Ahad, 14 November 2010

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT !




TOLONG JANGAN HINA KAMI !






LAPORAN POLIS TERHADAP DUA ADUN BIADAB
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO ketika sidang DUN, Selasa lalu, dianggap biadab kerana tidak menghormati persidangan itu selain turut menyentuh sensitiviti kaum lain.

Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini semalam melalui Setiausaha Khas Kebangsaannya, Zainol Abidin Ahmad yang ditemani Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay.

Zainol Abidin berkata, laporan polis itu dibuat terhadap kedua-dua ADUN DAP iaitu ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang menggelar Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai monyet yang diikat berikutan satu demonstrasi yang diadakan pada 2 November lalu.

Penggunaan perkataan itu satu penghinaan amat serius dan boleh mencetuskan perkauman kerana UMNO mewakili kaum Melayu. Penghinaan itu tidak boleh diterima oleh mana-mana kaum sekalipun, katanya

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


tukar tiub telah menerima sepucuk idari AMBEC
justeru untuk maslahah kita bersama TT mengambil kesempatan ini
untuk menyiarkan surat ini sepenuhnya :


Kepada Yang Berhormat
RSN Nayer dan Ng Wei Aik
Pejabat Kerajaan Pulau Pinang


Kami memanjat salam untuk tuan Yang Berhormat yang kami muliakan,

Kami meminta maaf jika warkah kami ini menganggu tuan-tuan YB yang kami hormati.

Sebelum kami meneruskan warkah ini ingin kami terangkan apakah dia AMBEC.

AMBEC adalah sebuah kesatuan nasional yang memiliki jaringan ahli di seluruh Malaysia. AMBEC memiliki ahli di semua cabang dan ranting diseluruh Malaysia.Tidak ada lurah dan gunung dimana ahli-ahli AMBEC tidak wujud. Tidak ada Kampong dan Pekan dimana ahli-ahli AMBEC tidak wujud.

Wajib kami terangkan disini bahawa AMBEC adalah badan pokok yang mewakili kesatuan-kesatuan , kumpulan –kumpulan kecil dan kumpulan besar di seluruh negara. Justeru kami adalah badan pokok yang bersifat nasional.

Justeru warkah ini juga mewakili semua kaum kerabat dan jaringan AMBEC dari dalam dan luar negara. AMBEC juga mempunyai hubungan dan kerjasama yang rapat dengan kesatuan LOTIN , MU InC. dan WORLD SIAM UNITED.

Tujuan AMBEC menulis warkah ini kerana baru-baru ini AMBEC telah mendengar dan membaca berita dimana tuan Yang Berhormat telah menyebut dan menyamakan monyet dengan gerakan Pemuda Umno Pulau Pinang.

Apabila AMBEC membaca berita tersebut ahli-ahli persatuan kami disemua rantaing dan cabang telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk meneliti maksud dan niat dari kenyataan YB.

Menulis warkah ini kepada Yang Berhormat adalah sebahagian dari resolusi yang telah kami ambil di mesyuarat tergempar tersebut.

AMBEC ingin bertanya kenapa Yang Berhormat menyamakan Pemuda Umno dengan monyet?

AMBEC kurang faham apakah tujuan yang berhormat mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ini lah persolan yang sering menggangu kami. Ahli-ahli AMBEC merasa amat terggangu dengan kenyataan Yang Berhormat. Bagaimana Yang Berhormat sanggup merendah-rendah nilai moral dan sanggup menyamakan Pemuda Umno dengan monyet.

Apakah perasaan tuan Yang Berhormat ketika melafazkan ayat tersebut. Tidakkah YB sedar betapa tergurisnya hati kami.

Apakah menyamakan Pemuda Umno sebagai monyet ini dasar perjuangan dan garis politik DAP , parti membolehkan tuan tuan di panggil Yang Berhornat. Apakah ini dasar nasional DAP ?

Apakah Yang Berhormat tidak memiliki fikrah untuk mencari persamaan yang lain dari menyamakan monyet dengan Pemuda Umno.

Apakah Yang Berhormat sedar menyamakan monyet dengan Pemuda Umno adalah satu penghinaan yang amat sangat.

Apakah Yang Berhormat tidak ada perasaan sensitif terhadap sesama makhlok?

Apakah Yang Berhormat tidak sedar kenyataan yang berhormat menyentuh sensitiviti kaum lain?

Segala soalan dan isu yang kami timbulkan ini,dengan bangganya AMBEC menyatakan bahawa kami telah mendapat sokongan teguh dan kerjasama yang baik dari jaringan kami di Afrika dan Latin Amerika terutama dari Congo dan Brazil.

Justeru melalui warkah ini AMBEC menuntut agar Yang Berhormat meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

AMBEC juga menuntut agar Yang Berhormat menarik kembali kenyataan tersebut dalam masa 48 jam dari tarikh surat ini diterima.

Jika dua tuntutan ini tidak dilakukan maka AMBEC akan mengarahkan semua ahli di cabang, ranting dan pokok terutama cabang Botanical Garden Pulau Pinang untuk datang menunjukkan perasaan di pejabat Yang Berhormat.

Sekian kami dahului dengan wasalaam.

Yang Bertanggung Jawab
Setiausaha AMBEC
Angkatan Monyet Berok dan Cikah


Turut menyokong:

LOTIN UNION
– Lotong International UNION
MUInC - Monkeys United International
WORLD SIAM UNITED - Persatuan Siamang Bersatu Sedunia

20 ulasan:

  1. cehhhh... menyentap kalbu sungguh...

    monyet pun sekolah!

    BalasPadam
  2. hahahaha ... ingat ke AMBEC ni persatuan apa, patutlah tak pernah dengar nama ngo tersebut ... kelakau, kelakau.

    BalasPadam
  3. gerombolan kena belajar cara berdemo. inilah akibatnya bila tak tahu berdemo...jd monyet....

    kalau berdemo utk masuk tv, tapi tak tahu apa yg dilaungkan...sesuai sgtlah digelar monyet....

    BalasPadam
  4. Dulu bukan main gelar org berdemontrasi jalan adalah beruk2, skg mana2 pun org UMNO pulak yang selalu sangat buat demo jalanan tu…apakah yang kita nak gelar mereka Beruk juga…nak kena tanya KJ KPUMNO la??

    BalasPadam
  5. maaf melencong..

    zaid....umno sudah tolak
    pkr sudah tak nak trojan
    bila nak bukak parti baru?
    ramai dah nak join parti zaid ni
    6 juta dah tunggu nak masuk
    bukaklah cepat sikit
    parti KB pun boleh
    Parti cap kuda pun boleh
    6 juta dah ready nak join woii
    TT boleh jadi penasihat parti
    bukak laa!
    jangan cakap aje lebih
    habuk pun tarak

    BalasPadam
  6. AMBEKKKKKKKKKK...macam bunyi apa tu.
    hoi janganlah bagi Zulnodin dan Pak Braheam marah.
    kalau hampa dah buat keja depa, Zulnodin dan Pak Braheam nak buat apa lagi.
    jumlah keahlian ambekkkkkkkk
    kah kah kah kah
    seorang pengerusi,seorang su bagi urusan buat surat berangkai

    BalasPadam
  7. Apa yg kau merepek ni sham. Mcm sial punya lawak tengahari dahhh.....

    BalasPadam
  8. amno monkey comes to the rescue of mamak monkey...

    LOL!!!

    BalasPadam
  9. Alla Pitchay ni yg teman tau bukan namer Melayu.Kalau begitu makhlok bangser aper pulak dier ni.Belom tengok gambor pon teman dah bulih agak maner ghoper muker makhlok Allah ni.Mesti kelin - bukan Melayu.Tapi ngaper pulak kelin yg berhempaih pulaih mempertahankan Melayu?Maner Melayu?Komer kater parti komer mewakili Melayu,betoi ker?Komer semak balik peratusan undi org Melayu pader komer pader PRU 2008,beghaper banyak undi Melayu yg komer dapat sebelum komer mengaku mewakili Melayu.Lagi satu;YB yg komer kater biadab tu bukan ker dier bercakap dalam DUN?Ngaper pulak sampai nak berepot2 polih bender yg dicakap dlm DUN.Jangan ler buat hai yg memalukan bangser.

    BalasPadam
  10. Yang dikasihi "Komunis Tua" nak mampus, Bro TT. Janganlah ikut panas hati sangat kita sama-sama makhluk tuhan. Lain kali jangan panggil 'monyet', kerana sifat haiwan itu seakan-akan manusia. Panggilah dengan pangilan sopan sedikit seperti anaconda (semua projek nak ditelan), badak air (hanya tahu nak berendam/selesa sahaja), kerbau balar (asyik nak menyondol tapi tak ada fakta), kucing kurap (melolong sana sini minta projek), jerung (asyik nak melahap hak rakyat) atau duggong (spesis hampir nak pupus) dan akhir sekali, ular lidi ( asyik nak bergaya dan hidup mewah, perjuangan bangsa hanya satu slogan atau retorik). Ampun.. ampun..ampun, kadangkala Komunis Tua lagi baik dari Demokrasi Muda yang celaka dan korupsi..

    BalasPadam
  11. 14.11,13:30
    Nak buka parti apa.parti umbut jagong apa perjuangan dia masuk rimba je buka parti monyet,toloqqqq kamu ni..

    BalasPadam
  12. adehhh pecah perut aku ketawa bile tau akronim ambec tu memang terbaik lahhh :)

    BalasPadam
  13. Hina UMNO tu sama dengan hina Melayu? berapa orang ahli UMNo? berapa orang rakyat Melayu?
    Aku melayu...tak rasa terhina pun..

    sri hartamas

    BalasPadam
  14. AMBEC juga mempunyai hubungan dan ..."kerjasama yang rapat dengan kesatuan LOTIN , MU InC. dan WORLD SIAM UNITED..."

    kah kah...alow bro..ko buat aku takleh kentot ari ni.....

    aku dengar AMBEC ni sangat anti dengan satu lagi pertubuhan....AMBIN??.....

    AMBIN = angkatan mengampu bini najib...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  15. kah...kah...kah....

    AAMBEC - شوق كالو دافة ايكوت
    puak2 apa nih.......

    YB2 kena mohon maaf dalam masa 48 jam....tingga beberapa jam lagi...jika tidak.... kah...kah..kah...

    - YB Kepala batas...zzzZZZZZZZ

    BalasPadam
  16. hahahaha kote hang isham buat lawak macam lancau la bikin aku gelak sampai pinsan

    BalasPadam
  17. tt lu punya idea mmg ngam sui la bro kah..kahh.. gua ingatkan lu dpt dr mana surat AMBEC tu kahh..kah.. gua pun serius la layan kahh..kah.. jenuh pikir nak ingat nama NGO world siam united tu.. kahh..kah.. rupa2nya tipah tertipu... kahh..kahh.. tp ok le, lebih baik dr layan liverpool di bawah pengurusan manager bodoh tu... kahh..kahh..

    BalasPadam
  18. TT? Amacam lu sudah kena hantam banyak kali minggu nih? Tu la pasal, ko sokong mamat zaid tu bokper? Kene modal buku tapai ka..

    BalasPadam
  19. x heran pun monyet hebat cmni..kah3..lam UM lebih lama beruk2 duk UM lau nak dibandingkan ngn manusia..hahaha

    BalasPadam