Khamis, 23 Disember 2010
KENYATAAN MEDIA
NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT
Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).
Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.
Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.
Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.
Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.
Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.
Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.
Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.
Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.
Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010
Perenggan ke 5...ada stu soalan nak saya tanya...kalau anwar jadi PM..agaknya dia duk dlm ofc aje ke??kalaulah macam tu hebat betul perkiraan saudara...
BalasPadamPerenggan ke5..saya nak tanya..kalau anwar jadi PM..agak-agak dia dok dlm ofc aje ke??kalau cam tu hebat sungguh kawan karib saudara..
BalasPadamSalam
BalasPadamUntuk Pakatan saya setuju kalau nak bagi imbuhan kepada guru. Tapi kalau berjaya jadi kerajaan ubahlah semua yang ada dalam pendidikan baik KPM, KPT, PPD, JPN, sekolah dan semua yang terlibat denga pendidikan anak-anak. Cadangan saya
Revolusikan kurikulum, sistem pengajaran dalam kelas, latihan guru, pengambilan pelajar pengajian tinggi, pemberian biasiswa, research universiti, kurangkan pengambilan pelajar asing, ganjaran guru dan hukuman untuk guru, latihan dalam bekerja, kualiti pendidikan, akses, jurang2 dalam sistem pendidikan dan banyak lagi. Kurangkan politik dalam pendidikan. Keluarkan sistem pendidikan dari kerangka sekolah berasrama, sekolah teknik, kluster, elit, sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah agama rakyat.
Kembalikan hak kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan terbaik di dunia. Benarkan parlimen berdebat isu-isu pendidikan dengan sedalam2nya dan jadikan sesuatu sebagai polisi setelah mengambilkira pandangan semua pihak dan hasil perdebatan di parlimen dan semua peringkat yang berminat.
Transparensi dalam menyatakan keputusan2 dalam peperiksaan nasional dan ubah 180 darjah sistem peperiksaan yang ada sekarang. Semoga PR berjaya.
Regards
Alhamdulillah! Begitulah jawapan yang kita inginkan. Penuh dengan fakta penyelesaian yang konkrit dan masuk akal.
BalasPadamMemang bidang pendidikan di Malaysia ditahap sama sejak dari zaman kita bersekolah sampailah skrg, zaman cucu kita pulak belajar. Bila lah nak berubah?
Jumlah murid dalam kelas masih 45 orang. Guru masih mengajar ikut stail lama. Keluar masuk kelas setiap 30 minit. Bilalah nak ikut macam negara maju? Jumlah murid hanya 10 org sekelas. Pembantu guru 3 orang macam di Australia.
Uniform murid pun bila nak ditukar? Dari zaman british sampailah sekrg, baju putih-biru itulah juga. kasut putih kanvas itulah juga. Skrg dah bertali leher dan berkot pulak!Ubahlah..biar sesuai dengan iklim Malaysia. bebaskanlah murid-murid tu. Kesian mereka.
Kerusi meja pulak tetaplah bangku kayu macam kita dulu. Mahal tu! Kerusi dan meja kontraktor claim sampai lebih dari RM 100 satu set, bayangkan beribu set sebuah sekolah. Padahal kalau pakai kerusi plastik lagi jimat. Tahan lasak, ringan pula, selesa pulak tu siap ada arm rest lagi. Tapi demi kayakan kroni UMNO, dah puluhan tahun wang kita diselewengkan dalam hal kerusi meja murid ini saja. Entah berapa billion wang kita dilesapkan UMNO.
Aku tahulah..sebab aku juga guru!
Kalau PR di-takdirkan memerintah selepas pru nanti...orang yang tak layak jadi PM ialah Anuar Ibrahim.Cara pentadbiran dan pemikiran beliau sama saja dengan pemimpin tertinggi umno.Jika kita lihat sekarang guru lah yang paling lumayan gaji nya di-bandingkan dengan penjawat awam lain yang sama kelulusan akedamik nya.Kenapa guru saja yang selalu mendapat imbuhan yang lebih?kalau nak beri biar lah semua rakyat merasa,bukannya guru saja yang menyumbang kepada pembangunan negara?pemimpin kena ingat...gaji guru di bayar dari sumber mana?ini melibatkan titik peluh semua rakyat.Anuar jangan lah terikut ikut sangat cara pentadbiran bodoh abdullah badwi dulu dengan menaikkan gaji penjawat awam sehingga 50% dan akibat nya undi dari bukan penjawat awam lari ke pembangkang.
BalasPadamsyabas! ini lah yang kita mahu dengar/baca - dasar dan polisi bila memerintah! hari-hari dengar keburukan dan salah gerombolan bosan juga. kita mahu dengar penyelesaian.
BalasPadamlepas ni keluar la pulak dasar pengangkutan,perumahan,pertanian,etc. dan lepas memerintah kita mahu bertukar kepada tindakan pula!
emmm yg dulu tak tertunai lg... desperate nak pancing cikgu niiee...
BalasPadampasal apa gerombolan jadi panas bontot?....
BalasPadamsebab nyawanya dah dihujung tanduk...
majoriti guru nak humban gerombolan ke monggolia....
kah kah kah kah kah kah
Dah nasib cikgu cikgi macam tu
BalasPadamnak buat macam mana?
menteri yang cakap tu pun agaknya tak akan jadi menteri kalau tak ada cikgu
Lainlah kalau menteri yang cakap tu belajar daripada seekor kera!!
sokong 100%
BalasPadamsokong 100%...100%...100%
BalasPadamrakyat malaysia tak kebulurkan langsung imbuhan tambahan. rakyat malaysia hanya mengharapkan kewujudan sebuah negara kebajikan:
BalasPadam1. kurangkan cukai dan tol.
2. pendidikan percuma dari pra sekolah hingga universiti.
3. pelaksanaan penuh sistem zakat dan jizyah (pada kos yang logik).
4. sistem kehakiman dan undang2 syariah/persekutuan yang telus dan adil.
5. laporan syarikat2 GLC yang telus dan terus kepada rakyat malaysia.
6. rawatan asas percuma.
7. penetapan gaji minimum RM1200 dan penstrukturan gaji pekerja kerajaan dan swasta.
8. pengurangan beban kerja.
9. penstrukturan skim/pakej cuti pekerja.
10. 1 keluarga, 1 rumah.
11. membantu pertanian, perladangan/perikanan.
12. penjimatan tenaga elektrik.
13. mewajibkan kebersihan. kotor adalah satu kesalahan!!
14. mewajibkan seni, sastera dan budaya.
15. pengagihan pekerjaan kepada graduan segar, ibu tunggal secara adil, telus dan otomatis.
16. hapuskan pengangguran dan kemiskinan.
17. hapuskan akta rahsia rasmi. manusia tidak berhak untuk berahsia, kerana rahsia adalah milik tuhan.
Bagi mereka yang bukan guru memang menganggap gaji guru amat tinggi.Majoriti guru yang berada ketogari DG 41 berakhir dengan pencen DG 41.Sedangkan kawan kawan sama belajar di universiti yang memasuki kerjaya PTA/PTD dalam tempoh enam tujuh tahun dah ketogari 54.Walaupun doktor perubatan sedikit lambat kenaikan dibandingkan dengan PTA/PTD tetapi mereka ada yang 54 malah jusa tetap berkerja merawat di hospital.Bagi guru pula tidak begitu.Gaji jururawat diploma dan inspektor kesihatan lebih mahal daripada gaji guru.
BalasPadamJika untuk memberikan sumbangan RM 500 ringgit sebulan kepada guru-guru ada memteri mengatakan,negara akan bengkerap macam mana boleh mencapai pendapatan tinggi sebagaimana digembar-gemburkan oleh Najib.Semua cerita bohong untuk menghayalkan rakyat agar terpukau dengan kata-kata tipuan perdana menteri agar pemerintahan mereka dapat diteruskan lagi.Akhirnya rakyat menderita.Bila disebut menderita,orang Melayulah terutamanya kecuali mereka yang hampir dan rapat dengan pemimpin.Akhirnya yang senang bertambah senang dan yang miskin makin terhimpit dan hidup dalam keadaan dhaif dan naif.Tak mustahil akan berlaku sebab banyak bukti dan sejarah negara negara lain.Misalnya tentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat,ramai ulama disiksa dan terdapatnya ulama suk yang bersekongkol dengan pemerintah.Semuanya itu kita ketahui dengan membaca buku buku dan diakhbar akhbar yang berlaku dinegara orang.Tetapi sekarang telah berlaku dinegara sendiri,bagaimana rakyat dizalimi,dimasukkan ke penjara tanpa dakwaan,rakyat berkumpul menyatakan ketidakadilan pemerintah dipukul dan disembur dengan bom asap dan berbagai bagai siksaan lagi.Tapi ada juga segelintir rakyat yang tak sedar,belum sedar dan tak mahu sedar.Malah makin ramai muncul kaki pembodek demi mengejar wang dan habuan yang hanya menjadi tahi semuanya itu dan tidak ada nilai sedikitpun nanti.
Kami guru Malaysia
BalasPadamBerikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
aku x kisah kalau pr nak undi cikgu...
selama ni pun BN buat x kisah pd kami...
kalau askar ..polis...uhhh..itu lubuk emas...buat depa..
yg pasti undi kali ni aku vote pr
SOKONG PR ! SOKONG PR ! SOKONG PR !
BalasPadamMarilah menyokong PR untuk kebaikan anak cucu kita, rakyat marhaen, rakyat bawahan.
Sokonglah UMNO kalau untuk untungkan anak cucu menteri dan tak ketinggalan anak cucu ketua cawangan. Mana mana aku pergi kat Johor ni, ketua cawangan UMNO punya rumah bukan main hebat, baik di Felda atau di Taman perumahan. Itu pun orang Johor dok buta kayu lagi!
Orang Kluang!
Salam,
BalasPadamBini aku cikgu so automatik gak aku yg bukan cikgu dapat tittle cikgu..hehe laki cikgu..Sian aku nengok bini aku tension jadik cikgu kerja skolah berlambak nak buat program lagi, buat tu buat ni, sampaikan budak terkencing berak pon cikgu gak kena ...Tu belom kira pg kursus bawak budak pg pertandingan...nak claim jgn haraplaaa..kira amal jariah jer..aku pon selalu gak jadik mangsa...GB gila kosa..GPK salah guna kosa...tu semua nak kena timbang tgk..Gaji??nak soh aku hurai ke pecahan pecahan duitnya kemana...cuma sapa yg laki bini kerja ada anak 3 org tahulaa camner yea...SEKsa bang oii..moralnya mmg terpaksa berhutang..ye ler..slip gaji laku kat bank...semua bank seronoklaa soh menambah hutang...Mujurlaa aku dapat bini yg sabar dan mungkin sbb keikhlasnya mengajar Allah sentiasa membalasnya dgn memberi kehidupan kami gembira...tapi yg sahnya bukan dari UMNONGOKlahh...
aku sokong 500% pasai bini aku che'gu...wakakaka...ala, najib monggol yang bergaji 22k++++ pon bukan buat apa2...aku tengok bini dia si bik mama ja yang dok pulun lebih2...
BalasPadamsetuju..selain mutu pendidikan rendah dan menengah, yang harus direformasikan juga pendidikan tinggi agar lebih bermutu dan betul-betul berada di tahap antarabangsa..jangan dibiarkan professor syok sendiri, naib canselor pembodek, pensyarah malas dan sombong..rangkakan dasar yang menaikkan mutu universiti sebagai gedung ilmu sebenar dan jika guru menerima imbuhan RM500, pensyarah universiti yang iltizamnya tinggi dan ikhlas wajar diberi ganjaran serupa..moga anak malaysia yang lahir dari universiti tempatan berkualiti...
BalasPadamp/s: cikgu besaq ka kecik ka memang bank undi gerombolan selama ini...