Jumaat, 10 Disember 2010
APA CAKAP MAHFUZ
INI DIA PENGUNDI MUDA
nota:
parti mana memenangi hati anak muda
parti itulah yang akan mara
kehadapan
parti yang mentuakan anak muda
parti itu akan ditolak
TUMPU KALAHKAN UMNO BN DAHULU – harakah daily
Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
"Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru ) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.
"Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab.
NOTA:
ini betul dan tepat
seharusnya semua kerja
semua gerakan hanmya memiliki
satu tujuan – mendobrak untuk
menjatuh dan menngalahkan kerajaan najib rosmah
jadi pekara pekara-pekara yang tidak
menjurus kepada tujuan ini harus dielakkan.
nota:
apakah menentang konsert inul satu cara
untuk memenangi udi? kah kah kah
nota:
kalau pusingkan pas ini senang saja
tiap tiap bulan bawa konsert kah kah kah
baca ini dan dengar apa kata pak janggut !
MAHU UBAH KUASA , FAHAMKAN ANAK MUDA – SAMAD SAID – harakah daily
Golongan muda perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara, tegas Sasterawan Negara, A. Samad Said.
Menurutnya, harapan tidak banyak boleh diletakkan kepada kalangan dewasa kerana mereka sudah bersikap dan selesa dengan keadaan itu seperti menjadi pengundi Umno atau bukan.
Sebaliknya, jelas beliau lagi, golongan muda merupakan faktor perubah kuasa negara kerana selain ramai, mereka masih belum mempunyai pegangan politik taksub seperti kalangan dewasa
dua pendapat yang tepat pada masanya. dari sekarang hingga pru 13 diadakan media perdana akan memporak-perandakan gabungan pr untuk meracun fikiran rakyat! keutamman ialah menukar kerajaan persekutuan, ingatlah matlamat ini bagi penyokong pr semua. perjuangan masih panjang. berbaktilah untuk generasi akan datang supaya kubur kita tidak akan dikencing sebab kebodohan dan kealpaan kita!
BalasPadamsebagai pengundi muda yg akan mula mengundi tahun depan (kalo pjg umur), aku bersumpah akan gunakan 'tangan' aku untuk ubah masa depan negara ni...
BalasPadamanak muda ada dua jenis sekor suka terkinja2 mcm beruk,merokok,berzina ,berkonset, mermpit tu memeang sokong umnco...yg sekor lagi jgn ada otak berwawasan tu soking pakatan...masalh yg muda melayu yg bangsat tu lagi ramai....tt ada idea nak ubah tu
BalasPadamanak muda ada dua jenis sekor suka terkinja2 mcm beruk,merokok,berzina ,berkonset, mermpit tu memeang sokong umnco...yg sekor lagi jgn ada otak berwawasan tu soking pakatan...masalh yg muda melayu yg bangsat tu lagi ramai....tt ada idea nak ubah tu
BalasPadamsamad said ni bila plak nak buat demo usul bahasa inggeris sbg bahasa rasmi kedua di penang?
BalasPadamkah kah kah! politik, politik, politik...