Rabu, 3 Mac 2010
GURU YANG BER REFORMASI
KALAU TIDAK ADA MEREKA - KITA TIDAK AKAN BERADA DI SINI
PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI – laman reformasi
PULAU PINANG - 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.
Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?
“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”
“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.
Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.
Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.
“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.
Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan. Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.
“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.
Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.
“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.
Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.
“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.
BERITA BAIK UNTUK SATU MALAYSIA
TIBAI JANGAN TAK TIBAI
BERBALAH DENGAN NAJIB, PORTAL MUHYIDDIN TUTUP - Free Malaysia Today
Persaingan politik antara kem Muhyiddin Yassin dan bos beliau Najib Razak dilihat semakin meruncing apabila laman web Muhyiddin itu ditutup sejak seminggu lalu, selepas dilancarkan baru dua bulan.
Laman sesawang rasmi milik Muhyiddin, www.my-malaysia.com.my, ditutup tanpa sebarang notis setelah ia dilancarkan pada Idealisme Generasi Muda di Angkasapuri, 30 Januari lalu.
Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat Muhyiddin mendakwa portal tersebut mengalami masalah teknikal dan mendakwa ia akan diaktifkan semula dalam “sedikit masa.”
Namun “kehilangan” laman web itu tetap menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena antara Najib dan Muhyiddin.
Beberapa pihak beranggapan portal itu samada diarah tutup oleh pihak tertentu dalam Jabatan Perdana Menteri atau digodam oleh pihak upahan kem pro-Najib.
Portal yang membawakan tema “MY Malaysia – Muhyiddin Yassin Untuk Malaysia” itu membawa aspirasi dan buah fikiran orang nombor dua dalam kerajaan itu.
Namun beberapa pihak di dalam dan luar Umno melihat isi pandangan Muhyiddin itu bercanggah dengan konsep-konsep yang dicanang oleh Najib menerusi slogan Satu Malaysia.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan laman web Muhyiddin dilenyapkan akibat “dua pemimpin itu
mempunyai pandangan berbeza dan ingin membawa dasar masing-masing dalam pentadbiran negara.
“Perkara ini sudah diduga awal kerana Najib dan Muhyiddin “tidak boleh bertemu muka”. Mereka dilihat tidak seiring dalam banyak perkara.
Kelompok Muhyiddin tidak senang dengan monopoli kumpulan Najib dalam membuat keputusan dan ini dilihat beberapa kali apabila Muhyiddin bercanggah pendapat dengan Najib,” kata beliau.
Abdullah Sani beranggapan perpecahan dalam Umno dan Barisan Nasional sudah mencapai tahap kritikal dan rakyat hanya menunggu masa untuk melihat pemberontakan besar-besaran oleh kem Muhyiddin terhadap Najib.
“Kem Muhyiddin tidak berpuas hati terhadap banyak perkara. Contohnya isu Ku Li dan royalti minyak di mana amaran diberi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu datang daripadad Muhyiddin bukannya Najib,” kata beliau lagi.
Keretakan yang melanda Umno-BN semakin jelas kata Abdullah Sani sambil menambah Muhyiddin dan Najib “tidak boleh duduk sekapal”. Najib dan Muhyiddin dilihat tidak sebulu sejak era mereka berdua bersama dalam Pergerakan Pemuda Umno lebih dua dekad lalu. Ketika itu Najib menerajui Pemuda Umno sementara Muhyiddin sebagai Exco kanan.
“Muhyiddin menganggap beliau exco paling kanan dalam Pemuda Umno ketika itu dan merasakan tidak perlu tunduk kepada Najib yang lebih muda dan “junior” dalam politik.
“Jadi antara beliau dengan Najib sentiasa ada perasaan tidak senang sehinggalah apabila beliau menjadi timbalan kepada Najib,” kata Abdullah Sani lagi.
Pertelagahan antara Najib dan Muhyiddin telah hangat diperkatakan dalam blog serta laman web politik sejak Ahli Parlimen Pulai itu menyandang sebagai timbalan dalam kerajaan dan parti.
Muhyiddin dianggap bercita-cita tinggi dalam politik dan ramai menjangkakan Timbalan Presiden itu akan mencabar Najib untuk jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 2011 nanti.
KAH KAH KAH...
woit.... INI BERIA PALING BAIK UNTUK SATU MALAYSIA ....kah kah kah..
kah kah kah.... TIBAI JANGAN TAK TIBAI.... kah kah kah..
kah kah kah.... REMBAT JANGAN TAK REMBAT.... kah kah kah...
woit.... SATU MALAYSIA CUKUP SUKA HATI... kah kah kah...
nota:
kalau mengikut ajen risekan nampaknya
malikul sembab telah mendahului mat mongol
ini kerana isteri sembab tidak segempal suami
mat mongol kah kah kah..
ertinya kalau malikul pindah ke putrajaya
tak perlu beli katil besi baru kah kah kah
PROJEK TIPU MELAYU
ADAKAH IKAN INI YANG DIJUAL DI PASAR
BAHAYA BEKALAN IKAN IMPORT BERKURANGAN : NOH - melayau
Noh Omar hari ini memberi jaminan bahawa bekalan ikan di pasaran mencukupi kerana hanya bekalan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia sahaja yang berkurangan.
Sambil meminta pengguna tidak panik, beliau berkata, mereka mempunyai pilihan untuk membeli ikan tempatan kerana Malaysia menghasilkan 70 peratus bekalan ikan segar dan bakinya diiimport dari negara jiran.
"Hari ini, memang tiada bekalan ikan segar diimport dari Indonesia ekoran pengimport dan pemborong ikan enggan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) kerana berpendapat penggunaan KIBFG akan meningkatkan kos sekali gus menaikkan harga ikan di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke Pasar Borong Kuala Lumpur bersama-sama anggota penguat kuasa Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) awal pagi ini.
Noh berkata, sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan.
Menurutnya, penggunaan KIBFG diperkenalkan sejak 2006 dan ia akan dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat mulai hari ini sehingga 1 November tahun ini dan bukannya dibuat secara mendadak.
KAH KAH KAH...
woit.... TAK JELAS KENAPA MESTI PAKAI KOTAK BERINSULASI... kah kah kah...
woit.... SELAMA KINI.... IKAN YANG DI MAKAN .... TAK ADA MASALAH...kah kah kah...
woit... KENAPA NAK BAGI ORANG RAMAI SUSAH SEKARANG.... kah kah kah...
woit... NAK BAGI ORANG RAMAI SUSAH KERANA SOKONG PAKATAN RAKYAT KE ?..kah kah kah
woit.... KALAU KOTAK BERINSULASI INI BAIK UNTUK KESEHATAN ORANG RAMAI.... KENAPA HOSPITAL DI SWASTAKAN..... kah kah kah
woit... KENAPA KENA BELI KOTAK INI DARI SATU KEDAI SAJA ...kah kah kah...
woit... APA FASAL TAK BOLEH BELI KEDAI LAIN.... kah kah kah...
woit.... INI SYARIKAT KRONI KE ?.... kah kah kah...
AJAR ANAK SENDIRI DULU
TAK PAYAH BAKAR JEMBATAN - CAKAP DULAK DALIK
RAIS : GREEN DAM TIDAK WUJUD SEKAT INTERNET - malaysianinsider
Rais Yatim berkata kerajaan tidak akan menyekat pengaliran maklumat di internet tetapi berharap agama dan budaya akan dijadikan panduan dalam memanfaatkan kebaikan penggunaannya.
Beliau berkata kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang di tahap maksimum sebagai usaha menyekat unsur-unsur negatif yang disebarkan menerusi media baru terutama internet.
Katanya kerajaan tidak akan mengambil tindakan seperti China yang bercadang mewujudkan “Green Dam” sebagai langkah menyekat kemasukan unsur-unsur negatif dalam internet.
“Kita tidak ada buat sedemikian. Tinggal lagi kita pohon supaya agama kita, budaya kita digunakan sepenuhnya untuk menentukan kebaikan kita.
“Di samping itu, saya akui bahawa penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 digerakkan ke paras maksimum,” katanya dalam rancangan bual bicara “Soal Jawab” terbitan TV3 malam tadi.
Dia berkata kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan latihan-latihan tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan.
Rais berkata masyarakat negara ini tidak boleh menerima sesuatu yang disiarkan oleh media baru bulat-bulat.
“Seperti yang saya katakan tadi kita sedang membina satu tamadun, budaya kita. Kita sini di tanah air kita, Singapura dengan cara mereka, Thailand dengan cara mereka.
“Jadi kita sekarang sedang didatangi dengan Facebook, Twitter, kita tidak marah, tapi di mana sifat-sifat tempatan kita untuk kita masukkan dalam Facebook... bagaimana pula pihak-pihak di Eropah dan Amerika Syarikat menyerang kita dengan cara halus mereka, apakah kita tidak terfikir soal itu.
“Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji al-Quran. Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik,” katanya.
KAH KAH KAH...
woit.... TAK PAYAH CAKAP BANYAK BANYAK LAAA... kah kah kah..
woit.... ANAK YANG ENTOT ENTOT LARI.... DAH JUMPA KE ?.... kah kah kah..
woit... JANGAN NAK CAKAP BUDI BAHASA LAAAA.... AJAR ANAK SENDIRI JANGAN ENTOT ENTOT LARI.... kah kah kah...
woit... TAK PAYAH CAKAP BANYAK LAAA.... HENTIKAN RASUAH DULU...kah kah kah...
woit... TAK PAYAH BAKAR BAKAR JAMBATAN.... ALTANTUYA SIAPA SURUH BUNUH.... kah kah kah..
woit... TAK PAYAH CAKAP BUDI BAHASA.... KUGAN KENAPA MATI... kah kah kah..
kah kah kah.... BUDI BAHASA APA?.... TAN BENG HOCK MATI PASAL APA?... kah kah kah
woit... TAK PAYAH CERITA HAL MENGAJI QURAN... 12 BILION HILANG DI PKFZ KENAPA TAK SIASAT.... kah kah kah
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
SEMUA BOLEH DI JUAL BELI DALAM SISTEM EKONOMI KAPITALIS
ADA DALANG JUAL ORGAN RAKYAT MALAYSIA KE LUAR NEGARA : KDN – berita hairan
PADANG BESAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan wujud kegiatan menjual organ membabitkan mangsa rakyat Malaysia ke luar negara.
Ketua Setiausaha kementerian, Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata kebanyakan mangsa yang dilaporkan adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
"Mereka ini ada yang diculik dan dibawa ke negara asing sebelum organ mereka dicuri dan dijual kepada yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran kempen Anti Pemerdagangan Manusia di sini hari ini.
Beliau yang tidak mendedahkan tahap keseriusan kegiatan itu berkata ada juga mangsa yang diperdaya untuk menjual organ mereka di negara asing tetapi tidak dibayar seperti dijanjikan.
"Penjualan organ ini yang berlaku sama ada dalam bentuk paksaan, tidak sedar atau dalam keadaan sedar adalah salah dan tertakluk kepada Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.
KAH KAH KAH..
nota:
dalam sistem ekonomi kapitalis
apa boleh jual akan di jual
apa boleh di beli akan di beli
yang penting untung dan dapat
buat duit.
dalam ekonomi sosialis
yang penting kebajikan umum
bukan keuntungan
perniagaan sosialis bukan untuk untung
tapi untuk kebajikan
hospital di negatra sosialis adalah percuma
bukan untuk buat untung
dalam negara sosialis manusia TIDAK akan
didagangkan.
ALIH TIANG GOL
INI TIANG GOL UNTUK PAKATAN - MUSTAHIL UNTUK DI JAGA
UMNO BELI AP UNTUK PERSEMPADAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA – harakah daily
Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.
Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara membuat kawasan baru.
Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.
Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.
Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui sempadan baru.
KAH KAH KAH....
woit.... DULU WILAYAH DAN KAWASAN BANDAR DI PECAHKAN.... kah kah kah..
kah kah kah... UNTUK PASTIKAN PEMBANGKANG KALAH....kah kah kah..
kah kah kah.... SEKARANG SEMUA KAWASAN BADAR DI MENANGI OLEH PAKATAN.... kah kah kah
woit.... DULU GEROMBOLAN PASTIKAN TAK ADA KAWASAN 80 PERATUS MELAYU.... KALAU ADA INI AKAN JADI LUBUK PAS.... kah kah kah..
woit...GEROMBOLAN BUAT KAWASAN 60 PERATUS MELAYU.... 40 PERATUS BUKAN MELAYU..... kah kah kah...
kah kah kah.... TUP TUP ... KAWASAN INI SEMUA JADI PKR COUNTRY.... kah kah kah...
kah kah kah... NI NAK ALIH LAGI.... kah kah kah..
nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
pasti pilihanraya telah lama di haramkan kah kah kah