Jumaat, 29 Januari 2010
TERKINI - GEDUNG KARTUN - PENGUMUMAN
JANGAN BERHENTI KETAWA - KETAWA DIMALAYSIA MASIH BELUM DIHARAMKAN LAGI !
DARI ZUNAR
Saya minta maaf.
Majlis pelancaran majalah 'Isu Dalam Kartun'
yang dirancang esok Sabtu petang
di Dewan Perhimpunan China
dibatalkan.
Tarikh baru akan diberitahu.
nota
sesiapa yang merancang hendak datang sila
pergi ke kedai buku dapatkan buku zunar
yang lain. jangan berhenti ketawa kah kah kah.
nota
jangan lupa beli cather in the rye.
TERKINI - TERNOW - TT PEMECAH BERITA
JAM 7.03 PETANG
ANGKA NAIK LAGI
Demo bantah pilihan raya UKM, 5 pelajar ditahan.
DUA PELAJAR DI TANGKAP DI UNIVERSITI KEBANGSAN
Dua orang pelajar yang ditangap pada tengah hari tadi
kerana membantah keputusan e-undi pilihanraya MPP UKM
telah di bawa ke rumah pasong IPD Kajang.
Pada ketika ini belum diketahui nama atau dari
fakulti mana pelajar ini.
TT akan melapor jika ada berita baru.
SELAMAT JALAN JD SALINGER – 1919- 2010
ADIOS MON AMI
NAK LARI KEMANA KAU HOLDEN ?
APA KHABAR HOLDEN CAUFIELD- SUDAH 59 TAHUN MASIH COOL
Penulis Catcher in the Rye meninggal dunia kelmarin.
Buku ini adalah sebuah buku paling cool dalam dunia ini.
Buku wajib untuk semua yang melintasi dunia ini.
Jika belum membacanya dapatkan petang ini.
Catcher in the Rye terbit pada tahun 1951.
Buku ini terus mempengaruhi generasi demi generasi.
Sesiapa yang mengakui dirinya cool akan jadi poyo jika
tidak membaca buku ini.
Jika ada segerawan yang mengakui dirinya segerawan tetapi
tidak membaca buku ini maka ini adalah segerawan kong kang.
JD Selinger – menghilangkan diri. Dalam hidupnya dia menjadi mitos.
Tidak pernah dilihat satelah bukunya terbit. Dia risau dengan kejayaan
bukunya. Dia jadi rimas dengan para peminat. Lalu hilang tidak ditemui.
Kemudian menulis dua lagi buku : Nine Stories dan Franny and Zooey.
Ini juga membawa kejayaan. Lagi tebal tempat JD menghilangkan diri.
Holden Caulfield watak anti-hero – watak cool dalam Catcher – mempengaruhi
sesiapa sahaja yang memiliki hormat diri.
Kita semua adalah Holden Caulfeild dalam diri kita – hanya kita tidak
menyedari.
NOTA:
besar kemungkinan sesudah ini akan muncul
kerja kerja baru jd yang tidak mahu diterbitkan
ketika dia masih hidup.
dunia sedang mnenunggu macam minah cun baru kahwin
menunggu balak pulang dari laut kah kah kah
nota:
JD Salinger bukan ahli Gapena atau Pena.
JD Salinger bukan ketua cawangan.
JD Salinger bukan cari glamour
JD Salinger bukan menulis untuk pertandingan nilai-nilai murni
JD Salinger tidak masuk apa-apa persatuan penulis untuk dapat projek
JD Salinger tidak ada gelaran datuk
JD Salinger menulis kerana dia pemulis.
PEMECAH BERITA - BREAKING NEWS - HANYA TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
TOLAK E- UNDI ADALAH E-TIPU KERJA EEEE
BANGUN MELAWAN
DUA PELAJAR DI TANGKAP DI UKM
Lima buah trak polis dan FRY telah masuk ke dalam kampus UKM.
Polis telah menyekat para peljar dari berarak dari masjid
ke Chanselori.
Dua pelajar ditangkap.
Ini adalah akibat para mahasiswa UKM tidak puas hati
dengan tipu helah pihak pentabiran UKM yang mengkelentong
pemilihan wakil MPP dengan mengguna e-undi.
Pengundian e-undi berlaku kelmarin.
E-undi adalah satu mekanisma di mana siapa memegang
sever akan menguasai undi.
Pada tahun 2004 e-undi telah digunakan di Florida dimana
adik George Bush menjadi Governor. Hasilnya ramai
penyokong parti Demokrat hilang undi.
George Bush menang di Florida.
Hingga ke hari ini rakyat Amerika masih lagi
menganggap George Bush telah menipu untuk
masuk ke Rumah Puteh untuk kali kedua.
Waspada! E-undi akan di perkenalkan di Malaysia
tidak lama lagi. Para kontrek jungkies telah memulakan
rundingan dengan pembuat dan pengamal sistem e-undi ini
di India.
Ingat ! Siapa yang punya sever dialah yang akan
menentukan jumlah undi !
KANG KONG ORI
CONTOH SEBUAH DARI 127 BUAH BUKU HASIL KERJA UNGKU AZIZ
BUKU KENANG JASA UNKU AZIZ -melayau
Universiti Malaya (UM) akan menerbitkan buku berkaitan kisah hidup dan sumbangan bekas naib canselor universiti itu, a Ungku A. Aziz yang akan dilancarkan Mac depan.
Buku berjudul Royal Professor Ungku A. Aziz The Renaisance Man diterbitkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa besar Ungku Aziz kepada negara dan UM kerana beliau adalah naib canselor paling lama yang pernah berkhidmat dalam sejarah universiti itu.
KAH KAH KAH
woit… CAKAP BACA 70,000 BUAH BUKU…. kah kah kah..
woit… SATU BUKU PUN TARAAAK TULIS…. kah kah kah..
kah kah kah…INI BETUL BETUL ORI PUNYA KANG KONG… kah kah kah..
woit… MEMBEBEL BUKAN INTELEKTUAL… kah kah kah..
kah kah kah…EEEEEAA…….AHHH..AAAAAA… MEMBEBEL…kah kah kah
nota:
tak pecaya sila tanya lebai google
kang kong ini ada tulis buku apa?
buku lengkang kang kong adalah kah kah kah
BUKU TERBITAN MALAYSIAKINI DI RAMPAS
HANTU AL TUUUNTUUUYA JEMPUT SEMUA DATANG KE DEWAN PERHIMPUNAN CINA ESOK
BUKU ZUNAR TERBITAN MALAYSIA KINI DI RAMPAS
Authorities seize books published by Malaysiakini
The authorities have confiscated two books published by Kinibooks, a subsidiary of Malaysiakini, in separate operations conducted in Malacca and Penang.
The books - '1FunnyMalaysia' and 'Where is Justice?' - were seized from the Popular Book Store at the Melaka Shopping Centre, Malacca today, while an earlier operation was conducted at another branch of the bookstore in Gurney Plaza, Penang on Jan 7.
According to the authorities, the books "could pose a threat to public order, morality, security”. A total of 64 copies of the books were seized in both operations.
KENYATAAN ZUNAR
Polis dan KDN petang tadi merampas buku saya '1 Funny Malaysia' di kedai buku Popular di Penang dan Melaka. Rampasan dibuat di saat buku terbaru "Isu Dalam Kartun" menemui pembaca
**************************************
KENYATAAN AKHBAR ZUNAR - ISU DALAM KARTUN
SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai.
Seperti "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah, GST, tol dan sebagainya.
Selain itu, dalam keluaran ini saya dan pasukan kartunis mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".
"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah dibawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya. Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam.
Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya. Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merelisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri dan Ronasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor.
Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air. Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).
Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya. Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa. Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.
Hishamuddin Rais meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka." Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya juga suka mengumumkan bahawa "Isu Dalam Kartun" adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185)).
IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat ermasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau berhubung terus dengan pejabat saya 03-22744931.
Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada hari Sabtu 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Majlis ini terbuka kepada semua.
ZUNAR
PILIHANRAYA KAMPUS - PRO MAHASISWA MENANG DI UKM
PRO MAHASISWA MENANG DI UKM
PILIHANRAYA UKM KENA KELENTONG
Keputusan yang seharusnya diumumkan selewat lewat jam sembilan
telah ditangguh. Pelajar yakin ada kong kalikong.
Lalu 600 pelajar mengepong pejabat TNC dari jam sembilan malam
hingga berita ini ditulis – jam 2.25 pagi - masih ada 500 pelajar
yang mengepung pejabat TNC . Mereka tidak mahu ditipu.
Pelajar yakin inilah apa yang dikatakan e-undi
e-undi ini ialah kira sampai menang untuk pembodek gerombolan.
FRU dan polis telah dipanggil datang tetapi pelajar berkeras.
Mereka menuntut pimilihan diadakan sekali lagi.
Mahasiswa percaya mereka telah di kelentong.
JAM : 2.28 Pagi
Keputusan diambil esok jam 10.00 pagi
perundingan akan diadakan. Ini adalah cara
kelentong TNC untuk membeli masa.
Pelajar bersurai jam 2.30 pagi
KEMPEN FACEBOOK – KEMENGAN DIBATALKAN - malaysiakini
Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.
Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.
KAH KAH KAH..
woit… MACAM MACAM CARA NAK MENIPU…kah kah kah..
kah kah kah… MULA MULA TAK BOLEH BERI GAMBAR…kah kah kah..
kah kah kah… KEMUDIAN TAK BOLEH BERKUMPULAN…kah kah kah..
woit… NANTI AKAN ADA UNDANG UNDANG KEMPEN TAK BOLEH BERCAKAP…. kah kah kah..
woit… APA NAK JADILAH NEGARA INI…kah kah kah..
woit… BILA LAH ORANG MELAYU NAK SEDAR…kah kah kah..
woit… HARTA KEKAYAAN NEGARA SEMUA KENA REMBAT…kah kah kah..
kah kah kah…TINGGAL KERAK KERAK…DAPAT KETUANAN MELAYU… kah kah kah…
kah kah kah…KALAU LAPAR BOLEH DIGULAI MASAK ASAM KE KETUANAN MELAYU NI….kah kah kah
nota:
melayu – sepanjang hidup kena tipu
pagi meminta
tengah hari berharap
hidup dengan harapan
mati kering menunggu janji kah kah kah
BILA GUMBIRA UNTUK PEMINAT FILEM ANIME
INI BARU TRANSFORMER
NAJIB LANCAR PELAN HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN – beriya hairan
Najib Razak, hari ini melancarkan kerangka penting dalam usaha mentransformasikan kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran beliau iaitu "satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu adalah langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.
KAH KAH KAH..
woit… KEPALA BANA APA MAKNA TRANSORMASI … kah kah kah..
woit… MAK CIK FELDA TAL FAHAM LAA…. kah kah kah..
woit … MAT REMPIT FAHAM INI FILEM TRANSFORMER… kah kah kah..
woit.. MACAM MANA HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN JADI: GTP PULAK…. kah kah kah..
woit… KENAPA TAK JADI HTTK …ATAU HOTTAK KAU… kah kah kah..
kah kah kah.. CAKAP NAK MURTABAK KAN ROTI BAHASA MELAYU… kah kah kah..
KUTTY MENIPU LAGI
KASUT KASUT PUN FIRAUN BAHAM
MELAYU BERPECAH : MADEY SALAHKAN PAS ,PKR – malaysianinsider
Mahathir Mohamad menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.
Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.
Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.
KAH KAH KAH..
woit… MENIPU LAGI… kah kah kah..
woit… PARTI YANG MULA MULA LAWAN BRITISH BUKAN GEROMBOLAN…kah kah kah..
woit… JANGAN LAH MENIPU…kah kah kah..
woi… DULU BOLEH LAAA… ZAMAN TAK ADA INTERNET… kah kah kah..
woit… SEKARANG SEMUA DAH TERBARAI… kah kah kah…
nota:
parti melayu yang pertama ditubuh ialah KMM – KESATUAN MELAYU MUDA
di tubuh di kuala lumpur pada tahun 1938 oleh IBRAHIM YACOB
slogan KMM ialah PANJI MELAYU RAYA
KMM ialah gerakan anti imperialis anti british
gerombolan asal hanya ditubuh pada tahun 1946
gerombolan yang ada pada hari ini ditubuh pada 1988
jangan lah nak menipu
itu lah pasal jangan cari bini botak
sampai tua mennyesal badan kah kah kah
WOIT BACA BAWAH INI APA ENTOT ENTOT CAKAP
PEMBACA BERALIH KE INTERNET JIKA MEDIA TRADISIONAL TIDAK BERUBAH – malaysian insider
PORT DICKSON, 28 Jan — Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.
Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
woit… SELAMAT JADI KERTAS PEMBUNGKUS… kah kah kah..
INI KERJA TAMBI MELAKA
IBU BAPA WAJIB AWAS !
PEMUDA PAS PERSOAL DAFTAR PUTERI UMNO DI SEKOLAH – harakah daily
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.
Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.
DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.
KAH KAH KAH
woit… BAGUSLAAA… kah kah kah..
kah kah kah… MINTA TAMBI KECIK JADI TUKANG REKRUT…kah kah kah…
kah kah kah… LAGI BANYAK DAPAT AHLI… kah kah kah..
kah kah kah… KALAU DAPAT DUA PULUH AHLI… kah kah kah..
kah kah kah… DALAM SEMBILAN BULAN BOLEH JADI EMPAT PULUH AHLI…kah kah kah…
nota:
ini sudah desprate
nak buat macam mana
anak muda tak nak sokong
kenalah pergi cari di tadika kah kah kah