Isnin, 6 Disember 2010
SENIMAN BERSAMA RAKYAT
DARI TELOK GONG KE BANDAR DALAM
nota:
untuk anak muda yang tidak tahu
seniman malaysia pada satu ketika dahulu
telah pernah bersama satu kancah
berjuang bersama rakyat.
ini di era sebelum sampai SENIMAN BODEK
seniman bodek adalah para seniman yang bergantung
dengan gerombolan untuk cari makan
dan mendapat anugerah dan pengitirafan.
seniman bodek amat amat memerlukan
utusan melayu dan berita hairan
menerbitkan certot dan ayat ayat kontot
mereka yang dipanggil sajak.
kerja yang digarap oleh seniman bodek
tidak pernah laku - tidak ada siapa ambil pot
justeru mereka membodek agak kerja yang mereka
garap dapat dijadikan buku teks bacaan sekolah
buku ini termasuklah buku puisi, nobel atau
certot. jika menjadi teks bacaan maka
buku ini wajib dibeli oleh pelajar.
buku buku ini dibeli bukan kerana kecintaan
untuk dibaca tetapi kerana di paksa keatasmurid
untuk dipereksa kah kah kah
telok gong dan keranda 152
adalah kumpulan sajak bangun berjuang
dari para seniman yang bangun melawan
diterbitkan dengan stensilan - tapi hangat
dibeli dan dibaca - ertinya isi lebih
penting dari bingkai.
hari ini:
generasi muda semakin ramai berkarya
dan mengarap kerja kerja seni yang baru
jika mereka terperangkap untuk
menjadi seniman bodek maka kerja seni
mereka tak ada sesiapa ambil pot.
jika mereka bersama serentak bagun
untuk menumbangkan kerajaan najib rosmah
maka kerja seni mereka akan dilihat
segar dan bermakna !
sekarang ini telah mula ada kesedaran SENIMAN BODEK
untuk kembali bersama rakyat - ini kerana
bodek punya bodek buku masih tak laku kah kah kah
nota:
mari kita sama sama rayakan
seni untuk masyarakat
mari kita sama sama rayakan
seniman bersama rakyat
mari sama sama kita kuburkan
genre seniman bodek
datang dan nikmati pelbagi bentuk seni
mari kita tunjukan sokongan kepada warisan
anak bangsa yang tanah kelahiaran
mereka akan di rampas oleh para cukong !
PEWARTAAN
KAMPUNG WARISAN MELAYU
KUALA LUMPUR
&
HIMPUNAN
PENYAIR, SENIMAN, BUDAYAWAN
TARIKH:
1 MUHARAM 1432 H
bersamaan 7 DISEMBER 2010 (SELASA)
MASA: 5 petang hingga lewat malam
TEMPAT
MADRASAH TARBIYAH
KAMPUNG BANDAR DALAM
ANJURAN:
Madarasah Tarbiyah dengan kerjasama MUAFAKAT,
Pertubuhan Anak Melayu Selangor, Paksi dan Budayawan Bertindak.
PENGENALAN
1. Program ini merupakan sebahagian daripada intisari Dirgahayu Sambutan 150 Tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur dengan matlamat utamanya mendesak dan menuntut Kerajaan Malaysia agar mewartakan Kampung Warisan Melayu Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2. Penglibatan penulis, seniman, budayawan dan sasterawan sebagai satu peristiwa seni-budaya yang sangat signifikan dan relevan, yang perlu dirakam serta diabadikan dalam pustaka seni-budaya kita dalam pembentukan tamadun ummah.
3. Satu wadah reformasi anjakan paradigma dengan cara kelainan menyambut Sambutan Tahun Baru Islam (Awal Muharam-Maal Hijrah) luar dari kelaziman mentaliti tradisi masyarakat kampung dengan pengisian yang lebih bermanfaat dan bersesuaian dengan konsep ‘hijrah’ yang berlandaskan Islam.
TUJUAN :
1. Menghantar Memorandum Pewartaan Kampung Warisan ke Parlimen Malaysia dan kepada Yang Dipertuan Agong agar memenuhi kehendak dan tuntutan kami yang sekian lama ditindas.
2. Perjuangan Pewartaan ini di dukung oleh pelbagai pihak seperti Ahli Akademik, Budayawan, Sasterawan, Pakar Undang-undang & Perlembangaan, Badan & Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Universiti Pengajian Tinggi Awam.
3. Mengimarahkan seni-budaya Melayu/Islam dengan golongan seniman-budayawan tampil menyatakan sikap dan pendirian serta memperlihatkan peranan dan penglibatan insan seni dalam usaha pembangunan aktiviti seni-budaya.
4. Satu bentuk Revolusi meraikan Sambutan Tahun Baru Islam dengan pengisian kesedaran dan penghayatan dikalangan penduduk kampung serta mengimarahkan lagi Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam.
ANTARA YANG AKAN HADIR:
- A.Samad Said - Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
- Dr. Anuar (UIA) - Abdul Aziz Abd Rahman (Coalition Save KL)
- Prof. Dr. Siti Zainon - Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
- Seniman Dinsman - Haji Mohd Said (Presiden Anak Melayu Selangor)
- Seniman Pyanhabib - Seniman Hishammudin Rais (Tukar Tiub)
- JAKIM / JAWI / YADIM - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Pensyarah UIA - Tuan Hasni Abas (S/usaha Gerakan Mansuh PPSMI)
- Jabatan Warisan - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Badan-badan NGO - Parti-parti politik yang bersekutu
- Rejim DBKL - Wakil-wakil bagi 7 Kampung MUAFAKAT
satu realiti yang wujud dibumi mesia ini yang telah memberi kesedaran kepada pecinta seni untuk berubah! ayuh bersama mereka pada 1muharram yang diberkatu ini.
BalasPadamsolidarity? tukar la perkataan lain pulak.. nanti hadi dan nasha dengaq.. dia dok kira solidarity dia la pulak.. tu la pasal dia orang propose kerajaan solidarity dulu tu..
BalasPadampaling x bley blah..seniman hishamudin rais..ahahaha..
BalasPadamni video best.. org len sibuk nak sembah sultan, orang gila ni mai datang sembah trak fru..
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=p6V0hL7y5Fo
haaaa,,
BalasPadamseniman TT,
tak tahan!
cara nak lekakan anak muda.....
BalasPadamstrategi bermula dari awal usia
karton disiar waktu pagi
sambung lagi waktu petang
teruskan sampai maghrib
Dah dewasa
banyakkan cerita artis di berita hairan, utusan melayautipu, dan tvTigasuku
bila anak muda leka
UBN boleh hidup lebih lama
ya, jaga2 dengan seniman bodek. senang2 bodek sini. senang2 bodek sana. kalau tak salah, ada yang jadi pengerusi cawangan/bahagian umno tuh...
BalasPadamBurung hantu hinggap dahan,
BalasPadamMata bulat bulu kembang,
Najib haru rosmah tak tahan
Rakyat kuat mula menyerang.
Beli bakul bawa tembakul
Ikan parang mati dituba
Polis biul FRU siul
Tembak orang main ikut suka
Air ludah habis disimbah
Buang sana, sini mau juga
Asid sudah gas pun sudah
C4 mana? Mau cuba juga
Bro,
BalasPadamstand up start pukul berapa?
Aku datang, nak mintak autograph.
ada seniman yg jadi senator tuuuu....
BalasPadamapa lagi ..berlakon sakan lah dia....
dia ingat joint memerintah ni macam joint buat film bukit kepong ker..??
kah kah kahn kah kah kah .....
Kah..kah..kah...TB sokong apa yang TT perkatakan.Sebagai penyair TB ucapkan salam perjuangan dan teruskan perjuangan dengan cara dan kaedah tersendiri.Tapi yang lucu ada di antara yang TT senaraikan itu adalah orang-orang yang TT katakan itu.Kah3.
BalasPadam/tiubbocor.blogspot.com/
apa zainon dan geng yang dtg tu tak bodek ke
BalasPadam