Sabtu, 9 Januari 2010
TENGAH HARI INI DI DATARAN MAYBANK BUKIT BINTANG
HADIAHLAN BUNGA KEPADA ORANG YANG TIDAK DI KENALI - SAMBUNG SILATUL BUNGA
BAWA SEJAMBAK BUNGA
bawalah sejambak bunga
jika kau tahu erti kemanusiaan
bawalah sejambak bunga tanda kita sesama kita
semuanya akan berbaik kembali
bawalah sekuntum bunga
jika kau seorang insan
bawalah sekuntum bunga
tanda setia kepada kehidupan
bawalah sebuah senyuman
tanda kaseh sayang
bawalah sebuah senyuman
hadiahkan kepada dunia
tersenyumlah
rayakan kehidupan
semuanya akan berbaik kembali
PERJUANGAN – PERHIMPUNAN - BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUP
TARIKH : 9hb Januari 2010-01-09
MASA : 12.00 – 1.00 petang
TEMPAT : Bukit Bintang – di hadapan Maybank
Sila bawa bunga sebanyak mungkin !
KETUANAN RAKYAT MAKIN MENYALA
GAMBAR DAN BERITA PALING DITAKUTI OLEH GEROMBOLAN
KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT
8 JANUARI 2010
Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.
Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.
YB ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
YB HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
PERCUBAAN MEMBODEK RAKYAT
KESEDARAN MULA SAMPAI KE SABAH SERAWAK
KERAJAAN KAJI PAKEJ KADAR TOL LEBIH MUNASABAH : berita hairan
Najib Razak berkata kerajaan dalam proses terakhir kajian pakej kadar tol lebuh raya yang munasabah untuk rakyat.
Dia berkata, pakej itu merangkumi pelbagai aspek untuk kepuasan pelanggan termasuk kualiti dan kemudahan yang disediakan.
KAH KAH KAH…
woit… INI ERTINYA … SELAMA INI KADAR TOL TAK MUNASABAH….kah kah kah..
kah kah kah... SELAMA INI HANYA KAYAKAN KRONI... kah kah kah..
woit… SELAMA INI BAYAR TOL KENA TIPU…. kah kah kah…
kah kah kah… KALAU KADAR TOL TAK MUNAH SABAH… MESTI MUNAH SERAWAK KE?.... kah kah kah…
nota:
ini nak bodek satu malaysia
sudah terlambat
kerana susudah gereja dibakar
semua ‘fix deposit’ bn di sabah dan serawak cabut lari kah kah kah
SUARA ANAK MUDA
BERSAMA MENEGAK KEADILAN
KENYATAAN PMIUM DAN PKVUM
Konsensus Bersama PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM) & PKVUM (Persatuan Kristian Varsiti UM) Berhubung Isu-Isu Agama & Kepercayaan
Melihat kepada pelbagai polemik yang berlaku berhubung penggunaan kalimah “ALLAH” & banyak lagi isu-isu agama & kepercayaan yang berbangkit sebelum ini, kami di peringkat pimpinan tertinggi dua persatuan besar yang menaungi mahasiswa Islam & Kristian, bertindak untuk mengeluarkan suatu persefahaman bersama berhubung isu-isu ini yang menjurus ke arah penyelesaian jangka masa panjang selain tuntutan-tuntutan yang dirasakan wajar terhadap seluruh pihak. Ianya mungkin boleh dijadikan panduan kepada semua pihak sebagai salah satu jalan yang relevan & sesuai dalam menguruskan isu-isu yang berlaku di sekitar kepercayaan & agama.
Antara elemen persefahaman yang dicapai di peringkat penama, Shazni Munir Mohd Ithnin (Presiden PMIUM) & Benjamin Ong (Presiden PKVUM) tentang penyelesaian yang terbaik pada hemat kami di peringkat mahasiswa ialah:
Wacana & dialog antara agama perlu diberikan ruang dengan seadil-adilnya kepada semua agama & kepercayaan supaya perasangka-perasangka yang tidak berasas dalam menilai agama lain dapat dihindarkan & mampu menanam perasaan hormat antara satu sama lain.
Memberikan pendidikan yang benar & terbaik kepada setiap penganut agama agar perbezaan & persamaan setiap agama itu diketahui secara adil oleh semua terutama dari sudut hal-hal yang bersifat fundemental.
Perundangan bukanlah satu-satunya cara untuk menyelesaikan permasalahan yang ada dalam keadaan kemungkinan keputusan-keputusan mahkamah tersebut boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja.
Badan-badan & institusi-institusi agama, bahkan pemimpin-pemimpin agama wajar mengambil langkah proaktif dengan berjumpa & meningkatkan persefahaman di antara mereka & pengikut agama-agama masing-masing.
Justeru, dalam mesej persefahaman ini juga, kami menuntut kepada semua pihak untuk memerhatikan beberapa perkara pokok yang perlu diambil tindakan segera:
Kami menuntut agar isu-isu agama tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak atas apa-apa kepentingan sekalipun.
Kami mengecam pihak-pihak yang berkepentingan dalam memainkan isu ini untuk tujuan provokatif.
Kami menggesa agar seluruh keluarga & masyarakat memandang serius untuk mendidik ahli komuniti masing-masing dengan kepercayaan agama yang telah dipilih melalui kaedah yang sebenarnya, bukan saduran yang bersifat tidak lengkap sehingga boleh mendatangkan sikap prejudis terhadap penganut agama lain.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Presiden PMIUM
BENJAMIN ONG
Presiden PKVUM
FIRAUN NAK MANDI BUNGA
BELI TALI SKIPPING DI DUBAI
SURUHANJAYA DIRAJA MAMPU BERSIHKAN NAMA MAHATHIR
Keputusan kerajaan tidak menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Mahathir Mohamad membazirkan wang kerajaan berjumlah RM100 bilion mengakibatkan bekas mMahathor itu tidak dapat membersihkan namanya.
KAH KAH KAH…
woit… NAK BERSIH MANA ?.... kah kah kah…
kah kah kah… MASA KES LINGGAM FIRAUN INI TIBA TIBA HILANG INGATAN…. kah kah kah…
kah kah kah… TIBA TIBA MALAON INI MUDAH LUPA…. kah kah kah…
woit… KENAPA BUKU BARRY WAIN TAK BOLEH MASUK ?.... kah kah kah..
kah kah kah… ADA APA YANG NAK DI SURUKKAN…kah kah kah..
nota:
100 bilion ringgit duit rakyat lesap
100 bilion ringot duit petronas terbakar
bayangkan 100 bilion ringgit ini
boleh buat ladang tebu yang boleh keluarkan gula sampai hari kiamat
bayangkan 100 bilion ringgit ini
boleh sediakan alat dialysis disetiap mukim
bayangkan 100 bilion ringgit ini boleh belikan bik mama tali skipping
untuk bik mama skipping hingga slim macam ziana zain kah kah kah