Jumaat, 24 Disember 2010

JIKA KITA RAJIN MEMBACA KITA AKAN TAHU




BERGUMBIRALAH IA DATANG SEKALI


nota:
bergumbiralah wahai bani kanak kanak
alamilah dunia yang indah
zaman ini hanya datang sekali
bermainlah hari ini seolah olah kamu
tidak akan dibenarkan bermain hari esok !

jangan lah kamu dirosakan oleh pmr!



NAMPAK SANGAT MUFTI JOHOR TAK MEMBACA


Imej Santa Claus ini adalah strateji pemasaran Coca Cola yang mula dimunculkan pada tahun 1930’an. Pakaian , topi dan janggut Santa ini tidak ada sangkut paut dengan agama Isa dari Nazareth. Ini pemasaran kapitalis untuk mendapat keuntungan. Lihat sahaja warna merah dan puteh – ini warna Coca Cola.

Santa Claus ini ada memiliki pelbagai nama. Nama ini dikaitkan dengan Wali Klause seorang padri yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak. Ini juga ada kebenaran dan banyak campur aduk cerita cerita rakyat seperti Pak Pandir dan Lebai Malang.Banyak negara yang mengakui Wali ini adalah warga mereka. Sweden, Norway, Denmarak, Finland malah Turkey juga klim Wali Kaluse ini datang dari wilayah mereka.

Di Belgium - negara suaka TT - tarikh memberi hadiah kepada kanak-kanak ini bukan 25 Disember tetapi 16 Disember. Ini mengikut pembacaan orang Belgium.

Mitos ini samalah seperti kita memberi ‘duit raya’ kepada anak anak ketika berhari raya. Kita masukkan duit ke dalam sampul berwarna hijau. Ini adalah cara Melayu menterjemah budaya angpau orang Tionghua. Orang Tionghua memberi hadiah yang dibungkus dengan sampul merah.

Sayugia diingatkan bahawa pada satu ketika dahulu jemputan kahwin wajib di hantar dalam sampul merah. Bagitu juga kad ucapan selamat hari raya. Malah pada satu masa dahulu menjadi lumrah orang akan bertanya ‘ bila sampul merah akan sampai’. Ini bermaksud : bertanya bila nak kahwin. Bila ekonomi berubah budaya berubah – hari ini jemputan kahwin datang dengan e-mail dan pesanan ringkas.

Warna merah ini mucul dari ikutan kita dengan budaya orang Tionghua.

Budaya sampul surat hijau ini telah berkembang. Ini disokong pula oleh bank bank dan para peniaga. 100 tahun dari hari ini - jika ada mufti yang malas membaca dan mengkaji - mungkin sampul hijau ini akan ditakrif sebagai jalur agama.

Bagitu juga warna hijau yang dikaitkan dengan Islam. Ini juga pemasaran yang dimunculkan oleh Saudi Arabia. Kerajaan Saudi Arabia yang kita kenali hari ini diwujudkan oleh British pada tahun 1932. Keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Nabi Muhamad. Mereka ini dinobatkan oleh Shell dan British Petrolium.
Di zaman nabi tidak ada raja.

Warna hijau yang dipasarkan ini amat menarik dalam wilayah padang pasir yang kering kontang. Mungkin kurang menarik di negara seperti di bumi kita yang tropikal dan hijau sepanjang tahun.

Warna hijau ini kini dikaitan dengan Islam. Untuk pelajar pengkaji sejarah akan sedar bahawa bendera yang di kibarkan oleh Muhamad ialah hitam. Kerana inilah penganut agama Shiah telah menobatkan bendera hitam sebagai bendera mereka.

Lihat – semua memiliki kontek. Sejarah itu sendiri juga memiliki sejarahnya.

Budaya bergerak, berubah dan berkembang. Budaya, tingkah laku, adat istiadat, moral semuanya berubah mengikut gerakan ekonomi. Pembuatan ekonomi dan produksi ekonomilah yang menjadi memandu manusia. Bukan cerita di awan awan. Cerita di awan-awan ini indah untuk kanak-kanak seperti Wali Nikolas datang dengan kereta saljunya.

Manusia pinjam memimjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan budaya mereka. Kita telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Ini bukan cerita ultraman. Jepun yang anggkuh itu pun sedar bahawa mereka juga kaki tiru yang terulung.

Lihat bagaimana sifar yang datangnya dari Arab, kemudian berkembang. Jika tidak ada sifar konsep dunia kita tidak wujud. Dari sifar kita berkembang hingga kita menjadi kita hari ini. Apakah sifar monopoli Arab? Tidak.

Yang ingin memonopoli ini hanya kaum pemodal- kaum kapitalis. Mereka meletakkan – hak cipta – ini untuk mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka. Siapa mencipta padi? Siapa mencipta buah durian? Siapa mencipta petai dan jering? Siapa mencipta akar kayu senduduk?

Bagitu juga kita tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah milik umat manusia. Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikkan. Hak cita ini adalah milik Yang Maha Esa.

Selamat menyambut Mauludul Rasul Nabi Isa dan selamat tahun baru Gregorain. (TT)

45 ulasan:

  1. yup.. ramai umat manusia kat malaysia ni malas membaca.. tu la pasal jadi bodah..

    BalasPadam
  2. TT, Bila pula menyambut maulidul Mahafiraun...kah kah kah

    BalasPadam
  3. TT, kata Wak Wikipedia orang Christian pun tak percaya 25 Dec sebagai maulid Jesus, apa cerita pulak TT pulak percaya nih.... Ini raya orang Pagan yang dah kene ciplak. Macam Pak Santa tak de kene mengena dengan Christian.

    BalasPadam
  4. confirm yg k0men mcm bangang kat entry sebelum ni akan tau diorang bodoh mcm babi piang!!!!!!malas membaca pastu nak tegur org ini xbtl,itu xbtl...bc entry yg ni,amik sedas kena kat muka...letak kat dlm lubang jamban...

    BalasPadam
  5. Assalam bro,
    Ini lah standard mufti kerajaan kita...ilmu tak seberapa tapi terima jawatan mufti..banyak lagi perkara lebih besar yang boleh merosakkan ummah di-diamkan saja kerana nak jaga periuk nasi.Masa menyambut perayaan agama lain di-malaysia,pak menteri kita pakai pakaian hindu/kadazan/dayak/buddha tak pula mufti kita keluarkan fatwa??mufti yang bodoh tuu bia pulak nak keluarkan fatwa mengharamkan pemakaian baju kot kerana baju kot ini adalah amalan pemakaian orang kafir,.???,

    BalasPadam
  6. Kalau lebih-lebih kang dia akan kata pluralisme lah apa lah padahal tak nampak ke semenjak zaman madey lagi pemimpin2 sambut macam2 sambutan kat malaysia nih, masa tu mana tok2 alim kerajaan, senyap je.

    BalasPadam
  7. alaaa apa nak ambil port cakap mufti ni, lu nak pakai sangat baju santa clause tu? pakai je laaa..siapa yg ambil port cakap mufti ni?? rokok yg mufti cakap haram tu pun tak de orang ambil port pun? dari pemimpin sampai rakyat buat tak kesah je..yang mufti ni pun 1Bangang..benda2 kecik anak ni ko heboh2, mana pergi fatwa fatwi ko pada rasuah, kes salah laku pemimpin, mana?? taraakkk sbb muti2 1Bangang ni semuanya penakut! Benda2 kecik macam ni berani lah dia menyalak

    BalasPadam
  8. Betul tu Bro TT..

    Hang tak abis baca lagi ..ha ha ha.

    25 Dec tu bukan tarikh Maulid Nabi Isa..yang hang tulih maulid Nabi Isa tu kenapa yek..tu pasal hang tak tahu ...ha ha ha..

    BalasPadam
  9. Islam ad tiga subject: pertama Tauhid kedua Feqah ketiga: tasauf....

    memang kita tak dak kena mengena dengan cristian, tapi tasauf menagajar tentang akhlak... org Islam boleh meraikan perayaan agama lain ka? Sheikh mana bukak fatwa tu? habaq mai sat aku nak mengaji dengan dia..... dalam dua hanya ad dua hari raya.. Raya Aidil Fitri Raya Aidil Adha.. lain raya kita pi raya kita automatik masuk agam depa senang cita tak percaya pi tanya Asyraf (Astro Oasis). Di a pun kalau kata boleh makna kata dia pun murtad nie number telepon kalau tak puas hati 0103445363 iskandar

    BalasPadam
  10. aku bukan nak sokong mufti tu cakap. tapi aku nak nasihat la skit TT. memang betoi. tapi apa tujuan kalau kita pakai baju santa. kita dilarang untuk menyambut perayaan agama lain. jadi bila kita pakai baju santa masa krismas maknanya kita seolah2 sambut krismas la tu. jadi apa hukumnya kalau macam tu. kita jangan nak guna hukum akal ja bro. kalau bab agama ni jangan la main hentam keromo ja. rujuk dulu pada ustaz sebelum nak tulis apa2 bro. huhu.. takut lari akidah. sekadar nasihat ja ni TT.

    BalasPadam
  11. bodo jugak tt ni.tu laa tak baca kitab lama..zaman nabi dulu ada laa raja.bangang betol.buka balik kitab.yg sampai ada surah mengisahkan raja kejam zaman nabi dari nabi daud etc tu apa...sama mcm mufti Johor jugak laa kah kah kah

    BalasPadam
  12. tahniah pd iskandar dan adi sebab x sokong tulisan TT 100%. mana yg x betol tu kena perbetolkan...

    yg lain tu dok main.. kah..kah..kah jer. tah paham ke tidak

    BalasPadam
  13. Salam bro TT,

    saya nak petik kenyataan tuan yang hujung-hujung sahaja;

    "Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikan. Hak cipta ini adalah milik Yang Maha Esa"

    Siapa kata agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikan.
    Apatah lagi Agama Islam.

    Berapa ramai orang/kelompok manusia merasa kebenaran sesuatu/pegangan /perlakuan/konsep tetapi ternyata sesat ,keliru ,palsu dan batil .

    Berapa ramai orang/kelompok manusia percaya kebaikan sesuatu(perlakuan/konsep/nilai ) tetapi ternyata membawa kerosakan dan memudaratkan.

    Kebenaran dan kebaikan mengikut faham akal manusia (tanpa wahyu) seringkali tersasar dan sangka-sangkaan belaka.

    Kebenaran dan kebaikan pada manusia adalah nisbi sedang kebenaran dan kebaikan yang hakiki adalah dengan petunjuk Allah(Agama Islam Itu sendiri).

    Semua orang/golongan menegaskan segala amal mereka merupakan kebaikan untuk menuju /mencapai kebenaran namun bila diukur dengan skala wahyu ternyata terbias.

    Sebagai contoh,
    Apakah Konsert yang direkacipta dan dihias dengan kosmetik dengan nama AMAL itu Kebenaran dan Kebaikan.

    Dan banyak lagi contoh lain jika hendak diumpamakan.

    Hak cipta Kebenaran dan Kebaikan adalah milik Yang Maha Esa.Itu benar!

    Kerana itu akal dan wahyu adalah gandingan paling tepat dan putus!


    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  14. Marilah kita sama-sama MENGGALI ILMU.
    Manfaatkan kemudahan apa juga jenis Laman Sesawang.
    Cuma, sebagai mufti johor, tahrir ada hak buat begitu untuk johor.
    DAN JUGA, ADALAH HAK TUKAR TIUB UNTUK MENYAMPAIKAN.
    Kita nilai sendiri.
    Masing-masing dikurniakan AKAL.
    DAN JUGA SEBAGAI PEMILIK KALIMAH TAUHID....
    Kita WAJIB Menyampaikan Biar Sepahit Manapun....
    kerana TIDAK ADA PAKSAAN dalam CARA HIDUP.
    Yang Menjadi KERISAUAN Kita, Sikap Segelintir orang yang mengaku 'islam' tapi perangai kalah orang 'bukan islam'.
    Terlalu EMOSIONAL.
    Dan Cepat Meng jatuh 'HUKUM'.
    itu HARAM ini HARAM walhal yang HARAM itu hanyalah pada pandangan mereka.

    Kita kena Gali ilmu malah pada hari ini, ilmu dah duk depan mata kita.

    Ada pulak yang dah TUTUP MATA HATI. Apa saja tentang KRISTIAN, HINDU, BUDDHA dan lain-lain akan Di Pandang Serong.

    INILAH YANG MENUTUP RUANG LINGKUP DAKWAH.

    akhirnya,
    orang ISLAM sendiri tidak Nampak KEINDAHAN ISLAM.

    ISLAM ini dilihat oleh orang 'belum ISLAM'dari sudut AKHLAK orang ISLAM itu sendiri.

    ISU PENGHARAMAN MEMAKAI BAJU SANTA CLAUS SEBENARNYA TIDAK PERLU DIKELUARKAN OLEH PARA MUFTI.

    Majoriti kenalan-kenalan saya yang pernah MEMAKAI baju SANTA CLAUS adala pekerja pasar raya yang mana hanya ada orang Melayu pada masa promosi tersebut. Dan kawan saya itu pakai baju SANTA CLAUS bukan untuk suka-suka atau Menunjukkan dia murtad. Dan Majoriti para Majikan di Malaysia berbuat begitu hanyalah sebagai ALTERNATIF terakhir bila mana tiada non-Muslim yang SESUAI

    Bukan suka-suka.
    Tapi beginilah akhir zaman, PERKARA yang KECIL-KECIL kita UTAMAKAN. Yang ASAS kita buat tak nampak.

    Di sinilah peranan Para Pemimpin yang telah diberi AMANAH...
    agar BERTANGGUNG JAWAB.

    Yang ASAS Kita Dahulukan!
    dan carilah ilmu.
    MEMBACA SALAH SATU CARANYA.
    jika kita rajin membaca kita akan tahu.

    BalasPadam
  15. tv 3/4 kat pak santa sambut hari raya, betulkah?

    BalasPadam
  16. TT,

    budaya tiru meniru satu hal... ada lagi best tiru pastu kata sindri punya contohnya...

    1Malaysia.. kahkahkahkah

    cukup sekadar mengaku takde orang marah eh... hahaha

    BalasPadam
  17. Heh heh heh... TT ni kan lama kat luar negara. Paham-paham je le.

    BalasPadam
  18. TT.. Saya faham anda memamng sudah tua.. Tapi tidak bermakna anda perlu bongkak dengan ilmu yang anda ada.. Saya seorang pengikut setia ceramah TT dan juga blog TT ini..

    Sebagai orang tua yang berilmu seperti TT, patut menanamkan sifat merendah diri.. Dan menterbukakan diri terhadap ilmu-ilmu lain selain dari ilmu mainstream... Ada terkadang kala apabila saya baca pendapat TT terhadap ilmu keagamaan, lebih memandang ahli orintalis dan pandangan falsafah barat. Persoalan saya kepada TT ialah, pernakah TT menghadap dan mengkaji pandangan Islam mengenai Islam.. Adakah adil kalau kita hanya bertanya Islam kepada orang bukan Islam sahaja tapi mengetepikan ilmuan-ilmuan yang terdahulu mengenai Islam?

    Saya faham TT banyak membaca buku.. Dan saya pon sendiri ada kekurangan ilmu untuk memahami suatu perkara dan itu sebabnya saya suka masuk blog TT...

    Saya harap TT faham permainan politik UMNO sekarang yang cuba memonopoli Islam ata kepentingan "survival" politik mereka... kesah syiah, santa klaus tah apajadah ni semua antara langkah nak mematikan hubungan DAP dengan PAS... Untuk membuat rakyat lupa kes buat-buat khir toyo dan isu APCO... Kenapa nak bincang isu remeh macam ni kat blog yang penuh informatif maam ni?

    Setelah 3 tahun saya baca blog ini, saya dah paham permainan media UMNO untuk menutup suatu isu...janganlah terperangkap dengan permainan isu remeh remeh mereka...

    Suka hati dia laa nak pakai baju apa... Takda sapa mahu kesah... Teruskan usaha kantoikan cerita memperbodohkan rakyat... Kalau nak dok cerita isu remeh temeh macam ni... Bosan laa blog TT nanti...


    Inilahi pendapat saya, anak muda yang darah membara mahu gulingkan kuasa imperialist UMNO.. Kami mahu isu yang progresif dan produktif! Bukan siapa nak pakai baju dalam warna apa...

    BalasPadam
  19. seronok bila TT bukak entry yang kait-mengait dengan agama.seronoknya sebab banyak ulasan :)

    ulasan 1 :
    tertarik dengan ulasan sdr.sudirumusibarat,

    saya memahami niat murni saudara,
    tetapi cuba saudara baca surah rum ayat 31 dan 32


    JELAS dalam ayat itu dilarang sama sekali mengaku dalam kebenaran

    JELAS ajaran islam itu sendiri mengajar agar kita tidak mengaku dalam kebenaran...

    bahkan.. dalam ayat tersebut, orang yang mengaku dalam kebenaran diCOP sebagai tergolong dalam golongan MUSYRIK

    apa pendapat sdr?

    berpandukan ayat surah rum itu,
    saya bersependapat dengan TT, kebenaran hanya pada YANG MAHA ESA...

    dapat difahami, mereka yang mengaku dalam kebenaran seolah-olah berlagak sebagai Tuhan, sedangkan awal-awal lagi, Tuhan melalui Rasulullah mengingatkan kita agar tidak mengaku dalam kebenaran kerana ianya hak MUTLAK Allah SWT

    jika benar TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA, maka pasti ada bezanya "berada dalam ISLAM(selamat)" dengan "agama islam" jika

    BalasPadam
  20. Salam Bro TT. "Kalau kita rajin membaca kita akan tahu". Tahniah Bro kerana Bro rajin membaca dan mengkaji. Yang aku nak tanya Bro ialah> Biasakah Bro membaca Quran? Pernah mengkaji Islam atau belajar tentang Islam? Kadangkala aku terperasan pandangan dan fahaman Bro TT ini seperti kaum "Gypsy" yang berhijrah ke Israel dalam tahun 70-an. Budak-budak hip hop di bandar-bandar utama dunia pun sekarang ini begitu taksub dengan fahaman sebegini. Kalau nak sesat biar kita sahaja yang sesat, jangan libatkan generasi pelapis kita dan kalau setakat merujuk wikipedia dan sebagainya bagi menunjukkan kita adalah yang rajin membaca, itu tak membawa apa-apa makna hanya masuk bakul dan angkat sendiri. Belajar adakalanya biarlah berguru, bukan hanya bergurukan buku sahaja. Boleh juga kalau nak bergurukan Ayah Pin atau membaca kitab-kitab Ayah Pin (kalau ada), beliau juga rajin membaca. Maaf Bro TT, kerana aku mengkritik orang yang lebih tua (rambut dan janggut tu kalau di warnakan putih boleh juga jadi santa Belgium).

    BalasPadam
  21. ulasan 2:

    jika kita benar2 ingin mencari kebaikan agar hidup dalam keadaan SELAMAT jiwa dan raga, kita akan mengikut setiap perkara,perilaku,ajaran,pegangan (PPAP)yang kita rasakan terbaik/paling BENAR dalam kebaikan

    kita akan terus mengikuti PPAP itu kerana NILAInya terbaik bagi kita dan pada yang sama kita memang mencari kebaikan...

    dengan konsisiten mematuhi suatu PPAP yang kita rasakan terbaik, dan kita dilihat baik dan terbukti dalam keadaan selamat jiwa dan raga, selamat berdaulah kerana mengikut sesuatu PPAP itu, maka orang lain yang ingin berada dalam kebaikan dan selamat pastinya akan mengikuti PPAP yang kita amalkan

    pastinya jika kita mengakui sempurna sudah AGAMA islam yang dibawa Nabi SAW maka fahamlah kita bahwa fatwa2 bukanlah hukum

    BalasPadam
  22. Isham,some said it's from Dutch.It's Sinterklaas - and it's Saint Nicholas.

    BalasPadam
  23. tt tipu hangpa ja tu..dia saja nak melawak..santa clause tu sebenaqnya jiran aku, seorang pakcik yang mengerjakan sawah padi, selalu beruniform merah,sehinggakan topinya merah.. pada 25 disember 1930, beliau terbaca akhbar lama yg tajuknya hari raya , lalu terkejut beruk p la dia memberikan duit raya kepada penduduk kampung, salah seorang yang menerimanya adalah JWW birch, masa tu dia p telegram ke london, beliau menulis ada orang berbaju merah,agak smart jugak,sesuai tuk dijadikan model iklan..sekian labonan aku..ahahahah

    BalasPadam
  24. berapa banyak kamu semua baca kitab agama islam?........kalau tidak biarkan urusan itu kepada ulama....nanti kita jadi murtad sia-sia saja.

    BalasPadam
  25. aha christmas tuh sambutan pagan!aha mufti johor memang mangkuk!boring la agama ni.apsal la orang asia nie suke sangat benda benda spiritual tahyul ni.lek lek suda....

    BalasPadam
  26. selamat hari natal kepada semua

    budaya memberi hadiah adalah bagi meraikan kegembiraan..ini hak manusia memberi hadiah!

    bergembira adalah hak manusia!

    mengembirakan orang susah dan daif memang disuruh!

    budaya membantu memberi wang kepada orang miskin dan daif memang disuruh!

    budaya memberi makan kepada rakan,sahabat dan taulan memang disuruh!

    ucap selamat,menyapa jiran,senyum dan meraikan kegembiraan orang lain memenag disuruh!

    aku terkenang masa aku berguru dgn cikgu akaun masa sekolah, Mr Ong

    "masa i kecil,tiada santa claus,org jubah merah ni mula masuk taiping selepas supermarket taiping jaya dibuka.baru lah i dapat dgr lagu krismas"

    supermarket mahu jual barang2.benar kata bro ni,ini strategi pemasaran

    warna hijau,ritual gantung sampah sarap sarung ketupat dan buluh kering dlm rumah,pelita plastik lampu letrik sudah dianggap anjuran agama

    apa sebab? muhammad suruh solat,takbir dan tahmid,bukan buat kerja bodoh ni

    muhammad juga suruh umatnya hormati agama,upacara,budaya dan cara hidup orng lain.bukan memaki hamun,mengejek,menyisihkan dan mencerca,dan berfatwa yang bukan2..mana kah ia hak asasi manusia?

    bila kah kita mahu belajar menghormati?

    BalasPadam
  27. kah kah kah!
    nak ceramah agama bukannya tempat disini, tapi aku nak beritahu supaya kita semua faham. Bukan niat aku nak mempertahankan t.t. lebai tiub, tapi hujahnya ada juga kebenarannya.
    Pakai memakai dalam perundangan Islam (PI)pada asalnya adalah harus,(الأصل في المعاملات المباح)
    ini bermakna, seseorang itu diharuskan memakai pakaian yg beliau hendak pakai.
    Namun jika ada org yg mengatakan sebaliknya (haram), maka menjadi tanggungjawabnya utk mengemukakan hujah dan dalil.
    Si mufti berhujah bahawa haram memakai pakaian Santa Claus kerana pakaian tersebut khusus agama Kristian.
    Maka t.t. dan org sekampung dgnnya berhujah dgn bukti sejarah bahawa pakaian tersebut bukan pakaian yang diambil drpd ajaran Isa AS, bahkan datang org-org barat, atau tiada kaitan dgn agama.
    Sementara aku pula dapat menerima hujah t.t. berserta Wak Longnya, kerana mustahil org palestin berpakaian seperti itu, disebabkan cuaca dan iklim tempat lahirnya agama Kristian tidak mengizinkannya.
    Satu masalah yang timbul, adakah benar berpakaian seperti Santa Claus boleh merosakan aqidah atau mencacatkan keislaman seseorang?. Masalah inilah yg sebenarnya menimbulkan polimik antara t.t. dan Wak Longnya dengan si mufti dgn terompah kayunya.
    Sementara komen IskandarX dan adi, adalah komen seorang yg tak cukup inci, dan amat sesuai untuk org perut buncit.
    kah kah kah!
    Dah tahu mufti tu tak lulus Bahasa Melayu dalam SPM, kenapa kau org semua duk layan.

    BalasPadam
  28. pakai baju santa/topi santa/janggut santa akidah lari? IMAN NIPIS MACAM KULIT BAWANG? SETEBAL TAIK IDUNG? sampai senang gile dirobek2 dgn pakai baju gitu? kah kah kah.. belajar psl islam dari taski abim sampai abis universiti pun boleh bebal cenggini? kah kah kah kah kah kah!! lawak gile mufti ni. dah takde idea sangat ke nak carik publisiti oitttt.

    BalasPadam
  29. iskandar, ini cuma soal pakaian dan warna-warna, tak sebut pun pasai akidah dan akhlak. pasai muslim tak boleh rayakan perayaan lain itu benar tetapi adakah memberi tanda hormat dengan saling mengucapkan selamat atau memenuhi jemputan diangggap keluar islam, maka amat lemahlah pegangan si muslim itu! jangan gambarkan seolah tiada langsung rahmah muslim dengan bukan muslim. tak payah cerita feqah dan tasawwuf kalau tauhid dan akidah lemah hinggakan kerana pakaian boleh terkeluar dari agama. kalau ilmu itu tinggi sekalipun tetapi akal fikiran dijumudkan tak berguna juga. tak sefahaman sahaja terus dimurtadkan, sepatutnya buka ruang berdialog. jangan sombong dan bongkak kerana anda seorang muslim. islam itu indah tetapi umatnya kekadang memberi imej buruk.

    adi, apa pula pendapat kalau bukan muslim berpakaian baju melayu pada hari raya aidilfitri? apa jadi jika saudara baru pada hari raya datang bersolat sunat memakai dhoti? cuba tanya ustaz tengok apa dia kata.

    p/s: tak payah nak cari publisiti murah dengan letak nombor telefon, ingat ada awek nak cuba call ka?

    BalasPadam
  30. TT wrote:
    Lihat bagaimana sifar yang datangnya dari Arab, kemudian berkembang.
    ---

    Kalu baca buku lama pak arab, sifar tu dipanggil arqam al hind, yakni "figures from India"

    Harap daapt membantu.

    M5

    BalasPadam
  31. hahahahaha
    kan aku dah kata tt oi,hang tak layak cakap pasai islam,hang cuma layak bercakap hal politik ja.kan dah kena berpuluh-puluh tembakan hahaha hohohhohoho meri kerismas

    BalasPadam
  32. shalom...
    Seorang islam yg menyambut atau dengan memberi salam hari natal secara otomatis menyetujui bahwa yesus itu anak allah.
    logik kan?
    baca surah al ikhlas. bukan trotsky atau sun tzu
    dasar segala faraj2 ibu kalain yg memberanakkan kalian busuk!
    bagi siapa yg menyambut natal.
    nahh.. krn inilah prof. hamka dipenjara.
    akidah tidak ada toleransi.

    BalasPadam
  33. Ramai yang masih tidak sedar bahwa tidak ada bukti Nabi Isa dilahirkan pada bulan December aka musim sejuk.
    Semua bukti menunjukkan Nabi Isa dilahirkan dalam musim buah kurma masak.
    Lebih menarik, sambutan krismas sendiri adalah ajaran pagan penyembah api dan matahari Eropah. Upacara pagan ini merayakan pasca solstis musim sejuk kerana telah tamat temooh hari pendek. Dan menuju musim bunga dan hari yang lebih panjang.
    25 Disember juga BUKAN tarikh krismas kepada penganut Kristian mashab Ortodok Rusia dan Greek. Tarikh mereka juga lewat sekitar 2 minggu kemudiannya.
    Persoalan tentang Nabi Isa juga lebih merupakan mitos kepada satu ajaran yang ditindas ratusan tahun.
    Lebih menarik Nabi Isa antara beberapa Nabi yang mengutuk dan melaknat umatnya sendiri kerana kesombongan dan kebodohan umatnya.
    Akhir sekali Nabi Isa bukan membawa ajaran baru.
    Nabi Isa meneruskan apa juga cara ibadat Yahudi di Palestin lakukan.
    Yang utama dalam ajarannya ialah melaknat kaum Yahudi iaitu kaumnya sendiri yang merubah ajaran yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya.
    Sememangnya sepanjang kehidupan Nabi Isa adalah kesedihan dan penghinaan berterusan sehinggalah dia naikkan ke langit dan turunnya Nabi Muhammad SAW.
    Itulah Nabi akhir zaman. Yang akan menjadi ikutan Nabi ISa apabila dia turun ke bumi kelak dan berjuang bersama Imam Mahadi.

    BalasPadam
  34. TT sesat lagi memyesatkan

    BalasPadam
  35. itulah Yang Tersiratnya...

    Isa a.s @ Jesus pun akan MENJADI UMAT MUHAMMAD SAW suatu hari nanti.

    Jadi, sebenarnya kalau AKHLAK Muslim itu Mantap, aku YAKIN dan PERCAYA orang-orang KRISTIAN, BUDDHA, HINDU dan lain-lain akan Juga Menjadi umat MUHAMMAD SAW.

    Ini tidak... Soal BAJU SANTA CLAUS pun SAMPAI DIBICARAKAN OLEH SEORANG MUFTI!

    Tak malu ke kepada Encik-encik Paderi dan Pak Sami?

    BalasPadam
  36. tak kesah la datang dari mana pun santa claus tu, tetapi perbuatan seolah-olah menyambut "sama naik" dengan penganut kristian tu yg tak boleh, sekadar memberi ucapan dan menghadiri jemputan ok la, tetapi berpakaian seolah-olah "sebahagian" dari mereka tu yg jadi isu. Keterbukaan ini mungkin tak jadi masalah sekrang, tetapi oleh kerana keterbukaan ini pada dasarnya yg menuju kearah kesamaan agama. Ya betul, tiada paksaan dalam Islam, dan agama wahyu lain pun memang merupakan agama wahyu, tetapi kita yg sememngnya Islam wajib tahu yang Islam itu satu²nya agama yg diterima disisi Allah kerana merupakan pelengkap dan penutup dari semua yang sebelum Islam. Apapun itu adalah pendapat aku lah, menyatakan pendapat, bangkangan adalah hak demokrasi :) teruskan penulisan TT

    BalasPadam
  37. 1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

    2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

    3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk.

    4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram

    5. Saya tak rasa memakai pakaian seperti Santa Clause merupakan kebiasaan masyarakat umum melainkan ianya hanya untuk buat sambutan Krismas semata. Zikir fikir

    ***Saya rasa saya kenal siapa Adi itu.
    **Kurangkan ketawa jika tidak mahu hati kita makin gelap

    BalasPadam
  38. unkle hisyam..

    selamat kembali dengan artikel artikle yang berkontroversi dan mencerahkan minda..
    hampir beberapa purnama saya tidak membaca tulisan unkle hisyam kerana terlalu banyak ayat ayat "penagih" terisi di dalam artikel yang sebelumnya..

    p/s:banyak betul penjaga moral berperut buncit, memakai baju batik dan memakai songkok tinggi didalam
    blog ini har! har!

    BalasPadam
  39. TT: Kalau nak kutuk paderi awak, awak punya sukalah, tp camputangan dlm bab agama lain, itu dah jadi urusan kami seagama, jangan jadi kaduk naik junjung, dah bagi tempat di sini dah nasib baik, jangan cuba jirus minyak dlm api, tak payah nak jadi gaduh, kita urus saja hal masing2, mufti tu keluarkan fatwa untuk orang2 Islam, tak der kena mengena dgn agama lain, kena faham hak orang lain, jangan sedap mulut saja, tulis blog bukan macam tulis diary..

    BalasPadam
  40. aku igt kan TT cerdik... siap ada pengomen yang sokong TT and ckp kna sbijik kat muka yg sokong mufti.. haha.. TT and pengikut setia dia yg di jolok idung x membaca lgsung.. Santa Claus bukan dr coca cola la baghal... dia from st nicholas dah ada sejak 1492, even the current version which is ada reindeer bla bla bla pun fom 1821... your facts are dead wrong.. lu nk sambut christmas lu punya pasal la, lu nk kutuk org get your facts right first la..

    BalasPadam
  41. TT..citer politik dah ler..socialist cam hang neh x seswai citer bab agama...tambah2 bab kismes neh..

    BalasPadam
  42. haha..warna pun ada hakcipta.. budus..

    KFC marahkan HPA bukak RFC guna warna MERAH... adakah warna merah ini milik KFC hinggakan membolehkan mereka melarang HPA menggunakannya? kepala kontol aku pun macam kepala kontol KFC punyer director!!! perlukan aku menukar kepala kontol aku menjadi bentuk empatsegi disebabkan kepala kontol aku sama bentuk dengan kepala kontol director KFC?

    LIHAT? Warna pun sudah ada pemiliknya..

    yang benar hanyalah gerombolan, semua kebenaran adalah milik gerombolan dan mufti2 mereka.. bukan milik Yang Maha Esa lagi.. kesian Yang Maha Esa, menangis tak berlagi la setiap hari.. semua hakcipta adalah milik kapitalis dan gerombolan..

    BalasPadam
  43. haha, semua komen2 TT ini adalah pemilik kebenaran sebenarnya..

    janganlah TT berura2 bercakap tentang agama dan kebenaran.. kerana ianya adalah milik pembaca TT sebenarnya..

    dakyah2 TT satu sen habuk pun tak masuk kedalam kepala dungu dia orang.. hegemoni gerombolan memang sukar dipecahkan..

    pelir aku milik semua orang, sebab kepala pelir aku bentuknya sama saja dengan semua orang..

    BalasPadam
  44. Ramai sgt yg kutuk TT. biar aku terangkan psl mufti ni. dulu waktu anwar dipecat 8 buah kereta pergi kerumah Tahrir ni pujuk dia sokong anwar. tahrir cakap dia tak sokong anwar dan berkecuali. sekrg dia dh jadi mufti johor. dia jadi mufti kerana bapa dia ulama terkenal tinggi ilmu ugama warak ada madrasah masjid sendiri. bapak dia pun bomoh terkenal hingga digelar pawang diraja. tapi ada kawan aku yg kerap keluar masuk rumah bapak dia beritau aku arwah bapak dia kiyai samsuddin yg ada madrasah shamsuddiniah di pt medan kundang hulu muar tu sebenarnya sembah patung dlm bilik! tiap kali org dtg berubat dia akan masuk dlm bilik khas.sembah patung dulu kemudian syaitan iblis akan beri ilham ubat kpd dia.aku tak tau sahih atau tak kata kawan aku ni.tapi bila tengok ramai yg dtg mintak ubat dan mujarab katanya aku syak kata kawan aku benar.sebab syaitan mmg makbulkn permintaan org yg menyembahnya supaya terus kufur.sebenarnya bapak dia dulu moyang aku yg bawa datang dari pulau jawa termasuk la keturunan musa hassan yg tinggal dkt situ juga. mmg ramai antara jawa ni yg terus sembah syaitan ikut adat turun temurun mereka.moyang akulah yg islamkan dia org ni.so tak pelik pun bagi aku kalau dia terus sembah iblis. dengar cerita sekarang ni iblis belaan tu sedang ganggu anak cucu cicit kiyai ni.mungkin tak dpt makan kot.cicit dia pulak asyik tuduh jiran dia punya hantu kacau baby dia nangis siang malam. Allahu a'lam...aku tak tau betul ke tidak.kajian saintifik perlu dibuat utk keputusan yg objektif.tapi kena ambik kira la amalan jawa yg sewaktu dgn beliau dikawasan yg sama.kawan aku tu jiran dekat rumah kiyai.so keluar masuk rumah jiran biasalah budak kg.curiosity punya pasal budak ni masuk la bilik tengok apa ada dlm.bilik tu bilik larangan so biasalah budak lagi dilarang lagi dia nak tau kan???? kalau kawan aku tu tipu aku sorry la semua. tapi aku rasa dia takde sebab pun nak tipu aku tak pasal2. amalan jawa yg hijrah ke sini waktu dulu2 memang pelik.mujurlah moyang aku alim dan lama menuntut dimekah.dapatlah islamkan keturunan diaorg.cuma cucu cicit dia terus berkhurafat tu yg sedih tu.buat perabih boreh moyang aku je bawak dia dari pulau jawa.jauh tu guna kapal layar.dia org pun bukan bayar tambang.makan percuma lg dpt lepas tu lagak mcm raja gopal.

    BalasPadam