Rabu, 19 Januari 2011
TOYO TERPERANGKAP
TOYO DITANGKAP
KHIR TOYO BERI PROJEK RM244 JUTA -minsider
Selangor mendakwa Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.
Kedua-dua Dr Khir dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.
Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.
“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Toyo kelak.
Awal bulan lalu, Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Toyo, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.
“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.
Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.
“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.
Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.
“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
baca dan teliti
patutlah kerajaan pakatan diselangor terus dikacau
disinilah bank gerombolan
disinilah mesin atm geromolan
disinilah tabung buluh gerombolan
bila selangor diambil alih oleh pakatan rakyat
saku gerombolan kering
projek tak sampai
projek tak masuk
nota:
lihat bagaimana korupnya gerombolan di selangor
habis tanah dijual
habis tanah rakyat di gadai
habis bulu bulu orang kampong
he he he he he!!! patut lah apabila Pakatan menang 2008 Toyo suroh bahlol2 nya cepat cepat bakar dokumen dokumen tertentu takut ada bukti rasuah.Tetapi dah terlalu banyak buat salah tak sempat nak bakar semua.
BalasPadamhahaha..maka terperangkap lah toyol itu di dalam bekas buat selama-lamanya.
BalasPadamYANG INI AKU SOKONG, SALAH TANGKAP SUMBAT.
BalasPadamJANGAN SALAH KATA TAK SALAH,LEPAS NI HUSAM PULAK. MANA DIA DAPAT 4 JUTA SPONSOR ITU SYED AZIDI.
'Rakyat diingatkan supaya jangan pergadaikan masa depan dengan memilih pembangkang'
BalasPadamJual tanah, gadai tanah, lesapkan tanah kepada Toyo dan palabanang2nya boleh..??????
Mana ada 'Pejuang Melayu'. Cuma ada 'Pejuang TELAN' dan 'Pejuang PANCHUT' jer...kah kah kah
Asal sebut UMNO mesti berjuta dan berbelion banyaknya. Bil Hotel pun 100 ribunya sehari. Nak tahu ayahku merintih untuk dapatkan RM5000 hanya untuk keluarkan sebuah teksi sewa. Tanah di Johor bagaimana pula ?, khabarnya sejak zaman dahulu pun kita dah dengar. Takkan nak tunggu PR takeober baru kami tahu ceritanya. Mari kita cuba mulakan kat Tenang dulu. Lepas tu bolehlah ke Kluang, Senai dan Johor Bharu.
BalasPadamhahaha...ini semua berita palsu dari blogger yang jahat yang jahatnya adalah sejahat2 jin dan manusia...
BalasPadamorang jawa ini adalah manusia paling rajin di dunia.. mereka berasal dari tanah jawa memang terkenal rajin berusaha dan bekerja...
lihat bagaimana sifat kesungguhan orang jawa.. jika mereka menjadi orang masjid, baca quran lintang pukang pun mereka tidak akan teragak2 melantik si polan ini menjadi imam utama... walaupun makmum boleh terketawa sampai kejang urat2 perut pun, mereka tidak ambil pot dan peduli sangat.. ini menunjukkan orang2 jawa memang kental berusaha walaupun diketawakan orang ramai..
jika mereka bekerja menoreh getah, mereka akan menoreh getah sehingga menjadi jutawan dan billionaire.. lihat saja penoreh2 getah berbangsa jawa yang rata2nya berada di selangor dan johor menjadi jutawan dengan menoreh getah setiap hari walaupun hanya seluas 2 relung tanah.. apatah lagi membuka ladang kelapa sawit..
jika jawa ada klinik gigi macam khir toyol ni, bukanlah satu yang pelik jika dia menjadi jutawan.. dia akan mencabut abis gigi2 jiran dan seluruh warga negeri demi menjadi jutawan.. malah sepatutnya khir toyo ini akan menjadi lebih kaya dan lebih kaya dari sultan saudia arabiya..
bukti2 dari si faekah ini tak boleh dipakai dan tidak akan dipertimbangkan untuk dibawa ke mahkamah.. sprm dan jabatan peguam negara hanyalah akan mengambilkira bukti2 dari jabatan2 yang ada tauliah dari kerajaan saja...
ini adalah bukti dari "pakatan rakyat" iaitu hasil usaha2 rakyat yang bodoh bangang, bukan "pakatan pemimpin" umno/bn yang cerdik dan lebih cerdik kerana lulus spm, beli ijazah, copy dan print ijazah kawan/isteri dan tukar kepada nama sendiri.. walaupun korup, walaupun munafik apa kelanchow dan kuat berbohong tidak terperi, bukti dari orang yang suka berbohong ini adalah lebih afdhol-lebih terpercayai di mahkamah malingsial!!!!
patutlah kontraktor2 melayu tulen susah nak dapat tender kerajaan negeri!
BalasPadampegi lawatan tapak berduyun2. yang melawat bukan 20-30 kontraktor, tapi 100 kontraktor!
sudah lawat tapak, pastu beli dokumen tender ratus ribu RM, isi pulak anggaran kos dalam dokumen tu. dokumen tu plak hantar ke kaunter tender sebelum tarikh tutup jam 12 tghari. tender dinilai oleh jabatan. padahal itu hanyalah 'prosedur' semata2.
dalam proses penilaian tu, muncul plak 'TENDER WAHYU'. dokumen dah beli tapi tak isi anggaran harga dan tak tandatangan pun! tau2 dah keluar surat tawaran!
sekarang kerajaan pakatan ambik alih. kontraktor UMNGOK tengah 'lapar' ketika ini!
ALahaI sI LunCai..
BalasPadamhusam buat apa..sumbat la najib..
kes kapal selam xmenyelam²,kes altantuya..hahahahhaha
ke mmg najib xterlibat...wakakakaka
Siasat juga KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS) yang semasa K.Toyo dikuasai suku-sakat, kroni K.Toyo.Hahaha..sini mungkin banyak projek dan tender!!!! Untung ke KUIS ni? MAIS itu duit rakyat,duit zakat; bukan beri gaji buta,students tak seberapa! Siasat KUIS elakkan supaya orang tidak buat fitnah.....ya...Wak Denan apa khabarre..?
BalasPadam"kanasutra" sdn bhd?????
BalasPadambunyi macam laennnnn je projek dia nih???!!!
cadangan projek tu ada kena mengena dgn ahhh-filled-dah ke???
1)Bapak mertua den Jawo... dio punyo kutuk PR... tak ingat dunio...
BalasPadam2)Kawan sekerja den pun Jawo...dio punyo bodek...tak ingatkan mati agak eeeh...
Yang polik,keduo2 eehn bokeh askar (askar pencen).
3)Bokeh kawan sekolah den pun Jawo (Sg Pelek)..dio punya hangin pasal UMNO kalah kek Selangor... nk muntah den dongar..
Tapi den... sokong Cikgu Bard.
Unknown 09:52. Tangkap siLuncai sbb dier pon buat salah....Dier telah mencughi labu oghang sebelom dier teghojon dalam ayor dengan labu yg dicughinyer tu.Cughi labu pon salah juger ooii.Dalam nasi yg kiter makan tu,kadang2 ader antahnyer..Lumrah ler tuuuuu.
BalasPadam