Isnin, 8 November 2010
TOLONG TUNJUKKAN KEPADA KAMI
ALAM YANG TERUS BERKEMBANG
nota:
selesai anda membaca ini
alam kita terus melbar dan meluas
tiap detik ianya meluas
tidak ada noktah untuk masa dan luang
KAMI YANG TIDAK TAHU
tolong beri tahu bagaimana hari raya haji lebih awal di mekah?
bagaimana di hitung dan di congak?
kami yang tidak tahu hanya bertanya
apakah bermula dengan permulaan hari yang baru?
kalau berpandukan hari yang baru maka apakah
hari hari baru ini bermula di timur?
hari baru bermula di barat?
hari baru bermula di tengah-tengah?
mengutuk yang tidak tahu tanpa menerangkan
bukan satu perbuatan yang berilmu
soalan yang ditimbulkan bukan sekali berlaku
sering berlaku - cuma kini dengan wujudnya
internet kita tahu dengan lebih
kerana lingaran pengetahuan kita semakin meluas
dulu hanya kita hanya tahu bawa orang di sebelah
hulu telah berhari raya awal tapi kita masih berpuasa
bila masa beredar kita mula tahu bahawa orang di perak
telah hari raya lebih awal tapi kita masih berpuasa
masa beredar lagi dan internet sampai
lalu kita tahu
di london orang telah berhari raya lebih awal
kita masih berpuasa
dan kita hanya pandai heboh heboh tentang perpaduang
sebelum berpadupadu sila terangakan
bagaimana hari raya ini berbeza-beza
khalas ! period!
tarikh hari raya dikira dengan melihat anak bulan. kalau di saudi orang dah nampak anak bulan, diorang raya dulu la. kita yang nampak anak bulan keesokan harinya, maka raya esok hari lah.
BalasPadambelajar ilmu falak dan astronomi untuk lebih faham bagaimana fasa-fasa bulan berbeza di tempat2 yang berbeza. bukan astroloji, astronomi.
SU rajagopal dah tempah lemang lebih awal,mana bolih ubah tarikh.
BalasPadamisham,
Scientist already do a research from Planck Epoch of the Big Bang(10 -43 seconds,meaning 0.00000000000000000000000000000000000000000001 second) period.Through there,matter and anti-matter collided which matter is the force of creation,while anti matter is the force of destruction - every 100 matters is 99 anti-matter,and they're battling each other until it's creates the universe we had today - approximately 10 billion years ago.
BalasPadamaku setuju.
BalasPadam"orang ugama" cuma pandai kata tarikh itu dikira dengan cara itu ini
cara itu ini itu bagaimana?
kenapa bezanya sampai 2 hari atau 3 hari. Time zone apa ni??
sana 15 hb jiran kita 17 hb?? Time zone apa?? Time zon lancau apa kalau beza arab dengan jakarta lebih drp 72 jam!
ada belajar fizik?? ada belajar geografi???
Belajar sejarah saja buat apa? belajarlah geografi!!
Benda time zone antara mekah dengan jakarta & KL ni budak tingkatan 3 pun dah hafal. dah boleh kira!
tak caya, tanya anak korang tingkatan 3.
biar bengang tapi jangan jadi bangang!
Yes! Kau memang ligat, aku tabik pada kau Isham, bukan kau sahaja berfikiran begitu, bahkan aku juga.
BalasPadamSatu lagi yang aku tak dapat terima, bahawa garisan greenwich merupakan garisan pengukur dunia. Persoalannya, siapakah yang membuat teori garisan ini dan kenapa ukuran berdasarkan eropah sebagai titik tengah.
setelah penggunaan garisan greenwich memungkinkan kita telah tersalah hari, takut-taku kita sembahyang jumaat di hari khamis.
Lebih heran lagi kalau Riyad raya 31 hb. Indon, singapura, thailand raya 31 hb. Malaysia raya 1 hb! Benda ni pernah berlaku.
BalasPadamBukan tak boleh guna falaq. tapi nampaklah orang islam ni susah nak sepakat. Tak boleh mengalah! Tak boleh berbincang. Semua nak tunjuk pandai ilmu falaq. Semua nak tunjuk dia hero kira time zone.
orang kapir seronok tengok kita tak sepakat. Jadi bahan ketawa.
Jadi diminta mana-mana yang pakar kiraan ilmu falak,atau yang pakat tentang time zone, minta tunjuk kiraan bagaimana dibolehkan riyad raya 15 hb dan indonesia dibenarkan raya 17 hb.
BalasPadamsila tunjukkan kiraan, bukti dan dalil.
saya nak belajar!!
lain tahun senang nak raya!
yang nie susah nk paham...knape kt sana raye awal...tp klu kta nk ikut susah jugak...wktu diaorang siang waktu kita mlm? tu dh tunjuk x sama waktu antara kita dan mereka di sana...cuma yg x pasti kita atau mereka yg patut sambut dulu...!!
BalasPadamhmmm...mekah lewat dr kita 5 jam?
BalasPadameid adha 16/11...kita 17/11...knape diaorang raye dulu dr kita? adakah kita salah atau mereka salah mazhab? ke salah gomen? islam apa nie?
kah kah kah
BalasPadambenar2 ko tak tahu isham
aku bgtau ko ringkas
kah kah kah
dlm dunia ne ada 2 penntu hari
satu edaran matahari
dua edaran bulan
Islam menggunakn bulan
dan hari baru Islam setelah terbenam matahari iaitu maghrib
anak bulan kalu blom keliatan
blom masuk hari baru
pd waktu maghrib kat mesia
kedudukn ank bulan blom keliatan
ttp kat makkah pd waktu maghrib
suda keliatan maka hr baru bermula
tahun hijri
maka mesia ketinggalan satu hari
bagi tahun hijri
tetapi cepat satu hari
bagi tahun masihi
beza mesia ngan makkah
lebih kurang 5-6 jam
aku hrp ko phm
kan aku ckp ringkas jer
kah kah kah
Salam, sayta rasa tak salah Mekah raya dulu. Kita tukar International Date line ke Mekah, jd the first sun rise will be seen over Mekah and kita calculate raya (haji dan puasa) based on this new Mecca Mean Time.
BalasPadamhttp://rahmanhariri.blogspot.com/2009/06/misc-2007-part-ii-from-360yaho0com.html
entah la bro sham..susah mau jawab
BalasPadamsana dah raya,sini belum..katanya putaran alam tak sama (putar alamnya tak sama)
semalam aku lihat bagaimana gejeja besar dibina selama 66 tahun(terima kasih Astro,walaupun aku senantiasa menyumpah anda dihujung bulan),dan natijahnya juga pertempuran countess dan paus,sehingga kuasa raja diperlukan.dan seperti biasa,Tuhan akan dipersalahkan hingga semua orang memohon kepada Tuhan mahu bidadari-bdadari.
kusta ini mudah berjangkit,agama hanya taruhan,alasan bagi mengechop logo halal pada barang dagangan.aku ingatkan mahu bermunajat hanya semudah wudhu',kopiah dan sejadah buruk.
bilakah ini boleh berakhir..
bermula puasa dengan MELIHAT ANAK BULAN dan ianya berkaitan dengan ilmu falak
BalasPadamtidak semua tempat dalam dunia melihat anak bulan serentak. ada yang lewat sehari dan ada yang cepat sehari.
untuk di malaysia kebiasaannya menggunakan kaedah KEMUNGKINAN UNTUK MELIHAT ANAK BULAN iaitu kaedah perkiraan secara falak.
pada tarikh sekian2 bulan berada pada 12 darjah tinggi (contohnya) dari paras ufuk, maka berkemungkinan untuk malaysia melihat anak bulan sekalipun berkabus berawan menyebabkan pandangan terhalang dari melihatnya. justeru malam itu ditetapkan sebagai hari pertama mengikut kalendar Islam.
bukan kerana mekah nampak anak bulan kemudian kia di sini raya sehari lebih awal..tidak.
ada hadis daripada sahabat menceritakan bahawa sahabat di madinah sudah berpuasa sedangkan di negara lain berhari raya lewat sehari kerana berpuasa lewat sehari akbibat dari melihat anak bulan lewat sehari..
dan hadis nabi berkenaan penetapan tarikh mengikut kaedah Islam berdasarkan perkiraan falak bulan, banyak.
Jangan dipetik isham oooiii....
BalasPadamLama-lama jadi kalut.
israk dan mikraj apa jadi ?
Terkantoi juga abu jahal.....
Bila satu kabilah sampai di tanah arab beritahu mereka jumpa Muhammad di Baitulmaqdis pada malam tu....terkedu abu jahal.
Light Years.....
Akan sampai suatu masa umpama star trek....tak mustahil...petik je dah sampai...
masa tu kita pun dah tak ada....manusia terlalu maju.
Bab ini akan membuka/menjurus ke alam roh dan jasad......bila mati roh naik ke langit lalu kapalterbang MAS langgor putus..udah tak tahu nak kemana.
pesan orang tua,.....bila tiba bab ni tinggalkan.
Yang penting sama-sama kita meraya/meraikan hari raya korban...yang berduit tumbanglah kerbau dan lembu.
Ikhtibarnya, kita sembelih kebodohan,kemarahan,kesombongan,tamak-haloba....dll(sifat mazmumah)
Korbankan segala sifat tu(ego,besar diri,....)
Selamat Berkorban
tambahan komen saya sebelum ini:
BalasPadamsaya cadangkan gunakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara pyrate dari sini : http://goo.gl/xaLaq
starry night pro plus 6 (terbaru..saya pun guna pro 5 lagi)
anda boleh perhatikan, perubahan tempat boleh menjejaskan KEBARANGKALIAN untuk melihat anak bulan.
harap maklum
p/s: peranan barat menanam pemikiran kita bahawasanya hari baru bermula dari timur dengan terbitnya matahari.
tak salah pun itu, hanya kaedah penentuan tarikh sahaja..di cina ada kaedah taqwim mereka sendiri, di india ada peradaban sendiri yang mengunakan taqwim sendiri.
dalam Islam, kiraan hari baru bermula dengan terbenamnya matahari (bermula dengan malam)
cuba perhatikan, mengapa kita solat teraweh sedangkan tadi tak puasa, esok baru mula puasa? kerana hari baru bermula dari malam.
dan kiraan bulan baru bermula dengan melihat anak bulan.
jika semalam satu zulhijjah maka lapan hari lagi (tolak harini, bermula kiraan esok) akan hari raya aidiladha
jika esok bermula puasa, malam ini solat teraweh dan sebulan lagi akan hari raya.
Islam ajar kita berdiri atas kaki sendiri, pandang dengan tanah yang kita brdiri. kamu nampak hilal/anak bulan, kamu mulakan.
mereka tak nampak lagi, esok mungkin nampak.
mari kita bergerak menuju perubahan.
Yakjuk dan Makjuk akan ujud dari MALAYSIA !???
BalasPadamDajjal akan dilahirkan didaerah JEMPOL......
WAHLLAHUALAM !!
Bro TT
BalasPadamKita terpaksa guna Garisan Meridian Pangkal dan Garisan Tarikh Antarabangsa sebagai penanda waktu piawai sebab kita pihak yg kalah dlm perang! Kalau kita gunakan garisan Longitud O darjah bermula dari Mekah sebagai pemula zon waktu pun kita memang terlewat satu hari! Julat masa kita dgn Riyahd A Saudi 5 jam. Saya kata begitu sbb saya graduan geografi dan mengajar geografi dari tingkatan 1 hingga 6 Atas! Mengikut prinsip falak ijmak anak bulan yg berumur 6jam baru blh disabitkan sebagi 1 hari. Bak tengok anak bulan ni di Msia agak sukar kerana sistem atmosfera kita telah terganggu kerana pencemaran, menyebabkan indek ufuk titik objek sukar dilihat. Salah satu tempat yg paling jelas nak tengok anak bulan ialah di tengah laut! sbb sifat melengkung bumi memudahkan pencerapan. Kerajaan boleh menggunakan peralatan yg ada pada kapal Hidrografi TLDM yg kerja dia orang memeta dasar laut dan mengukur kedalaman laut. Masalahnya kalau nampak anak bulan dia org tengok blh caya ke? Sbb anak kapal nya ramai kaki botol! Dalam Islam tak blh buat saksi!
Isham,
BalasPadamBangsa yng bertamdun semua ada takwim! Hatta Orang Kurdish yg merempat tanpa tanah air pun ada takwim sendiri! Orng Melayu yg agung dengan ketuanan mana takwim! Harap nak menempek takwim Arab saje! Bangsa yg ada takwim bangsa yg ada tamadun purba! China, India, Arab, Greece, Aztec dll lu cari sendiri kah kah kah
Persoalan yang bagus. Tapi cuma orang yang jahil je persoal bende ni. Negara sana raya dulu, negara kita lambat raya lah.
BalasPadamPada zaman nabi pun pernah berlaku, nabi kat madinah belum raya tapi sahabat kat syam dah beraya kerana mereka dah lihat anak bulan.
Islam bukan berdasarkan falak tapi berdasarkan rukyah. Meaning even anak bulan tu ada, tapi ditutup awan, kita tak nampak, maka tetap kena genapkan 30 hari.
Cuma kalau beza sampai 2 hari tu macam ada samthing wrong. Pernah aku dengar orang islam kat jepun guna rukyah kat malaysia nak sambut raya, itu lebih bangang namanya sedangkan anak bulan boleh dilihat kat sana, kalau terlindung xnampak, genapkan 30 hari ramadhan atau 30 hari zulkaedah.
Bende ni dah selesai pada zaman nabi lagi, dimana ada negeri raya awal, ada negeri raya lewat, bumi ni bulat, kalau nak sama dengan mekah, kenapa xselaraskan saje waktu solat malaysia dengan mekah, isyak kat sana kul 3 pagi kat sini.
Nasihat aku, banyakkan dengar ceramah dari mendengar lagu atau baca dari internet.
Harap dapat membantu sedikit.
BalasPadamhttp://hady-83.blogspot.com/2010/08/perihal-anak-bulan.html
tambahan dari tadi....
BalasPadamdulu, di mesir ada jam waktunya sendiri...tepat 12 tengahari matahari tegak di atas kepala (zenith)...dulu semua negara Islam ada jam sendiri. zohor mesti 1201 tghari atau 1204 tengahari. semua bergerak dan berdiri sendiri...
sekarang, barat paksa kita ikut jam mereka. berpaksikan Greenwich
barat paksa kita ikut kalendar mereka, bermula januari akhir dengan disember dan krismas.
kita ada kaedah penentuan masa yang dipromosikan dari Peradaban Ilmu Islam. kita ada penentuan tarikh haribulan yang dipromosikan oleh Rasulullah SAW. tapi barat paksa kita buang semua tu ikut kaedah mereka.
ikut kaedah barat, berasaskan matahari, akan berlaku kesilapan kiraan. rasanya Tun Mahadhir pernah sebutkan benda ni dulu, awal 90an kot....namun berasaskan kiraan bulan ianya lebih tepat dan tetap berlaku kekurangan dalam kiraan tarikh cuma jumlahnya kecil dan telah disusun kaedah membetulkannya.
begitu juga kaedah kiraan masa negara2 orang Islam dulu. lebih tepat. 12tghari mesti matahari berada di puncak tertinggi langi (zenith) pada hari tersebut. sekarang?? adakah 12 tengahari matahari tegak atas kepala? tak bukan?
waktu zohor pun terpaksa dianjak-anjak setiap hari. pasti ada perubahan seminit dua dalam seminggu, sedangkan dulu waktu zohor adalah tetap pada 12 tengahari.
tiba masanya untuk kita berubah mengambil kembali teknoligi yang dicipta sarjana Muslim dahulu.
dan kembangkan menjadi lebih baik dari tamadun barat.
Buat apa nak pening kepala... bukak saje kelendar kuda.... mesti tepat. Bukan raya haji saje...raya puasa, depavali, hari vesak n raya tahun baru cina boleh katakan semua tepat.
BalasPadamsatu je aku nak cakap..
BalasPadam1st time nampak pakcik TT terkesima dengan komen2 deep.. 1st & only..
part lambat cepat hari bukan bidang aku.. yg aku bulih kate.. tak de bende yg jadi semulajadi.. semua ade punca.. atas kehendak.. jgn nk sains sgt.. hantu jin hang bulih lawan la..
kah kah kah..
bukan malaysia yg cepat 5 jam dari mekah tapi mekah yang cepat 19 jam dari kita. kalo tak takkan asyik2 depa yg raya dulu.saintis arab dah jumpa bahawa jam antarabangsa sepatutnya bermula di mekah bukan di greenwich.mekah ialah pusat dunia.khalas.
BalasPadamKalau wukuf di Arafah pada 15hb....(Zohor), sepatutnya kita Raya Korban pada 16hb......
BalasPadamfakta 1 : permulaan awal bulan di bumi kita ditentukan dengan kelihatannya anak bulan
BalasPadamfakta 2 : bulan itu satu saja. hanya sebijik saja bulan(qamar) untuk masyarakat bumi...bulan orang arab adalah bulan yang sama bagi bani melayu, dan segala bani di bumi
fakta 3 : jika kelihatan anak bulan dari salah satu tempat di muka bumi ini, maka , bumi seluruhnya telah bertukar kepada bulan yang baru pada keesokannya.
dari fakta di atas kemungkinan besar mengapa berbeza ialah:
1) bangang
2) malas
3) ego
1) bangang- memang bangang, bila dah nampak anak bulan dari bumi, maknanya bumi dah bertukar bulan... kerana kebangangan, mereka menganggap satu bulan utnuk satu negara.... kah kah kah
2) malas - malas mengkaji.. malas buat kerja.. dah kalau balik2 tak nampak bulan, asyik orang lain jer dulu yng nampak bulan, cuba la check mana tau saudi dulu terbit matahari , manatau saudi dulu malam dari kita... kah kah kah....
3) ego- ego la kot, mcm org kata "selagi aku tak nampak, aku maana nak akun"..kah kah kah...
oii kominis. balik mengaji dulu sebelum becakap yg bukan2
BalasPadamala, kalau malas nak sembahyang raya, ngaku je la...
BalasPadamKepada bro Isham yg dikasihi,
BalasPadamAku nk pendekkan cite. tarkh hari raya ditentukan berdasar pengiraan hisab dan rukyah. Kalau tak nampak anak bulan pada 29 Zulkaedah maknanya LUSA adalah 1hb Zulhijjah. Kalau nampak, maknanya ESOK adalah 1hb Zulhijjah. Tapi, jika Saudi nampak anak bulan awal tetapi di Malaysia tak nampak, itu diorg punya pasal. Kita kena mengikut tempat yang kita berada.
Kalau diorang menentukan menentukan tarikh hari raya mengikut kepentingan peribadi, sudah tentu diorg akan dpt dosa free. Jika bro Isham was-was, bro Isham bleh menyambutnya pada tarikh yg bro yakin itu adalah tarikh hari raya.
Senang cite bro Isham teropong sendiri la. Kalau bro nmpak anak bulan dan tarikh tu sama ngn Saudi, bro tunjukkan bukti. Kita kasi gegar Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dan penyimpan mohor raja-raja. Jangan isau, saya akan bersama bro kalau bro di pihak yg benar.
P/S: kalau bro tak nampak2 anak bulan sampai sudah, maknanya bro atau dunia ni bateri nak kong.
Nama2 bulan dan hari yg kita fahami secara lazim hanyalah inovasi pak Arab yg direka semata2 untuk menegakkan konsep ritual yg TIDAK ada sandarannya as per al Qur'an.
BalasPadamBila kita baca dlm al Qur'an yg ada disebut Ramadhan, pak Arab kata itu nama khas bagi salah satu dari 12 bulan. Penelitian kontek makna serta rujukan Classical Arabic boleh menunjukkan Ramadhan itu adalah compound words, antara lain bermaksud "haba yg panas" yg kemudian dimasukkan erti sebagai merujuk nama khas bagi bulan untuk menyokong konsep ritual dan pemahaman sectarianisme yg dibawa oleh pak Arab.
Permasalahan yg sama dapat dilihat bagaimana jumaat itu dijadikan sebagai nama khas "Jumaat" yg kununnya merujuk kepada satu nama dari hari2 dalam seminggu.
Pendek kata, Melayu membenarkan dirinya kena kencing sama pak Arab. Period.
Tapi Melayu mudah tersentap bila cerita bab agama ni.
Peace.
1. sebab timezone lain
BalasPadam2. tapi gua agak pelik kenapa tengok anak bulan nak kira kalendar hijrah dibuat pada bulan nak puasa, nak raya, dgn nak raya haji aje.. apa jadi dgn bulan2 lain tak payah tengok anak bulan ke nak tentukan awal/lambatnya hari?
3. kes kat Indonesia lain, mazhab berbeza.. perpecahan? meraikan perbezaan pendapat ulama'?
wallahu a'lam
Kita dapat hari baru lebih awal dari mekah sebab masa atau hari dikira berpandu kepada GMT. Kalau Mekah dijadikan rujukan menggantikan GMT tentu tak ada masaalah kita kena raya dulu dari Mekah.
BalasPadamPanglima Khalid,
BalasPadamMatahri dah takleh tepat kat tengah kepala pada 12:00 tengahari sebab Mahathir dah injakkan waktu kat Semenanjung ni cepat wsetengah jam....
Hisham,
Kenapa tak sama? Salhkan Mahathir kah kah kah
Perbahasan yang cuba dikeluarkan oleh bro Isham adalah bagaimana nak bersatu sedangkan tarikh hari raya pun tak sama.Itu matlamat bro Isham.
BalasPadamDan kekeliruan ini terjadi disebabkan ataupun mungkin pengetahuan tentang ilmu ini tidak berkembang dengan pesat.
Maka jika bro Isham salah sekalipun, benda ini perlu dibahaskan dengan nada yang ilmiah.Dirobek segala bukti bukti ilmiah. Dan sesiapa yang tidak tahu menahu tentang ilmu ini, lebih baik diam daripada berbicara. Kerna anda akan menambahkan lagi kekusutan daerah ini dengan komen komen tanpa nas anda.
zaman Rasulullah dulu x da pun teropong canggih mcm skrg,mcm mana mereka tengok anak bulan? Setahu saya mereka guna kiraan
BalasPadamInilah gelagat Melayu bodoh yang tidak saintifik , tak perlukan pengiraan m tapi mahu dilihat dengan mata baru percaya.... wakakakah
BalasPadamApa pasal? sebab itu bulan terang akan bawa banyak masalah, so bulan ada tak lak pun kena kontrol oleh UMNO, UMNO lah yang menentukan hariraya orang Islam di Malaysia. kalau tak ikut , itu lawan Islam namanya.
Orang Cina sudah paham ini teori beribu tahun di Cina kuno. tapi Melayu tak sedar lagi, tak erti lagi.
Wahahaha
Yang Dikasihi Bro TT. Kalau Lu mau raya cepat, ikut sahaja "Nabi Melayu" Si Hj Kahar tu. Dia boleh tanya kehadiran anak bulan kepada "Ayam Belanda" kat dalam Zoo... Aik jangan marah! Ayam mempunyai deria cuaca dan astronomi yang begitu tinggi. Tapi ayam jantan juga boleh ditipu supaya berkokok lebih awal dalam cerita rakyat "Tangkuban Perahu". Raya korban ni cepat atau lambat bagi yang lalok (macam aku) sama sahaja, tak perlu berpuasa wajib pun, sebelum raya makan dan selepas raya pun makan juga. Tiada orang Majlis Agama Wilayah yang akan serbu. Yang selainnya biarlah "Pakar Astro" yang tak mengabih boreh sahaja yang menentukannya.
BalasPadamAssalamualaikum sdra2,saya nak tanya dgn teknologi kommunikasi sekarang ni tak bolehke benda2 macam ni diselaraskan olih negara2 Islam.Lagi satu saya nak tanya hari Wukuf tu di lakukan di Mekah/Saudi ke di Putrajaya? Yang kedua nama Hari Raya pun Hari Raya Haji & Haji tu dikerjakan di mana? Madinah/Mekah ke KL/Putrajaya.Kalau tiap2 hariraya kita berbeza macammana kalendar Islam kita di selaraskan menjadi sama tiap2 tahun? Bayangkan jika kerajaan Umnongok betul berapa ramai umat Islam yg mengerjakan Haji sia2 sahaja! Dan juga bukanke kita dgn Saudi mempunyai hari yg sama(hari Jumaat mmg sama). Kalau negara kita dgn. benua Amerika lainle(kita malam dia siang & vice versa).Lagipun kan keraa jaan kita ni bukan guna undang2 Islam(sebenarnya Munafik!).Pemegang mohor pun gaji buta pegang apatah.
BalasPadammacamana nak sama tarikh dgn arab..kita malam arab siang, arab malam kita siang....
BalasPadamarab raya 16.10. mesia raya 17.10. betul la tu.dah kita lambat 19 jam dari arab.
dalam semua keadaan kita kena guna agama(wahyu) dan sains. tak boleh guna sains saje atau wahyu saje.sains tanpa agama itu buta namanya. agama tanpa sains itu tempang namanya.
jadi kita mesti guna agama dan sains.sains itu membuktikan kebenaran agama. agama memang sudah betul tapi manusia akan yakin bila sains membuktikannya.
kalau anda bersetuju tentang fakta berikut, anda mmg tidak akan boleh menerima kenapa malaysia tidak menggunakan penetapan tarikh awal bulan seperti di saudi arabia, sedangkan malaysia terlebih dahulu menerima matahari dari saudi, jd sudah pasti malaysia sepatutnya menyambut raya lebih awal dari saudi.
BalasPadam1. matahari adalah sumber rujukan jam di bumi, bererti matahari memulakan hari anda.
2. hari bermula di kawasan new zealand dan australia. kerana menerima matahari lebih awal dari kawasan lain di dunia utk hari itu.
3. malaysia tidak akan dapat melihat anak bulan, bg penentuan awal bulan. kerana kedudukan geografi yang memustahilkan rukyah anak bulan.
bagaimana pula kita menggunakan permulaan hari seperti di dalam islam?
1. bermula hari di mekah (kerana dipersetujui oleh pakar bumi, mekah adalah pusat bumi)
2. bermula hari adalah dengan masuk waktu maghrib. bukan dengan naik matahari, ttp dengan kelihatan anak bulan
3. sememangya mekah merupakan tempat naik anak bulan.
jd, jika kita menggunapakai kaedah ini, bermula hari dengan tibanya maghrib, bukannya subuh, maka kita boleh menerima berdasarkan peredaran bulan dan bumi. maka malaysia adalah dibelakang saudi, bukan di hadapan saudi. jd raya disambut di saudi dahulu, kemudian di afrika, di eropah, di amerika, kemudian di ocenia, dan di asia sehingga ke iran.