Rabu, 23 Februari 2011

BERITA BARU MASUK




ANAK MUDA TELAH BANGUN




DARI UPM

calom pro-M yang telah menang
di univesiti pertanian malaysia
telah di batalkan kemenangan mereka.

Jam 2.30 pagi tadi mahasiswa pro-M
telah menawan bangunan pentaabiran
universiti


DARI FACEBOOK PRO-M UPM

Pro-Mahasiswa Upm:
‎5.52 am: Aktivis Pro Mahasiswa, masih lagi berada di bangunan pentadbiran. Tiada sebarang jawapan dan penjelasan daripada pihak Jawatankuasa Pelaksana. 23-02-2012


Terkini: Aktivis Pro Mahasiswa UPM, menawan pentadbiran UPM, isu pembatalan semua calon-calon Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Kesemuanya enggan berganjak, selagi tidak mendapat jawapan dan penjelasan daripada TNC HEP Fauzi Ramlan. 2.36 am/23-2-2012


8 ulasan:

  1. mahasiswa patut membuat revolusi.

    ambilalih kuasa universiti.

    tapi universiti ini, universiti milik gerombolan, bila gerombolan yang buat peraturan, semuanya akan memihak gerombolan. tak akan ada apa2 perubahan. gerombolan paling takut ialah sebarang perubahan. gerombolah sudah selesa dengan kutuanan menelan. menelan apa saja yang lalu depan mata.

    inilah demokrasi cara islam gerombolan.. islam gerombolan sahajalah yang diiktiraf Allah SWT. lain2 islam, tidak mendapat persetujuan Allah. islam lain tidak ada sijil halal. hanya islam gerombolan yang boleh dan ada sijil halal.

    BalasPadam
  2. salute tabik spring anak muda, gua pun muda dulu macam lu, cuma berlainan jurusan, sekitar penghujung 70an, dover road singapura,waduh meleleh air mata, jurong outer port limit, cagayan de oro kaohsiung shark bay geraldton kwinana ketchikan juneau tahsis tacoma longview eureka vancouver long beach san nicholas cape horn rio grande havre st pierre ceuta istanbul odessa former yugoslavia adriatic ports, vung tau haiphong ho chi minh city inchon dalian pohang yokohama waduh mas sesungguhnya indah bener dunia ciptaan tuhan

    BalasPadam
  3. aparaaa...Dengan student pun takut ke oiii... Inilah gambaran paling hampir perangai pemerintah. Jangan harap boleh dapat kuasa kalau sekali pun menang PRU13... Macam macam taktik diorang boleh buat untuk kekal berkuasa buat anak anak dan cucu cicit gerombolan. Laki mati, bini boleh jadi calon. Awal awal dah rekruit anak ngan cucu cicit untuk ganti memerintah parti gerombolan ni. Dengan alasan, mewarisi darah perjuanganlah, mempunyai ketokohan macam bapak atau datok diaoranglah. Apa orang lain tak pandai perintah ke???.Itu sebab ada budaya cantas mencantas dalam parti gerombolan ni. Pasal itu, dari pemerintahan(kuasa)dalam politik atu jabatan kerajaan, projek, tender, saham, permit, tanah mahupun jodoh(perkahwinan) anak anak semuanya dalam circle gerombolan sahaja. Kalau yang terlepas tu cuma tak sempat nak monitor je. Salah satu sebab utama adalah kebodohan orang MELAYU yang bertuankan melayu dalam circle ni. MELAYU yang diterapkan budaya angguk angguk, geleng geleng, iya iya, tidak tidak. Yang kaya raya, yang mewah, gerombolan dalam circle. Yang papa kedana, melarat, tertindas dan jadi pencacai, RAKYAT. Macam ketua gerombolan cakap "DAH LAMA DAH!!!". Pasal dah lama, ia jadi sebati dalam jiwa melayu untuk bertuankan melayu gerombolan ni. Cukup sekadar dapat salam cium tangan, dapat beras satu kampit dapat pakai Tshirt BNAPCO, duit RM200 dan gambar keluar parti PR masuk parti gerombolan itu dah cukup membanggakan. Tujuh generasi akan diceritakan peristiwa bertuankan melayu gerombolan ni. Oleh itu renung renungkan, jangan sampai anak cucu kita termenung kemudian hari.

    ps. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri.

    BalasPadam
  4. anak muda bangun melawan...
    bukan bangun berdisco,
    bukan bangun merempit,
    bukan bangun bersuntut,
    bukan bangun isap gam,
    bukan bangun becomolot,
    bukan bangun tengok wayang,
    bukan bangun berkonsert

    anak muda bangun melawan
    ketidakadilan.anak muda mahu slamat dari dicso,rempit,suntut,
    isam gam,isap candu,comolot,tengok wayang,bkonsert...
    nyahkan mereka yang berpura2 baik sbenarnya jembalang tanah mghisap darah rakyat...

    BalasPadam
  5. Mahasiswa Pun Mahu Di'bonsai'kan?

    Inilah jadinya apabila berpolitik menggunakan akal fikiran semata-mata..
    Tidak mahu menggunakan keadilan kemanusiaan apatahlagi keadilan Islam..
    Anak-anak muda ini bukan mat rempit di jalanan..
    Bukan juga bohjan dan bohsia di kompleks beli belah..
    Bukan juga peleseran di lorong belakang mati!

    Tetapi mereka adalah golongan anak muda berpelajaran..
    Mereka golongan mahasiswa yang terpelajar..
    Mereka adalah golongan anak muda terpilih...
    Bukan semua anak muda dapat diterima masuk ke Universiti Awam..
    Bukan semua jugak anak muda layak ke sana..

    Mana mungkin apabila anak muda ini diperbodohkan..
    Mereka hanya tunduk melayu!
    Mana mungkin apabila anak muda ini dipertololkan..
    Mereka hanya diam membisu...
    Mana mungkin apabila mereka diperbangangkan..
    mereka hanya senyap menganggukkan kepala!!!

    Darah muda mereka cepat menggelegak!
    Darah muda mereka pantas menyambar setiap inci saraf tubuh!
    Darah muda mereka tegar menyelinap jasad dan nyawa!
    Darah muda mereka tuntas merobek-robek segenap otak dan minda!

    Maka...
    Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
    Anak muda ini boleh diperbodohkan..
    Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
    Anak muda ini boleh dipertololkan..
    Sangat hinalah golongan tua yang memikirkan..
    Anak muda ini boleh diperbangangkan...

    Kerana apa?
    Mungkin kerana golongan tua yang bergelar Timbalan Naib canselor ini..
    Sewaktu mudanya dia menongkah arus!
    Dialah mungkin satu-satunya anak muda diwaktu itu yang menjadi...

    Anak muda yang rela diperbodohkan..
    Anak muda yang rela dipertololkan..
    Anak muda yang rela diperbangangkan!

    Manakan boleh dia mengubah anak muda itu menjadi sepertinya?

    sunsnake@budakbalun 23022011

    BalasPadam
  6. To sunsnake@akubudakbalun

    Kita memang mudah membangangkan orang tanpa kita sedari tulisan kita itu menceritakan segala-galanya!Tahniah la...

    BalasPadam
  7. pembetulan : universiti PUTRA malaysia..bkn PERTANIAN..tima kaseh :D

    BalasPadam