Rabu, 5 Januari 2011

SETAHUN KAMI MENUNGGU




TEOH BENG HOCK TIDAK BUNUH DIRI


bederailah air mata
pecahlah hati kekasih
bila berita ini sampai
kau lihatlah air mata seorang ibu
kau lihatlah air mata seorang ayah
kau lihatlah air mata seorang kekasih

kau lihatlah air mata teman teman mu

bahawa kau teoh beng hock tidak membunuh diri

lalu terbuka pintu langit
maka roh kamu pun terbanglaa
satelah setahun menunggu

terbanglah
terbang dan pergilah
bersama angin
bersama bayu
bersama sinar panas matahari
istirihatlah kamu
bersama insan insan yang jujur

maka terbukalah pintu langit
yang masih menunggu jawapan
siapakah yang membunuh kau wahai teoh beng hock

bila aku menulis warkah ini
air mata aku pun menitis
betapa sedihnya anak kau membesar
anak yang tak pernah kau temui

tujuh lautan
tujuh gunung
telah aku lintasi
ingin aku peramkan sedih ini

teoh beng hock
bila pintu langit itu tebuka
bila pintu langit menerima kau
sebelum ianya terkatup
kalihkan muka mu sekali lagi
lihat dan pandang ke bawah
ke bumi ini
ke wilayah kami
yang masih belum selamat

dipintu langit kau akan
bertemu dengan kugan francis aminulrashid
tolong sampaikan salam aku
salam setia
katakan pada mereka
janji setia yang tak putus putus
bukan hanya dengan gurindam
tapi dengan tekad bangun berjuang!

KRONER TOLAK TEORI BENG HOCK BUNUH DIRI - minsider

January 05, 2011

SHAH ALAM, 5 Jan — Koroner menolak teori mengatakan Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, didapati mati kerana membunuh diri.

“Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner Azmil Muntapha Abas.

dari malaysiakini

3.35pm: Teoh's handwriting samples were never obtained so it cannot be proved that he wrote the 'final note'; the coroner also said the MACC relied heavily upon to prove suicide on grounds that Teoh had felt guilty.

"I can only conclude that the note was authored by Teoh but cannot say it was a suicide note.

"There remains unsettled issues on the case of suicide and to find this on guesswork of unacceptable. I rule out verdict of death of suicide."



22 ulasan:

  1. Hukuman untuk orang yg membunuh tanpa hak adalah bunuh juga, kecuali keluarga mangsa beri pengampunan. Siasatlah, siasatlah sampai selesai, agar keadilan terpelihara.

    BalasPadam
  2. Agak-agak den lah Isham, sahabat kita yang jujur si teoh ni, terlalu mengantuk kerana soal siasat yang panjang oleh sprm berjalan-jalan nak keluar dari plaza masalam tu terlangkah tingkap lalu terjatuh dan terus meninggal...kalau tak pun tokeh kedai tayar basikal 'LIM TAT' kawan si Ujang yang nk duduk kat Pilah tu punya angkara...agak-agak logik tak? poning den...

    BalasPadam
  3. kah..kah..kah..makin goyanglah BN/UMNO APCO lpas ni...

    BalasPadam
  4. moga TBH mendapat keadilan yang sebenar. aku amat sedih apa punya sistem undang2 malaysia ni ..makin mundur dan lebih teruk dari zaman kerajaan melaka kuno..

    BalasPadam
  5. jadi adakah teoh ditolak oleh angin dan tiba2 terjatuh

    BalasPadam
  6. Ha ha ha ...

    Ada Anak kambing yang akan di korbankan untuk Jerung-jerung di laut ..ingat Pilihanraya Dah Dekat ..Hantu raya makin banyak ...ha ha ha..

    Apapun Takziah untuk keluarga Beng Hock dan takniah kerana di katakan Tak bunuh Diri ..bolehler collect wang insurance untuk anaknya...adious..

    BalasPadam
  7. TBH tak bunuh diri dan bukan dibunuh.
    Baca dan paham sendirilah maksud keputusan majestrit tu.
    ini sidang enquiry.
    nota yang disangka akan menolong rupanya TIDAK dan keluar setelah lama enquiry berjalan bolih jawap semua ini.tak perlu sakit kepala untuk fikir.TBH TAK BUNUH DIRI

    BalasPadam
  8. Bodoh punya makammah. Beng Hock masih lagi hiduplah. Ada orang nampak Beng Hock, Aminulrasyid dan Altantuya pergi rumah terbuka Najib raya lepas. Kalau sudah mati, takan pergi cekik orang kan?

    BalasPadam
  9. wahai encik teoh yg dihormati..
    ku harap kau dpt membalas dendam kpd sesiapa yg membuat angkara terhadap mu..dan kau harus ingat..
    Allah itu maha besar..

    BalasPadam
  10. TT,

    sebagai seorang ibu, air mata aku menitik bila membaca karangan mu.

    kalau anak lelaki aku macam gitu, kesedihan aku tak dapat di ulaskan.

    Jadi, aku paham perasaan ibu TBH.
    Amat kesian.

    UMNO/BN dah gang up dengan AG dan Coroner. Najib tak boleh kasi ahli MACC yang bertanggung jawab mati kerana kes TBH. Dia yang suruh buat.

    Itulah, pembunuh C4 makin hari makin garang. Untuk dia, kerana nak pegang kuasa, bunuh orang dah biasa.

    Aku tak tau camna si pembunuh boleh tidur nyenyak tiap malam.

    Aku tak tau camna si pembunuh fikir masa akhiratnya.

    Aku doa semoga TBH dapat keadilan.

    BalasPadam
  11. DIBUNUH TIDAK,BUNUH DIRI PUN TAK?

    Aku rasa TBH berangan mcm Mat Jenin kat tepi tingkap plaza masalam tu,kemudian dia jatuh dlm angan2nya....cuma bezanya zaman Mat Jenin belum ada bangunan tinggi,cuma pokok kelapa yg tinggi.

    BalasPadam
  12. tak dibunuh atau membunuh diri.... jadinya death cert dia tulis sebab2 kematian = sakit tua

    BalasPadam
  13. haha.. maksud keadilan pada gerombolan ialah, keselamatan terjamin walaupun kesalahan terang2 di pihak gerombolan/instrument kerajaan/kroni/anak beranak...

    maksud keadilan kepada rakyat ialah, menanggung segala apa kebejatan gerombolan tanpa banyak soal laksana menerima musibah dari Tuhan Yang Maha Esa.. bertasbih sahaja.. hahaha

    BalasPadam
  14. Brudder Hisham, just by using my primary school Bahasa Malaysia, i really liked your shair/pantun here. Just by this one shair/pantun, you have my nomination for the title of National Poet - and not some of those ball carrying types that favoured by the powers that be.
    Salam

    BalasPadam
  15. Kalau nak tahu siapa bunuh diri Ben Hok, tunggulah PR menang PRU13 dan ke putrajaya.....

    Kalau PR kalah PRU13, jangan haraplah kita nak tahu siapa bunuh diri Ben Hok.....

    Kerana ini adalah undang2 alam di malaysia!

    BalasPadam
  16. "TBH tak bunuh diri dan bukan dibunuh"

    Rupa-rupanya sia-sia aje buat inkuiri selama bertaun-taun ni.

    Apa dapat??

    eleeek!

    BalasPadam
  17. semoga si pembunuh mendapat hukuman gantung sampai arwah..!!!

    BalasPadam
  18. Kesian ke kat cina tu???Malang nasib melayu..

    BalasPadam
  19. pembunuh mesti dihukum gantung sampai arwah...!!!

    BalasPadam
  20. saya pun konfius apa maksud open verdit atau hakim yang dah pening.dr pronthip kata beng hock mati sebelum jatuh, bukan mati kerana jatuh.macamana boleh open verdit. malaysia boleh.

    BalasPadam
  21. Keputusan yang PLAY SAFE. Pooooodah

    BalasPadam
  22. TBH mati bukan dibunuh atau bunuh diri tapi nyawanya tercabut sendiri yang bersalah adalah nyawanya kerana keluar dari jasad ... kah...kah...kah pening kepala ...

    BalasPadam