Jumaat, 11 Februari 2011

KOMENTAR






JATUH TAPI BELUM RUNTUH




SALUT UNTUK ANAK MUDA

Nampaknya Presiden Mubarak tidak akan meninggalkan istana presiden. Ucapannya
malam tadi menyatakan bahawa dia akan terus menjadi Presiden Mesir hingga ke bulan September.

Di Dataran Tahrir – warga menonton dengan layar besar ucapan Mubarak – kemarahan meluap-luap. Mereka tidak percaya bahawa Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun ini masih berdegil. Selama 30 tahun Mubarak telah membajak harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Selama 30 tahun 80 juta warga Mesir terseksa.

Jelas - anak anak muda di Dataran Tahrir merasa bahawa jenerasi tua ini tidak faham akan dunia yang telah jauh berubah. Orang orang tua yang tersadai dengan kuasa ini masih bermimpi dalam dunia unta unta mereka.

Anak muda Mesir telah mengemparkan dunia. Mereka membuat sejarah dunia. Semenjak tujuh ribu tahun sejarah Mesir - inilah kali pertama berjuta rakyat berkumpul dengan satu tuntutan.

Semenjak zaman firaun – ini lah kali pertama – kaum tertindas Mesir beramai bersatu bangun dan melawan kezaliaman.

Dengan kenyataan Mubarak malam tadi jelas tentera akan memainkan peranan.

- mengambil alih kuasa?
- menjadi negara tentera?

Dari pengalaman yang ilmiah amat susah jika tentera mengambil alih pentabiran di mana mana saja. Ini kerana tugas tentera dan soldadu bukan untuk menjadi Pegawai Daerah atau Tok Penggawa. Soldadu bertugas untuk mempertahankan negara.

Tentera di Mesir juga – selama 30 tahun ini – telah dirasuah oleh Mubarak. Mereka di beri kontrek beli senjata. Para jeneral di beri kedudukan dalam syarikat syarikat milik kerajaan. Keadaan ini akan menajdikan situasai di Mesir kacau bin bilau.

Ke mana akhirnya?

Apa yang akan berlaku seterusnya bergantung dengan apa yang Barak Obama berani lakukan. Jika bentrokan terjadi antara anak muda dengan tentera apa yang Obama berani lakukan?

Omar Suleiman bukan jawaban untuk tuntutan anak muda. Omar Sulaiman adalah kaki pukul dan tukang seksa tahanan politik di Mesir. Sosok ini adalah ajen CIA dan ajen Mossad. Ini tidak perlu di pertikaikan lagi.

Hari ini – Jumaat – tidak tahu apa yang ada dalam kepala anak anak muda di Dataran Tahrir. Telah masuk ke minggu ke tiga – hari ke 18.

Ketika mereka berjumaat petang ini apakah isi khutubah para imam?

Yakinlah bahawa dunia ini akhirnya adalah milik anak muda.(TT)

6 ulasan:

  1. Babun bila nak wat demo lagi...jangan hasut orang wat demo je

    BalasPadam
  2. aku yakin presiden hosni mubarak akan akur dengan tuntutan rakyat supaya beliau berundur. Semakin hari sokongan utk mahafiraun ni semakin menurun terutama daripada sekutu kuat dulu.

    undur undur
    undur mahafiraun!
    hancur hancur
    hancur BN (lyupa kt mesir takde BN)

    tangkap tangkap!
    tangkap mahafiraun

    suara rakyat suara keramat

    BalasPadam
  3. "Dataran Tahrir" = "Medan Tahrir" ??? kerana asalnya = "The square was originally called Midan Ismaileyya (English: Ismailia Square)" ???

    BalasPadam
  4. " engkau jangan nak kaitkan tahrir dengan situasi di sini.....", kata sibotak kepada pengikut-pengikut setianya. Pengikutnya tersenyum malu-malu.

    BalasPadam
  5. ini patung gambar mubarak ke atau Madey?? kahkah

    BalasPadam
  6. kalau tentera ambil alih kerajaan takut nanti medan tahrir bertukar menjadi medan tiananmen ke 2 pula...

    BalasPadam