Sabtu, 13 November 2010
WASAPADA !
JAGA JAGA PERTUNJUKKAN SILAP MATA
nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah !
tak perlu cakap apa apa kah kah kah
KETAWA SEKARANG SEBELUM KETAWA DI HARAMKAN
GEROMBOLAN AJAK MAIN BOLA - PADANG SUDAH SEDIA !
PADANG MAIN BOLA PRU 13 TELAH SEDIA
nota:
refree orang gerombolan
penjaga garis dibayar gerombolan
satium milik gerombolan
tarikh di tetapkan oleh gerombolan
masa di tetapkan oleh gerombolan
nah ! padang pun dah sedia kah kah kah
UNDI POS: PEMUDA PAS MASIH PERCAYA DEMO – mkini
Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.
Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.
"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?
"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.
Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Ambiga Sreenevasan.
nota:
dasar pemuda pas ini tepat dan betul
tidak ada jalan lain hanya ke jalan raya
kalau orang degil perlu di herdik
kalau tak dengar juga perlu di tempeleng
semua rancangan telah, sedang dan akan dibuat
semuanya untuk memastikan gerombolan dan suku
sakatnya menang - padang bola berat sebelah telah
disediakan:
undi rela sedang diatur untuk jadi undi pos
undi isteri juga akan menjadi undi pos
bangla , indon, myamar, vietnam sedang mendaftar
secara senyap senyap nama di alaih ke tempat lain
tolong jangan mimpi pru 13 akan membuat apa apa
perubahan – kalau pilihanraya ini boleh mengubah apa apa pilihan raya ini telah lama di haramkan.
FATWA MAT BISUL
MAT BISUL
ANWAR SATU BEBANAN – ZULKIFLI NOORDIN - melayau
Anwar Ibrahim perlu akur dengan desakan supaya beliau segera berundur daripada dunia politik tanah air kerana Ketua Pembangkang itu bukan lagi seorang pemimpin yang relevan sebaliknya lebih merupakan liabiliti kepada rakyat dan negara.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, permainan politik Penasihat PKR itu didapati semakin hari semakin berbahaya khususnya kepada kestabilan negara.
Beliau pada masa sama turut meminta Anwar segera bertaubat mengambil kira usianya yang disifatkan sebagai 'zon maut' itu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… MAT BISUL INI CUKUP HEBAT…. kah kah kah…
woit… MAT BISUL TAHU…MONGOLIAN SIPLIS BOLEH TAHAN LAMA…. kah kah kah…
kah kah kah… MAT BISUL PERLI MAT MONGOL YANG DALAM ZON MAUT… kah kah kah..
kah kah kah… MAT BISUL INI HEBAT… BERCAKAP TENTANG ANWART…TAPI MENEMBAK MAT MONGOL… kah kah kah..
woit… INI POLITIK NAMANYA… TEMBAK KIRI YANG MATI DI KANAN…. kah kah kah
nota:
yang pasti maut kalau pakatan
mentabir negara ialah zul nordin
majlis peguam telah menerima
laporan tentang bagaimana malaon
ini telah membuat cap mohor spr
untuk backdated laporan keewangan
pilihanraya 2004 dimana malaoan ini
tidak hantar kah kah kah
DASAR DAN TINDAKAN BETUL
BERSEDIA DAHULU SEBELUM TENGGELAM
GUAN ENG ARAH HENTI KERJA LANDASAN BERKEMBAR, BIMBANG BANJUR - melayau
Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengarahkan MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.
"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan,” katanya.
Guan Eng berkata, arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa dengan serta merta dan wakil daripada MMC-Gamuda JV seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan negeri untuk berbincang tentang syarat baru itu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… INI BARU SATU TINDAKAN TEPAT… kah kah kah..
kah kah kah… INI NAMA NYA RAKYAT DIDAHULUKAN… kan kan
kah kah kah… RAKYAT DI DAHULUKAN… ANAK RAJA GOPAL DI KETEPIKAN…. kah kah kah..
kah kah kah ...RAKYAT DIDAHULUKAN…. BUKAN BAJIR DI GALAKKAN…. kah kah kah..
woit… RAKYAT DI DAHULUKAN… BUKAN CUKONG DIDAHULUKAN…. kah kah kah
woit… JANGAN CAKAP SAJA RAKYAT DIDAHULUKAN… TAPI RAKYAT TENGGELAM MATI LEMAS…. kah kah kah
nota:
buat perjanjian baru
ikat ketat ketat jangan
sampai tanah rakyat kena rembat
kah kah kah
nota:
tunggu esok mesti ramai
puak gerombolan meloncat mengambur
tudh kerajaan pakaran di pp sebagai
anti pembangunan kah kah kah
nota:
nak cakap lim guan eng anti melayu tak boleh
kerana yang nak diselamatkan ialah orang melayu
mungkin akan tuduh lim guan eng panggil hujan
untuk bawa banjir
dan bila ada banjir
boleh dapat simpati
kah kah kah
SURAT UNTUK PKR
SURAT TERBUKA
Puan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya ingin membuat rayuan terakhir kepada Puan demi masa depan Parti kita.
Perkembangan-perkembangan mutakhir di KEADILAN amat membimbang dan menyedihkan. Bukan sahaja ahli-ahli Parti, malah penyokong-penyokong kita amat hampa dengan cara pemilihan parti dijalankan.
Memang kita mempunyai niat yang murni apabila kita bercadang untuk mengadakan pemilihan terus di mana setiap ahli diberikan hak demokratik untuk memilih pucuk pimpinan.
Walaubagaimanapun, kita harus ingat, kita tidak akan dinilai dengan niat tetapi dengan hasil usaha kita. Kita mesti melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul.
Justeru, suka atau tidak, kredibiliti dan imej KEADILAN kini telah jatuh merudum. Ini merupakan satu krisis kepada Parti.
Saya faham amat sukar untuk Puan menggantung pemilihan parti yang sedang berlangsung. Tetapi, tak kira siapa yang memenangi peraduan, yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Kita semua akan rugi akhirnya. Setelah membuat pertimbangan mendalam, saya ingin membuat satu cadangan kepada Puan.
Kini, banyak keraguan telah timbul tentang integriti proses pemilihan Parti. Saya percaya kita berupaya membuktikan keikhlasan kita untuk memperbetulkan apa jua kejangalan, sama ada benar atau tidak, dengan mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan maruah KEADILAN yang telah tercalar.
Saya bercadang untuk mengambil insiden yang paling meragukan sebagai ujian litmus untuk membuktikan bahawa pemilihan Parti bebas dari kepincangan. Saya merujuk kepada keputusan pemilihan di Libaran yang mempunyai 60 peratus ahli keluar mengundi.
Jika mendapat persetujuan dari Puan Presiden, saya secara peribadi akan mendapatkan biaya untuk melantik sebuah firma audit yang profesional dan bebas untuk menyemak keputusan pemilihan di Libraan. Saya percaya ramai penyokong KEADILAN yang mengharapkan kita untuk membuat perkara yang betul akan menyumbangkan wang untuk menjalankan tugas yang mustahak ini.
Jika keputusan di Libaran disahkan sebagai bebas dari sebarang kepincangan dan salahlaku, saya akan menerima semua keputusan keseluruhan pemilihan Parti tanpa berbelah-bagi. Saya percaya calon-calon lain juga akan berbuat sedemikian. Tetapi, jika keputusan audit membuktikan sebaliknya, satu resolusi harus diluluskan pada Kongres Kebangsaan yang akan datang untuk membatalkan keseluruhan keputusan pemilihan Parti.
Kita sekarang berada di ambang yang paling kritikal dalam sejarah Parti. Kita mesti menunjukkan KEADILAN benar-benar dilaksanakan seperti dalam nama parti. Keadilan bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi mesti dilihat sebagai dilaksanakan.
Puan Presiden, Parti kini amat memerlukan tindakan dan pimpinan Puan dalam mengharungi tempoh yang mencabarkan ini.
Terima kasih.
JONSON CHONG
Keahlian No. B130001542