Khamis, 16 Disember 2010
JANGAN TIPU WARGA FELDA !
BANGUN BERJUANG !
PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA
oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)
Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.
Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.
Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.
Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?
Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?
Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.
1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.
1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?
Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?
Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!
Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.
1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?
1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?
1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?
Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?
1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?
1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?
Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?
1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?
Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?
Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?
1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?
Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?
2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?
Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?
Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?
Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.
Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.
Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?
Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?
Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!
Bila Dtk maslan nak jawab soalan anak ni?
BalasPadamjawablah dtk kalau datok masih ada telor!
sekarang ni ladang bapak aku jadi macam semak samun sebab felada jaga.. bapak aku dah tua mana larat nat potong sawit... mandur ( budak technoplant) bangang yang keje pun bangang...
BalasPadamwajib di fotocopi dan diedarkan diseluruh felda2 di johor! anak muda, sila buat kerja dari sekarang!!
BalasPadamish ish ish......sampai mcm tu sekali? Ngaper ler makcik felda tu sayang sangat pader gerombolan.org muder yg dah tau,ceghiterkan ler tentang penipuan ini pader mak bapak komer.Kalau peneroker sedor akan hai ini,60 kerusi parlimen yg ader dalam felda ni mesti bertukor tangan pader pr punyer.. Kepader ANAK.....Bongkor,jangan tak bongkor,kiter tengok anak pak aliman ndak bersilat macam maner pulak.Dulu,kater ndak tidor dighomah peneroker tiap2 minggu...Maner!!? Jangan tak buat labon jer.
BalasPadamWoit Maslan, Mazlan kata klau ko 'Jantan' sambut la cabaran debat tu... apa? apa dia Maslan? ko punye telor... telor masak suku... kah.. kah.. kah.. ok la telor masak suku tu.. compare ngan bos ko Mat Mongol.. telor tak masak-masak... takut bini.. kah.. kah.. kah..
BalasPadammasaalahnya warga felda banyak yg.tak tau hal ni...
BalasPadamBaru dapat tahu cerita sebenar. Patutlah PM marah sangat.Saya rasa tak patut marah dengan mengatakan orang pengkhianat bangsa, ia tidak relevan. Saya nampak ANAK nak selamatkan wang dan harta peneroka FELDA. Itu sahaja dan dirasakan peneroka pun faham.
BalasPadamhaha.. isu picisan dan terpencil jer nih.. 60++ kerusi parlimen kawasan felda tetap secure sebab peneroka menjadi terlalu sayangkan tanahnya.. apa tidaknya, kalo tak sokong, mau diugut tanah akan dirampas atau apa2..
BalasPadamahmad maslan? hahaha ini bukan sekadar boneka, dia juga mastermind macam najib yang tugas utamanya ialah "berusaha dengan istiqomah untuk membodohkan warga felda tanpa rasa jemu"
bapak aku pernah serahkan tanah kat FELCRA sebanyak 23 relung dengan perjanjian 15 tahun diusahakan FELCRA (tanah asal pun, kebun getah tradisional jer, biasala orang kampung).. dengan surat perjanjian pun tak pernah diberi sedangkan beberapa ahli lain yang mendaftar pada masa sama, dibekalkan surat perjanjian, pun mengalami masalah yang sama.. alih2 FELCRA claimed, tanaman getah tu rugi... padahal pokok getah sihat walafiat, tiap2 hari dipotong dengan baik.. kebun dijaga dengan baik...setiap tahun, bapak aku dapat cuma lebih kurang RM2000 untuk 23 relung tu.. (tanah sekitar 0.5km dari jalan utama ke bandar ~5km).. bila dah cukup tahun, bapa aku tuntut tanah tu, dia minta extend 10 tahun lagik.. kalo nak amik jugak, kene bayar RM35k sebagai gantirugi! (Kalo rugi, pergi mampos la, bukan kami punyer masalah!) Masakan rugi, tiap2 bulan, sekitar 100-120 guni hasil 23 relung tu, seguni sekitar 80-90kg! macam mana boleh rugi ni????... bayangkan harga getah pasaran waktu itu sekitar RM6-RM11.. kalo jual kat peraih cina, 1kg boleh dapat sekitar RM4-RM6 pun sudah la.. FELCRA jual di pasaran antarabangsa yang harganya lebih tinggi!!! bayangkan harga sekarang DI PASARAN RM12, penoreh cuma dapat harga dari orang tengah sekitar RM5-6 saja.. lihat bagaimana cara mainan harga dilakukan tok peraih atau orang tengah!
kerja utama FELDA dan FELCRA ini ialah " MEMBODOHKAN AHLI sambil MENGAMBIL KESEMPATAN dan MEREMBAT APA SAJA SELAGI BOLEH diatas KELEMBUTAN/ KELEKAAN/ KEBODOHAN/ KETIDAKMAMPUAN AHLI UNTUK MELAWAN DARI SEGI UNDANG2 ATAS SEBAB KEWANGAN ATAU LAIN2 AKTA YANG MEMIHAK KEPADA KEUNTUNGAN ALA KAPITALIS , lebih2 lagi kepada ahli yang kurang berpelajaran, akan dibodoh2kan sehingga ke tahap kaldai makan tahi"...
KAMI ANAK2 YANG MASIH KECIL TAK TAHU APA2 PADA WAKTU ITU.. setelah sedikit ilmu diperolehi, kami tak akan teragak2 bangun melawan cara IBU BAPA KAMI DIPERBODOHKAN..
peerah ingat dia nak layan ANAK. la ni dia dah tubuh BAPAK . HA ANAK lawan BAPAK.
BalasPadamaku anak peneroka,aku tau la mcmana seksanya jd peneroka felda tmbh2 jd anak peneroka mcm celaka felda buat xde pembelaan lngsung..kecuali la klau ko anak ketua kg,anak2 JKKR atau org berpengaruh dlm felda..dlm felda xboleh buat itu & ini sesuka hati,nk berniaga pn susah kecuali kalau ada kabel kuat dgn org2 atas tu..jgn harap apa2 la dok dlm felda ni selagi parti pukimak tu perintah mati beragan dpt la,tnya mat maslan tu brpa ramai anak2 peneroka yg brhijrah dr felda tu,apa sebab?..yg tngal mat2 gian je..itu pn sbb port diorg dlm kebun sawit bkawan dgn biawak & babi..babi punya parti keris telanjang!!!!!
BalasPadamKalau Najib berani.
BalasPadamTubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat Felda.
Atau wujudkan Audit Berkecuali mengaudit akaun Felda.
Apa ke hal, dari 4.5 bilion kini tinggal 1.2 bilion.
Yang lain tu menyorok di mana?
Apa punya PM da, senang-senang aje tuduh orang pengkhianat.
Dia tu serah Tanjung Pagar kat Lee Kuan Yu tak pengkhianat ke.
Razak (si ayah) mengharapkan setinggi gunung agar ekonomi orang Melayu berjaya bersama Felda.
Najib (si anak) cuba pula menghancurkan harapan tersebut.
Idris: "Anak Bapak".
Tompel: "Bukan. kalau macam tu anak hantu".
Filem: "Anak Bapak" arahan P. Ramlee.
Mazlan, lawan jangan takut.
Felda tu warga Felda yang punya bukan Ahmad Albab yang punya dan bukan juga Najib atau Yusof Nor yang punya.
Ehh ehh ehh.
Chukong kalau ada tanah seluas 10 ekar...mereka dah jadi taukee,tetapi peneroka felda ada tanah 10 ekar mereka jadi jaga kilang.
BalasPadamDari semua soalan yang dikeluarkan oleh ANAK tu....jawapannya ialah...DUIT DAH HABIS....kahkahkah
BalasPadambacalah
BalasPadamhttp://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=608:tun-razak-bukan-pengasas-felda&catid=14&Itemid=2
sedih sedih tgk org2 felda..
BalasPadam