Khamis, 25 November 2010
BILA MAT MONGOL SUSAH HATI - MALIKUL SEMBAB SENYUM PULAK
TAYANGAN DI TERUSKAN DI PARIS
NAJIB BIMBANG SIASATAN SCORPENE SEMAKIN MELUAS – harakah daily
Najib Razak mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.
Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.
Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.
Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.
Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.
Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.
Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.
Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.
Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.
Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.
Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.
Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.
Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.
DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.
Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.
Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.
Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.
Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… APA PUNYA DEGIL… CERITA INI TAK MAHU TENGGELAM…kah
kah kah kah…. SIASATAN DI TERUSKAN DI PERANCHIS. kah kah kah..
kah kah kah… MAKIN LAMA MAKIN DEKAT…. kah kah kah..
kah kah kah… MALIKUL SEMBAB SENYUM SAJA....kah kah kah..
kah kah kah... TUNGGU BILA PULAK MAGISTRATE PERANCIS INI NAK PANGGIL.... kah kah kah
kah kah kah… MESTI GUMBIRA BAGI INFO PADA PERANCHIS… kah kah kah…
woit... PASAL APA?... PASAL APA MALIKUL SENYUM?.... kah kah kah
kah kah kah... HANG CARILAAA JAWAPAN NYA.... kah kah kah..
perniagaan yang paling menguntungkan adalah MENIPU..kerana permintaan untuk ditipu sunggu besar
BalasPadamlihat sahaja berapa ramai yg sanggup meminjam ribuan ringgit untuk ditipu(MLM)
lihat sahaja berapa ramai yang sanggup membeli barangan yg tidak akan digunakan(pelamin,hantaran kahwin,kotak2 hadiah kahwin,membayar harga mahal untuk jamuan yang tidak lazat,dan membayar tetamu yang hadir-seumur hidup...tak pernah kulihat nasi hujan panas,rupanya dicampur pewarna,dan tak pernah kuluhat,orang yang diraikan memberi hadiah(sahih melayu tak pernah sambut hari jadi)
lihat sahaja berapa ramai yang sanggup menerima tipuan dan tilikan bomoh,membayar perkhidmatan tipu dan berterima kasih kerana ditipu
lihat sahaja berapa ramai yang sanggup membayar 2 ringgit setiap hari untuk ditipu pada pagi hari,dan bersungguh-sungguh mempertahankan pihak yang menipunya,sedangkan ia sungguh payah untuk mengatur hidup sendiri,dan mempertahankan diri dari terus menerus dari diketawakan.
"jika anda seorang yang zalim..janganlah anda menzalimi orang orang yang bijak,kerana usaha anda membangangkan diri menyusahkan orang orang bijak mengasihani anda dan memikirkan jalan terbaik untuk membantu anda,kasihanilah kami"
apalah si perancis ni..tak abis abis nak berkapal kapalan..berselam selaman ....bermonggol mongolan...
BalasPadamu help me...me help u..sudahlah...
kah kah kah kah kah kah ....
Bri TT. Mat Monggol ni lebih hebat dari David Padang Tembaga tau! Dia boleh hilangkan 2 biji kapal selam dengan beberapa keping kulit Kanggaro (Hakim) aje. Hebat kan? Yang lebih hebat, dia boleh tidurkan seluruh rakyat Malaysia dengan dua patah ayat sahaja iaitu "ketuanan Melayau", maka menangis dan pilulah hati pak cik dan mak cik Felda kerana bangsa mereka dah jadi tuan rupanya! Yang lebih meriah lagi, dapat mencatat rekod Guiness World bilamana memiliki Pee Emm ke-2 dengan gelaran "betina pertama" yang paling dibenci rakyat di negara ini kecuali pembodek yang sanggup menjilat lendir janda polong tersebut.
BalasPadammah...mah...mah....
BalasPadamye ye ye dapat pee m baru.
Abang sayang...u help me..i help u...we "deal"..
BalasPadamwayang,tak akan kemana.
BalasPadamu help me,i help u.
Melainkan Shaariibuu Steve menggunakan saluran internasional.
TT, kalau blog ko nie buat versi cetak cam harakah, pasti ko dah diroti bomkan oleh bik mama.
BalasPadamharap ko jage keselamatan. sbb blog ko mmg da best.
korang tak perasan ker??...
BalasPadamari tu ..nyaris nyaris mat sembab jadi PM stail husin onn tau...?
sekaaali mat monggol kembali sehat daaaaa.....
punah harapan mat sembab...
tapi takpa...mat sembab perlu banyakkan doa....mudahan mudahan nasib hussin onn akan menjelma kat mat sembab.....kalau itulah stail oang johor nak jadi pm....
stail mat monggol jadi pm..sebijik macam bapak dia...
bapak dia pasal tenku raman lemah.
mat monggol pasal dolah badwi lemah....
kah kah kah kah kah kah .....