Sabtu, 30 Januari 2010
JANGAN BUAT SANDIWARA !
INI BUKAN CHINA DOLL - INI OPERA PEKING
ANASIR JAHAT GUNA DOKUMEN PALSU MOHON VISA , VISA PELJAR – berita hairan
Pengeluaran visa waktu ketibaan (VOA) dan visa pelajar yang tidak dikawal, khususnya kepada warga Afrika dan Asia Barat, dipercayai antara punca negara ini mudah ‘ditembusi’ rakyat asing, termasuk anasir jahat.
Difahamkan, ada antara mereka sanggup mengambil risiko menggunakan dokumen perjalanan palsu ketika memohon VOA semata-mata untuk memudahkan mereka keluar masuk negara ini, selain menyembunyikan tujuan sebenar kunjungan mereka.
KAH KAH KAH..
woit… TAK KAN SEKARANG BARU TAHU… kah kah kah..
woit… BERAPA BANYAK KES BLACK MONEY…kah kah kah..
woit… BERAPA BANYAK KES CHINA DOLL…. kah kah kah…
kah kah kah… NI BELUM KIRA DATANG DARI SEBERANG…DARI SIAM…DARI BURMA… kah kah kah..
woit… KUNCI DISINI… IALAH … RASUAH…kah kah kah..
kah kah kah…. BANYAK SANGAT RASUAH… SAMPAI VISA DAN PASSPORT DAN KAD PENGENALAN PUN BOLEH DI BELI….kah kah kah..
woit… JANGAN LAAA BUAT BUAT TERPERANJAT….kah kah kah..
kah kah kah... JANGAN BUAT SANDIWARA...kah kah kah..
kah kah kah…BERLAKON TEPERANJAT... MACAM DUDA ANAK LIMA...kah kah kah..
kah kah... LEPAS BERSANDING .. TERPERANJAT BUAT BUAT TAK TAHU APA ADA DALAM BRA... kah kah kah…
APA KHABAR KJ?
APA SUDAH JADI DENGAN MENANTU INI ?
EXCO PEMUDA NAFI DESAK KHAIRY LETAK JAWATAN – berita hairan
Naib Ketua Pemuda Umno, Razali Ibrahim menafikan dakwaan wujud desakan daripada Exco pergerakan itu supaya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin meletak jawatan.
Razali berkata, laporan sebuah laman blog yang mendakwa dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan semula pergerakan itu diadakan dalam mesyuarat Exco, kelmarin adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya mereka mencabar semua ahli supaya melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak mampu menggalas tugas yang semakin mencabar dalam pergerakan itu.
“Apa yang berlaku, masing-masing dahagakan peranan untuk meningkatkan kerja dalam parti dan apa yang dinyatakan mungkin disalah tafsir dan diguna pihak tertentu yang berkepentingan.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…. KAH KAH KAH….APA SUDAH JADI?..kah kah kah..
woit… APA SUDAH JADI DENGAN MENANTU ….kah kah kah..
woit… KALAU DI NAFIKAN… ERTINYA BETUL….kah kah kah…
kah kah kah….KENA MENYULUDUP PASIR LAAA NANTI…kah kah kah
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT
SI COMEL LOTE
ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?
Tarikh: 29 Januari 2010
Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?
Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
E – UNDI = E – KELENTONG - MAHASISWA BANGUN MELAWAN
MUSNAHKAN E-KELENTONG
PELAJAR UKM DI TANGKAP
E-UNDI = E - KELENTONG
POLIS DALAM KAMPUS UKM
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UM DI GANTUNG - mStar
Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) yang julung kali menggunakan e-undi digantung sementara waktu sehingga siasatan mengenainya selesai dijalankan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan.
Naib Canselor UM, Profesor Dr Ghauth Jasmon hari ini membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan selama tiga jam dengan wakil kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang sebelum itu berhimpun di depan bangunan Canselori membantah keputusan pilihan raya kampus yang dimenangi barisan Pro-Aspirasi (Pro-A).
Malah, beliau berjanji akan menyiasat aduan tersebut secara terperinci.
KAH KAH KAH
woit… TERBUKTI E-UNDI INI MENIPU…kah kah kah..
woit…MAHASISWA DIJADIKAN TIKUS CUBAAN… kah kah kah..
woit… INI BARU TESTING E-UNDI…. kah kah kah…
kah kah kah… NAMPAK MENIPU…LEPAS NI NAK PAKAI DI PILIHANRAYA UMUM….. kah kah kah
woit… INGAT… SIAPA JAGA SERVER… DIA MENGAWAL UNDI…kah kah kah..
nota:
tukar tiub minta maaf
tersalah lapor. di ukm cara mengundi
masih cara lama bukan e-undi. bantahan berlaku
bukan kerana e-undi tetapi kerana sengaja undi
dilupuskan. kiraan pertama pro mahasiswa dapat
kemenangan cemerlang. tapi bila sampai ke tnc
undi berubah. itu pasal mahasiswa naik bengang kah kah kah
nota:
pelajar yang ditahan semua telah dibebaskan
salut untuk anak muda yang berani !
TINDAKAN DISPLIN TERHADAP KU LI ?
KU LI PENERANGAN MINYAK DAN KELENTONG GEROMBOLAN
MELAUT WARGA KELANTAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK - MENDENGAR UCAPAN KU LI
UMNO TELITI TINDAKAN PADA KU LI - malaysiakini
Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.
Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.
.
"Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.
"Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam mana pun kita akan bincang perkara ini," tambahnya lagi.
KAH KAH KAH…
woit…. KU LI KENA DISPLIN PULAK… kah kah kah..
kah kah kah… ZAMAN INI SEMAKIN RAMAI YANG KENA DISPLIN…kah kah kah…
kah kah kah… DALAM PKR ADA GEROMBOLAN… kah kah kah..
kah kah kah… DALAM GEROMBOLAN ADA PAKATAN….kah kah kah..
woit… KALAU MACAM INI KENA GONCANG DADU SEKALI LAGI…kah kah kah..
woit… KALAU MACAM INI TANGGUK DAN TAPIS SEKALI LAGI…kah kah kah..
kah kah kah… BANYAK NAK TUKAR RUMAH…. kah kah kah
SAYA BERHAK BERSUARA - TENGKU RAZALEIGH - melayau
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.
“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.
“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.