Sabtu, 13 November 2010
SURAT UNTUK PKR
SURAT TERBUKA
Puan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya ingin membuat rayuan terakhir kepada Puan demi masa depan Parti kita.
Perkembangan-perkembangan mutakhir di KEADILAN amat membimbang dan menyedihkan. Bukan sahaja ahli-ahli Parti, malah penyokong-penyokong kita amat hampa dengan cara pemilihan parti dijalankan.
Memang kita mempunyai niat yang murni apabila kita bercadang untuk mengadakan pemilihan terus di mana setiap ahli diberikan hak demokratik untuk memilih pucuk pimpinan.
Walaubagaimanapun, kita harus ingat, kita tidak akan dinilai dengan niat tetapi dengan hasil usaha kita. Kita mesti melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul.
Justeru, suka atau tidak, kredibiliti dan imej KEADILAN kini telah jatuh merudum. Ini merupakan satu krisis kepada Parti.
Saya faham amat sukar untuk Puan menggantung pemilihan parti yang sedang berlangsung. Tetapi, tak kira siapa yang memenangi peraduan, yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Kita semua akan rugi akhirnya. Setelah membuat pertimbangan mendalam, saya ingin membuat satu cadangan kepada Puan.
Kini, banyak keraguan telah timbul tentang integriti proses pemilihan Parti. Saya percaya kita berupaya membuktikan keikhlasan kita untuk memperbetulkan apa jua kejangalan, sama ada benar atau tidak, dengan mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan maruah KEADILAN yang telah tercalar.
Saya bercadang untuk mengambil insiden yang paling meragukan sebagai ujian litmus untuk membuktikan bahawa pemilihan Parti bebas dari kepincangan. Saya merujuk kepada keputusan pemilihan di Libaran yang mempunyai 60 peratus ahli keluar mengundi.
Jika mendapat persetujuan dari Puan Presiden, saya secara peribadi akan mendapatkan biaya untuk melantik sebuah firma audit yang profesional dan bebas untuk menyemak keputusan pemilihan di Libraan. Saya percaya ramai penyokong KEADILAN yang mengharapkan kita untuk membuat perkara yang betul akan menyumbangkan wang untuk menjalankan tugas yang mustahak ini.
Jika keputusan di Libaran disahkan sebagai bebas dari sebarang kepincangan dan salahlaku, saya akan menerima semua keputusan keseluruhan pemilihan Parti tanpa berbelah-bagi. Saya percaya calon-calon lain juga akan berbuat sedemikian. Tetapi, jika keputusan audit membuktikan sebaliknya, satu resolusi harus diluluskan pada Kongres Kebangsaan yang akan datang untuk membatalkan keseluruhan keputusan pemilihan Parti.
Kita sekarang berada di ambang yang paling kritikal dalam sejarah Parti. Kita mesti menunjukkan KEADILAN benar-benar dilaksanakan seperti dalam nama parti. Keadilan bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi mesti dilihat sebagai dilaksanakan.
Puan Presiden, Parti kini amat memerlukan tindakan dan pimpinan Puan dalam mengharungi tempoh yang mencabarkan ini.
Terima kasih.
JONSON CHONG
Keahlian No. B130001542
kalau silap kat sabah buat kat sabah saja la..bodo..buat perabih duit..mat mongol dok guna duit beli duit..bagi 5 juta kat wad icu..hkl saja..nu..byk ospital lagi kat msia..poodah..tu baru sakit..kalu tak sakit..tak ada duit..poodah..tu duit hang ka..bagi ;a perubatan percuma dok calkap apa//berlambak lagi penyakit kronik..
BalasPadamjika keputusan di libaran menunjukkan azmin menipu - gantung atau pecat azmin.
BalasPadamjika keputusan di libaran menunjukkan zaid memfitnah - gantung atau pecat zaid.
jika keputusan di libaran menunjukkan mustafa memfitnah - gantung atau pecat mustafa.
kalau keputusan di libaran menunjukkan azmin menipu, manakala zaid dan mustafa memfitnah - gantung atau pecat azmin, zaid dan mustafa
Jangan kelentong la pkr. Korang ingat umno tak tau ke korang buat trik nak pru 13 dicepatkan!!
BalasPadamAku setuju dgn cdgn Johsnon Chong ini tetapi sedikit persoalan yg prlu di ambil perhatian. Kertas undi di Lebaran itu disimpan dimana dan oleh siapa? Ada kemunkinan kertas undi itu telah di rectified (dibetulkan/tallied) supaya kelihatan ligitimate. Munkin pihak auditor akan siasat sampai keakar umbi untuk mensahihkan pemilihan itu benar2 telus, kita sokong demi Rakyat dan Ahli PR dan Malaysia khasnya.
BalasPadamcerita benar berlaku didepan mata kerana tempat jamuan didepan mata,tempat pengundian pun didepan mata,maknanya DEWAN depan rumah aku.
BalasPadam1.Sempena Depavali,calon panggil semua ahli yang merayakan Depavali.Bagi ceramah sikit,hulur duit raya.Habis cerita,esok tunggu undi pemilihan.
2.Kelmarin 12/11/2010 diadakan pengundian semula.Dengan borong dan bawa ahli seperti PRU lagaknya,nenek tua bertongkat pun ada demi menjayakan satu ahli satu undi ,keputusan akhirnya CALON YANG KALAH SEBELUM INI dan selepas KALAH tu buat bantahan,kini di istihar menang sebagai Timbalan Presiden.
3.Sebenarnya yang dok galak nak buat kacau ni orang nak bertanding saja.Ahli setengahnya tak tau apa apa pun.Malah tak kenal pemimpin pun.Bila tahap ini,maknanya kita jadi macam PRU juga,pakai hantam ikut apa orang lobi.Pandai lobi dan cucok sikit terutama calun ni sebangsa dengan kita makna menanglah calun tu,tak kira parti nak lingkop atau tidak.
Rupanya nak menang dalam stail 1 ahli 1 undi ni tak perlu jadi cukong macam tt selalu tulis.Memadai 1 helai merah 1 orang.
Aku yang bukan ahli PKR ni pun nak cadang juga pasai kesan PKR ni kena pada parti yang aku jadi ahli.Cadang aku,calun yang kalah setelah diistihar menang sebelum ni,buat aduan dan memorundum pula,kalau tak cukup dengan memo ,buat surat terbuka melalui laman tt(aku pasti tt ABA mesti siar punya ),aku pasti calun ni akan menang semula.Kita buat ini berterusan,yang kalah (atau nak kalah)mesti buat aduan sehinggalah dipastikan dengan benar,tidak lain, selain benar bahawa banyak ahli yang mengaku nak jadi pemimpin PKR sedang menggali lubang kubur partinya.
Aku tengok PKR sekarang makin angkuh. Nik Nazmi bercakap macam dialah juara rakyat, macam dialah yang paling betul. Bila orang menegur, disalahkan orang tu, dianggap sebagai ejen UMNO.
BalasPadamPegi jahanam la woi. Jangan harap aku nak mengundi untuk PKR lagi lepas ni.
Hoi Jonson.. Lu mau lagi sokong parti2 lembab nih? Ada internet laju pun, nak update makan masa setengah bulan...
BalasPadamSemoga perangai UMNO tidak berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat
BalasPadamMinta maaflah aku nak pangkah calon PKR lagi pada pru13. BN lawan PKR aku bagi rosak itu kertas undi, baru padan muka aku, kah kah kah.........
BalasPadamBatu Kawan ---------> Parlimen
Bukit Tambun -------> Dun.
Sdr Pemerhati,
BalasPadamSaya tak pernah tuduh org kritik KEADILAN sbg ejen UMNO. Tweet saya yg kemudian dijadikan bahan berita oleh Malaysiakini mengatakan tokoh yg sering menyerang kononnya dia jadi mangsa budaya UMNO dlm KEADILAN paling baru masuk dari UMNO.
Bila saya tweet begitu kecoh satu dunia. Kini kebenaran terserlah.
Saya sentiasa terbuka dan cuba berhujah atas fakta. Saya doakan dijauhkan penyakit angkuh dari diri kita semua.
kat sabah tu memang betul. ade kertas undi yg lain. yg kuar mengundi hbis kuat pun 30% je. baki tu yg dibuat tambahan. tapi diowg silap. x bukak buku daftar dulu. sbb tu telebih undi. aku brani kuarkan kertas undi tu kalo memang korang nk bukti. kemusnahan pkr tu akan dtg daripada azmin. mohon tangguh dulu proses pimilihan ni
BalasPadam