Selasa, 21 Disember 2010

SISTEM EKONOMI LAH... BANGANG !





BUKAN ORANG TAPI SISTEM




A, B DAN C EKONOMI KITA

Harga gula dan harga bahan bakar minyak baru sahaja naik. Harga leterik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.

Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strateji kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.

Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher satelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.

Hari ini api leterik, gula, beras, minyak makan, tepong, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.

Justeru untuk mengapongkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasaimperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Laku mereka menaikkan harga barangan yang mereka ekspot. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petrolium. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antrabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.

Apabila harga bahan bakar petrolium naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petrolium ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petrolium ini. Apabila bahan bakar petroilum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolium ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan Najib Rosmah ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan antrabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidi kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua.

Kerajaan Najib Rosmah tidak ada pilihan. Najib sendiri dengan kes pembunuhan Altantuya sebagai latarbelakang tidak dapat melarikan diri dari tekanan Amerika. Dalam masa yang Najib juga memerlukan sokongan para cukong dari MCA. Para cukong kini telah mula bersuara untuk meminta kerajaan kurang memainkan peranan dalam percaturan ekonomi negara. Ini kerana para cukong dan kapitalis antarabanga mahu harta-harta rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan dapat mereka bolot.

Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia hanya ada satu pilihan mengubah kerajaan yang ada sekarang atau terus terperangkap dalam saistem ekonomi yang menindas.(TT)

30 ulasan:

  1. ulasan yang ringkas dan bahasa yg mudah difaham.

    kalau tak faham jugak, ikat batu kat kaki lepas tu pi terjun lombong!!

    BalasPadam
  2. Bila perubahan dapat dikawal, kita namakannya kemajuan

    Bila perubahan tidak dapat dikawal, kita namakannya krisis

    Dalam setiap krisis, kekayaan besar diperoleh oleh para kapitalis.

    Asia akan menjadi medan pertempuran.

    Bersiap-sedialah.

    BalasPadam
  3. 1 soalan je utk penjelasan yg bagus ini. Jika PR memerintah agak2nya berapa lama masa diperlukan utk "memurahkan" harga keperluan rakyat terbanyak?????.........

    BalasPadam
  4. huhu... harga barang naik lagi... gaji plak sama jek... nilai RM semakin kecil...

    BalasPadam
  5. Faham ke dek gerombiolan AMNO ni.

    BalasPadam
  6. penyokong bodoh BN masih tak faham????

    BalasPadam
  7. soalan yang baik dari apa-apa ok..

    Kalau PR memerintah, pemimpin mereka mempunyai pilihan untuk menghapuskan AP lantas menurunkan harga kereta. Dengan penghapusan AP hanya kaum kroni yang terdiri dari anak2 orang UMNO akan lingkup.Rakyat sebaliknya untung besar! Bayangkan harga kereta turun 300%. Pinjaman hanya akan dilunaskan dalam hanya 3 tahun, tidak lagi 9 sebelum ini. Kerajaan boleh menentukan dasar kewangan negara, tiada lagi kadar faedah tinggi untuk pinjaman kerajaan. Kerajaan boleh menghapuskan acara tahunan yang membazir seperti F1 di sepang dan menjimatkan ratusan juta tinggit setahun. Dengan penjimatan ini, PR boleh memberi biasiswa kepada pelajar kita di Universiti2, tidal lagi pinjaman yang ada bunga bila kena bayar. Kerajaan juga boleh melupuskan subsidi IPP milik syarikat tenaga eletrik cukong. Kerajaan akan jimatkan RM4 billion setahun! Bayangkan empat ratus ribu juta ringgit boleh dijimatkan dari penghapusan subsidi untuk cukong ini saja!

    Empat juta ringgit pun dah banyak sedara, bayangkan empat ratus ribu juta ringgit! tetapi jumlah itulah yang dibayar petronas setiap tahun kepada YTL syarikat elektrik yang langsung tidak menguntungkan negara!

    BalasPadam
  8. Agak-agak burung gagak kalau PR memerintah x boleh aku nak membayangkan bagaimana kalau semua menteri kena audit

    BalasPadam
  9. satu ulasan yang baik daripada seorang penyokong sistem sosialis, bro isham.

    aku harap rakyat malaysia akan menikmati banyak kemudahan bila PR membentuk kerajaan persekutuan nanti dan kalau x boleh beri kebajikan macam yang kt uk tu, sekurang2nya tak membebankan rakyat keseluruhnannya. jom kita pakat undi pakatan rakyat dan humban BN-UMNO ke dalam longkang.

    BalasPadam
  10. dah muak dgn kapitalis

    umno jelas galakkan kapitalis
    pr, kalau menang pun akan sama
    KITA kamikaze pun kaki kapitalis
    malah ayah pin pun 2 X 5 kapitalis

    sebab kapitalis dah masuk darah daging. kalu tak ada kapitalis maka batang tak akan naik dan mat mongol tak boleh buat 69.

    kapitalis lu nak hapuskan TT?Lancau la. Lu hidup pun atas dasar kapitalis. Harus sana sini hidup pun atas dasar kapitalis. Kalu tak, dah lama sana sini mamposs

    BalasPadam
  11. setuju dgn apa-apa pun ok,

    kalau ekonomi dunia sekarang ni tenat apa perancangan PR jika berjaya tumbangkan kerajaan....

    BalasPadam
  12. Kalau PR memerintah, aku berani kata akan ambil masa kurang daripada 4 tahun!

    BalasPadam
  13. Pasal ekornomoney ni TT pelabur ASN ke?

    Dah nak hampir lewat akhir tahun tapi sunyi sepi macam PWTC tanpa muktamar UMNO, tak seperti hebohan dividen pada tiap-tiap tahun.

    Dividen menguncup kot. Entah-entah jadi % negatif (pelabur berhutang dengan PNB) demi Menara 100 Tingkat, GE, Tenang, bonos UMNO/perkasa/katak-katak/pejilat gomen/PNB board of detractors di akhir tahun, dll.

    Bik Mama dah hapai semua juz 'tuk Allah selamatkan ASN. Isterinya bila lagi?

    Kah kah kah. Orang di bawah Ketuangan Melayu kena tipu di siang hari.

    BalasPadam
  14. Kalau PR memerintah...

    Boleh pecat menteri dan dakwa, kemudian dakwa kroni. Aset-aset boleh dirampas dan difaraid kepada rakyat.

    Keuntungan Petronas boleh diperincikan secara terbuka dan menjadi bahan bahas di parlimen. Boleh digunakan untuk memberikan biasiswa, menaikkan subsidi minyak dsb.

    Kelompok penjana bebas kini sudah tidak boleh beroperasi sewenang-wenangnya. Boleh dikenakan cukai durian runtuh. Perjanjian Pembelian Tenaga dengan TNB boleh dikaji semula.

    Sektor pendidikan dan kesihatan dikembalikan kepada dan dikuasai penuh oleh kerajaan.

    Kesan tidak langsung: Polis dan badan kehakiman jadi lebih telus. Negara lebih selamat. Rasuah makin kurang. Pelabur asing akan lebih berminat untuk melabur

    ...dan terlampau lebih banyak kebaikan lagi kalau BN tidak memerintah

    BalasPadam
  15. kalau pr merentah pertama sekali jangan letak ejensi penguatkuasa dok dibawah kementerian sepertimana sekarang sebab apasaja tindakan yang diambil oleh pehak penguatkuasa misti melehat kepada keuntongan politik pehak yang berkuasa,inilah masaalah yang paling besar negara yang ada sekarang.

    BalasPadam
  16. kalau pr merentah pertama sekali jangan letak ejensi penguatkuasa dok dibawah kementerian sepertimana sekarang sebab apasaja tindakan yang diambil oleh pehak penguatkuasa misti melehat kepada keuntongan politik pehak yang berkuasa,inilah masaalah yang paling besar negara yang ada sekarang.

    BalasPadam
  17. Merentah sampai 53 tahun mentekedarah duit rakyat tak henggat tanya pulak apa yang PR boleh buat kalau merentah. Aku jawap untuk PR, campak aje penyokong UMNOGOK kat buaya

    BalasPadam
  18. Hisam...takutnyo den. Tapi orang UmmNoo masih mamai...tak sedar diri lagi...Gaji RM800 anak 4orang...semua sekolah kat pilah...macam ni den lari dalam hutan gunturlah..kah...kah...kah...

    BalasPadam
  19. kalau dilihat pada penulisan anda...
    saya rasa kita betul-betul nak masuk perang dunia ke-3..
    tinggal 1 kaki lagi jer..
    oleh itu, kepada sahabat-sahabat dan juga diri saya juga agar standby dari suma segi..
    tunggu dan lihat apa yang berlaku akan datang...

    BalasPadam
  20. ala...sape2 yg memerintah pun same selagi ekonomi dunia masih dikawal oleh bangsa yahudi...

    lagipun biasela manusia...bile da berada di atas nnti mesti akan timbul perasaan tamak dan lupe diri...

    so akhirnye same je...janji tggl janji...

    lagipun kite mmg da berada di akhir zaman...so faham2 je la...baik kite muhasabah diri kite balik...jgnla kutuk mengutuk sesama islam disebabkan oleh politik...buat tambah dose je wei...

    BalasPadam
  21. okey...kalu betul pr blh selesai masalah ekonomi ni, pru 13 nanti kita bagi peluang merentah....tapi kalu pr pun cakap x serupa bikin...pru 14 nanti tangkap pemimpinnya bogelkan lepas tu benamkan kepala dlm lubang jamban

    BalasPadam
  22. Kalau tak faham jugak apa yang ditulis, pergi gantung kaki kat hutan lembah belum.

    BalasPadam
  23. ambo memang AMAT BENCI SISTEM KAPITALIS!
    namun ambo tidak hipokrit...
    kerana ibu bapa ambo sendiri pun berjiwa KAPITALIS kerana Dunia Kapitalis TELAH MENJADI Darah Daging MANUSIA.
    Ramai Tertanya-tanya kenapakah negara PRC(People Republic of China) atau CHINA seakan-akan bakal Menjadi KUASA BARU Dunia Hari Ini. Malah Bill Gates ke China untuk cuba dapatkan Sokongan bilionair-bilionair China membina Empayar Yayasan Gates&Buffett....
    Jangan Lupa Sistem Sosialis telah MENTARBIYAH China.
    Sistem Sosialis itu BAIK.
    Cuma, biasalah beberapa Penambah Baik kan PERLU DIGABUNG JALIN agar Sistem Sosialis diterima SEJAGAT terutamanya kepada orang Muslim .

    Mungkin Pemerintah CHINA dan IRAN boleh Duduk SEMEJA dan Merangka PELAN KESEJAHTERAAN DUNIA.
    Kita namakan SISTEM GOL.
    Kenapa Sistem Gol?
    Kerana Semua orang baik di Asia, Eropah, Afrika, kedua-dua benua Amerika dan juga benua Oceania faham dan menyebut perkataan yang sama...
    GOLLLLLLLL
    saat bola masuk ke dalam Gawang!
    Tiada 'bias di sini.
    Adil.

    BalasPadam
  24. ini semua malaun2 kaki rembat ni.. mulut berkokok ekor bergelumang tahi.. hehehe

    BalasPadam
  25. Hmm sampah.. pautu pun "sampah" kan mana ada akai... cakap "macam orang tak beriman" je

    Kalau aku samakan ko ngan perompak, perogol amacam? Ada ke manusia sama? Ko ngan najib pun tak sama...kan?

    SO moralnya ... Allah jadikan setiap manusia berbeza (Kalau ko percaya Allah le). Allah maha Adil takkan le semua perangai manusia sama.. Tengok dengan akal dan hati (ilmu & iman). KO dah mengatakn bahawa Allah tak berkuasa utk ciptakan hambanya berbeza2. ko kata Allah lemah (secara hakikatnya)... Wa iyazubillah.

    Sebab itu Allah jadi syurga dan neraka sebab ada yang baik dan yang jahat.


    Jgn terlalu taksub umno (melayu). Melayu2 ni tak bawa manusia ke syurga melainkan Melayu beriman dan bertaqwa.

    FIkir2kan dna selamat beramal. berhati dalam ucapan. Peace no war

    BalasPadam
  26. Hahaha, sistem kapitalis, sistem apa lanchow pun.. tak perlukan masa untuk berubah.. even nak buat hudud pun, mau atau tidak jer?

    ceritanya, nak buat atau tidak? kalo PR atau PAS sekalipun memerintah, tapi masih nak pakai kapitalis.. tapi slow nak laksanakan yang lain.. alamat, amalm la sikik nak laksanakan sistem yang dok bising2 sekarang ni..

    nak turunkan harga minyak? ini perkara enteng saja.. takat nak turun dari 1.90 ke 1.00, itu bende mudah..sbb kerajaan najib skrg, dah bantai 1.10 seliter duit beli minyak, padahal harga sebenar yang sudah boleh untung pun untuk seliter minyak ialah 0.60-0.75 sen. Bayangkan untuk penuhkan tangki kereta, kita perlu penuhkan sebanyak 30-50 liter.. dah berapa banyak duit cukai yang kita bayar kat gomen? itu pun susah nak pikiaq ka? tu la pasal, lama sangat percayakan gerombolan? sampai susah nak pikiaq..

    aduyai..matematik tingkatan 2 pun boleh lingkup ka?

    BalasPadam
  27. ko cakap pasal harga minyak zaman bila ni? hari ni punya harga minyak 88 usd per barrel. translate jadi lebih kurang rm1.70 . tu baru minyak mentah. bukan yang dah proses. aku pun x suka kerajaan, tapi aku xde la bagi fakta salah..

    bukan semua enda salah kerajaan atau pembangkang. bukak lah mata!

    BalasPadam
  28. berhati-hati dengan hishamuddin rais. beliau adalah salah seorang pembawa fahaman sosialisme.

    sesungguhnya sistem ekonomi terbaik hanyalah sistem ekonomi berlandaskan wahyu Allah SWT dan sunnah rasulullah saw, yakni sistem ekonomi Islam.

    telah ramai pemikir sosialisme yang akhirnya kembali kepada islam. antaranya ialah kassim ahmad. moga2 hishamuddin rais kembali ke pangkal jalan. amin.

    BalasPadam
  29. Ha ha ha..

    Ainon: 02:19..aku dok pikio gak..mengapa kat Indonesia..harga petrol tampa subsidi masih lagi kat RM1.70..mungkin Berita Hairan salah printing kot ..ha ha ha..

    Penulisan yang baik ..TETAPI..betulke Kerajaan Pakatan Rakyat mahu berubah???

    Itu persepsi yang patut kerajaan Pakatan Rakyat usahakan supaya Rakyat percaya kamu mahu berubah..kalau tak susah untuk Rakyat untuk Berubah....ha ha ha.

    Jangan ada yang jadi Daud Lapangan Tembaga udah lerrrrrr...ha ha ha.

    BalasPadam