Ahad, 5 Disember 2010
HARI INI DI MASJID NEGARA !
BERWASPADA BERHATI HATI
CHEGUBARD:ISTANA BERI LAMPU HIJAU TERIMA MEMO –malasia kini
Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.
Lagipun, katanya perhimpunan itu juga terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.
"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.
"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.
“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.
MAHASISWA DI SERU SERTAI HIMPUNAN AIR RAKYAT=harakah daily
Seluruh mahasiswa khususnya dari Lembah Klang dan Selangor diseru bergabung dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (Permasis) dalam Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" esok.
Menurut Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridzuan Othman, penyertaan mahasiswa dalam serahan memorandum ke Istana Negara esok akan memberikan mesej jelas kepada kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang berterusan membebankan rakyat.
"Saya menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.
"Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Mereka dijangka akan berkumpul bersama-sama kumpulan baju merah di Masjid Negara tengahari esok bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.
Ianya sebagai sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yangakan menyerahkan sendiri memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mengulas lanjut mengenai kenaikan itu, seluruh mahasiswa katanya akan memberikan komitmen untuk mempertahankan hak-hak dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.
nota:
jam 12.00 tengah hari warga
diajak berkumpul di masjid negara
pagi ahad ini.
kita berkumpul
bersama sama
kita berjuang
bersasa sama
kita akan menang
jika kita bersaman sama !
macamana nak berjuang, melayu semakin mengecilkan batu dan membesarkan perut, kah..kah..kah...
BalasPadam