Selasa, 4 Januari 2011
SULIT DAN ALAT SULIT
APA RAHSIANYA?
RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS
Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.
Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam. Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu.
Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.
Disatu tempat yang berasingan - dalam bilik tamu - di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap. Lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.
Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.
‘Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,’ lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ‘ ada sesiapa nampak Dia sampai?’ Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.
Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ‘ …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…’
‘ You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…’ Lelaki Peraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.
Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ‘ kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…’ Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.
Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesehatan si Lelaki Tua.
Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.
Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang. Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.
Labon Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi – meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.
Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan. Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.
Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung labon. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.
Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lelaki Parouk bangun dan berkata, ‘ kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….’ Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.
Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, ‘… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…’
Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ‘ mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.’
Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.
‘ Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…’ Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.
Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ‘ kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.’
Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ‘ menantu I itu okay… ’ Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.
Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.
Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ‘ apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..’
‘ Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…’
‘ Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….’
Tetiba Lelaki Botak mencelah, ‘… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.’( TT)
Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.
Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !
Tuan TT,
BalasPadamNukilan tu benar-benar berlaki tapi skrip tu ayat sendiri je kot?
Yang umNGOK sibuk nak bersatu ngan PAS atas nama PERPADUAN MELAYU nie apa kes? Kelantan tu majoriti orang MELAYU tapi kenapa royalti minyak yang boleh membantu orang MELAYU dinafikan?
Terengganu pun majoriti orang MELAYU, tapi masa PAS memerintah dulu ROYALTI minyak dinafikan.
Nak tolong MELAYU ke namanya tu?
Dah 53 Tahun MELAYU umNGOK memerintah apa dah jadi dengan MELAYU? MAKIN LAYU. Takkan nak tunggu 100 tahun kot, bukan layu lagi dah tinggal SEJARAH je la kot.
-wakleman
Betul ke perkara ni berlaku TT?...hang pakai tembak aje tak?...kalau betul...tahniah aku ucapkan...kau dapat dari mana rahsia ni?...CIA,KGB,M16,MOSSAD atau dari JIN?....kahkahkah
BalasPadamsohih ka ni?
BalasPadamkarangan yg cukup cantik hhahahha, sifat sifat diri yg terbabit mmg kena hahahhaha
BalasPadamBro,
BalasPadamPerpaduan? aku tengok umno perbuatan & pengucapan tak selari... perpaduan apa benda?
Alahai kesian ke rakyat yang betoi bendoi,lawan umno kena lokap,kana gas,kena tarik bantuan itu ini,bahkan kena bunoh di padang terap dan memali,dok tak dok gatai pemimpin pi hulur kepala bagi umno nak sembelih senang2 tu buat apa?
BalasPadamKalo lah pimpinan tu gila sangat nak jadi menteri mereka saja lah yang pergi jangan lah dok pikr yang ahli ni semurh pemimpin.
apa pon memang amat respect kat watak lelaki tua yang hebat tu.Hidup tok guru nik aziz.
cerita dongeng TT.. pandai ko karang citer..
BalasPadamTuan2, Puan2 jangan lupa....
BalasPadamOrang2 Melayu hari ni berpecah belah, gaduh sesama sendiri.... jika2 dikaji2, Tun DR M la punya angkara!!! Sekarang nasi dah jadi bubur. Bubur pon bubuurrr laaa. Sedap pe! kah kah kah kah!!!!
tukar tiub,
BalasPadamartikel-artikel yg macam ini la membezakan tt dgn blog-blog lain.
cuma, kadang-kadang aku heran dan risau, keselamatan si tuan penulis blog ini sendiri-ya lah, saidon dengki ada di mana-mana.
berhati-hati bro.
penulis sederhana muda.
AKU XDPT TANGKAP 1 JE...SAPE LELAKI BERBAJU MELAYU TU????
BalasPadamSkrip yang amat baik sekali.
BalasPadamKalao P Ramli maseh hidup..skrip ini akan di buat filem.
Jumpa dlam gelap gelap. jumpa sechara rahsia dengan alasan nak tubuh kerajaang berpaduwang.
Rahsia dah teranjaang.
aku xdpt tangkap sape ni
BalasPadam"Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang"
isamudeng,
BalasPadamKERA-jaang perpaduWang pulok doh!, mung jangang maing2 dengang nnatang KERA-jaang perpaduWang, kalu mung nnawok, memang mung bewok.
"mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa ..…"
ni ayat comel lagi power, bengong habih bila puok2 gerombolang dengor ayat nih.
geng nelayang dari kuale besut, seberang taker, dungung hingga kemamang doh tau, bab KERA-jaang perpaduWang sebagai satu pukat untok pakatang.
guane gamok Mat Said Kemamang yang bijok itu..
Di bawoh rang ikang.
bro tajuk tak ngam...
BalasPadamada sambunagm lagi tu...
hebat melayu naik jet,meeting kat bilik mewah, dari satu bilik mewah ke satu bilik mewah...
tapi takut bini, takut hilang pangkat ,kuasa dan harta dek cukung dan india.....
la lelaki baju melayu tu presideng la
BalasPadamPerkara ini benar2 berlaku, cuma tempat dan plot cerita je olahan TT. Biasala kasi best cerita ni. Apapun memang cara TT tulih ngetop. MSO dah bau cerita ni awal dan dah kluar dalam siasah pun.
BalasPadamBenda mcam ni mana boleh suruk2. Ingat suma org bodo ke.
"Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam." die ni je aku tak cam? leh bg hint lg?
BalasPadamTuan TT,
BalasPadamkelassssss..! menarik!!
aku baca sampai abis.
tapi kan, Kaita Singh tak ikut ke? sebagai wakil Selangor?
nik aziz ngaku doh...sila follow link ni....http://www.malaysiakini.com/news/152373
BalasPadamLELAKI BERBAJU MELAYU: YB TGHaji Hadi.
BalasPadamBaju Melayu kuning dengan coat hitam: YAM Yang Dipertuan Agong kita.
Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang: YB Nasarudin.
Lelaki tua: TG Nik Aziz.
Lelaki parouk:YAB Muhyidin
Lelaki botak:YAB Najib
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/37161-hadi-to-meet-nik-aziz-over-christmas-eve-unity-talk
BalasPadamLelaki Tua : Tok Guru Nik Aziz
BalasPadamLelaki berbaju melayu : Hadi Awang
Lelaki Seluar Gown : Pak Lah Badawi
Lelaki Kacak : Khairy Jamaluddin
Lelaki Hitam : er........tak pasti...
Lelaki Botak : Isteri Bik Mama
kahkahkah.....aku suka perumpamaan dodo.
BalasPadam6 watak:
BalasPadamLelaki Tua
Lelaki Berbaju Melayu Kuning
Lelaki Botak
Lelaki Paraouk
Lelaki Kacak
Lelaki Berseluar Gown
Yg lain dh tau...tp sape yg berseluar gown tu
tt ko mmg spy baiknye aku kalau tak buka tt 1 hari rasa cam tak gosok gigi kalau bleh share la lagi isu isu yang HOT yang katun lagi komikal serta high level of humor kah kah kah bila dapat jumpa ngan ko tt aku bleh percaya yang lelaki tua sound baik punye kat lelaki botak n d gang lelaki tua hanya takut tuhan dia aje orang lain dia mana takut aku sure lalaki botak n d gang menyesal jumpa ngan lelaki tua ari tu kah kah kah elok jumpa lagi lepas ni bagi lalaki botak kena basuh kaw kaw
BalasPadamkah kah kah
NOTA KAKA TT:
BalasPadamItulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.
Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !
SEMUANYA PENUH MAKNA DAN ERTI.
SEJARAH MENGAJAR KITA APA ITU SIYASAH DAN DAWLAH.
Kah kah kah...
BalasPadamBila lowbang sudah pecah maka tersipu2 la mereka2 yang terlibat di antara MALU dan KEMALUAN!!!
Lantak korang laaa...
Tapi cuba andaikan sekiranya pertemuan itu berlaku di antara PKR atau DAP dengan umno TANPA pengetahuan PAS, apa perasaan korang???
Tapi gua tetap yakin TGNA sebenarnya terperangkap dengan game lahanat2 nih.
Kah kah kah...
yg ini paling tepat:
BalasPadamLelaki Tua: NIK AZIZ
Lelaki Berbaju Melayu Kuning BERKOT itam: Hadi Awang
Lelaki Botak: NAJIB
Lelaki Paraouk: WAK SEMBAB
Lelaki Kacak: AGONG
Lelaki Berseluar Gown: PAK LAH
hihihi,
BalasPadamNi telahan aku.
Lelaki Tua - Nik Aziz
Baju Batik - Agung
Baju melayu berkot - Hadi Awg
Baju Melayu Seluar Lebar - Pak Lah
Yang Hitam - Sembab
Yang Botak - Mongul
"Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ‘ menantu I itu okay… ’ Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap."
BalasPadamPERENGGAN PALING COOL...
souldethd
aku tabik spring kat ko....ko memang blogger kegemaran aku....aku harap bertambah lagi orang yang baca TT...supaya tebukak sikit mata, otak dan jiwa....
BalasPadamko kena hentam derang ni betul2, BN ke PR ker yang mana tak betul bantai abis2...yang penting kami semua rakyat didahulukan....
idup TT....
Pak Lah pi mana pun dia tidog...zzzzz
BalasPadamCakap UMNO kuat tapi sibuk nak bersatu dengan PAS....hidung tak mancung pipi tersorong2.
UMNO dan Najib addios to you....
kalau perpaduan memang banyak pantang larang,
BalasPadammenjaga perutnya ibu bapa,menantu, abg,
apabila berdua carilah tempat ber''uang'',
agar tidak pula mencuba aksi sepak terajang,
boleh pandang-pandang,
mari pegang-pegang
duduk jangan renggang
bertambah ''uang''
jangan malu-malu
jangan segan-segan
kerna malu itu sifat orang membangkang-hahaha
kalau perpaduan jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah bini bik mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
kalau terlambat duit mu disambar buaya
boleh pandang-pandang,
mari pegang-pegang
duduk jangan renggang
bertambah ''uang''
jangan malu-malu
jangan segan-segan
kerna malu itu sifat orang membangkang-hahaha
kita sambung cerita kalau muhidin berdua bik mama ketiga
hahahah
najib dan nasa
muhidin la pendarab nafsu serakah
hai perkasa bikin perangai selamba
hati si nasa kata x apa
berani buat terima padah
kalau x sedia boleh blah
boleh pandang-pandang,
mari pegang-pegang
duduk jangan renggang
bertambah ''uang''
jangan malu-malu
jangan segan-segan
kerna malu itu sifat orang membangkang-hahaha
lyric dicilok oleh rokok gulong
kahkahkah..sapa2 nak nyanyi ka karaoke ka boleh guna lirik ni
kahkahkah
kah kah kah
BalasPadamnik aziz tidak sebodoh itu
umno suda nak runtuh
najib pun tahu umno nak rebah
advantage skrg kat PR
yg ada hanya tipu muslihat terakhir
yg ada hanya nafas terakhir umno
apa yg ditinggalkn umno
hanya org melayu dungu ..
org2 yg dibela umno
yg ada hanya perkakas semata2
Lelaki hitam bermuka ketat, muka paraouk tu, Ahmad Said kot.
BalasPadamBro TT ...
BalasPadamNice Story...wa Tabik Spring Tiga kali Ha ha ha...
Macam betul aje ...ha ha ha
Dari sumber mana TT dapat.
BalasPadamAku agak tentu dari WikiLeaks.
Komfirm selepas PRU13 Putrajaya PAS-PR yang punya.
Bukan lagi UMNO-BN yang punya.
Dan sudah tentu bukan Ahmad Albab yang punya.
pergh..selama ni aku tak pernah miss wlaupun 1 post kat tt ni tapi jarang komen..yg ni aku rasa paling lawak sehingga aku gelak terguling jatuh atas kerusi..keep up..jgn lupa sambungan bro
BalasPadambetui ke tak aku tak peduli. janji aku boleh gelak ari ni. nik aziz punya skrip paling aku suka.
BalasPadamAyat paling power...
BalasPadam‘ menantu I itu okay… ’
Har...Har...Har...
1.UNTUK APA MELAYU BERSATU? UNTUK BERJAYA DAN KAYA RAYA? TAK ADA JAMINAN MELAYU AKAN BERJAYA KALAU 'BERSATU', JGN NAK MENGARUT
BalasPadam2.SOALNYA IALAH ILMU, BUKAN BERSATU. MELAYU SUSAH BUKAN SEBAB TAK BERSATU, TAPI SEBAB PEMIMPIN YANG 'JAGA PERUT'
3. TERUK SANGAT KAH MELAYU DI MALAYSIA NI BERPECAH?? TAK KAN HANYA BERBEDA PANDANGAN POLITIK, MELAYU DIKATAKAN BERPECAH??
4. BETULKAH ORANG MELAYU AKAN BERSATU KALAU UMNO DAN PAS 'BERPADU' ?
5. SOALNYA IALAH ILMU, BUKAN BERSATU, UMNO MEMANG TAK NAK BERI ILMU PADA MELAYU, SBB UMNO MEMANG SUKA MELAYU JADI BODOH. MELAYU YG PINTAR DAN BYK ILMU DALAM POLITIK, EKONOMI, UNDANG2, DAN AGAMA, ADALAH ANCAMAN PADA UMNO.
6. JANGAN MIMPI MELAYU MAJU KALAU UMNO TERUS BERKUASA, SBB UMNO SENDIRI TAK NAK MELAYU MAJU. MELAYU KALAU NAK MAJU, BUKAN BERSATU, TAPI HARUS ADA ILMU.
7. MELAYU MISKIN JUGA BUKAN SALAH CINA. MALAH, KAUM CINALAH YANG MENYUMBANG CUKAI TERTINGGI DLM NEGARA. SEMUA ITU DIGUNAKAN UNTUK BAYAR GAJI GURU2 DAN POLIS2 BERBANGSA MELAYU. TERMASUK LAH GAJI MENTERI2 MELAYU.
NOTA:
HAK KEISTIMEWAAN MELAYIU, AGAMA ISLAM, KEWUJUDAN 9 LANUN, DAN BAHASA MELAYU SBG BAHASA MELAYU SBG BAHASA RASMI AKAN WUJUD SAMPAI BILA2.
TAK ADA ORG DAPAT HAPUSKAN. SEMUA TU DAH DILINDUNGI OLEH PERLEMBAGAAN. UNDANG2 DARURAT PUN TAK DAPAT MEMANSUHKAN PERKARA TU. BACA PERLEMBAGAAN, JANGAN MALAS BACA. KALAU MALAS BACA MEMANG TAK DPT MAJU.
KESIMPULAN: MELAYU TAK PERLUKAN MANA2 PARTI POLITIK UNTUK PERTAHANKAN HAK!
KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS HANYA AKAN MERUGIKAN PAS, MUDAH MUDAHAN TT TERUS SIHAT DAN TERUSKAN MENULIS
====================
- ANTI PEMBODOHAN -
ha..ha..ha... lawak terbaekkkkk Bro....gelak guling-guling...tapi skrip Nik Aziz wa salute.....!!!!!
BalasPadamsatu lagi pendedahan wikipetiub.......
BalasPadamLawak!lawak! LOL!!
BalasPadamSekarang baru nak sedar? Dulu bila PAS memerintah T'ganu kecoh nak ambil balik, bila Kelantan jatuh ditangan PAS tak sudah-sudah kacau. Bukan ke semuanya Islam? biarlah PAS yang memerintah.bukankah PAS pun melayu, sama-sam ISLAM? Concentrate lah saja negeri yang ada ini tidak tamak halamk semua nak conquer!!Biar jahanam dengan kau UMNO ngok!!sudah tiba masanya kau dibenam kebumi and PLEASEEEe do not surface anymore!!!
Kalau kita ikuti dengan teliti penjelasan yang dibuat oleh TGNA,kita membaca yang tersurat,tapi ada yang tersirat,tidak diluahkan.TGNA nak selamatkan muka TGHA.
BalasPadamterima kasih kepada internet (TT, of course) kerana aku dpt berita yg first hand dan cepat faham kpd isu2 semasa yg terjadi dlm negara. nampaknya tanda2 pru dh semakin hampir. sapa yg bijak dgn strategi akan menang dlm 'perang' antara yg hak dan bathil nih...
BalasPadamMuahahahaha...mmg selamber puak2 gerombolan dgn puak2 UG skali kena basuh dgn TGNA.Mmg meletup lah..haha..Itu belom lg TGNA kata " mu jange sampai ambo keluar ayat BABI...baik mu balik la.." hahaha
BalasPadamini semua zzzzzzzzzzzz punya kerja la
BalasPadamnak menyusahkan TGNA kacau daun la...
jgn harap la....
bigfish.. ko patut terima kasih dulu kat ronald reagan.. kalo tak, internet pun kita tak kenal..
BalasPadamini tt yang bitau..
TT memang pemecah berita !!!
BalasPadamgua caya sama lu lah , TT !!
"Sulit Dan Alat Sulit" - Naratif politik yg penuh sinikal. hebat bro .. Keep Up..
BalasPadamHoi TT, siapakah Lelaki Peraouk tu???
BalasPadamHoi TT, mcmana bleh bocor ni?
Hoi TT, mat kampau mana yg jadi spy ni?
Hoi TT, citer yg lu buat, mcm lu yg ada sama jer!
Hoi TT, tapi yg mcm sial adalah Lelaki Peraouk!
Hoi TT, lu mmg mcm pundek lah....buat wa pecah perut pasal Lelaki Peraouk tu mengingatkan wa pada nenek wa!
Hoi TT, Lelaki Peraouk ni....memang gedebe betul!
Piirraaah mabuk.
BalasPadamAbis kena kapur dgn TT.
TT pun sama standard dgn Penarik Beca, Tulang Besi, Aduka Taruna, Wan Ji dan seangkatan termasuk set UMNO/BN.
Kaki putar.
TT ni gila nak jadi pengarah filem besar macam Mamat Khalid tapi mana ada cukong nak taja filem dia yang sah-sah kantoi di pawagam. TT adik-beradik Dr R rambut juntai.
Ingat "Dari Jemapoh ke Manchestee" konon road movie orang muda. Itu angan-angan tak berpaksi kpd realiti.
TT ni sama tua ngan Anwar Brahim tapi tak tua-tua sebab belum kahwin. Otaknya pupus tanpa waris. Napo eh Jang? Ko ngak bisa tegang yo?
TT sendiri dah jadi ajen pecah-belah dok kutuk ajo mana-mana usaha baik yang dibuat oleh pimpinan rakyat tak kiro parti.
Nak perintah negara bukan hanya melalak macam siot aje dgn geng-geng anak muda atau demo di jalan raya aje.
TT pandai kata orang lain otak bonsai tapi otak sendiri dah berkulat.
Semua nak gah dan terror macam ada-ada masa pimpinan jumpa sesama mereka maka semua jadi nujum buat dailog itu ini .., Pooorraaah!
Hello TT dan semua mamat2 banggang yang sokong siot - korang pun sebahagian masalah jugak.
Korang tak tahu apa-apa pun.
Korang ingat sebab Malaysia dah terror bolasepak sebab pukul Indon menang Piala Suzuki. Kita memang bukan sebab kita bagus tapi sebab orang lain teruk lah.
Itu perumpamaannya.
TT & geng perasan depa kool. Memang kool ikut tafsir sendiri tapi koolot siut. Pegi tipu orang asli jual petailah bro.
Kesian bro .., hujung2 ko pun kantoi.
Isham, aku pun nak teka gak 6 watak2 tu:
BalasPadamLelaki Tua - TGNA
Lelaki Berbaju Melayu Kuning - Hadi
Lelaki Botak - Bini Bik Mama
Lelaki Paraouk - Wak Sembab
Lelaki Kacak - Nasharuddin
Lelaki Berseluar Gown - Agong ( Tak mungkin Mat Lentok sebab rumah dia bukan kat Ganu! )
Tanpa nama 16:37
BalasPadamKesian kat kau..tt glamour ko pulak susah hati..apa pun ko dah baca cerita sulit dan alat sulit sampai abis...
OK le tuu WA KAKAKA..
LELAKI TUA-TGNA
BalasPadamLELAKI KACAK-AGONG
LELAKI BOTAK-PM
LELAKI PAROUK-HADI
LELAKI GOWN-ZZZZ
LELAKI BAJU MELAYU -TPM
ape la korang teka tak tepat..haha
BalasPadamLELAKI TUA-Nik Aziz
LELAKI KACAK-Takde idea
LELAKI BOTAK-PM
LELAKI PAROUK-Muhyidin
LELAKI GOWN-Paklah
LELAKI BAJU MELAYU -Agong
korang cube tengok http://www.youtube.com/watch?v=l9Gfx1_Pr0U
silap la beb ko nak wat mcm ni...zaman cyber ni banyak jadi transparent...haha
kah kah kah....
BalasPadamhebat la bro...
tapi ada pencacai datang sibuk nak tembak lu jugak la bro...
kasi buah lipat skit bro..
nampak pencacai tegar je...
dapat kontrek cuci longkang rumah bik mama kot...kah kah kah