Ahad, 31 Oktober 2010

BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU





DIA TAHU SIAPA HINA


nota:
kalau suka
semua sayang
kalau dah kena benci
semuanya benci
kalau nak kencing
kencing gerombolan kah kah kah



TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI – melayau

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


wout… INI BERITA YANG DITUNGGU TUNGGU…. kah kah kah

woit… KALAU TAK ADA BERITA INI PILIHANRAYA KECIL TAK SAH…. kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU TAK ADA YANG KELUAR PARTI ERTINYA SPR TAK JALAN KAN TUGAS… kah kah kah…

nota:
cuba selidik betul betul
malaon ini menang atau tidak
dipemilihan cabang baru baru ini.
atau malaon ini semuanya bekas… kah kah kah


nota:
pelik pulak
pkr mana ada bahagian
pkr ada ranting dan cabang
laaa nak tipu buatlah betul betul kah kah kah

14 ulasan:

  1. Wow! Ramainye ahli PKR kat Batu Sapi! Mungkin lebih ramai dari Cabang Pasir Salak. Wakaka!

    BalasPadam
  2. kah,kah,kah.....keluar juga berita lompat ni sebelum hari pembuangan undi! boleh caye ke cerite ni?

    BalasPadam
  3. UMNO kalau berjanji nombor wahid dan untuk menunaikan nya tuhan saja yang tahu.
    Untung juga ada YB yang berkorban dan dapat rakyat projek dari UMNO.
    Di harap tak ada rakyat jatuh kelaut lagi......

    BalasPadam
  4. bang isham, saya agak kagum sebab biasanya kalau lompat parti jumlahnya elok je 200 lah, 100 orang mahupun 500 orang. Kenapa bukan 213, 17 atau 41. Pandai betul diorang cari ngam gitu

    BalasPadam
  5. Berita ini tidak menghairan.laporan pun tak tentu. PKR tak ada Bahagian hanya Cabang...LOL..setiap ada PRKecil Al Malikul Mat Sembab memang ada pengumuman ahli ahli Parti lawan ada masuk amu-noh..diPermatang Pauh; diBukit Gantang; diManik Urai..semua ada ahli pari lain masuk amno. trik lama..mana ada politik baru..yang diperjuangkan oleh PM NAJIB.

    Wahai rakyat dan pebgundi2 Batu Sapi, undilah PKR atau SAPP.
    Tuhan yang Mahakuasa berilah panduan dan pelita kepada rakyat dan pengundi2 Batu Sapi agar mengundi PKR atau SAPP.

    Allahuakhbar Allahuakhbar.

    BalasPadam
  6. yang aku muskil/ terkucil:

    kenapa selalunya jumlah yg lompat pati tu sama kat semua kawasan???

    2 ketua dan 200 ahli.....

    bajet nasik lemak untuk 200 orang aje ke bro??

    BalasPadam
  7. Orang juang untuk negara, untuk partik baru diri ada harga, banyak duitnya nantik. Ini kau orang masuk partik mesti terus ada pangkat. Zaid itu orang pandai baa !. Kau masuk UMNO nantik dapat jadi timBILan saja baru kau tau. kau pun pandai macam si paul tu sekolah pun tendang dia. Kalau tak suka PKR nanti masa undik pangkah X kat PKR. Jangan taruh tanda korek tau.

    BalasPadam
  8. Janji buat masjid batu sapi 5 juta

    mintak2 biarlah masjid tu nampak macam 5 juta

    jangan roboh pulak kang

    BalasPadam
  9. Yang paling pelik anggota SAPP yang terdiri dari orang-orang Cina pun boleh keluar parti dan masuk UMNO. Ingatkan mamak Kimma saja boleh jadi ahli UMNO.

    BalasPadam
  10. Tapi bang....

    yang selalu kena kencing amno ialah kita

    rakyat jelata

    BalasPadam
  11. kehkehkeh orang keluar parti dia suka. orang keluar agama depa buat tak tau je. hampeh aih

    BalasPadam
  12. Bukan setakat ahli SUPP sahaja yang keluar parti dan masuk UMNO jika ada PRK, malah ahli MCA, MIC dan Makkal Sakti pun akan ikhtihar keluar parti dan masuk UMNO juga. Macam mana lah kamu aduhai parti UMNO nak kekal memerintah atau mahu mengekalkan reputasi parti kamu, jika para pemimpin kamu terus bersikap bodoh dan suka menipu diri sendiri dan para penyokong yang tinggal saki baki sahaja tu, sekiranya sikap kamu tidak mencerminkan kematangan dan perubahan mengikut zaman dan kemajuan politik semasa? Ulasannya adalah, UMNO sebuah parti yang usang dan hidup dengan kuasa Ringgit Malaysia sahaja, rata-rata pemimpin mereka adalah rasuah dan korupsi. Jatuhnya nanti, adalah sebuah kematian kekal yang mustahil untuk dihidupkan kembali.

    BalasPadam
  13. Saya pun nak keluar dari PKR! Tapi saya tak pernah daftar pun! Hahahahaha!

    BalasPadam
  14. kalau sebut bahagian,maknernyer UMNo ler tu!!!Kalau benor bagai dikater tu,bermakner demer ni bukannyer betoi2 pejuang.Entah2 beghaih,kopi guler dah habih.Ini ler maser untuk dapat duit banyak dgn tak pyh keghojer.Makan nak kenyang,keghojer nak senang,bertengkor nak menang....itu ler puak2 grombolan yg terkenai satu dunier.

    BalasPadam