Isnin, 8 November 2010
SEBELUM KE JALAN RAYA - DATANG KE SINI DAHULU
JEMPUTAN UNTUK SEMUA
SPR-BERSIH BINCANG MEMO 11 PERKARA SEHARI SEBELUM BERSIH 2.0 DILANCAR - minsider
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 Selasa ini — sehari sebelum pertubuhan bukan kerajaan itu dilancarkan — ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat.
Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengesahkan pertemuan itu kepada The Malaysian Insider.
Bersih 2.0 mengemukakan memorandum 11 perkara kepada SPR Julai lalu dan pertemuan itu sepatutnya berlangsung akhir Ogos lalu tetapi ditangguhkan.
Bersih pernah mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Perhimpunan tahunan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini membuat ketetapan agar gerakan Bersih dihidupkan semula bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 yang bebas dan adil.
Antara isu utama dalam reformasi pilihan raya disertakan dalam memorandum Bersih 2.0 termasuklah:
- Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti
- Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda
- Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem lebih fleksibel bagi semua pengundi
- Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti bertanding
- Tempoh kempen minimum 21 hari
- Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian tidak adil ('malaportionment, gerrymandering') yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang
- Pendaftaran automatik untuk semua pengundi layak
- Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun
- Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang
- Pentadbiran tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri
- Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik dalam dan di luar kampus
nota:
jangan suka komplin dan membebel
jangan selalu kata spr taik kucing
datang dan tunjukan marah anda
ambil bahagian dan libat kan diri
jangan membebel tak henti henti
kering air liur nanti kah kah kah
kah kah kah
BalasPadambetul.. betul
kuat mmbebel tp takut ke jalan raya
mari kita tunjukan kuasa kita
mari kita gulingkan pengerusi SPR
kah kah kah
Den selalu cakap SPR babi.
BalasPadamDen pulak cakap
BalasPadamSPR ni PUKIMAK