Isnin, 1 November 2010
MARI KITA MAIN GULI
MINAH RONGGENG
TINDAKAN PAS BAYAR PENGUNDI RM250 SALAH, KATA SPR - minsider
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.
“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.
“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.
“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.
“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.
Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
RM5 JUTA BINA MASJID DI BATU SAPAI : MUHYIDDIN – berita hairan
Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah
masjid baru di kawasan Batu Sapi.
Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat. "Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah.
AHMAD MASLAN: PPR RM180 JUTA HANYA KOS ANGGARAN - mkini
Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.
Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.
Ketua penerangan Umno Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.
Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Husam Musa.
"Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.
"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.
"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang
nota:
KALAU PILIHANRAYA ITU BOLEH MENGUBAH APA APA
PILIHANRAYA ITU TELAH LMA DI HARAMKAN !
sila baca tiga berita diatas. ini berita tentang
pilihanraya kecil di galas dan di batu sapi.
niat parti pas untuk memberi sumbangan 250 ringgit
kepada warga gua musang pulang mengundi adalah
salah dibawa akta pilihanraya raya.
kita menerima hakikat ini. ini memang satu kesalahan.
lalu timbul persoalan kalau 250 ringgit dianggap rasuah
kenapa 5 juta dan 180 juta ringgit diangggap tidak rasuah.
ini membuktikan bahawa spr ini hanyalah satu lembaga
yang sedang menjadi barua kepada gerombolan.
ini membuktikan bahawa pilihanraya ini hanyalah satu mainan –
satu sandiwara untuk menipu orang ramai.
tak percaya ?
lihat bagaimana bendera dap dan pkr tidak boleh dibawa
ke gua musang
lihat bagaimana hari penamaan calon dan hari mengundi
sengaja dibuat pada tengah minggu agar warga
diluar kawasan tidak berpeluang untuk mengundi. dan untuk
memastikan penyokong pakatan rakyat tidak dapat datang berhimpun
lihat bagaimana gerombolan menggunakan pelajar
untuk menyokong mereka
bila pakatan berbuat sedemikian maka pelajar ini ditangkap
apabila parti parti dalam pakatan berpeluang untuk menang maka
mereka akan dituduh rasuah.
gerombolan akan terus mengadakan pilihanraya –
kerana permainan yang bernama pilihanraya ini
adalah milik gerombolan.
padang milik mereka.
refree orang mereka.
penjaga masa orang mereka.
penjaga garisan orang mereka
jika pasokan pakatan hendak sampai ke pintu gol
sang refree akan meniup wisel – curi ayam.
tiang gol kita seluas 15 kali.
tiang gol mereka hanya 2 kaki
bila kita mahu menendang ke dalam gol
mereka akan alihkan pintu gol mereka
kita kelihatan amast bodoh !
terus dipermian main kan oleh gerombolan !
kenapa kita tidak ajak mereka main permaianan kita
kenapa kita tidak ajak mereka datang ke padang kita
ajak mereka main guli
ajak mereka main konda kondi
ajak mereka maian badminton
ajak mereka turun ke jalan raya
ingatlah jika pilihanraya itu boleh mengubah apa apa
pilihanraya itu telah lama diharamkan !
Memang SPR ini barua!!!Anjing suruhan (termasuk PDRM & MACC).
BalasPadamSPR memang sudah sediakan Daftar Pengundi yang lain untuk kegunaan dalam kamar mengundi. Ini bertujuan untuk menolak penyokong penyokong PR.PAS, DAP, PKR dan SAPP mesti berhati hati.
Sudah berpuluh kali adakan PRU & PRK dan semua parti politik termasuk UMNO beri tambang kepada penyokong penyokong untuk kembali mengundi. Kenapa ini bukan rasuah?
Isham,bagi aku,ini pengumuman paling bangang,bodoh,bahlol yang dibuat olih orang kuat PAS.
BalasPadamAku tak mau tengok ,drp segi perundangan ,samada ianya salah atau tidak,tetapi aku nak suruh depa(Hj Halim)tengok kesan pada pengundi,penyokong dan depa yang mai daripada jauh bagi tujuan bagi membantu berkempen yang ada diantaranya sanggup keluarkan duit sendiri sebab PAS kawasan bukan ada duit sangat pun.
Ianya pasti akan menimbulkan kekecohan yang amat sangat kerana siapa yang tak mau duit.Pasti,tak kira jauh atau dekat semua yang nak pergi undi akan cuba claim dan bila tak dapat akan terpaparlah keburukan demi keburukan bahawa PAS telah mungkir janji.Depa tak ingatkah kesan kes UMNO tipu pengundi luar dengan tak bayar duit balik kampung di Manik Urai?.Awat!,banyak sangatkah duit PAS sampai bolih buat pengumuman macam ni.Kalau ada duit pun buatlah macam dulu,jangan janji memadai kalau ada tuntutan hanya buat pertimbangan dan kalau ok bayar.Tak perlu heboh heboh.
Jangan asyik guna alasan bodoh dan bahlol:Apa yang UMNO buat,kami pun bolih buat.
Isham,
BalasPadamSebab rakyat masih diselimuti sindrome bisu dan kecut perut! Sapa yang berani nak ke jalanraya? nak kena tangkap polis? nak mampus?
Bila ketakutan di atas hilang, nescaya ramai yg akan ke jalanaraya. tapi bila tu?
SPR = anjing!
BalasPadamkah,kah,kah....gerombolan dah kantoi sebab bisul zul dah pecah mengeluarkan bau yang sungguh hanyir! geng gerombolan pun tak tahan cium bau bisul itu!
BalasPadamSebab gerombolan sebut aje,cakap tak serupa bikin.Pakatan nak bagi RM 250,betul-betul bagi.
BalasPadamGerombolan nak buat rumah untuk rakyat dan menurut Ahmad Maslan,dijangka akan siap dua tahun lagi.Haa ini tak akan ada dan takkan jadila tu.Ini projek tipu la ni.Jika projek itu siap sebelum pilihan raya,itu baru boleh percaya.Ingatlah,jangan mudah tertipu dan ditipu merombolan.Cukuplah orang tua-tua kita dulu aje kena tipu.Anak anak dan cucu mereka perlu dan mesti sedar,buangkan perasaan takut sesama manusia atau terhadap orang besar.Selagi ada perasaan takut dan bimbang selagi itu kita belum membesar.Ubah persepsi bahawa orang politik dan pemimpin itu yang perlu bimbang kepada kita,risau kita tak mengundi mereka.Undilah kepada yang belum kita ketahui sebab kepimpinan dan pemerintahan gerombolan kita dah tahu terlalu banyak buruknya.Sehingga kita hampir semua tergadai,tanah,maruah dan jangan sampai tolopun tergadai nanti.
Ameno bagi RM400 untuk balik mengundi di Terengganu.
BalasPadamAllah yang memberikan kemenangan dan Allah juga yang mampu memberikan kekalahan. Jadi bertakwalah.
BalasPadamKepada insan SPR, tunggulah masa anda dibersarakan nanti:
BalasPadamTidak perlu dipagari keliling rumahmu lagi kerana anjing pun tidak sudi memasukinya. Usah dikunci pintu rumahmu kerana kau tahu tiada siapa yang berani singgah. Usah kau tutupi hidungmu dengan tangan kerana jari-jarimu itulah yang berbau busok. Sesepoi angin bertiup tidak juga mampu menghampiri telingamu nanti kerana kau tahu mengapa ?, rintihan rakyat tidak mahu kamu dengari. Usah kau risau akan paras auratmu. Hanya wajahmu yang perlu dilindung, bukan silau terkena cahaya .... kerana kainmu sentiasa terlondeh tanpa dirimu menyedarinya.
Bukannya lama tuan, hanya tinggal beberapa penggal sahaja lagi !.
ke-3, tentang wang yg PAS berikan itu, betul, memang salah kerana secara langsung mereka 'merasuah' pengundi. Tapi utk berlaku adil, BN pon dah byk kali praktikkan benda ni, takde pulak dipersoalkan.
BalasPadam(hari ni mood nak menulis dengan sopan) =)
Hahahaha...aku pada pilihanraya 2004 diberikan RM200.00. Pilihanraya 2008 aku dapat RM100.00. Hal bendera pula..sila datang ke Batu Sapi..sila lihat tepi jalan..bendera Umno yg naik bukan PBS..
BalasPadamahahaha wei ko rindu minah roggeng ke??? ahahahahahaa
BalasPadambendera pkr ngn dap tak leh bawak??kamalanathan bertanding..gamba najib dan bendera umno yg banyak..... ahahahahaha
ke calon bn hulu selangor tu orng MIC??? ahahahahaha
Pas create RM250.00. Umno mesti nak tunjuk garang ...Sudah pasti lepas ni Umno up Rm500.00. Yg untung pengundi... Tapi ingat ...undi tetap kpd Pas...Kalau kemenangan Pas dibatalkan ...tak apa...Kita tunggu pilihanraya sekali lagi..apa susah..Buat lagi perkara yg sama...peduli apa..ada aku kisah..
BalasPadameh, kenapa tulisan aku terpotong? ada 3 point kot aku bagi? aiseh?
BalasPadamTT,
BalasPadamnie menarik nie:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/1/nation/7338165&sec=nation
MAK JANDA aka BIG MAMA ganti PM kesayangan BARUA ameno sbb sakit...
per DAH TAK DAK menteri lain ker blh ganti PM utk urusan resmi?
RM250 adalah harga yang PAS bayar untuk pulang mengundi, UMNO mesti naikkan lagi sekurang-kurangnya RM350, jumlah semua RM600.
BalasPadamTapi semua mesti bayar dulu sebelum pulang mengundi. Dengan RM600 berbaloi kami pulang mengundi, bayar MC RM30, minyak kereta RM150, makan minum RM200, untuk orang tua di kampung RM200, beli gula-gula anak RRM20. Belum masuk saman ekor lagi.
Kami terpaksa berkira pasal perbelanjaan disebabkan badan yang mengendalikan pilihanraya di negara kami kepala batu dan otak berkarat.
apa salahnya jika pengundian dijalankan dihujung minggu hari sabtu. Tiada siapa yang susah, tiada siapa yang perlu ambil cuti, benarlah kata orang "SPR suka menyusahkan orang".
Sumpah aku tak akan undi BN khamis ini, dan aku akan balik kempen mak bapak aku supaya undi PAS, walaupun mereka UMNO. Kalau mereka tak mahu, raya haji tahun ini aku akan beraya di KL.
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DV-FCkbQsRrg%26feature%3Dshare&h=2d376
BalasPadamINI LINK DLM YOUTUBE..WANITA UMNO BG RASUA KT BATU SAPI..
sham...lu letak gambar ni..gua xleh bayang kalau dia ni 69..hahahahhahaha..
BalasPadamterburit gua....
souls
skali pandang mcm laki pakai tudung pun ada minah nih
BalasPadamWahai orang - orang PAS , Soal duit lupakan dulu tetapi ingat yang ini .
BalasPadam" maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu ."
Wahai pemimpin pas , kamu tidak perlu keluarkan duit banyak2 , kalau perjuangan kamu benar - benar ikut jalan Allah .
Kemenangan itu hanyalah dengan pertolongan Allah .
aku rs xde salah nya..lbih kurang sama dgn bagi tiket free tok tgk final PM..dorang kena igt slogan yg dicanangkan oleh spr dlm iklan2 dorg..mengundi adalah tanggungjwb pd negara..dorg kena tau..pengundi2 yg berada diluar kawasan bukan semua kaya2 mcm dorg..ad yg x mampu..at least bantuan nie dpt meringan kn beban dorg tok melaksanakn tanggungjawab dan amanah..yg umno dok bg duit upah,beras,kain batik,pd org2 miskin 2 pd musim pilihan raya 2 ap kategorinya pulak..aku rs mcm org2 spr nie bodoh..mcmmn le UMNGOK nk menang..da terang2 semua org nmpak lg jelas walaupun makcik 2 rabun dan buta yg umngok pn penah wat cam 2..nmpak sgt spr berpihak pd UMNGOK..menambahkan kebencian rakyat pd SPR yg x penah adil dan telus..mcmmn korang nk ubah mental org muda tok undi UMNGOK kalo perangai korg mcm 2..mampos le kome..da hilang satu undi dr aku..sblum nie aku atas pagar sbb x layak mengundi..tp tunggu PRU13..undi aku kepada PR sbb korg x penah ikhlas..bila ad plihanraya kecil satu gerombolan datang..canang projek itu ini..bg mcm2..da le bg siap bw jurukamera lg..esok masok paper..konon berbakti..ikhlas ke 2..kalo korg kalah langsung x nmpak btg hidung..projek pn x berjalan..moga Allah memberi kemenangan kepada org2 yg ikhlas da adil memperjuangkan hak rakyat..
BalasPadamaku akan ambik yg pas bagi 250 tu
BalasPadamaku akan undi amno kalau amno kasi up 1500 lagi
jumlah aku dapat 1750
okey la tur! bebaloi jugak cuti 2 hari
1 org pas bg rm250 tak le banyak sangat. bunyi aje lebih.
BalasPadamumno bagi lagi banyak:
1 keluarga dapat rm45 000 utk rumah.
lagi besor salah laku merasuah undi tu.
tapi spr tak nampak......
sebab spr pun umno jugak.....
sapa kata spt tak memihak...
bangang le tur
Apa kita pedulik
BalasPadamdia buat hari kerja
kita ambik cuti, bagi suma cuti
tak ada duit tambang, kita kasi tambang
dia tutup jalan
kita bukak jalan lain