Jumaat, 8 Oktober 2010

SELAMAT DATANG KE SMALL TAMIL NADU




INI BUKAN ROTI JOHN




RESTORAN DI BRICKFIELDS WUJUDKAN NAJIB’S CORNER
- bernama

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sebuah restoran popular di Brickfields, satu kawasan majoriti kaum India di ibu negara, yang disinggahi Najib Razak sebaik memegang jawatan nombor satu negara dua bulan lepas berhasrat menamakan sebahagian ruang di kedai itu sebagai "Najib's Corner".

Pemilik Restoran Kortumalai Pilliar, yang terletak berhampiran simpang Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers, mahu memperingati lawatan Perdana Menteri serta memberi sokongan kepada Najib terhadap pendekatan turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan masalah rakyat.

Bercakap kepada Bernama, pemiliknya restoran S. Sellappa berkata sehari selepas Najib mengambil alih jawatan, beliau singgah di restoran itu untuk menikmati segelas "teh-tarik" selepas melawat Brickfields.

"Ia merupakan kali kedua beliau singgah di kedai ini. Pertama kali semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi menghargai dan menunjukkan sokongan kepada beliau, kami memutuskan untuk menamakan sebahagian ruang kedai dengan Najib's Corner," kata Sellapa.

Beliau berkata ruang itu akan mempamerkan gambar Perdana Menteri semasa singgah di restoran itu bagi mencerminkan ia adalah "Najib's Corner".

nota:

Najib’s Corner ini telah menjadi perbualan ramai warga India
terutama di Brickfields. Restoran ini makin popular dan orang
ramai menjadi ‘curious’ dan mencari restoran ini.

Petang kelmarin kawan lama saya dari UM telah mengajak saya
bertandang ke restoran ini. Tetapi saya tidak dapat pergi
kerana telah ada temu janji yang lain.

Di sebelah malamnya kawan saya menalipon saya. Lalu saya bertanya
tentang Najib’s Corner. Kawan saya bercerita panjang lebar tentang
décor dan perhiasaan dalam restoran ini. Saya tidak berminat sangat
tentang perhiasaan atau pinggan mangkok restoran ini.

Saya ingin tahu masakan yang spesial dari restoran ini.

‘Ada biawak goreng ke? Saya bertanya.

‘Kau gila ke’ jawapan dari kawan saya.

‘Itu… apa yang spesial’. Saya bertanya lagi.

‘Ada Roti Najib…. tadi aku makan Roti Najib…’

‘ Macam Roti John… yang di Melaka ke? Saya ingin pengesahan.

‘ Pelayan muda itu yang beri cadangan supaya aku makan Roti Najb’

‘ Roti Najib ini macam mana… macam Roti John ke?’ Aku tak sabar nak tahu.

‘ Tak laaa…. macam roti canai….kan ada roti banjir, roti sardin, roti keju….’. Kawan aku menerangkan dengan jelas.

‘ Abis… apa yang spesial nya..’

‘ Laaa… Roti Najib ini roti canai yang tak ada telor…… kah kah kah’

29 ulasan:

  1. kau ni isham.. aku tamparkan.. kahkahkah
    aku baru nak tido terus tak bleh kahkahkah
    roti yang ada telor pula roti apa? roti rosmah? kahkahkah

    BalasPadam
  2. wakakakakakak tdo lena aku mlm ni..siut

    BalasPadam
  3. ko memang sial la... aku baru lepas makan macam nak terberak aku baca, sakit perut bodo, buat lawa jangan malam nanti ada yang tido tersipu2, kang ada orang rumah perhambat kang...

    ko buat lawak pukul 9 boleh tak, baru orang tak mengantok pergi kerja, anyway, memang kaw2 kau melawak hari ni

    BalasPadam
  4. ‘ Laaa… Roti Najib ini roti canai yang tak ada telor…… kah kah kah’

    ADUYAI..... sakit perut aku....

    BalasPadam
  5. tak lama lagi tambah popla najib konabaring pasal ada 'ayam sari' berempah...... kata orang ayam sari ni panas didalam!!! kahkahkahkah.

    BalasPadam
  6. biwak hidup punya lawak..tak der telur kau kata roti tu..kah..kah..kah..kah

    sembab muka aku ketawa...bangang TT, pagi pagi lagi aku dah rasa nak terkencing baca lawak kau..kah..kah..kah

    BalasPadam
  7. hahahaha.....tak ada telor.....najib juga kedekut..hanya makan segelas teh tarik sahaja......sebab nk jimat nk simpan untuk bik mama shopping.....
    - setapa

    BalasPadam
  8. kah,kah,kah...lawak diwaktu pagi, pm mesia tak dak telur!

    BalasPadam
  9. Laa..tak ada telo..kesian..kesian..kahkahkah...

    Patutlah Rosmah selalu makan luar..kahkahkah...

    Roti tak ada telo...guna hot dog lembik je kot..kahkahkah...

    BalasPadam
  10. hahaha...tiunama, janagn persenda pm kita....tapi aku gelak dulu sebelum gelak diharamkan...

    BalasPadam
  11. jadah betul....pagi-pagi baca benda ni....
    aku nak pegi makan roti najib jugak la...
    mamak ipoh mesti tau jugak ni....

    BalasPadam
  12. ade kelas lah lawak ko tukar tiub..bravo!!

    BalasPadam
  13. roti tak da telor satu...apanama..? hah, Najib!!!

    BalasPadam
  14. hahaha, kantoi. ini lawak mat sabu punya. ini lawak masa zaman pak lah, betoi tak tuan TT,hehehe.
    hidup mat sabu!!!!

    BalasPadam
  15. member tt ni pun satu hal jugak.....

    benda benda sensitif macam ni jangan lah bagi tau kat tt.....

    kan dah .....
    ko bagi naya kat pm yg aku sanjung setinggi kerajaan langit ayah pin..

    aku sangat bimbang..bila nanti roti canai ini diharamkan penjualannya ..kerana mengancam keselamatan negara...

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  16. kah kah kah!
    kalu aku oder roti canai 10 biji telor, ertinya roti Brahim, kerana katak telor banyak.

    BalasPadam
  17. kah kah kah..

    roti najib = roti canai kosong...

    bgus lagi roti yg bernama john, at least ade la inti, kekdg ade ayam, daging

    BalasPadam
  18. Laaa… Roti Najib ini roti canai yang tak ada telor…… kah kah kah’

    Tumpang gelak TT

    warghhhkakakakaka

    BalasPadam
  19. kahkahkah!!!

    woit,jom gi bantai gelak kat kedai ni,Isham kahkahkah..roti Bik Mama takde ke?

    BalasPadam
  20. Bro TT
    Lepas ni aku rasa tak ada umat yang nak singgah kat kedai tu

    Ujung tahun ni, bangkrap ler kedah turrr!

    macam2 cara org nak kipas mat mongol nih

    BalasPadam
  21. punyalah kembang roti banjir tu dah macam tapaii laaa... kembang tekak aku... haa3x..!!


    kmt65.

    BalasPadam
  22. lu mmg terbaek!! kahkahkah!

    BalasPadam
  23. brooo...tbaik lahhh
    kah kah kah......

    BalasPadam
  24. Roti Najib
    tak ada telor
    Roti Najib
    tak ada telor
    Najib
    tak ada telor...sadisss

    kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  25. kah kah kah
    siot la lu Hisam
    bukan takat ketawa baca posting ko tapi komen pembaca TT pun lawak.
    kah kah kah

    BalasPadam
  26. blog TT ni macam dah sebati dengan komen peminatnya..

    teman kalau baca blog ni kompom kena baca dengan komen sekali!!

    baru betul-betul kaw!!!

    wakakaka!

    BalasPadam
  27. sib baik pg td mkn roti telor...skit perut TT,lawak giler

    BalasPadam