Selasa, 14 Disember 2010
KETAWALAH SEBELUM KETAWA DI AKTAKAN !
MARI KITA KETAWA
TOK SELAMPIT MENYAMBUNG CERITA
Kesah bersambung kesah bermula
Cerita Mak Janda nak jadi permaisuri
Mencari bomoh seluruh negeri
Harapan besar nak kahwin menteri
Adalah disurahkan orang ada sebuah kapal telah karam dipukul ombak. Kapal yang pecah ini dikatakan datang dari negeri atas angin penuh sarat membawa barang dagangan menuju ke Melaka.
Mengikut mereka yang arif ilmu alam dan ilmu bumi kapal ini datang dari Kalikut dimana rakyatnya cukuplah ramai berlaksa laksa. Kalau dikumpul untuk dikira sama banyaknya dengan semuncup di padang rumput. Sama banyaknya macam pasir di Pantai Tanjung Puteri. Rakyat Kalikut ini melimpah tidak terhitung banyaknya sekali.
Kapal yang pecah ini dikatakan membawa dagangan yang hebat hebat. Bukan membawa rempah dan bukan membawa lada tetapi kain pelikat dan kain sutera yang amat amat diminati oleh semua anak-anak dara satu Melaka.
Bila sahaja berita kapal pecah ini sampai ke telinga orang Melaka maka orang orang Melaka pun berpusu-pusulah pergi ke tepi laut. Dari Padang Balang hingga ke Tanjung Puteri orang Melaka tercongok berdiri. Mereka menunggu ombak datang silih berganti dengan harapan akan terdampar masuk sebuah dua peti.
Apalah nasib orang Melaka tangan kosong mata bula kerana berjaga. Berdiri tercegat menunggu tiada satu apa pun yang dibawa ombak. Maka kecewalah mereka dan pulanglah mereka ke rumah sambil menyumpah seranah kerana ada orang membawa berita fitnah tentang kapal yang tenggelam musnah.
Kerana hendak membuat cerita sesampai mereka di tebing Sungai Melaka kelihatan terdampar mayat seorang jantan. Berambut panjang memakai serban. Berjanggut labuh berkaki ayam. Maka gemparlah orang Melaka. Maka berkumpullah mereka mengelilingi mayat yang terdampar.
Kata yang empunya cerita selama tiga hari tiga malam mayat ini terdampar di tepi sungai. Tidak ada siapa yang berani mengusik. Buaya jantan pun tak tercium bangkai. Pada hari ketiga entah macam mana tetiba mayat ini bergerak kembali maka gemparlah se Melaka sekali lagi.
Si jantan berambut panjang ini terus duduk berselimpoh. Matanya tajam merenung jauh. Maka adalah seorang jantan Melaka yang baik hati memberi secangkir air sejuk. Maka diminumlah oleh si lelaki berambut panjang ini. Maka pecahlah berita bahawa selama tiga hari tiga malam si lelaki ini hanyalah pengsan tak sedarkan diri. Bukan hilang nafas dan belum mati.
Maka dibuat pantun seloka oleh orang Melaka:
Kapal pecah membawa dagang
Dagang dinanti berhari hari
Puas sudah hidup melaram
Mencari menteri nak jadikan laki
Maka untuk meneruskan cerita si lelaki ini di namakan Buru Jihan. Ini untuk mengambil sempena nama anjing pemburu yang pertama menyalak bertemu si lelaki ini ketika terdampar ditepi pantai.
Buru Jihan pun membuat pondok untuk berteduh dan bermalam. Maka atas baiknya hati orang Melaka mereka pun memberi dan menghatar makanan kepada musafir ini. Inilah lah bantuan orang Melaka agar Buru Jihan dapat memulakan hidup barunya. Saban hari Buru Jihan pergi mengumpulkan kayu kayu yang terdampar di muara sungai. Kayu kayu ini dikeringkan untuk dijual sebagai kayu api. Inilah mata pencarian Buru Jihan.
Semakin lama semakin bijak si Buru Jihan memerhatikan perangai dan kelakuan orang Melaka yang percaya kepada pelbagai macam hantu dan penunggu. Buru Jihan nampak orang Melaka cukup yakin dengan bomoh dan pawang. Lalu Buru Jihan pun terfikir – alangkah baiknya jika dia boleh menjadi seperti Sai Baba yang menjadi bomoh di Kalikut. Senanglah hidupnya jika banyak murid meminta tangkal dan ubat sambil menghulur harta dan wang ringgit.
Di satu ketika bulan baik dan hari yang baik - ketika bulan empat belas penuh mengambang - maka Buru Jihan pun mula menari telanjang bogel ditepi pantai Tanjung Keling. Tidaklah pernah orang Melaka melihat jantan berbogel sambil menari berpusing-pusing.
Hebohlah orang melaka lalu dibuat pantun dan seloka:
Jantan menari terlanjang bulat
Waktu malam bulan mengambang
Satu Melaka datang melihat
Janda berhias memakai subang
Maka terbitlah cerita bahawa Buru Jihan ini telah mendapat ilmu batin peninggalan Mahaguru Sang Wanka Anak Walinka. Ilmu ini mengikut orang yang bercerita telah diterima oleh Buru Jihan ketika Buru Jihan menari bogel dibawah cahaya bulan mengambang.
Cerita Buru Jihan menari bogel ini semakin bertokoh tambah. Macam nasi kekurangan kuah sambal garam pula dicecah. Mana yang kurang dipasak ditukul. Mana yang tumpul ditajam dicangkul.
Maka tersebarlah cerita seorang bomoh dari negeri entah berentah yang duduk di Melaka. Tersebarah cerita ini dari Tanjung Keling hingga ke Naning dari Tanjung Bidara hingga ke Tanjung Agas. Akhirnya cerita bomoh ini sampai juga ke telinga Minah Becok yang tidak putus mencari bomoh pemanis muka dan pelaris badan.
Minak Becok pun bertekad untuk bertemu bomoh handal ini. Satu hari dia pun bersiap dengan membawa bekal ketupat dan daging salai kerana amatlah jauh berjalan dari Rembau hendak ke Melaka melintas dahulu ke Lubuk China. Meredah hutan belantara mengikut denai gajah dan babi. Kerana niat dihati untuk menjadi seorang permaisuri segala ranjau dan duri semua sanggup dilalui.
Selama empat puluh hari dan empat pulah malam Minah Becok meredah hutan akhirnya sampailah Minah Becok ke Melaka. Lalu dia bertanya dan mencari dimana gerangan Buru Jihan bomoh handal lagi terkenal itu.
Maka orang Melaka pun hairanlah melihat seorang perempuan gemok dan pendek. Tercari cari tertanya tanya. Orang Melaka juga tidak pernah melihat sanggul perempuan tinggi membukit sehingga menutup lubang telinga.
Lalu dibuat pantun dan seloka oleh orang Melaka:
Dari Rembau turun ke Melaka
Berbadan pendek bertubuh montok
Sanggulnya tinggi membukit jantan
Menjulang naik hingga ke awan
Ketika Minah Becok sampai Buru Jihan sedang duduk menumbok lada. Buru Jihan hendak memasak sebelum hari bertambah gelap. Setelah bejabat tangan dan bertanya khabar Minah Becok terus bercerita tentang niat dia datang ke Melaka.
Bila mendengar niat Minah Becok maka mata Buru Jihan mula liar berligar. Ini peluang terbaik. Buru Jihan terus meminta Minah Becok memasak dan menyediakan makan malam. Minah Becok tidak ada pilihan. Sesudah menyediakan makan Buru Jihan mengarahkan Minah Becok agar mengemaskan rumah. Kemudian mengurut badan Buru Jihan.
Sambil mengobek sireh Buru Jihan telah bercerita bahawa sesiapa yang datang meminta ubat dan tangkal darinya wajib tinggal sekurang kuranya tiga purnama di rumahnya. Ini untuk memastikan ubat dan tangkal yang diminta akan memakbulkan apa yang diminta.
Untuk membuktikan Buru Jihan telah bercerita bagaimana seorang Datuk Kay yang telah lanjut umur dan kecut muka telah datang meminta ubat pengaseh darinya. Datuk tua bangka ini amat perkenan dan telah jatuh hati dengan seorang artis penyanyi yang masih anak dara sunti.
Kemudian Buru Jihan telah bangun dan mengambil sebuah majalah dari cucur atapnya. Di muka hadapan majalah ini ada muka lelaki - nak kata hitam bukan hitam. Nak kata putih bukan puteh. Menurut Buru Jihan si jantan ini ialah seorang presiden. Sebelum menjadi presiden si jantan ini telah datang berubat dan mengambil petua untuk memaniskan muka agar semua orang akan mengundi dia.
Buru Jihan kemudian bersurah pula tentang seorang Tambi yang suka kepada anak gadis sunti belasan tahun. Mengikut Buru Jihan amatlah susah untuk mendapat pengeras agar anak gadis sunti belasan tahun ini bersedia bersegama dengan si Tambi yang sudah berbini dua dan beranak tujuh ini. Tetapi kerana Buru Jihan ada ilmu Sang Wanka Anak Walingka semua permintaan ini dapat diperkenankan.
Mendengar ini mata Minah Becok bersinar sinar gembira. Inilah yang dicari-cari. Inilah bomoh yang akan mengembalikan kecantikannya. Ini lah bomoh yang akan menjadikan mukanya bersinar manis untuk dipandang.
Minah Becok pun berkayal yang dia sudah menjadi pemaisuri. Tanpa disedari Minah Becok bangun dan terus berkata ‘….. dari hari ini beta nobatkan Buru Jihan sebagai Pawang Istana dengan singkatan nama barunya Guru Ji…’
Bila tedengar oleh Buru Jihan kata kata Minah Becok ini dia pun takut dan terketar-ketar dan berkata ‘… kau tahu siapa Guru Ji itu…. dia bomoh besar dari Mumbai…(TT)
Pandai miker berlabon yer TT.Walau mcm maner pon teman puaih hati ler dgn ceghiter seloker miker ni.Sesuai ler dengan tajoknyer yg mengajak pembacer ketawer.Bulih ketawer jer ler TT ooii!!!.
BalasPadamkalau la Dewan Bahasa Dan Petaka boleh approve buku-buku genre sastera sempoi camni..gerenti makin bijaksana rakyat jelata, kaya dgn humor diraja kak kak kak
BalasPadamCicit Ngah Layor ni suka gelak je kot tapi terlupa nak menfasir seloka yang dalam maknanya.
BalasPadambanyakk yang tersirat aku nak kaji ish, tak nak nye kome nulih jejelahs iah.
TT
BalasPadamesok isteri Rosnah rasmi masjid saidina Ali Bukit Katil
yg aku heran....pasal apa bendera BN dgn UMNO yg dia dok kibar untuk majlis rasmi bangunan kerajaan
program umno ka program kerajaan
p/s nak tau psl pa msjd tu nama saidina ali kena tanya ali rustam laaa
Salute buat bro Hisham dengan cite yg boleh menghilangkan stress petang2 nih. Tiap2 hari dengar citer politik pun boring gak,kan?
BalasPadamApa pun marilah kita kuatkan tekad dan azam untuk menghumban BN-UMNO ke dalam tong kolam IWK secepat mungkin sebelum terlambat.
3 purnama minah becok tinggal kat umah Buru Jihan, tak kan Buru Jihan tak lapah cop mohor tiga segi kavita milik minah becok?
BalasPadamcop mohor tiga segi kavita milik minah becok tu ori lagi ker? Ker dah ada bomoh lain pakai?
Guru Ji....
BalasPadamGuru jilat
kah kah kah kah
JOM!!!
BalasPadamAJAK EMAK BAPAK
AJAK ADIK ABANG KAKAK
AJAK SEDARA MARA JIRAN TETANGGA
KITA PANGKAH
PAS DAP PKR
PASTIKAN BN TERGOLEK
KITA TUKAR PM