Selasa, 22 Februari 2011

CARA GEROMBOLAN ROMPAK HARTA




KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN SAHAM KHAS BUMIPUTRA



Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman
terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan
Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham
khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya
meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%;
sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang
dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik
dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22%
dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang
ditetapkan untuk tahun 1990. Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham
berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini
Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup
mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung
pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang
sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham
yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang
diakui Perdana Menteri sendiri.

Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran
awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010
juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini,
termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga
tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering
Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham. Jika sebahagian
besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra
itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang
bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur
yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan
budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham
dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti
Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang
diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera
untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya
Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu
terbanyak.

Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52
bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk:

1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas
Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010

2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada
sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan
penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham
Bumiputra tidak berulang

Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan
datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak
yang terbabit.

Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi
Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti
kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga
Bumiputra. Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat
termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata
sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN
tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak
Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah
dan niagawan.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG

22 Februari 2011

JEMPUTAN MALAM INI


4 ulasan:

  1. tak kan x tau apa punca gaji x naik naik?
    dah tu kenapa nak lepaskan tuntutan 30% pegangan ekuti -yg x sangkut paut dgn tuntutan kenaikan gaji daa..

    apa pumya turr

    BalasPadam
  2. Saya menyeru Mustapa (dll) sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk mengarahkan siasatan ke atas orang asing yg duduk nun di switzerland yg cuba mencalit arang dgn menyebar fitnah menerusi internet, supaya membersihkan nama baik menteri yg dilantik rakyat, hatta juga nama baik negara milik kita semua (kita di malaysia mana ada rasuah2 atau buat urusniaga2 tak elok, semua lurus tulus beb!):

    NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

    Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

    "Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

    BalasPadam
  3. mana nak telus.....

    suku sakat dah faraid....

    org kampung semua tak tahu....

    org kampung tetap biru.....

    BalasPadam
  4. mana nak telus.....

    suku sakat dah faraid....

    org kampung semua tak tahu....

    org kampung tetap biru.....

    BalasPadam