Sabtu, 23 Oktober 2010

KENYATAAN RESMI





UCAPAN ANTI-DEMOKRASI: NAJIB DIDESAK POHON MAAF


Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.

Kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa. Kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.

Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.

Justeru, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden UMNO menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. KEADILAN juga menuntut supaya Dato’ Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL



11 ulasan:

  1. betul tu. gila apa najib ni. nak pertahankan bini sampai sanggup berperang. agak2 laaa..perabih harta negara pastu berlagak macam HERO!

    BalasPadam
  2. Kenyataan nya Jibul tidak yakin UMNO dan BN akan memenangi pilihanraya akan datang.
    Hati kecil nya bergelora dengan kekalahan UMNO dan kehilangan kuasa serta kekayaan yang di tinggalkan.Adalah tidak mustahil kekerasan akan digunakan seperti di Perak untuk mengekalkan kuasa.
    Insyaallah UMNO dan BN akan dikalahkan oleh kuasa rakyat.
    Maka di situ berakhirlah satu kesombongan dan selamat tinggal kepada Jibul dan gerombolannya.

    BalasPadam
  3. “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”...altantuya ttetap dlm ingatan...

    BalasPadam
  4. Nampaknya memang BN-UMNO dah gundah gulana dengan trend yang ditunjukkan oleh rakyat yang menolak apa jua program yang kerajaan BN buat.

    Takpelah jib, jadi ketua pembangkang pun ok gak. DSAI dgn senang hati nak serahkan jawatan tu tp bik mama takleh pakai title wanita pertama lah,tau? kahkahkah

    BalasPadam
  5. altantuya mati pun sebab pertahankan umno laa tu kot...berkecai2

    BalasPadam
  6. lost his marble and water tank sudah full and longkang is full of shit

    BalasPadam
  7. berkecai tulang dari badan tu maknanya org amno bakal dic4kan oleh bik mama

    ini malaysia bukan bapak dia punya laaa

    BalasPadam
  8. Bersedia lah untuk berlaku apa-apa selepas PRU akan datang...minta lah pertolongan pada Allah jika berlaku perkara yg tidak diingini berlaku..adalah akan berlaku pergaduhan antara bangsa melayu..sebelum berlaku apa apa siasat siapakah dalang yg cuba utk mencetuskannya..adakah tokey-tokey judi cina? ahli politik cina?

    BalasPadam
  9. UMNO-MCA: Adakah akan mengulangi sejarah?

    Pakat berhati2 dan bersiap-sedia..

    BalasPadam
  10. Inilah yang TT dok bagitau... KALAU PILIHANRAYA BOLEH MENGUBAH KERAJAAN, SUDAH LAMA IANYA DIHARAMKAN! Tengok la setan najib ni dah bagi HINT, DOK BUTA KEPALA BANA APA LAGI NI????

    BalasPadam
  11. klu xwat cam mati jg dia tp dlm penjara,hukum org bunuh orng confirm 20 thun,umur dah 60 + 20 dlm penjara = mati la aku,tp kita bg ihsan sm dia pejara 1 thun dn jd pencacai najisss sampai mati..sokong rakyat sume...

    BalasPadam