Jumaat, 19 November 2010

25 TAHUN PEMBUNUHAN MEMALI





SYUHADA YANG GUGUR






PRESIDEN PAS RASMI MEMPERINGATI MEMALI HARI INI
– harakah daily

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

nota:
al-fatihah untuk para syuhada memali

memali akan dingati untuk kali ke 25
25 tahun dahulu united malays national organisation
telah mengarahkan polis dan tentera
untuk menyerang orang kampong memali
18 nyawa dibunuh dan berpuluh puluh cedera

memali adalah contoh bahawa
dalam hal kuasa, modal dan wang ringgit
agama dan bangsa tidak memiliki apa apa makna
memali juga perlu dijadikan tunjuk ajar jika masih
ada yang ingin berpadu padu kah kah kah


7 ulasan:

  1. Memali, manusia belajarlah dari sejarah
    agar tak mengulang kebatilan.

    BalasPadam
  2. Memali, manusia belajarlah dari sejarah
    agar tak mengulang kebatilan.

    BalasPadam
  3. al-fatihah.

    Yang memberi arahan masih lepas bebas dan juga masih bermaharajalela.



    Setuju ngan pandangan ko....

    memali juga perlu dijadikan tunjuk ajar jika masih
    ada yang ingin berpadu padu

    BalasPadam
  4. Keadilan utk Memali belum tiba.....kecuali UMNgOk kecundang!

    BalasPadam
  5. kalau pr memerintah nanti
    diharap mereka yang terlibat akan dibawa ke mahkamah dan ke tali gantung

    jika tidak
    maka jadilah 2 X 5

    BalasPadam
  6. TT.....Teman bukan cakap kosong,teman bukan syok sendeghi.. Teman bercakap bercakap benor dan ikhlas.Sesungguhnyer teman ader dikampong berkenaan pader haghi dan waktu kejadian tu.Sungguh menyayat hati...Setakat ini jer yg dpt teman cakapkan utk N3 miker kali ini,kalau cakap byk2,org kater teman bohong pulak.

    BalasPadam
  7. cicit ngah, memali tu kampung leluhur gua..rumah tok nek gua, hanya beberapa meter di belakang madrasah memali tu.. sepupu sepapat dan rumah syuhada' serta orang2 yang berjuang tu, masih gua terbayang2, ada yang datang dari pekan baling, kariah luar untuk menjadi syuhada', bukannya penduduk sekitar situ saja berjuang menjadi syuhada'.. ... beberapa kawan gua telah ditangkap masuk ISA.. hinggakan balik dari kene tahan, pun balik menyokong gerombolan pun ada, sbb penyerlah teruk siksaan dalam ISA tu, kena jentik telur punai.. trauma tak berani nak sokong pembangkang lagi.. bapak kawan gua, meninggal kira2 seminggu selepas kena tembak semasa peristiwa tersebut.. ada anak dia jadi polis kat balai polis baling! masih menyokong gerombolan walaupun ayahnya telah ditembak! jenis anak apakah ini?

    jangankan nasib mereka terbela.. malah terbiar dan menjadi semakin susah dek dihina kerajaan selama beberapa tahun dan demi tahun demi tahun..

    jangan hairan ya.. sekeliling memali, masih ramai lagi di kampung2 bersebelahan yang hidup mereka menyembah gerombolan! pergilah sampai ke tanjung pari sana.. lihat sendiri! jangan tumpu kepada memali saja.. telitikan sendiri setiap kali sesiapa anda yang lalu lalang sejak dari pekan baling, bongor, bandar, siong, bechah sawa.. hinggalah ke memali.. jika rajin, teruskan perjalanan anda hingga ke gulau.. banyaknya bertuhankan gerombolan... hanya memali sejemput saja yang nak melawan!

    BalasPadam