Rabu, 27 Oktober 2010

BERKORBANLAH WAHAI YB





BERKORBAN LAH



nota:
inilah bendanya yang selalu
dinanti nantikan oleh para
pengundi - bukan jalan baru
bukan longkang bukan jambatan
hanya kain putih 6 hela dan
10 keping papan kah kah kah



PENDUDUK 30 KAMPONG BAKAL NIKMATI WIFI PERCUMA - berita hairan

Penduduk di 30 kampung di Kelantan bakal menikmati kemudahan Wifi secara berperingkat bagi membolehkan mereka menggunakan internet tanpa wayar secara percuma.

Rais Yatim, berkata kemudahan itu disediakan kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit.

“Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan `Kampung Wifi’ di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu perkhidmatan itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, dekat sini, semalam.


MUHYIDDIN RASMI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT RM300 JUTA DI GALAS
– berita hairan

Muhyiddin Yassin akan merasmikan projek perumahan rakyat yang menelan belanja RM300 juta bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk dimiliki penduduk berpendapatan rendah.

Projek perumahan itu pada peringkat awalnya membabitkan 1,500 unit kediaman akan dijual dengan harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit dengan bayaran RM190 sebulan selama 26 tahun.


PARLIMEN BATU SAPI : IMEJ BARU FLET KARAMUNTING – berita hairan

SANDAKAN: Kira-kira 3,000 penduduk Rumah Pangsa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Karamunting, dekat sini, bakal menikmati kemudahan tempat tinggal lebih selesa apabila lima blok bangunan usang di situ, akan dicat semula, manakala sistem pembentungan dibaiki melalui peruntukan RM1.7 juta.

Peruntukan itu disalurkan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan rendah menikmati sistem pembentungan sempurna berbanding kerosakan sistem berkenaan yang kerap berlaku sebelum ini.

Dengan peruntukan terbabit, persekitaran perumahan berusia kira-kira 15 tahun itu bukan setakat lebih ceria, malah membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih ceria.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL TAK …. PENGORBANAN TERBAIK DARI PARA YB IALAH MATI…. kah kah kah..

kah kah kah... TAK PERLU UCAPAN BERDEGAR DEGAR DI PARLIMEN... kah kah kah...

kah kah kah....TAK PERLU ISI BORANG.... kah kah kah..

kah kah kah... HANYA BERHENTI BERNAFAS DAN MATI.... kah kah kah..

kah kah kah… KALAU YB MATI…. KAWASAN DAPAT RUMAH MURAH… kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU YB MATI… KAWASAN DAPAT WIFI PERCUMA… kah kah kah…

kah kah kah…KALAU YB MATI…. KAWASAN DAPAT JAMBATAN….kah kahkah..

kah kah kah… … KALAU SUNGAI TAK ADA…JKR AKAN URUSKAN SUNGAI... PROJEK JAMBATAN MASIH ON…. kah kah kah..

kah kah kah..JALAN AKAN DI TURAP DENGAN SEGERA…. kah kah kah….

kah kah kah…. SEMUA PEMINTAAAN TERTANGGUH AKAN BERES…kah ah kah..

woit…. BERKORBAN LAH PARA YB…. UNTUK KAWASAN ANDA… kah kah kah..

woit… PARA YB PATUT PERGILAH MANDI DI LOMBONG…. kah kah kah..

woit…BUAT LAH AMAL IBADAT… PERGI LAH ZIARAH MAKAM SHEIKH MUKIL AL-KANDI DI KABUL … kah kah kah….

woit... BUAT LAH AMAL IBADAT... PERGILAH SEMBAYHYANG SUNAT DI MAKAM NABI YUNUS DI MOSUL IRAQ... kah kah kah

woit…. MATILAH SEBELUM APRIL 2011…. kah kah kah

nota:
hidup pun tak ada guna
hidup pun bukan ada makna
duduk senyap di parlimen
menghabiskan oxygen
antara hidup dengan mati
lebih baik mati kah kah kah



25 ulasan:

  1. Untuk Firaun 10 keping papan tak cukup, perlu 85 keping..kah kah kah kah

    BalasPadam
  2. part perabihkan oxygen yg tak tahan tu..he he

    BalasPadam
  3. Inilah kelebihannya bila YB mati. Mcm-mcm boleh dapat. Kalau kawasan tu YB Pembangkang, berdosa besar & Haram kalau gerombolan nak hulur bantuan. Biar mampus kawasan tu selagi YB Pembangkang kat situ tak mati. Ni lah perangai gerombolan minta dipuji disanjung mcmlah bantuan tu mak bapak dia orang punya duit. Kerja tak pernah ikhlas. Bila kalah, mulalah cakap dia org ni tak sedar diri, tak tau nak berterima kasih. Boleh jalanlah. Poooorah

    BalasPadam
  4. betulx ...sangatx setuju...Kalau boleh tiapx 2 minggu sekali - mati sekoq.. K'jaan akan sendirinya tau macam mana nak buat kerja utk rakyat.. Tak payak buat apax permohonan pun... dia boleh fikir sendiri...Bajet pun tak payah susahx nak dibahaskan...semuanya boleh lulus serta merta..

    BalasPadam
  5. HIDUP SUSAH, MATI PUN SUSAH....

    aiyooooo

    BalasPadam
  6. mulai sekarang,mai kita pakat pilih calun yang berumur.lagi tua lagi baik,pasai adat kata,yang tua akan kojol dahulu.bila adun kojol,pembangunan pun datang

    BalasPadam
  7. nk mati ape bende. org nk buat bangunan 100 tgkat tu utk mnjana kkayaan 1 negara la.. tau nk boikot je.. otak letak kat telo.. mane nk bpk..

    http://lensarosak.blogspot.com/2010/10/menamatkan-spekulasi-bacaan-untuk.html

    BalasPadam
  8. Ater..biler ker nak berubahnyer..Peghangai 30 tahun dulu masih diangkut,dijulang,dikendong sampai kehari ini.Memang jenih org tak berakai,buter perut.Tiap2 kali PRK ader jer projek kepaler bapak demer..Bejanji itu ini,sedangkan ader rakyat yg belum lagi menjamah rezeki sampai waktu teman mengomin ni.Pasai aper komer tak nak tunaikan janji2 komer pader rakyat maser PRU dulu??Memang kimak betoi jahanam2 tu semuer.Getik benor aku.

    BalasPadam
  9. aduyai yb... aku tak nak jadi yb la camni.. asyik orang doakan aku mati saja... cirakak betul..

    masuk parlimen pun, sonyap jo... baik mati.. kalo idup pun, tak ada apa2 boleh bantu rakyat.. ngabihkan oksigen sajo..

    BalasPadam
  10. Bro.kalau PM yang padam sudah tentu seluroh ratkyat 1Mlaysia dapat habuan.
    Mungkin x payah bayar tol sebulan,LRT dan KTM koumuter pun percuma dan mungkin juga gi tandas di CM x payah bayar rm1.
    Oooooo hebat Malaysia ku orang mati yang hidup dapat habuan.

    BalasPadam
  11. Kalau tak ada pilihanraya...
    tak nak buat.

    Macam cibai.

    BalasPadam
  12. "duduk senyap di parlimen
    menghabiskan oxygen
    antara hidup dengan mati
    lebih baik mati".....bro ini statement yang best...pagi pagi aku gelak sampai sakit perut...kah kah kah kah kah kah..

    BalasPadam
  13. senang je, doakan je yb bn suma mamposs. nak pertahankan kerusi lebih banyak durian runtuh dari dr nk rampas kerusi. mana nk sorok muka sembab kalau kalah kerusi milik bn. nmpk le pakatan ni kuat. hahahahahaa.

    BalasPadam
  14. x bleh pkai punya..bl ad PRk kecil segala projek dicanang..segala mcm bantuan dihulur..2 sebelum mengundi..kalo kalah kompom x dpt ap.habok pn xda..dasar x penah ikhlas..org2 galas..ap yg diberi amik sahaja..bila mengundi pangkah pas..tunjuk ckit kat UMNGOK kuasa rakyat..org2 batu sapi..berubahlah demi hak2 anda..segala hasil bumi anda ditelan kerajaan UMNGOK dan balachi2nya..sampai bila nk biar UMNGOK menjahanamkan ng kita..

    BalasPadam
  15. woit!! rais kampung aku bila nak dapat WIFI percuma lak!!!ini berat sebelah ni biar la seluruh kampung kat malaysia ni dapat percuma ini tak aci ni rais..

    BalasPadam
  16. sebelum APRIL 2011..???

    apa kes?!

    BalasPadam
  17. ahahaha itu yg keluar tv..yg tak keluar tv tapi keluar dari poket ko mana tau... ahahaha 2 3 hari lagi..budak2 sekolah dapat laptop percuma..ahahaha boleh disebarkan konsep 1malaysia dan gambar2 rosmah naik pelamin dengan fesyen ISLAMIK iaitu kalimah MUHAMMAD di atas tetek.. ahahahahahahah

    BalasPadam
  18. Wifi Free tu...mcm harammmzz..
    nak suruh penduduk Galas layan TT la tu bang hisham wei..haha

    BalasPadam
  19. bilo la YB dun ambo ni nok mati, jalan dah bertahun belubang jah. kalu mati, gerenti dah berturap

    BalasPadam
  20. "tanpa nama 2010 Oktober 27 10:46" mempunyai otak karat!

    BalasPadam
  21. Bila org pekan dan rakyat paguh nak dapat rumah flat murah? dah lama tunggu ni. lagi cepat lagi bagus.

    tolong la yb pekan.
    bekorban la yb paguh.

    BalasPadam
  22. Aku nak minta tolong Mat Monggol supaya mati cepat atau mati mengejut, nanti dikatakan tak ada hati perut pula kerana doakan keburukan kepada insan lain. Aku sayangkan dia ni kerana 1 aje, sebab dia tak hisap rokok. Sebab aku lebih benci orang yang merokok melebihi dia. Tapi bila kenangkan Kerbau Pendek Puaka sebelah dia tu, rasa-rasanya nak minta supaya aku mati dulu aje, lagi baik.

    BalasPadam
  23. kopiah senget bukan songkok tinggi27 Oktober 2010 pada 9:07 PTG

    kalau teman, teman harap biorla ahli parlimen BN tumpor mcm kata KOJOL 10.21 ngan tanpa nama 11.44... tentu banyak habuan yang kume dapat... tentu banyak projek pembangunan yang selama ni tak lulus tetiba diluluskan pulak ... jenoh juge member-member teman di unit ICU pejabat SDO ngan Unit PLB .... tak menang tangan deme kena jaga projek... tak pe geng jangan risor.. kome claim overtime cukup cukup ... jalan masuk ke kampung teman dah banyak nampak tanahnya sebab Crusher run ngan premixnya dan terobang kemana hala ... kah kah kah ... ishhh semakin kuat pulak teman mintak ADUN-ADUN ngan AHLI PARLIMEN tempat teman tumpor cepat ... tapi kome jgn lupa PRK Parlimen Bukit Gantang dulu berapa banyak projek "mee segera" yang tak di bayar bila Ismail Saffian kalah pada DS Nizar... tak caye tanya unit PLB Pejabat Daerah Taiping... mati mati depa tak nak bayor kat kontraktor yang buat koje 'mee segera' tu ... tak salah deme... pejabat daerah tak tau tentang projek tu, tetiba je deme diminta bayor kontraktor tu ... teman takut juge kome.., menatang gerombolan ni cukup pandai tabor janji ... bila nak buat payment nanti agensi pelaksana yang masak kena peghosah ... aduhai dilemma.. dilemma

    BalasPadam
  24. harap yg ckp nk wat projek tu mati,berpesta kito ye tak...den x doakan,klu mati elok la,klu syp diparlimen pun xdo gunanye..perngorbanan terakhir seorng YB masuk gk dlm sejarah yo tak

    BalasPadam
  25. sama la dengan tempat saya,klu boleh Abg Sham hilight kan...Jalan ni adalah laluan utama penduduk Dungun dari Kuala Dungun ke Bandar Dungun.Tapi dah 4bulan ditutup...takkan nak tunggu time mengundi kot...baru cepat...http://www.facebook.com/album.php?aid=29063&id=1656670090#!/album.php?aid=19907&id=100000235375765

    BalasPadam