Khamis, 9 Disember 2010

PENTASKAN SADIWARA ITU SEKALI LAGI !




TERTANGKAPNYA SAEKOR TOYO


Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti.

Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhan China yang di tangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur.

Kes lelaki Jawa dan Apek ini bukan satu pekara yang baru. Beberapa tahun dahulu ada satu kes yang agak sama. Di Sabah ada seorang jantan yang namanya agak sedikit pelik – Kasitah Gadam – telah juga di tangkap. Penangkapan jantan yang namanya pelik ini berlaku sesudah seorang Apek Tua bekas penjual basikal benama Eric Chia ditahan.

Apa yang amat pelik dalam kes penangkapan jantan Jawa dan Apek ini ialah tidak adanya kouta Macha India untuk ditangkap. Ini betul betul memeranjatkan. Biasanya tangkapan-tangkapan dalam kes sandiwara seperti ini akan muncul pelakon untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.

Kalau ada Jawa ditangkap mesti ada China ditangkap sama. Kalau ada China ditangkap mesti ada Macha ditangkap. Kalau tidak orang Jawa dan orang China akan marah. Mereka akan merasa tidak adil kerana kaum mereka sahaja yang ditangkap.

Justeru bila tidak ada jantan India ditangkap bersama Jawa dan Apek ini kelihatan undang-undang di Malaysia ini memilih milih. Ini juga agak jangal kerana pada ketika ini sedang dijalankan kempen satu Malaysia. Kempen ini ingin membuktikan bahawa Malaysia ini bukan negara Orang Melayu sahaja. Di Malaysia ini ada orang India, ada orang China dan ada Jawa.

Memperlihatkan berbagai bangsa yang ditangkap ini penting. Ini agar negara kita ini dilihat oleh para Pelancung dari Eropah sebagai sebuah negara yang Truly Asia – ada China , ada India dan ada Jawa. Ini juga amat amat menepati slogan Malaysia Boleh. Malah jika Apek dan India ini memakai baju batik ketika dibicarakan maka kelakuan mereka ini betul-betul menepati konsep Islam Hadari.

Atau mungkin pihak yang merancang untuk menangkap agak terlalai dan tidak mengikut slogan Truly Asia dan Islam Hadari. Atau kouta India ini sengaja tidak dipenuhi. Jika ada Macha ditangkap sama mungkin sekali lagi budak India tukang basuh kereta akan membuat tunjuk perasaan. Budak-budak India tukang basuh kereta ini telah lama jaki dengan pihak polis. Ini kerana telah bagitu lama mereka sahaja yang selalu kena tangkap, kena pukul, kena gari dan kena bantai sampai mati terutama di rumah pasong Brickfeild.

Tukang tangkap ini pun agak takut untuk buat kacau terhadap orang India. Mungkin pengalaman Hindraf dahulu cukup mengerunkan tukang tangkap dan United Malays National Organisation. Kalau dulu budak India ini dianggap ‘kaki mabuk’ tetapi sesudah Hindraf budak-budak India ini perlu dibodek. Projek membodek Macha amat jelas kelihatan di Brickfeild. Pekan kecil ini telah disempitkan dengan berbagai bentuk tiang dan lampu. Pelbagai bentuk belalai gajah dan segala macam patung hingga susah hendak berjalan.

Walau apa pun sedang dirancang , Mak Cik dan Pak Cik Felda suku sakat Mawi pun sedar bahawa penangkapan ini tidak ada sangkut paut dengan rasuah. Mustahil Apek Tua dan lelaki Jawa ini ditangkap kerana rasuah. Semua orang berpendapat mustahil kes lelaki jawa ini kes rasuah. Kalau kes ini kes betul-betul rasuah, si Ghani Patail tukang canang kes ini juga patut ditangkap sama. Tukang canang ini bukan sahaja terlibat dalam rasuah tetapi terlibat dalam menutup kes rasuah.

Jadi – kalau kes lelaki Jawa dan Apek China ini bukan kes rasuah, apa kes mereka sebenarnya?

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah satu rancangan licik yang telah dan sedang diatur untuk menipu orang ramai. Ini satu perancangan untuk melalaikan orang ramai agar melihat bahawa telah ada usaha Najib dan Rosmah untuk melawan rasuah. Ini penting kerana orang ramai perlu ditipu agar mereka akan mengundi United Malays National Organisation sekali lagi.

Cuba perhatikan perancangan ini : Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto !

Dalam ilmu politik semua ini dipanggil ‘ mengurus konflik’. Bayangkan jika Jawa ini tidak ditangkap pasti orang ramai akan heboh berlabon tentang kenaikkan harga gula dan minyak. Inilah cara dan taktik Zionis Isreal merancang untuk mengambil tanah orang Palestin.

Kejap ! Apa pulak ini? Apa sangkut pautnya Jawa ini kena tangkap dengan Zionis Isreal?

Wahai para pembaca yang budiman - sekarang ini para Zionis dari Isreal telah dan sedang diupah untuk menjadi penasehat kepada United Malays National Organisation. Kalau dulu dizaman Dolah Badawi ada Budak Budak Tingkat Empat sebagai penasehat ketika Dolah tidor. Sekarang dizaman kerajaan Najib Rosmah ada Zionis Apco yang diupah untuk menipu orang Melayu.

Penangkapan ini dirancang oleh Zionis Apco untuk mengolah berita dan mengalihkan padangan ramai dari bertanya kenapa harga minyak naik. Atau kenapa harga gula naik? Ini memang cara Zionis bergerak – meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan.

Marilah kita menerima hakikat bahawa lelaki Jawa dan Apek China ini di tangkap kerana mereka telah menjadi selipar buruk. Selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban. Tak mungkin para pembaca yang budiman tidak tahu bahawa selipar buruk yang telah dipakai kalau disimpan lama lama akan menjadi semak samun. Silap-silap menjadi sarang tikus. Jadi selipar ini wajib dibuang.

Justeru , dari perancangan Zionis Apco - apabila lelaki Jawa dan Apek China ini di tangkap maka orang ramai akan kembali yakin bahawa Najib Razak tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Juga dengan tertangkapnya lelaki Jawa ini maka diharapkan orang ramai akan yakin bahawa yang mengendalikan kerajaan negara ini bukan Rosmah Mansor.

Dalam ilmu politik perancangan licik Zionis Apco ini dipanggil – mengolah persetujuan. Pengolahan persetujuan ini amat penting. Berita dan babak babak drama disusun dan diatur. Ini adaah sebahagian dari pengolahan persetujuan. Pengolahan ini dijalankan agar rakyat Malaysia akan kembali yakin kepada pimpinan United Malays National Organisation.

Keyakinan orang Melayu wajib dikembalikan kepada United Malays National Organisation. Ini amat penting untuk United Malays Nasional Organistaion dapat terus berkuasa. Dua tahun yang lampau bukan sahaja orang bukan Melayu tidak percaya kepada United Malays National Organisation malah ramai orang Melayu lari untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Sekarang satu fenomena baru telah timbul. Ahli-ahli United Malays National Organisation yang tidak lari dua tahun dahulu telah mula melarikan diri. Mereka semakin muak dan jelak melihat Najib yang selalu berdulak dalik. Kejap pro Melayu kejap pro satu Malaysia, kejap pro Singapura atau kejap pro China MCA.

Najib juga dilihat sebagai seorang jantan yang takutkan bini. Dalam budaya Melayu tradisonal jika jantan takutkan bini maka jantan ini dianggap jantan dayus. Kerana melihat Najib sebagai jantan dayus maka ramai ahli United Malay National Organisation lari untuk dipimpin oleh Perkasa. Perkasa dilihat sebagai pertubuhan ‘jantan macho’ bersongkok tinggi yang berani berjuang dan mempertahan hak umat Melayu.

Yakinlah – kes-kes ini akan berpanjangan sampai ada yang dituduh mati – seperti kes Eric Chia. Atau kes ini melalut panjang hingga orang lupa seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock. Kes Beng Hock sampai ke hari ini tidak diketahui hujung pangkalnya.

Pembaca yang budiman harus sedar dari awal lagi telah diterangkan bahawa penangkapan ini hanya satu sandiwara. Sama seperti kes Apek Eric Chia dan Kasitah Gadam dahulu – ianya akan berakhir dengan keputusan tidak bersalah. Pihak pendakwa secara bodoh memastikan bahan bukti tidak wujud. Malah saksi juga akan bertelingkah antara satu sama lain tentang tarikh dan masa.

Semuanya telah dirancang oleh Zionis Apco – maka terpulanglah kepada pembaca yang budiman sama ada hendak kena tipu atau tidak. Kalau telah sedar dan tidak mahu ditipu ertinya rancangan Zionis Apco gagal. Tetapi jika bersedia untuk ditipu, maka harus disedari satu hakikat bahawa pada ketika ini masih belum ditemui satu pil yang mujarab untuk mengubati orang bodoh.(TT)


30 ulasan:

  1. Kalau drp A kiter tipu,kiter mesti tipu sampai ke Z. Sebenornyer menipu ni bukannyer susah sangat,tp nak bagi org percayer tu yg susah. Dalam kes Wak dan Apek ni kalau kiter tanyer budak sekolah pon,demer akan kater keduer2nyer happy ending. Kalau tanyer org dewaser....lagi ler!!!. Ibarat kiter menonton wayang,walau pon semaser menonton tu kiter teghoyak biler sampai episod sedih,tp biler keluor panggong,kiter sedor yg kiter kener tipu dgn pengarah film. Hakikatnyer semuer itu lakonan sajer.Jadi,tak pyh ler kiter terpengaroh sangat dgn lakonan duer watak ini. Genggam bagher api,bior smpai jadi aghang.Buang pelakon dan campak pengarahnyer sekali. Ader pon...menyempitkan dunier jer.

    BalasPadam
  2. MALAYSIA BOLEH! Sekian harap maklum, kalau bodoh juga tak tahulah!

    BalasPadam
  3. Woit, TT....tulis macam ni cite sangat bernas dan padat serta podas bukan podah! Otak melayu kena selalu mesti kena 'shock treatment' supaya tidak bodoh dari dulu, kini dan selamnya! Encore! Viva TT!

    BalasPadam
  4. agak bernas,
    dan syabas kepada UMNO,

    mereka sudah semakin pandai mengatur strategi.

    BalasPadam
  5. Itulah undang-undang terpilih, kalau mereka nak masukkan juga seseorang tu ke dalam penjara direka-reka la tuduhan hatta tak masuk akal sekalipun. Lihat la drama liwat 1 & II. Kalau mereka nak sucikan makhluk tu direkalah tuduhan yang entah apa-apa, kelakar dan macam menunjukkan pihak pendakwa tak khatam sekolah.

    BalasPadam
  6. Ulasan TT yang TEPAT DAN PADAT.

    Alkisah akan diceterakan bahawa akan kita lihat jugak sipendakwa akan berkelakuan seperti peguam bela semasa perbicaraan sedang berlangsung nanti.

    Arakian maka kerja sipeguam bela tidaklah diperlukan sangat kecuali menjadi tunggul hidup kerana sipendakwa juga berperanan sebagai peguam bela yang lebih aktif daripada peguam bela sendiri.

    Hatta, sekoyong-koyong maka hakim juga turut berperanan sebagai peguam bela kepada saudagar toyol. Maka toyol2 saudagar toyol tidak jadilah dimasukkan ke dalam botol kerana didapati tidak membawa cemar di negara Boleh Land.

    Akhirul kalam, sandiwara akan berakhir, tirai ditutup dan penonton bersorak2 gembira. Pencanang cerita alias Pengarah Media (PM) tersenyum kerana sandiwara telah berjaya.

    BalasPadam
  7. paklah cakap konvensyen BN berjaya..

    ini mesti kes paklah tidur zzZZ masa konvensyen nie..

    konvensyen BN hanya untuk hentam Anwar dan PR. Najib pak turut pun tiru gaya percakapan anwar dalam berbagai bahasa. BN tak de 'originality' langsung!

    Sebagai pemerintah federal, BN seharusnya memangkin hala tuju negara dan ekonomi masa hadapan didalam perjumpaan penting seperti itu.. Ini tidak...asyik dok hentam anwar ja...

    juga konvensyen ini telah membuktikan bahawa tiada pesefahaman dalam parti2 komponen BN, masing2 cakap pasal ketuanan masing2.

    UMNO selalu cakap komponen PR 'tidor sebantal, mimpi lain2', tapi apa yang terjadi masa konvensyen tersebut membuktikan yang perangai parti2 komponen BN lebih teruk dan dasyat dari itu...sebuah mimpi ngeri untuk rakyat!

    BalasPadam
  8. Soalan-soalan yang akan ditolak dan diharamkan dalam mahkamah oleh pendakwaraya:

    1.mana dapat duit 3.5 juta
    2.mana dapat duit banyak nak buat rumah
    3.dari mana drebar dapat 200 ekar tanah
    4.macamana drebar boleh pakai drebar
    5.mana dapat duit nak pergi disneyland dan berapa jumlahnya
    6.boleh mintak penyata bank

    BalasPadam
  9. TT, tres bien! this is simply quite brilliant piece of bricolage critique.

    BalasPadam
  10. Salam Semua, Saya tertarik pada satu komen sebelum ni iaitu:

    KERJAYA YANG PALING MENGUNTUNGKAN SEKARANG NI IALAH "MENIPU" SEBABNYA PERMINTAAN UNTUK DITIPU SANGAT TINGGI.

    Tidak mengira darjat atau pangkat. Inilah fenomena yang akan memanjangkan hayat UMNO/BN. Kalau PR berjaya menangani masalah ini dengan jayanya saya amat pasti dengan izin Allah s.w.t Putrajaya akan diambil alih. Kalau tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini maka PR kena lupakan pada GE13 untuk menawan Putrajaya

    BalasPadam
  11. Terima Kasih TT....kes apek dan wak tempe ni pelik, setelah diolah sekian lama baru masuk mahkamah...aku hampir kena tipu...terima kasih TT terbukak minda aku....baca ulasan yang mantap tapi macam biasa puak puak UMNO tak akan percaya...mereka lebih suka kekal bodoh dulu kini dan selama lamanya.

    BalasPadam
  12. kalo bodoh, camana nak kenakan hukumannya? ada tak akta orang bodoh boleh dikenakan hukuman?

    sebab itulah umno bn takkan berhenti membodohkan orangramai, sebab kalo dia mengaku dia bodoh, maka selamatlah dia dari sebarang hukuman..

    aku ada sorang HR aku, macam ni gak kerja dia.. staff bising2 pasal tak puas hati apa2 berkenaan kerja, asyik2 jawapan dari mulut dia cakap dia tak tau apa2.. haha, selamatlah dia dari cacian orang ramai..

    inilah cara terbaik untuk menyelamatkan diri.. buat2 berpura tidak tahu.. belajarlah dan ajarlah anak2 cakap "tidak tahu" dan jangan sesekali cuba berlagak pandai, sebab nanti tak pasal2 kerje semua kita nak kene buat. orang yang bercakap pandai ni, selalunya dia akan kene dajal paling kerap.

    BalasPadam
  13. Ada lagu dr borneo berbunyi begini, toib mohmod ingin memiliknegerikan sawarak menjadi harta keluarga, tidak pasti samaada untuk merdeka atau sekadar sukacakap...UMNO/UPCO pasti gelisah

    BalasPadam
  14. tipu kelentong last-last pergi Mekah cuci dosa kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  15. Tak boleh ke kena charge sebagai talibarut, traitor, atau pemaling tadah kpd melayu2 dalam UMNO jika inilah keje2 yg diorang dah buat selama ni? Tapi, kalau sultan pon satu kepala gak dgn diorang, maka..apa guna ada sultan ye? Kalau sultan sendiri menipu rakyat, apa kes ye? Perlukah sultan lagi ye? Atau..atau... aah, macam2 bermain di fikiran ni... yang FAKTAnya, ianya memberi kesan kpd rakyat,..kau, aku, kita2 smua, mereka2 smua.

    BalasPadam
  16. Belajar dari APCO mana tak excellent atur strategi GE13. Menipu, memfitnah, mendera, menyamun, menafi hak dan lain lain adalah resepi untuk kekal berkuasa..

    BalasPadam
  17. Bila ditanya mengapa Khir Toyo sudah bertambah tua dikutuk baru nak didakwa...

    Abdul Gani Patail berkata tempoh yang lama terpaksa diambil sebelum mendakwa kerana ia memerlukan siasatan terperinci dan rapi.

    Abdul Gani memberitahu wartawan... Anda harus kembali kepada asasnya (kes), bagaimana hal itu dijalankan, (mendapatkan) saksi; rakaman laporan saksi; supaya segalanya jelas ... terutama ini sudah lama berlaku...

    Kalau mengikut fakta yang diputarbelitkan oleh Abdul Gani seperti diatas menimbulkan persoalan, apakah Khir Toyo memang terlibat dengan rasuah atau hanya dituduh rasuah..?

    Dan kita lihat Khir Toyo pula tidak takut kerana kesalahannya malah dengan bangga berkata "Saya percaya undang-undang akan bersihkan nama saya, dan tindakan terhadap YB Ng akan kita teruskan"...?

    Hebat sungguh orang yang kita lihat ini memang terlibat dengan rasuah tapi diwajahnya tidak terkesan rasa takut malah ceria gembira.

    Benarkah Khir Toyo sudah menjadi selipar buruk yang boleh dibuang atau ditinggalkan di tepi jamban seperti yang cuba digambarkan oleh Tukar Tiub..?

    Mungkin benar, dan mungkin selipar buruk itu akan dinaikan tarafnya sebagai selipar baru..?

    Rakyat Selangor memang ketahui bahawa semua bekas Menteri Besar dari UMNO Baru memang terlibat dengan berbagai kesalahan rasuah.

    Oleh kerana itu Khir Toyo tidak boleh jadi calon BN dalam pilihanraya ke 13 kerana tuduhan rasuahnya bertimbun-timbun.

    Hanya mahkamah UMNO Baru saja yang boleh membersihkan namanya dari segala kotoran rasuah yang dilakukan. Dan dia boleh gunakan surat mahkamah itu sebagai pendinding diri dari serangan musuh politiknya.

    Itulah sebabnya dia berkata ..."saya mempunyai keyakinan yang tinggi kepada sistem perundangan negara, dan saya yakin kes ini akan dibicarakan dengan segera, dan saya dapat bersihkan nama saya daripada arena politik dan pembangkang..."

    Mari kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Khir Toyo terbukti rasuah sehingga jadi selipar buruk atau akan dimuliakan sehingga menjadi calon dalam pilihanraya ke 13....?

    Jangan leka, SPR telah mencadangkan agar RELA dijadikan sebagai pengundi POS dalam pilihanraya ke 13.....KIRA SAMPAI MENANG !!!







    .

    BalasPadam
  18. walaupun ada ubat untuk mengubati bodoh, puak-puak UMNO pilih untuk jadi bodoh sampai mamposss.

    BalasPadam
  19. atau berkaitan beng hock
    ada kes lebih berat di alih kes rasuah
    sbb kes beng hock mcm tt kata tak tau
    ujung pangkal...bijak-bijak
    ini dipanggil teknik apa tt?
    Teknik selamat..tapi kena ka?
    ha..ha..ha..

    BalasPadam
  20. Hello TT,

    Aku percaya UMNO-APCO akan menggunakan taktik paling kotor dan paling jijik utk menang PRU-13.

    Aku yakin PR takkan berjaya sampai ke Putrajaya walaupun itulah impian aku.

    Bagi aku, apa sahaja sistem pemerintahan yg digunakan sama ada monarki, republik, autokratik dll, politik adalah semata-mata satu permainan kotor.

    Demokrasi adalah 'pengundi percaya perkara terakhir mereka dengar sebelum membuang undi."

    Pasal ubat utk merawat bodoh, sampai bila pun xkan ditemui. Lebih baik cari ubar HIV drpd ubat penyakit bodoh.

    Sebab manusia diberikan akal fikiran, so dia sendirilah menentukan kepercayaannya berdasarkan faktor-faktor pertimbangan akalnya.

    BalasPadam
  21. kah kah kah!
    brother, kau org masih tak faham-faham, kenapalah kau org payah utk faham.
    Toyol adalah sejenis makhluk yg dicipta untuk menjadi khadam kepada manusia, kemudian manusia yang menjadikannya sebagai khadam akan menjadikan Toyol sebagai pencuri.
    Jika Toyol jenis jinak terpelajar dan mendapat makanan yg cukup, makhluk ini akan menjadikan hobinya mencuri, kemudian hasil curiannya dibawa pulang kepada tuannya.
    Semua ini adalah sikap dan disiplin Toyol misali, baik dan taqwa. Toyol ini sepatut dianugerahkan tokoh ma'al hijrah.
    Namun ramai yg tidak tahu, bahawa Toyol yg paling baik dari Toyol yg baik adalah Toyol yg sanggup jadi kambing hitam kpd tuannya seperti kulitnya. Toyol ini adalah Toyol spesis jawa.

    BalasPadam
  22. trik tu dah lama basi.
    rakyat dah tak caya lagi.
    umno-bn dah susah hati.
    kuasa dah nak tarik diri.
    pr pula dah sedia menanti.
    putrajaya dah panggil mari.
    hanya tunggu pru13 bila nak jadi.

    BalasPadam
  23. bongokla ko tt

    2010 Disember 9 16:28

    hoi.. mamat ko ni yg bongok suka kena tipu,sah2 ko umngok punya org...
    thanks tt..ulasan yg baik

    BalasPadam
  24. sapa2 yang nak dakwa toyol
    memang buat kerja gila

    toyol mana boleh dakwa
    sebabnya toyol banyak makan tempe

    BalasPadam
  25. Mantap sungguh ulasan selari anda TiTi...macam kewak...he..he..he..

    Hidup UMNO.....
    Hidup BN......

    Takebear...ooppss...Takbirrrrrrrr...

    BalasPadam
  26. baca tulisan h s ni aku jadi nak muntah. dia ni pembohong. masa dia ditangkap demonstrasi dulu. dia tulis panjang lebar dalam harakah bela diri. sapa ngaku berak tengah jln?

    BalasPadam
  27. Jangan lupa lingam correct correct correct

    BalasPadam