Sabtu, 6 Mac 2010
ESOK MALAM TIBAI GEROMBOLAN EEE DI PULAU PINANG
SEMUA YANG SYIOK NAK TIBAI GEROMBOAN EEE DI JEMPUT DATANG !!!
nota:
kenapa gerombolan eee suka berarak?
kenapa gerpombolan eee nak jadi lebih melayu dari melayu?
kenapa kita panggil eee dan buakn xxx kah kah kah
SEMUA DI JEMPUT DATANG - anak sungai derhaka
100 keping Banner kami dah naikkan di simpang-simpang jalan dari Pulau hingga ke Seberang Perai di Tanah Besar.
50,000 keping Handbill pun dah diedarkan kehampir seluruh Masjid-Masjid di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai.
SMS dan e-mail juga telah dikirim, YB Sim pun dah update dalam facebook nya.
Permit perhimpunan pun dah dipohon dan juga telah diluluskan oleh pihak Polis.
Kebenaran menggunakan Tapak Ekspo Seberang Jaya pun dah diperolehi segala persiapan akan kami uruskan esok malam.
Anil Netto dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi juga telah bersedia untuk membuat liputan secara live.
Sound System terbaik di Pulau Pinang pun dah bersedia dan akan dipasang pada petang Ahad ni bersama dengan 2 screen untuk projector.
Unit Amal, Unit Ehsan, Team Amal dan UKP (Unit Keselamatan Parlimen) telah dikerahkan untuk membantu melancarkan program.
Semua itu kami buat untuk menyambut kehadiran kehadiran Pejuang-Pejuang Bangsa Melayu yang sangat prihatin dengan nasib masyarakat Melayu Pulau Pinang ini.
Kami lakukan untuk menyambut Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan yang telah mengoyak surat jemputan kami hari itu dan menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri.
Kami lakukan juga untuk menyambut Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang yang telah mengatakan dia tidak mahu melayan cabaran dari 'ikan bilis' macam kami ini.
Juga kami telah sediakan kerusi yang empuk buat Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung biar dia selesa bila berbicara.. walaupun katanya dia hanya mahu berdebat dengan Guan Eng Ketua Menteri kami..
Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan.
Gelanggang buat korang bertiga menunjukkan kepada Rakyat Pulau Pinang, orang-orang Melayu khasnya betapa gigihnya korang memperjuangkan Nasib Melayu Pulau Pinang.
Tiada apa yang perlu anda bertiga bawa kecuali otak yang telah terpahat dengan hujjah yang membuktikan bahawa Melayu Pulau Pinang memang dipinggirkan dan juga telur korang.. itupun kalau anda bertiga mempunyai telur.
Gelanggang untuk DEBAT PERDANA 2010 yang akan berlangsung pada 7 Mac 2010 ini.
KAH KAH KAH
woit... TIBAI JANGAN TAK TIBAI... kah kah kah..
woit... PUKUL HABIS PADA GEROMBOLAN JENIS EEEE.... kah kah kah
KETAWA PETANG SABTU
TOLONG JANGAN BOCORKAN RASHIA INI !
GURU PENDIDIKAN SEKS PERLU LATIHAN SUPAYA PROFESIONAL – melayau
Guru pendidikan seks perlu latihan khas supaya mereka profesional dalam bidang berkenaan jika cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah menengah mahu dilaksanakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Fatimah Abdullah berkata, pendidikan seks menyediakan bimbingan kepada generasi muda terutamanya dalam pergaulan yang membabitkan perkara-perkara seumpama itu.
Menurutnya, beliau berasa sudah tiba masanya pendidikan seks disediakan kepada para pelajar sekolah kerana generasi masa kini membesar dewasa dalam persekitaran yang berbeza serta lebih terbuka.
''Generasi muda sekarang bebas serta terdedah kepada banyak perkara berbanding pada zaman dahulu.
''Bagaimanapun, menyampaikan pendidikan seks bukan satu perkara yang senang, maka ia memerlukan para guru khas dan profesional kerana ia menuntut emosi dan perasaan," katanya di sini kelmarin.
Beliau diminta mengulas mengenai sama ada guru-guru di negara ini masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek berkenaan.
KAH KAH KAH..
woit... KESIAN CIK GU CIK GI KITA....kah kah kah...
kah kah kah.... KURANG LATIHAN PROFESIONAL....kah kah kah...
kah kah kah... BUKALAAA WEB PA CHU CHENG....kah kah kah..
woit....BANYAK ILMU BOLEH DI CARI ....kah kah kah..
woit.... YANG DI BAWAH INI.... KES APA PULAK? ...kah kah kah...
PELATIH PLKN LAPOR POLIS DAKWA DICABUL – berita hairanl
TAPAH: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Sentosa Chenderiang, dekat sini, membuat laporan polis mendakwa dicabul seorang petugas perubatan di klinik kem itu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mendakwa ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit perut.
“Ketika mendapat rawatan, mangsa mendakwa suspek dengan sengaja menyentuh bahagian sulitnya tetapi mangsa menolak tangan suspek.
KAH KAH KAH...
woit.... INI MALAON SAKIT JIWA... kah kah kah..
kah kah kah... INI SAKIT TARAAAK KUMAN... kah kah kah...
woit... SESIAPA SEDANG MENGHADAPI TEKANAN SEXUAL MACAM INI... HANYA ADA SATU UBAT...kah kah kah..
kah kah kah...SURUH MALAON INI TENGOK MUKA BIK MAMA.... kah kah kah..
kah kah kah... JAMIN KES SETTLE.... kah kah kah
RASHIA KOTAK SUDAH BOCOR
UNDANG UNDANG BARU - TAK BOLEH PAKAI SELUAR PENDEK DAN MESTI PAKAI KASUT DOC MART BUTANG16
PARTI GERAKAN DAKWA KOTAK SYARIKAT KRONI – berita hairan
Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong telah membuat laporan kepada SPRM tentang kes pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong yang pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat, seperti laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.
Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.
Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.
Katanya, syarikat yang dimaksudkan Lai mungkin menjurus kepada KF Marketing iaitu sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen tunggal pada 2006 ketika penggunaan KIBFG diperkenalkan dan pengilang Ace Rotor Moulding Sdn Bhd sebagai pengilang tunggal.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengilang ditambah menjadi tiga selain pengimport boleh membeli terus kotak itu di pasaran sebaik kementerian mahu melaksanakan arahan penggunaan KIBFG.
Noh berkata, pemilik saham dalam KF Marketing terdiri daripada Gabungan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Majuikan dengan 30 peratus saham, Konsortium Pasar Borong Selayang serta gabungan Persatuan Nelayan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan (15 peratus) manakala Ace Rotor Moulding, 10 peratus.
Sementara itu, SPRM membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan berhubung isu penggunaan KIBFG yang pembekalannya dikatakan dimonopoli sebuah syarikat.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, tindakan susulan sudah diambil pihaknya untuk memulakan siasatan dengan terperinci berhubung isu itu.
KAH KAH KAH...
woit... BETUL TAK ?... INI KUNTAU MUNTAU DALAM HAL KOTAK INI...kah kah kah..
woit.... GEROMBOLAN SAMA CUKONG SEDANG GADUH... kah kah kah...
woit... PROJEK KOTAK INI MACAM CARA NAK CARI DANA KERANA NAK TAWAN SELANGOR....kah kah kah..
kah kah kah... INI PROJEK MALAON NOH OMAR MUSUH TOYO...kah kah kah
woit...PELIK SATU SYARIKAT DI KATAKAN TAK ADA PEMEGANG SAHAM....kah kah kah..
woit...PELIK... TAK ADA LEMBAGA PENGARAH... kah kah kah..
woit... MODAL DARI MANA?.... kah kah kah..
woit... SIAPA YANG MENGURUSKAN?....kah kah kah..
woit.. CUKUP LAH... HENTIKAN LAAAA PROJEK MENIPU MELAYU INI....kah kah kah
PAGI AHAD DI SHAH ALAM
MARI BERSAMA MERAYAKAN ULANG TAHUN GERKAN ANTI PPSMI
PADA 7hb March 2010
HARI AHAD
TEMPAT : Auditorium, Muzium Selangor.
MASA : 8.00 - 12.00 tengah hari
semua dijemput hadir - kita merayakan
perjuangan kita sesama sendiri
PETANG SABTU INI DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM - JAM 5.00
Maka dengan itu, kami dengan berbesar hati menjemput anda ke Pekan Frinjan 9.0 pada 6hb Mac 2010, hari Sabtu, jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor (sebelah Plaza Alam Sentral)
Pemuisi, pemain teater dan pemuzik yang akan membuat persembahan.
Persembahan akan bermula pada jam 8.30 malam
AKISTIK:
Bottlecapt Zalila Lee Farah Saad Shh..Diam! Mei Chern Beeha feat Zuzu
Maleena Saisoku Monophone Ili Syazwani
KATA LAUNG:
Nurul Shmurul Cici Suleiman Aisyah Baharuddin Intan Suzana Ahmad Aleya Ariana
Marini Rafar Dila Raden feat Faiz
TEATER: Mana Teater
Monolog dari Dira Abu Zahar
dan buku puisi catatan Fared Ayam akan muncul pertama kali di sini
di samping Gondol
Gerai-gerai jualan buku, t-shirt dan barang-barang seni lain dari penggerai anak-anak muda juga akan turut memeriahkan suasana dari jam 5 petang
SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
BERSAMA TURUN KE JALAN RAYA
KASI BERSIH SEKALI LAGI
ISU ROYALTI MUNGKIN KE JALAN RAYA – SALAHUDDIN – harakah daily
Keengganan kerajaan Najib Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.
"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.
KAH KAH KAH...
woit.... BETUL... SATU MALAYSIA SOKONG.... kah kah kah...
woit... GEROMBOLAN MAHU ISU ROYALTI DI BAWA KE MAHKAMAH...kah kah kah..
kah kah kah... BILA KE MAHKAMAH.... GEROMBOLAN ARAHKAN TAK BOLEH BINCANG DI LUAR MAHKAMAH... kah kah kah...
kah kah kah... MAHKAMAH DIA PUNYA.... kah kah kah..
woit... JANGAN JADI BODOH... IKUT CAKAP GEROMBOLAN...kah kah kah..
woit.... KITA BAWA KE JALAN RAYA... kah kah kah...
kah kah kah... JALAN RAYA RAKYAT PUNYA.... kah kah kah..
kah kah kah... JAMIN GEROMBOLAN NGELABAH....kah kah kah
NEGARA KITA SUDAH TEROK - MUFTI PUN KELENTONG
SEMUA KELENTONG - SEMUA MENIPU
AHMAD AWANG DAKWA MUFTI PERAK TOKOK TAMBAH CERITA – malaysiakini
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.
Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.
"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
KAH KAH KAH...
woit... NEGARA INI INI BETUL BETUL SUDAH TEROK... kah kah kah..
kah kah kah... KALAU MUFTI SUDAH PANDAI CHONG... kah kah kah..
kah kah kah.... APA AKAN JADI KEPADA YANG BUKAN MUFTI....kah kah kah...
woit... HANCUR NEGARA INI.... kah kah kah..
TOLONG JANGAN IKUT CAKAP MAHFUZ
BERDIRI DI LUAR TINGKAP
PAS CABAR MUFTI PERAK TERJUN POLITIK JANGAN PELEKEH PAKATAN - malaysianinsider
PAS mencabar Mufti Perak Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.
“Saya mencabar Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).
“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.
Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.
KAH KAH KAH...
woit... KESIAN DENGAN MUFTI INI...kah kah kah..
woit... APA LAH SI MAHFUZ INI.... MINTA MUFTI INI TERJUN... kah kah kah..
kah kah kah... MUNFTI INI SLOW SIKIT....kah kah kah..
kah kah kah... NANTI MUFT INI TERJUN DARI TINGKAP SIAPA NAK SAMBUT....kah kah kah....
kah kah kah... KALAU IBRAHIM ALI TAK APA BOLEH MELONCAT...kah kah kah
POLITIK SURAT NIKAH
SURAT KEBENARAN UNTUK BUKA KAIN DAN BUKA SELUAR
KHAIRY: PENGEKALAN ANWAR SEBAGI KETUA PEMBANGKANG AKAN BAWA MASALAH KEPADA PR - malaysianinsider
Pengekalan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin (gambar).
Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.
KAH KAH KAH...
woit... BETUL KE APA KATA MALAON OXPOT NI .. kah kah kah..
woit... TAPI MALAON INI SENDIRI ... NAK KENA BUANG...kah kah kah..
woit... MALAON INI SENDIRI... TANK OXYGEN NAK HABIS...kah kah kah..
kah kah kah... SIJIL SURAT NIKAH MALAON INI SUDAH TAK LAKU...kah kah kah..
kah kah kah... MALAON INI JAGA RUMAH ORANG...kah kah kah...
woit... MALAON INI SEDANG JADI MASAALAH KEPADA MAHAFIRAUN... kah kah kah
kah kah kah.... MALAON INI SENDIRI NAK KENA TENDANG KELUAR...kah kah kah..
kah kah kah.... TUNGGU MASA SAHAJA... kah kah kah