Rabu, 2 Februari 2011

JANGAN JADI BANGANG!!!



INI LAH SEJARAH



nota:
seratus tahun dari hari ini
gambar gambar ini akan dilihat
sebagai artifek sejarah - sesiapa
yang berada tahrir square minggu ini
pastilah menjadi sebahagian dari sejarah dunia!





MESIR : AMK DESAK KERAJAAN BERTINDAK SEGERA
– harakah daily

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan kelembapan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar dalam memberi respons balas mengenai krisis yang sedang melanda Mesir yang kini turut mengesani komuniti Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keadaan makin meruncing apabila Presiden Hosni Mubarak tetap berkeras untuk mengekalkan kuasa diktaktornya, rakyat semakin bangkit dan pihak penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak dan membakar bangunan.

“Dalam keadaan yang meruncing ini, adalah mustahil untuk para pelajar mendapatkan bekalan makanan dan kewangan memandangkan kedai semuanya ditutup,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak AMK telah menghubungi wakil AMK di Mesir dan pihak pelajar sendiri, mendapati bahawa keadaan di sana semakin teruk akibat daripada lambatnya bantuan daripada kerajaan Malaysia dan kedutaan.

Beliau berkata, bekalan makanan tidak mencukupi dan tidak menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pulang atau keluar daripada kawasan darurat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


Woit… TUNTUTAN BANGANG…. kah kah kah..

Woit…. PATUTNYA MINTA ANAK ANAK MUDA MALAYSIA TURUT SAMA TURUN KE JALAN RAYA … kah kah kah….

Kah kah kah… SEHARUSNYA ANAK ANAK MUDA PELAJAR KITA AKAN BERBANGGA …kah kah kah…

Kah kah kah… BERBANGGA KERANA BERSAMA RAKYAT MESIR…. klah kah kah..

Woit… INI LAH SEJARAH DUNIA… SEDANG DI LAKAR… kah kah kah..

Kah kah kah… BAYANGKAN 20 ATAU 30 TAHUN KEMUDIAN MEREKA KAN MERASA BANGGA KERANA SAMA MELAKAR SEJARAH…. kah kah kah…

Kah kah kah… SEJARAH SEDANG DI LAKAR… NAK CABUT PULAK… kah kah kah..

nota:
kalau mereka penulis bayangkan tulisan pengalaman mereka
kalau mereka jurugambar bayangkan gambar gambar yang mereka ambil
kalau mereka bijak mereka akan mencari pengalaman
kalau mereka pelukis banyangkan lukisan yang akan mereka lahirkan
kalau mereka penyaer bayangkan sajak dan seloka yang mereka hasilkan
kalau mereka penulis cerpen bayangkan cerita yang akan lahir

besamalah melakar sejarah
sejarah dunia ini dilakar oleh anak muda !!!

jangan jadi bangang
jangan jadi ngok
jangan jadi tua sebelum kamu tua


SEDARLAH:

semenjak 4000 tahun dahulu
semenjak zaman firaun
semenjak zaman nabi nabi
inilah kali pertama 2 juta warga arab
yang tertindas bangun melawan mahafiraun
ini lah sejarah - banggalah jika anda bersama sejarah ini!


28 ulasan:

  1. salute anak muda arab.
    salute kat TT.. otak kau memang ada kelassss.

    untuk anak muda malaysia, jangan jadi ayam daging dan jangan jadi melayu!

    BalasPadam
  2. bayangkan kalo 2 juta nih melepasi sempadan zioniss... alangkah asyiknya..

    BalasPadam
  3. kah kah kah .. samsul mmg bangang

    BalasPadam
  4. aku bangga jadi umat manusia sebab masih ada lagi yg berani mcm anak muda mesir

    BalasPadam
  5. saya sokong nak balik kepala bana apa ..perabih duit rakyat..beli beras utk rakyat lagi baguih..dah dok sana pandaila jaga diri..org bukannya nak bunuh hangpa..org dok cari murtabak..dah terberak2..
    kalu saya saya joint..budak2 msia mmg terkenal dgn penakut..cakap saja pandai..

    salut tt,
    saya pun sama..dok ikut latest news..pasai murtabak..dia blah..kenduri kebab ngan shisha la lepas ni..
    madey tak panggil ka sedara dia ni mai lepak kat rumah dia..poodah..

    BalasPadam
  6. Macam mana Kementerian Luar tak lembab.
    Anifah Aman kata Rosmah Mansor pintar.
    Satu kali fikir.
    Dua kali fikir.
    Buat apalah perabis duit belajar kat Mesir tu.
    Kan dah susah.
    Kalau Kerajaan punggah mereka balik guna duit rakyat.
    Bukankah lebih baik duit tu guna bantu rakyat yang terlibat banjir.
    Mereka pandai pergi, pandailah mereka balik sendiri.
    Lagi pun mereka yang belajar di sana tentu pintar dan banyak duit.
    Kedutaan kita kan ada.
    Merekalah yang patut membantu.
    Kalau tak, apa ke jadahnya Kedutaan tu wujud.

    BalasPadam
  7. Bro,
    Aku akan turut serta dalam gerakan reformaso di Mesia kalau aku ada di sana.
    Lebih baik mati bermasa rakyat Mesir dari hidup penakut nak pulang tidur bawah ketiak mak.
    Malu!!!!
    Kalau orang tanya ustaz dan ustazah dulu buat apa masa rakyat Mesir gulingakn Mubarak. Ana lari duduk bawah ketiak Mak. Sebab penakut.
    Dan bagaimana nak jadi doktor kalau takut tengok orang kena tembak dan kena belantan dengan polis?? Baik jadi cikgu sekolah tadika dan tukar diaper budak2 jer..
    Kalau macam tu apa boleh harap nak berjuang di Malaysia???
    Citer2 besar konon.. nak jadi doktor lah dan nak jadi ustaz lah..
    Ini suka mangkuk hayun kalau duduk di Cairo pun dah terkencing. Malu den kalau jadi bapak ko orang macam ni...
    Inilah kot golongan yang jadi Ulamak UMNO kot??? Macam segala Tan Sri yang dah pencen ni?
    Oh yer. Kita pun nak tunggu segal Mufti dan bukan Mufti kelaurkan fatwa pulak.
    Ya Sahibul Samahah, Apa jukum lari dari demostrasi menggulingkan raja MahaFiraun yang zalim. Ramses Mesir ni?
    Nak tengok apa geng2 ni jawab pulak.
    Takkan keluarkan komen masa demo di Malaysia saja kot

    BalasPadam
  8. salute la orang muda mesir...orang muda malaysia? LANCAU la nak memberontak jatuhkan UMNO keparat tu...

    BalasPadam
  9. bodoh punye samsul... terlebih minum samsu ke.... asyik nak ambik kesempatan nak promote diri sendiri atas isu-isu yang bukan dimulakan dengan idea dia sendiri...

    takde otak atau otak setaraf babi tonyok punya AMK.... selalu sangat tunjuk terer... macam isu debat... bila orang umno sahut terus terkencing mintak orang lain ganti... taraf babi punye budak... kalau chegu bard jadi AMK dia akan langgar je siapa pun sahut cabaran dia.. lain kali bangkitkan lah isu yang digali sendiri dan perjuangkan lah isu itu sampai selesai... ini asyik sambung isu orang lain jee.... lepas tu terkencing... bodoh punye budak... anak sapa la nieee

    BalasPadam
  10. kalau anak aku balik Mlysia time2 bgni,ak prambat suruh dia p mesir tu blik.wat malu bapak jak.ini mngadu makanan x ckup la,kcurian la.ooo,bru aku sedar yg anakku x prnh diajak skali berdemo d Msia.patotla bapok

    BalasPadam
  11. Lemah la si samsol ni.. Nape la x bersma menyaksikan sejarah.. Aku yg kat sini berharap sgt ada kt sana..

    BalasPadam
  12. samsul ketot memang bangang.. aku tak tau naper si bebal ni boleh jadi ketua amk...

    BalasPadam
  13. macam mana nak bawa balik..duit dah habis buat shoping sakan kat ????..sewa hotel saja dah berapa?.makan kedarah lagi..apa kepala bana lagi..so, mana ada duit..!!!rakyat mampuh pi laa hampa.

    BalasPadam
  14. kau TT agak2la nk suruh pelajar Mesia turun ke jalan raya sama2 berdemo....dalam xturun pun kerajaan buat dek aje... cuba demonstran ni belaku di US/england cepat je berlumba2 hantar kapal g amik xcukup TUDM/TLDM boleh kerah MAS/air asia sb semua anak geng gerombolan kt amerika/london kt Mesir ni anak2 sapa??? Gerombolan takut nanti balik bawa semangat anti gerombolan kot!!!

    BalasPadam
  15. Dah pemimpin pembangkang cuma harap nak kurangkan majoriti parlimen 2/3, bukan nak perintah negara.. Semua sengal, nak tdo di tilam empuk dalam pelukan bini.. Esok, bila rakyat turun jalanraya macam 1998, barulah nak tunjuk hero amik kesempatan nak jadi ketua..

    BalasPadam
  16. Harap sejarah dapat dilakar dibumi tercinta kita. Kalau tidak nescaya, ciput nanti negara di bolos..Malingsial jadinya!.

    BalasPadam
  17. Salam TT,

    Belajar kat Mesir..podahhhh..bila balik Mesia jadi ustazah/ulamak Umgok..same je..ikut bontot gerombolan..
    Turun lah kejalan..belajar menjadi seorang pejuang....
    Dah nama pun melayu..takut semua..!! Hidup kena berani lah USTAZ oiiii!!
    Nak baliklar, lapar lar, kedai tutuplah..menghabiskan bogheh betulah korang ni!!

    BalasPadam
  18. Dalam masa revolusi di Mesir, lepas menang PRK Tenang, regim BN berani lagi naik harga minyak.. Betapa beraninya derang membodohkan kita.. Yang pemimpin pembangkang xreti nak amik kesempatan mainkan isu harga barang naik secara berterusan.. Sibuk nak berpadu-padu, jaga temolok sendiri..

    Berani jamin, kalau esok PR ajak buat demo bantah kenaikan harga barang, rakyat xramai turun sepertimana BERSIH.. Nak ramai macam 1998, dalam mimpi la.. Sebab rakyat pun dah muak nak turun jalanraya, kena pukul, kena ligan tapi pemimpin kat Parlimen sibuk cite benda ntah apa-apa.. Asyik usul potong gaji RM10 PIG, AG, menteri itu, menteri ini..

    Isu-isu yang dekat di hati rakyat, ntah kemana.. Isu Linggam (correct, correct, correct), Kill Toyol, Kg Baru, Kg Warisan, rasuah berleluasa, harga barang naik dll SENYAP.. Semua dok sibuk turun naik Parlimen, makan gaji duit rakyat tiap bulan.. Lg nak marah rakyat jaga periuk nasi sendiri..

    BalasPadam
  19. Nanti esok, kes Toyo jadi mcm Eric Chia.. kena dakwa front page, kena bebas mukasurat 6.. Memang dah jangka jadi mcm tu sbb pemimpin PR xingtkn rakyat selalu pasal kes tu..

    Tgk kes Beng Hock, nak padam sikit, kipas.. BN nk diamkan pun xboleh.. Subjudice, menjudis.. BN ajak main bola, kita main la ragbi..

    Tgk UMNO, dari dulu, kini dan selamanya dok main isu Negara Islam nie.. sentiasa berjaya menyebabkan PAS kelam kabut.. Isu UG, UMNO dok main setiap 3 bulan sekali.. xreti-reti lagi PAS ngan PR amik kesempatan guna teknik sama atas isu yang dekat dihati rakyat xkira kaum seperti kenaikan harga barang..

    BalasPadam
  20. Assalam
    Shamsul nii tukar saja nama kepada shamsiah,bodoh punya ahli pkr yang undi mamat nii.Bro kita di-sini bila lagi??anak muda mesir dah buka jalan,pilihanraya di-malangsia ini pun dah tak boleh pakai,semua menipu!!rasuah!!duit yang kerajaan gunakan untuk pilihanraya itu jika di-sedekahkan kepada orang miskin untuk berniaga dah tentu di-malangsia ini tak ada orang miskin lagi.Wakil rakyat dah jadi wakil keparat,habis semua tanah kosong dan tanah orang kampong yang susah di-rembat.adun tanjung surat kawasan parlemen pengerang apa khabar!!nak beli tanah lagi kee??

    BalasPadam
  21. Woit...jgn kutuk student Malaysia nak balik kat sana...Kalian mungkin tak tahu orang Mesir lain dr org kita...lain yg amat...dkt Mesir, Embassy Malaysia pernah keluarkan arahan dkt Malaysian Student jgn pegi ke rumah org tempatan...diorang violent yg amat...Allah kasi kekuatan badan yg luar biasa dkt org Mesir, Arab in general...on top of that, orang Mesir ni horny fucker...sbb makanan mereka...dah la Mubarak lepaskan banduan yg superbrutal nak kasik lagi chaos...buat masa ni,lebih selamat balik Malaysia...

    BalasPadam
  22. Sorry to say bro hisham tukar tiub..
    lu pun sama standard dengan samsul ketot jugak... cakap dari belakang berdegar-degar... bagai nak runtuh langit.. kalau berani tampil lah ke hadapan... jadi pemimpin yang dapat memimpin dijalanan nanti.... rakyat akan sokong... nie bila rakyat turun ke jalanan semua yang kononnya pemimpin lari ke tepi..... Anwar pun dah tak bole pakai sekarang nie...

    BalasPadam
  23. posting paling best dlm 2011..

    BalasPadam
  24. Woit tanpa nama 2011 FEBRUARI 2 13:11! Kalau kau nak suruh bebudak perempuan kita balik aku setuju tapi bukan budak lelaki kita!! Kena ada badan besar baru boleh bangun melawan ke? Amendelah lu!!! Moyang aku Datuk Maharajalela tu kecil je orangnya tapi boleh bunuh JWW Birch!!!! Yang penting bukan besar mana jasadnya tapi besar mana semangat juangnya!!!!! Peluang mati syahid tu!!!!!!

    BalasPadam
  25. As-Salam.

    Dekat blog anda boleh ckp byk. gelakkan org len. cuba anda yang ada di sana. adakah anda ada di jalan sana? kalau anda betol nak termasuk dalam lipatan sejarah, bukannya caranya mengutuk orang lain,mengata orang bodoh atau pengecut. pergi sana,berjuang bersama pemuda arab. atau anda boleh pergi ke palestin.bantu umat Islam yang tertindas. dari dulu mereka berjuang, anda pernah ke sana untuk berjuang bersama mereka? fikirkanlah..

    BalasPadam
  26. Biar mereka balik...
    Malaysia lebih memerlukan mereka utk jatuhkn regim nagara sendiri.

    Pemuda Mesir sudah cukup untuk jatuhkan kerajaan Hosni...

    BalasPadam
  27. tanpa nama 18:48, wassalam
    tapi bangang jugak kau ni
    bro tt tekankan SEMENTARA MEMANG DAH BERADA DI TEMPAT DI MANA SEJARAH SEDANG DILAKAR, gunakanlah kesempatan itu untuk bersama2 melakar sejarah tersebut dan jadi sebahagian dari sejarah itu sendiri!

    yang kau nak suruh orang kat sini tiba2 nak pergi mesir pulak, buat apa ke jadah nya???

    aik, masih tak paham jugak lagi????

    BalasPadam
  28. Untuk anak muda Malaysia, jangan jadi melayu, jangan jadi cina, jangan jadi india. Jadi lah rakyat Malaysia yang cool !!!! p/s: jangan lupa pakai seluar jeans..

    BalasPadam