Rabu, 9 Februari 2011

KENYATAAN RESMI




PERUBAHAN DASAR YANG RADIKAL DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG ISI RUMAH DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH BELANJA RAKYAT


Parti Keadilan Rakyat telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini. Keadaan ini merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia. Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menarikkan taraf hidup keluarga.

Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar:

1. Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan

2. Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.

Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.

Malah, harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat. Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.

Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Kereta yang paling kecil pun (di bawah 1,500 cc) akan dikenakan sekurang-kurangngan 70% cukai jika dipasang di Malaysia (60% cukai eksais dan 10% cukai jualan) dan 100% cukai jika diimport (30% cukai import, 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan). Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

Hakikatnya, kerajaan Umno/BN mengenakan cukai yang terlalu tinggi bagi pembelian kereta bermula dengan cukai minima 70% sehinggalah 145% cukai (kereta di atas 2,500 cc). Oleh itu, anggaran kasar meletakkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah hutang RM118 billion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat adalah untuk membayar cukai tinggi yang dikenakan kerajaan. Ini satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais – bukti bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.

Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebaban kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah, mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi. Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.

Reaksi Umno/BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang. Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa.

Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.

PKR akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno/BN yang memangsakan rakyat selama ini. Maklumbalas dan kehendak rakyat akan digarabkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.

Buat masa sekarang, Umno/BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.

SAUDARA AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
8 FEBRUARI 2011


23 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia WAJIB tahu hutang isi rumah Malaysia merupakan yang paling tinggi di Asia iaitu 74%.

    Ramai rakyat yang tidak tahu perkara ini.

    Jadi tak payahlah dengar wayang kulit seperti 'TERAJU, KORIDOR, NKRA...semuanya ini KELENTONG saja'.

    BalasPadam
  2. Yg nampak kat atas jalanraya skrang ni, kereta2 BMw makin bertambah-tambah. Orang kaya makin bertambah di negara kita....kot??

    BalasPadam
  3. dah lamo bona tak ulas....baguih la ado orang sodar..pepatah ado ngobaan..kok nak lipek..lipek tul...tul...apolaie.....

    BalasPadam
  4. KERAJANA MENGALAKAN RAKYAT UTK HIDUP SEDERHANA DAN BERJIMAT CERMAT NAIK KETA LEMBU MAKAN UBI KAYU DUK RTUMAH FLET DGN BANGLA
    TERIMA KASIH UMNO...(NANTI CKAP TAK BERTERIMA KASIH PULAK)

    BalasPadam
  5. Bayar bil internet tiap2 bulan pun kena cukai. Beli modem internet pun kena cukai. Tapi internet mcm sial. Asyik slow je.

    Memang kadar penembusan internet semakin bertambah tapi peningkatan kelajuan internet tidak seiring.

    BalasPadam
  6. @ MAT 2011 Februari 9 12:43

    JURANG PENDAPATAN RAKYAT MAKIN MELEBAR.

    BalasPadam
  7. TT

    aku tak salahkan sesapa
    tapi ada otak gunakan laaa

    dah tau pendapatan kecik
    apsal beli kereta mahal2
    apsal beli runah besar2
    apsal guna kad kredit
    sapa suroh

    kenapa tak beli kancil second?
    kenapa tak beli iswara second?
    kenapa tak beli rumah murah/ flat?

    dah susah tak cukup makan, bising pulak!
    dah susah tak cukup belanja anak sekolah, memekak pulak!

    cubalah belajar besederhana
    cubalah belajar tak menunjuk2
    cubalah belajar kumpul duit tabung
    cubalah belajar berenti merokok

    dah tahu ameno memang ngok, kenapa musti ikut rentak umeno ngok?
    last2 kita pun jadi ngok!!

    cuba ikut aku.....
    gaji ciput
    aku naik kapcai
    aku tak ada kredit kad
    aku tak merokok
    aku tak menunjuk2 hebat
    aku tak bangga harta benda
    aku lap kereta saga 1989 aku kilat2
    duit tabung aku ada la sikit2
    tak la hidup aku susah sangat!!
    anak aku setengah dozen
    hidup ok jugak
    gula naik aku senyum
    minyak naik aku senyum
    tepung naik aku senyum
    barang naik aku senyum

    tak ada apa lah aku nak bising2
    sebab aku tak ikut gaya orang ameno

    org nak naik BMW, dia punya pasal
    org ada kredit kad, dia punya pasal
    org rumah banglo, dia punya pasal
    orang bini 3, dia punya pasal
    orang isap rokok, dia punya pasal
    org banyak hutang, dia punya pasal

    aku tak ada hal
    sebab aku orang biasa
    biasa hidup sederhana

    BalasPadam
  8. Azmin.....

    kalau PKR naik nanti
    bolehkah kesusahan yang kita alami sekarang ini akan berakhir???

    bolehkah harga kereta jatuh merudum hingga ke tahap gaban?

    bolehkah harga rumah banglo di lembah kelang, turun seperti harga rumah kos rendah?


    kalau boleh, kita akan pangkah PKR

    BalasPadam
  9. sebenarnya ramai lagi rkyt Mlysia xamik kesah dgn pelbagai bentuk cukai dikenakan...kerana mereka tdk ada kesedaran politik utk merubah perkara asas yg menekan dan menindas semua rkyt termasuk yg totok umno dll...dlm fikiran mereka hanya tahu cukai pndptn, r/tax, cukai tanah dan cukai pintu...lain2 mana ada cukai...seronok boleh beli kereta tanpa deposit...loan 10-15 thn tupun xtahu bahawa kereta di Mlysia antara yang termahal didunia, dah 53 tahun kena buli ngan umno ni!!!!laknat sungguh

    BalasPadam
  10. kahkahkah Mahmood June..komen macam org bebal..orang macam nie la BN sayang sangat..untuk makluman Proton tak lama lagi akan mengeluarkan kereta second hand...murah murah..tak keluar kan lg kereta baru...sebb?..mahal..kahkahkah

    BalasPadam
  11. Sekali fikir, aku marah juga bila Kerajaan naikkan harga minyak.
    Harga minyak naik sudah pasti harga barang keperluan lain pun ikut naik.
    Dua kali fikir, aku setuju dengan pandangan Mahmood June.
    Sebenarnya orang Melayu kita ni tak sedar diri.
    Berbelanja tak ukur kemampuan, nak bermewah2 dan berboros2.
    Cuba perhatikan.
    Sebuah rumah tu kalau ada anak lima, limalah keretanya.
    Harganya mahal2 pula tu.
    Kalau ada anak remaja empat orang, empat pula talipon bimbitnya.
    Belanja talipon tu bukan murah, boleh meningkat hingga ke RM200 sebulan dan mungkin lebih.
    Bukan apa yang dicakap pun, menceceh saja lebih, ertinya membazir duitlah tu.
    Bila Kerajaan bagi bonus tengok dunia ana yang punya, berbelanja sakan.
    Kalau ke Texco, yang ramai Melayu.
    Kalau ke Giant, yang ramai Melayu.
    Kalau ke Careffour, yang ramai Melayu.
    Begitu juga di KFC, yang ramai Melayu.
    Kalau ke McDonald, yang ramai Melayu.
    Kalau ke Pizza Hut, yang ramai Melayu.
    Tapi jika yang bermewah2 dan berboros2 tu orang yang ada duit takpalah.
    Ini mereka yang kais bulan makan bulan, perangai pun sama.
    Beli rumah, hutang.
    Beli kereta, hutang.
    Beli motorsikal, hutang.
    Beli perabot, hutang.
    Beli tv, hutang.
    Pakai pula kad kredit, hutanglah tu.
    Bila cukup bulan, garu kepala yang tak gatal.
    Kalau anak kahwin hari langsungnya mengalahkan apa yang dibuat anak raja.
    Padahal semua tu membazir.
    Ada pula ibubapa anak masih belajar (belum bekerja) pun dikahwin.
    Ertinya semuanya itu ibubapa tanggung beres.
    Habis macam mana Kerajaan tak naikkan harga minyak sebulan sekali.
    Yang menjadi mangsa, yang benar2 miskin dan daif macam aku dan Mahmood June.
    Kah... kah... kah...

    BalasPadam
  12. mahmood june

    aku hidup sederhana gak..ditakdirkan jd engineer kat ibu kota. Tak merokok, kereta saga je, pakai baju & seluar bundle. Tp kos hidup kat KL tinggi sgt sampai duit habis licin. Takde satu sen pun nak bg mak bapak, bini ada tp takde anak sbb tak mampu nak sara.

    Aku pun nak hidup normal gak. Gaji 2 ribu pun tak guna kalau inflasi naik berganda-ganda. Setakat saving rm50 sebulan, sampai masuk kubur pun tak mampu nak beli rumah yg harganya naik gila-gila. Orang middle class lain kat bandar pun susah gak cam aku, hanya umngok yg hidup senang, terus merompak harta rakyat..

    BalasPadam
  13. punca peningkatan hutang isi rumah:

    1. harga rumah makin naik tapi gaji?
    2. harga keta paling mahal di dunia!
    3. lepas beli rumah, takkan nak biar rumah tu kosong. kenalah beli perabot dll. nak buat 'magic' pegi lah Courts!
    4. servis tax dh naik 6% drp 5%!
    5. kena bayar gov tax RM50 setahun utk kad kredit. kalau ada 3 keping berapa duit? tak pakai pun tetap kene bayor!

    BalasPadam
  14. saudara Mahmud june, elok beno lah tu, kalau nak murah lagi duduk je dalam hutan macam kawan kawan kat serawak dan sabah tu, dia kasi pemimpin dia kaya raya mereka duduk dalam hutan, bila pilihanraya dapat RM100 dah cukup.
    kesian Mahmud June anak ramai duduk rumah flat, cam ne ye anak anak 6 orang tu tidur tentu campur lelaki pompuan kan. tak pe kena bersyukur, saya pun bersyukur. saya setuju kereta tersangat mahal kat m'sia ni, bila lah nak rasa kereta mewah sikit. patutnya inspira tu dalam 50-60K je kan kan kan

    BalasPadam
  15. Rakyat Malaysia Miskin didalam negara kaya. Ahli politik pemerintah bagai anak Raja yg kurang pandai tapi Mewah hingga tujuh keturunan.

    BalasPadam
  16. Rakyat Malaysia:

    Jangan pakai kerete,
    jangan isap rokok,
    jangan minum susu,
    jangan pasang elektrik,
    jangan pakai komputer,
    jangan keluar negara,
    jgn kawin.....

    proton tutup,petronas tak perlu gali minyak..

    Kilang rokok tutup.

    kilang susu tutup

    kilang komputer tutup ...

    Hidup kat Hutan ...JOINT SAKAI tentu aman damai. Sama Taraf.

    BalasPadam
  17. to mahmood june

    hahaa... ad betul ny..
    kita belajar hidup bersederhana..
    tp bg aku la kn kalo rakyat sume nk hidup sederhana knp goverment x bersederhana dgn pembangunan yg ntah ap2 yang telan belanja yg xmsuk akal tu..
    ap guna ny kalo negara kita maju tp rakyat ny rmai yg dh muflis dr muda..
    untuk ap kemajuan kalo bkn untuk di nikmati kan...
    Walaupun xnmpak ap yg maju ny..
    Sbb ap xnmpak??
    Sbb org kita x amalkan sifat riak, takbur dan sentiasa rendah diri..
    Hahahaa...
    Wawasan 2020...
    Hahahaa...
    20 thn kebelakang...
    Hahahaa...

    "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan"

    Hahahaha...

    BalasPadam
  18. Mahmood June.

    Ko tak tahu apa yg ko cakap ni. Agaknya ko ni ialah seorang pekerja kerajaan yang tahap ala kadar je kot, pejabat kat ceruk2 hutan hulu kat mana2 entah (kos hidup sangat rendah). Kos hidup ko sekitar makan/minum dan petrol je kot. Rumah plak ko duk kuarters, free! Dan mungkin claims ko full, setiap bulan (extra income tuh!!). Dan cuti sakit tahunan ko pon pastikan claim full!! Tak termasuk cuti tahunan lg tu. Lepas tu ko bagi komen suruh smua org ikut life macam ko! Cam syyylll!! kah kah kah kah!

    BalasPadam
  19. Mahmood june..kesian aku tgk ko..otak taraf org kg felda..tgklah sedara kita yg engineer td dah hidup sederhana tp tetp cukup2 makan..skrg ni ade degree n diploma bukan jaminan untk hidup selesa..apa lg yg kerani biasa ,kerja kilang..knp?sistem pemerintahan yg mencekik rakyat..aku income average sebulan 4k- 5k duduk kl..hidup sederhana tp tetap x kemana..setahun i-tax aku kerajaan cekik 2.5k-3k(sampai mampos aku haramkan)..x masuk cukai2 lain beli pampers,baju,beras,gula,minyak masak, semua dah dimasukan cukai untuk kerajaan.diaorg kaye raye2 ade dia org ingt atau nak bantu kat ko yg hidup ikat perut ...sedarlah sikit!!!!

    BalasPadam
  20. komen Mahmood june tu ada benarnya. tp ko x boleh samakan utk semua org. mcm mana yg mmg dh berjimat tp masih x cukup belanja? mgkin anak ko setengah dozen dan ko rasa cukup bg makan dan sbg nya. tp ye ke? ko x siasat ke kut2 anak2 ko mtk mkn dgn org ke, tibai duit/ harta member ke sbb x cukup dgn apa yg ada d rumah?

    simpati sikit kt org2 yg mmg terdesak. x semua org sama belanja mcm ko. ko mgkin dok umh free, xde hutang. tmpt keje dekat, skolah dekat, x pyh susah2 pk duit minyak utk travel sana sini. yg lain nk byr hutang kereta, rumah dan segala mcm benda.

    mahmood june, ko adalah contoh org yg x peduli dgn keadaan sosial masakini mcm katak yg direbus perlahan2. xkan ko nk tunggu nasik sepinggan RM10 baru tersedar? kita sepatutnya bersuara utk kehidupan yg lebih baik, bukan takat berpuas hati dgn hidup ala 60'an. rakyat semakin miskin bai, bukan semakin kaya. apa faedahnya malaysia berbangga dgn pencapaian fizikal yg canggih (konon) tp rakyat rata2 merana?

    BalasPadam
  21. Nasrudin.
    Bukan macam tu.
    Semua tu boleh.
    Tapi ukur baju dibadan sendiri.
    Maksudnya berjimat cermatlah.
    Nawaitu Mahmood June tu baik.
    Janganlah disalah ertikan.

    BalasPadam
  22. woi mahmud june..

    pantat ko la..naik kapcai?tu menunjukkan dengan sah yg tpt keje ko paling jaoh pun 5km dari rumah kan?payah la nak cakap dengan org bangang cam ko ni..

    satu perkataan je yg mudah tuk ko..PANTATTTTT!!!!!!!

    BalasPadam
  23. kaw2 kene mahmood june haha.. padahal niat hati nak sedarkan org.. kesian kesian..

    BalasPadam