Sabtu, 26 Februari 2011

KENYATAAN RESMI




KENYATAAN MEDIA PILIHANRAYA KAMPUS


SRIKANDI KEADILAN berasa amat sukacita dengan berita gembira kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa di majoriti kampus utama di seluruh negara.

Nyatanya kemenangan hasil daya usaha Mahasiswa itu wajar diberi ucapan tahniah di peringkat tertinggi. Terutamanya untuk Pro Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menanti selama tujuh tahun untuk menggalas taklifan yang selama ini disalahguna oleh pihak lawan mereka.

SRIKANDI KEADILAN berasa bangga melihat anak-anak mahasiswa hari ini begitu bersemangat untuk memikul tanggungjawab dan mengambil bahagian dalam politik kampus.

Namun begitu kita berasa kesal dengan sikap pentadbiran universiti yang bertindak secara tidak adil dengan mengenakan polisi-polisi yang tidak cerdik untuk mengekang kemaraan mahasiswa, contohnya seperti di UPM; di mana pihak HEP telah membatalkan kemenangan calon-calon kerana berkempen secara berkumpulan dan secara online.

Polisi dan garis panduan sebegini adalah sangat dangkal dan harus dinilai secara pintar. Mahasiswa hari ini bukanlah golongan yang bodoh mahupun rela diperbodohkan.
Pilihanraya kampus harus memperlihatkan kematangan pihak yang bertanggungjawab menguruskan pilihanraya tersebut. Bukannya dijadikan ruang salahguna kuasa untuk memenangkan calon-calon yang didokong oleh pihak HEP dan parti pemerintah yang turut berkempen secara berkumpulan atas nama Aspirasi.

Double-standard ini menunjukkan bahawa selagimana mahasiswa tidak bangkit menolak kezaliman dan ketidakadilan, selagi itu mereka akan diperkotak-katikkan oleh pihak penguasa yang hanya melihat mereka sebagai ‘budak-budak’.

Mahasiswa harus bangkit. Salute kepada mahasiswa yang telah memperlihatkan keinginan untuk berubah dan semangat untuk menentang ketidakadilan di kampus-kampus yang telah berjaya menumbangkan ego puak Aspirasi.

SRIKANDI KEADILAN mengucapkan tahniah kepada sekalian mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

SITI AISHAH SHAIK ISMAIL
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT,
KETUA BIRO SRIKANDI KEADILAN MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT

1 ulasan:

  1. Bagi Pro Aspirasi janganlah kecik hati
    tahun ni kalah, tahun depan cuba lagi
    manalah tau kalau ada lagi mahasiswa yang masih sokong
    kalau menang nanti boleh jadi bakal yb. kalau kalah balik kampung tanam padi.
    kerja pun memang dah tak berapa nak ada... jadi balik boleh usung ijazah keulu keilir

    tunjuk ijazah kat awek pun dah tak laku. Last2 awek kena rembat mat rempit. Kita tampal ijazah kat dahi.

    BalasPadam