELAYU yg berani kaji semua penipuan ni.
mcm zaman dulu, xde melayu berani seberang laut takut jatuh di penghujung dunia kerana yakin bahawa Bumi adalah leper.
Kebenaran hanya diperolehi dgn keberanian sahaja.
gomo kelate gomo,
BalasPadamharap game malam ni bebas dari main bomoh...
dengar citer orang noismilan kuat main bomoh.. yo ko isham ey!
kocik-kocik den jago kobau,
BalasPadambila bosa den minat the red warriors,
buat peminat2 tukartiub and TRW
http://www.youtube.com/watch?v=8CzhQWSgu7w&feature=email&email=comment_received
kahkahkah
saya rasa mak bapak diaorang yg sewel dan perlu berjumpa doktor jiwa..
BalasPadamanon 2010 Oktober 30 15:20
BalasPadamapo ko bondo ekau dok merepek ni..
kalau den koba ekau ni bangang.. marah.. melonting
hobin jang hobin
woi anon 18:07
BalasPadampoint aku, org Melayu suke percaya benda2 karut. Tanpa usul periksa dan gunakan akal, Melayu terus percaya cerita2 magik, alasan ade kuasa misteri disebalik suatu kejadian.
Mcm ayaq zam2, tak caye google sendiri la. mcmane ayaq telaga tengah2 padang pasir leh mencurah-curah keluar mcm ayaq terjun. Nie mestilah ade komplot besar tok2 arab nak panggil org2 seluruh dunia melancong ke negara dia.
Dgn kemajuan internet, tiada maklumat yg dapat disembunyikan.
Tuhan berfiman dlm Al-Quran, kalau sesiapa sembah satu binaan yg ciri-cirinya:-
1- Diperbuat dari batu,
2- Ditutup dgn kain lambungan, (sebab tu x nampak batu),
3- Ada 3 tiang di bawah bumbungnya, (pun x boleh nampak sbb terlindung dek batu & kain)
jawapannya ialah masuk api neraka sampai bila2.
google binaan apa yg sama ciri2 di atas. aku xnak ckp nanti gadoh plak kat blog TT.
aku x nak bagi ayat berapa, surah berapa, buka Al-Quran dan cari sendiri la.....
nak tau ko dan MELAYU2 lain bangang atau tidak, sila ke:
-mentalbondageinthenameofgod- di google.
harap kelate menang malam nie. TT org nogori jgn marah.....
Skali lagi aku berdoa agar Allah menakdirkan Isham diusha, dilarikan dan disembunyikan oleh para Jin ...
BalasPadamkah kah kah
kesian budak tu. semoga dia lekas sembuh dari sakit
BalasPadamAnon 2010 Oktober 30 18:57
BalasPadamkesian kat hang baru pandai google dah melebihi ulamak....sian
kesian juga kat budak anon 2010 Oktober 30 18:57 tu. semoga dia lekas sembuh dari sakit..taksub konspirasi tahap gaban...
BalasPadamnota:
tahniah kelate jadi juara piala malaysia... trw and fanatik memang terbaeek! go more kelate go more
ops! isham.. kau pun fanatik trw juga kan..kan..?
kahkahkah
kepada saudara "Tanpa Nama", fakta manakah yg saudara ambil tentang air zam-zam adalah air laut masin yg telah diproses oleh tok-tok arab dgn "reverse osmomis".
BalasPadammmg didalam kepercayaan Islam x ada apa2 keajaiban pon pada air ini, itu cuma fahaman2 bida'ah mengarut sahaja. air zam-zam x lebih drp air biasa seperti air2 yg lain.
cuma yg istimewa air zam-zam ni menurut kepercayaan islam ia ada kaitan dgn sejarah Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar dimana Allah S.W.T menyalurkan air utk mereka di padang pasir.
hairan jugak, dah berkurun2 air zam-zam tu, kira teknologi "reverse osmosis" ni dah lama la ye?.. hehe
korang tak perasan ker, minah ni suker sangat ngan jin yg bebulu lebat, aku ingat eeeee punya paling sesuailah..!! kalau dikawinkan cepat2 boleh sembuh agaknya...!!
BalasPadamkah..kah..kah..!!!
beraninya hamba TUhan itu bercakap soal kesucian air zam-zam.. sejauh mana jangkau ilmu mu wahai hamba Tuhan.. anda satu contoh 'melayu' yang hebat'..
BalasPadam